DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

9 Maut Penunggang Motosikal Hari ke-2 Ops Sikap

Salam dan selamat sejahtera,

Ops-SikapSedih betul tengok angka di sebelah ni. Semalam cuma 3 orang tapi hari ni melonjak kepada 9 orang penunggang motosikal maut di jalan raya pada musim perayaan. Entahlah saya tak tahu nak kata apa lagi. Memang ajal maut ditangan Tuhan tapi sebagai manusia kita wajib berusaha untuk menyelamatkan diri masing-masing dari segala jenis malapetaka.

Rujuklah pecahan satistik ops sikap yang saya paparkan ni dan renungkanlah seketika supaya kita bukanlah sebahagian dari statistik pada hari-hari yang akan datang. Amin…

Nasihat Dari JKJR

Semalam Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR menyarankan agar penunggang-penunggang motosikal menggunakan kenderaan alternatif seperti bas untuk balik ke kampung masing-masing kecuali terdesak. Memandangkan keadaan situasi yang kurang baik ni eloklah kita sahut seruan ni demi nyawa kita sendiri.

Namun yang berkereta juga jangan rasa terlepas dari bahaya tapi berwaspadalah selalu perhati-perhatikanlah rakan-rakan yang menunggang motosikal di lebuh raya sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan.

Jangan kita hanya jadi pemerhati dan sekadar menggelengkan kepala tapi cubalah bantu sedaya mungkin. Biar kita hidup penuh keperihatinan dari hidup hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini mungkin hari dia tapi esok… lusa entah-entah hari kita pula.

Sekian

Wira DuniaMoto

Related Posts

  1. Perbetulkan Sikap Sebagai Pengguna Jalan Raya
  2. Awas! 7 Terkorban Hari Pertama Ops Sikap ke-20
  3. Selamat Tahun Baru 2008
  4. Mat Motor Masih Penyumbang Utama Kemalangan

4 Responses to “9 Maut Penunggang Motosikal Hari ke-2 Ops Sikap”

  1. are_nip says:

    salam…kawan2 sumer raider la elok2 blek kampung biar lambat asal selamat,

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    ye ke anip sekadar 180km dah cukup
    wasalam

    Reply this comment

    are_nip Reply:

    moto aku bkn laju pn mcm moto km2….hhehehe

    RiderFz Reply:

    110-130 pn da ok utk moto2 kecik/cub/bawah 150cc..utk kstabilan & penjimatan minyak. Bg superbike 150-200kmj(tp x full)

Leave a Reply