Suka saya ingatkan kepada semua penunggang tak kira tua atau muda untuk ambil tahu faktor dan punca sesebuah kemalangan di jalan raya.
Musim nak raya tiba lagi dan tiap-tiap tahun isu kontroversi kemalangan tak pernah habis malah makin merunsingkan semua pihak.
Saya tahu ramai yang kurang berminat dan nak komen di ruangan artikel sebegini malah lebih gemar cerita masalah dan kehebatan mesin masing-masing.
Namun panjang atau pendek usia kita bersama kenderaan tersayang inilah 3 faktor yang saya sempat tulis.
1. Faktor manusia.
- Kelalaian semasa menunggang motosikal samada konvoi atau berseorangan. Terlalu laju tanpa pedulikan kenderaan lain seolah-olah jalan raya ni dah takde orang lain yang guna.
- Pakaian yang tak sesuai dipakai terutama ketika pulang ke kampung. Paling tidak pun gunakan baju tebak atau jaket, sarung tangan, jeans dan kasut yang menutupi paras buku lali.
2. Faktor kenderaan.
- Sehebat mana kita di jalan raya atau lebih berhati-hati tapi kenderaaan langsung tidak diambil peduli keadaanya bakal mengundang padah. Penyelenggraan yang tidak betul serta penggunaan aksesori yang melampau tidak akan memberi sebarang faedah kepada diri kita.
- Contoh tayar botak, mentol lampu dan tak menyala, rantai kering tidak diminyakkan, pad brek dah haus, penggunaan tayar sotong dan banyak lagi. Sebagai pemilik kita wajib memastikan kenderaan kita sempurna dan selamat ditunggang dan bukan hanya sedap mata memandang.
3. Faktor persekitaran.
- Maksudnya keadaan jalan, suasana kiri dan kanan jalan samada siang atau malam perlu diberi perhatian. Cuaca gelap terutama ketika hujan lebat menghadkan jarak pandangan. Kita perlu peka dengan jalan berlubang, orang melintas jalan, kenderaan lain membrek mengejut, kereta atau lori yang suka hati membuat pusinga ‘U’ dan banyak lagi.
- Kurangnya papan tanda amaran yang sepatutnya menunjukkan bahaya yang tersembunyi seperti binatang ternakan berkeliaran di jalan-jalan kampung. Ini merupakan faktor yang paling sukar diramalkan ketika di jalan raya.
- Berdoalah dahulu serta bertawakallah kepada Allah sebelum memulakan perjalanan kerana segala usaha untuk keselamatan diri di jalan raya akan dimakbulkan. Namun bukan bererti kita hanya berserah diri pada takdir. Gunakan akal yang diberikan olehNya untuk menjadi insan yang tidak rugi.
Lebih banyak lagi faktor dan punca kemalangan kalau nak dibincangkan namun walaupun sedikit saya paparkan biarlah kta sedar dan sentiasa berwaspada di jalan raya.
as…kum
Tertib dan Displin ketika menunggang adalah kunci utama keselamatan , ingat lah pesan ku jatuh moto ni sakit nye hanya org itu yg tahu , so hati hati lah
wasallam
Wsalam, thanks Yuslc beri ingatan pd sahabat2 semua.
Berpesan2 itu satu kewajipan kita sesama manusia. Sayang nyawa bererti sayang ahli keluarga dan motor tersayang
walaupun pepatah mat motor mengatakan, bukan mat motor namanya kl x eksiden sekali… tapi kl dah melayang jiwa, watpe lagi… hindar sebelum terkena. cegah sebelum merasa.
Askum.. Hm..betul2.. Bile time kite masuk je jln x kira jln kecik or besar n x kira moto or kreta..kite bgaikan mmprtaruhkn nyawa kite..bila2 msa nyawa kite bleh mlayang d atas jln.. Jd..attiude tu pnting n kpd rider2 yg nk balik kg tu ati2 ye.. Askum
jalan raya memang selalu dijadikan tempat berlumba , cuma polis aje harapan kita nak mengelakkan kemalangan akibat mereka yang suka berlumba dan menyusahkan orang lain . tapi , (bukan nak menyokong) elok jugak tempat – tempat tertentu di jalan raya di Malaysia (yang jarang digunakan) dalam erti kata lain , “clear” , digunakan untuk “menguji” motosikal “sekadar suka – suka secara berhemah” dan bukan berlumba seperti di litar Sepang .
haraf maaf jika ada yang tak setuju .
sila reply comment ini sekiranya tak berpuas hati