Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidi Adha.Bagaimana ‘mat-mat motor’ semua adakah anda sudah bersiap untuk pulang ke kampung atau ada yang senasib dengan saya tidak pulang ke kampung pada Aidil Adha tahun ini.Emm..Sebenarnya saya boleh je kalau nak pulang tetapi isteri saya pula yang sudah kehabisan cuti tahunanya jadi terpakslah berhari raya di Klang.Lagi pun Aidil Adha tidak seperti AidilFitri kemeriahannya.
Artikel dunia permotoran pada kali ini akan berkongsi sedikit tips dengan anda mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk pulang ke kampung menggunakan motosikal masing-masing.
Pengalaman saya ketika pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidil Adha pada tahun 1996 di mana saya terlibat dengan kemalangan motosikal di jalan Jengka ,Pahang.Syukurlah pada masa itu saya tidak mengalami kecederaan yang teruk.Hanya luka-luka ringan tapi memberi pengajaran yang besar buat di ri saya.
Pada hari tersebut saya serta tiga orang rakan sepermotoran masing-masing menunggang dua buah Yamaha RXZ termasuk saya dan dua buah Kawasaki Kips.Masa tu memang jiwa tengah muda tak ingat apa-apa melainkan keseronokkan menunggang motosikal untuk pulang ke kampung.Kami bertolak pada sebelah petang dari Shah Alam menuju ke Pahang.Sampai di Temerloh hari pun sudah senja kami berhenti mengisi minyak melakukan apa yang patut sebelum meneruskan baki perjalanan lebih kurang 90km untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Jalan Temerloh-Jengka melalui Bandar Pusat Jengka memang cantik banyak lurusan serta ‘corner’ yang boleh tahan tajamnya.Pada satu ketka melalui satu jalan lurus di mana kami sedang menuruni bukit kelihatan sesuatu yang berkilau di hadapan.Kelajuan pada ketika itu lebih kurang 90km/j,keadaan juga gelap gelita tanpa bantuan lampu-lampu ditepi jalan.Saya mengekori barisan ‘konvoi’ kami di kedudukan ke tiga.
Pada mulanya saya nampak di hadapan ada lembu sedang melintas.Konvoi kami semua dengan tiba-tiba membrek dan salah seorang rakan saya yang menunggang di barisan keempat telah melanggar dengan kuat di bahagian ‘handle’ RXZ saya menyebabkan saya tersungkur di atas jalan.Saya masih ingat pada ketika itu permukan jalan semakin hampir ke muka dan sempat mendongak.Habis dagu disagat oleh jalan.entah macam mana pada hari itu saya tidak memasang ‘visor’ pada ‘helmet’ dan inilah padahnya.Mujurlah saya sempat memperlahankan motor dan ada memakai kain penutup hidung sera mulut iaitu sehelai ‘napkin’ untuk mengelakkan dari menyedut habuk telah menyelamatkan dagu dari terus ‘dimakan’ jalan.Syukur……
Nasib sahabat saya juga seperti saya hanya mengalami luka luaran tetapi kakinya telah terseliuh dan kesannya dia tidak dapat pulang selama beberapa minggu.
Baik,itulah pengalaman yang saya lalui pada satu ketika dahulu untuk anda jadikan pengajaran.Sekarang saya akan berikan tips sebelum anda melakukan perjalanan.
- Pakaian-mestilah yang tebal lagi bagus kalau pakai ‘jaket’.Begitu juga seluar biarlah seluar ‘jeans’.Sarung tangan dan kasut yang melebihi buku lali kalau boleh.
- Helmet-mempunyai visor dan tidak gelap untuk menunggang di malam hari.
- ‘Tools’-sediakan perkakas seperti spana.playar,skru driver,lampu suluh,pump tayar,tiub,baju hujan dan sebagainya.
- Motosikal-periksa segala-galanya tayar,brek.lampu depan/belakang,signal,rantai,plug,minyak 2T(enjin 2 lejang),minyak brek dan kalau boleh ’service’ dahulu motosikal anda.
Saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan rantai.Ye cuba lihat rantai motosikal anda kering atau berminyak.Bukan apa kalau kita menunggang dalam keadaan hujan rantai tersebut akan menjadi amat kering dan boleh putus di tengah jalan.Pastikan bawa minyak rantai ’spare’ (beli di kedai tak sampai RM10) untuk kegunaan di musim hujan macam sekarang.Berhenti seketika di tempat yang selamat setelah menempuh hujan kemudian minyakkan rantai motosikal anda kerana air hujan dengan cepat menyahkan minyak akibat geseran pada rantai.
Begitu juga dengan helmet kalau pakai versi penuh muka lagi baik.Saya sangat ‘respek’ seorang sahabat berhampiran rumah saya dia memakai ‘full face’ sewaktu ketempat kerja dengan hanya menunggag Yanaha Y80.Dia tak peduli orang nak kata apa yang penting adalah keselamatan dirinya.
Oklah hari pun dah petang dah lewat kiranya ni saya nak publishkan artikel ni tapi tak mengapa ianya boleh dijadikan sumber rujukan pada bila-bila masa dan saya akan sambung lagi jika ada tips-tips yang berkaitan atau anda boleh komen dengan memberikan tips -tips keselamatan yang anda tahu.
PS : Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Penulis

Popularity: 33% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!