DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Aksesori Motosikal Yang Biasa DiGunakan

Salam dan selamat sejahtera.

Ok hari ni saya mula menulis kembali perihal berkaitan motosikal iaitu aksesori. Minggu ni terpaksa berdepan dengan berbagai karenah server dan hosting dan kalau korang semua perasan aku jarang berada di forum atau chating sebab kesibukan hu..hu..hu.

Kalau kita tengok kat blog dan forum-forum motosikal ramai yang mencari dan menjual pelbagai aksesori luaran untuk meningkatkan kuasa motor. Saya siarkan beberapa aksesori motosikal yang kerap dipilih.

1. Ekzos

Paling banyak digunakan oleh pemilik motor sebab ianya mudah didapati cuma pasang setting dan jalan. Ada sesetengah cecah ribuan ringgit. Contoh-contoh ekzos untuk motosikal empat lejang Yoshimura dan NOB1, 

2. CDI Racing

CDI standard yang biasa digunakan pada motor-motor jalanan telah dihadkan oleh pengeluar mengikut kadar tertentu. Jadi dengan adanya unit CDI racing boleh motosikal boleh beroperasi tanpa sekatan dan perlu diingat jika kuasanya tidak dikawal boleh menyebabkan kerosakan enjin pada jangka masa panjang.

3.Pilot dan Mainjet

Komponen ni terdapat pada unit karborator dan cukup mudah didapati di kedai-kedai aksesori. Dari pengalaman saya sendiri ramai pemilik-motor gemar menggunakan saiz pilot jet yang lebih besar main jet yang lebih kecil dari standard untuk peningkatan enjin. Namun ia bergantung jenis motor dan enjin yang anda gunakan. Silap langkah minyak pula macam air hujan hu.. hu.. hu..

4. Saiz Sprocket.

Sebutan standard sprocket tapi kita biasa panggil spoket jer. Kebanyakan dari kita suka memilih saiz spoket gear atau di hadapan lebih besar dari standard dan memiilih saiz lebih kecil dari standard untuk spoket belakang. Tapi kalau terlalu kecil susah pula nak mendaki nanti. Apa pun bergantung pada kegunaan motor. Kalau selalu bawa orang rumah pegi keje elok la pakai standard. :)

5. Stearing Damper

Ada di antara kita yang mempunyai modal untuk dapatkan stearing damper. Kalau kita lihat perlumbaan cup prix aksesori ni sudah dijadikan satu perkara wajib. Tujuannya untuk mendapatkan kesstabilan tinggi dan mengelakkan goyangan besar pada handle ketika motosikal dalam kelajuan tinggi. Ia menyerap hentakan dengan baik ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata atau rosak. Namun ada juga yang cuma mengetatkan skru pada pengunci tengkuk motor untuk tujuan yang sama tapi teknik ni akan mempercepatkan kerosakan pada bearing tengkuk motor.

6. Tayar Kompaun Lembut

Rata-rata motor-motor keluaran sekarang mempunyai prestasi yang agak baik dan kita mula berasa seronok untuk menunggang dengan skill masing-masing. Faktor tayar cukup penting dan kita mula sedar pemilihan tayar kompaun sederhana atau lembut sudah memjadi keperluan pada masa kini. Walaupun kita sedia maklum tayar jenis ini agak mahal dan cepat haus dari tayar jenis biasa namun fakstor keselamatan dan keseronokan telah jadi keutamaan. Kepada yang ada duit lebih boleh la cari Bridgestone Battlax, Michelin Pilot, Pirelli Dragon atau Dunlop D207. Kalau nak jimat bleh layan Dunlop TT500, Duro dan banyak lagi :) .

7. Minyak Pelincir Sintetik

Sekarang ramai yang dah mula sedar tentang penjagaan minyak enjin. Ada yang sanggup pakai fully sintetik berharga mencecah RM50 sebotol. Kita sedia maklum minyak sintetik memberikan perlindungan yang lebih baik untuk jangka panjang. Sampai satu tahap kita tak perlu lagi aditif tambahan untuk dapatkan perlindungan tambahan kerana semua telah ada dalam pakej minyak sintetik. Contoh minyak berada di pasaran Shell, Castrol, Motul, Penzoil dan lain-lain.

Sekian 

Wira  DuniaMoto

 

 

Related Posts

No related posts.

34 Responses to “Aksesori Motosikal Yang Biasa DiGunakan”

  1. Kreuger says:

    aku haram tak tau ape pasal motor ni.
    yang aku tau… cukup bulan tukar minyak itam..
    isi minyak… pam tayar.. itu jer.. hahaha
    motor tak pawer… alar kadar sudeh..
    janji rajin maintenance jer

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Motor wat pegi keje jaga basic maintainance
    dh kira ok.

    Yg penting jaga keselamatan diri dan motor
    sekali. :)

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as….kum
    betul tu aku rasa ape yg ko dah buat utk motor sekarang nih dah ok
    wasallam

    Reply this comment

    wkl786 Reply:

    tp kekdg kta bernafsu,,,,
    xleh tgk moto org len lbh dr kta…
    panas gak beb…

    Reply this comment

    alieya Reply:

    klo bnafsu tapi pulus tak de tak leh juga..

    WidoriLC Reply:

    xpe duit x byk kuar…….
    janji bleh lenjan huhuhuhu

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    hah3 ikot pada minat anda terhadap moto
    rock n ride

    Reply this comment

  2. wkl786 says:

    ha3
    info yg bgs….

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    haaaa wkl pada motor ko ape je yang ko dah modi

    wassalam

    Reply this comment

  3. nomad says:

    salam~
    kalu tayar comet ok x??

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as….kum
    Pakai je kalau teringin ape nak heran
    wasallam

    Reply this comment

  4. aniq says:

    tapi ni dari segi pickup dari segi make up plak xde ker?????

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    make up motor terlampau byk dan unik utk moto,cume gunekan daya kreatif dan modal kalau nak tengok design2 terdahulu cube pergi ke yuo tube mungkin idea anda akan dtg dgn segera
    wasallam

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    ingat kelajuan membawa padah,
    so rekomen mekap je moto 2 yer..
    untuk info boleh rujukan pada laman web berkaitan

    Reply this comment

  5. yamalube says:

    tyre ape yg grip lbey kurang battlax? battlax x mampu laaaaaaaa….

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    Tayar yg best selepas battlax selalu nye org pakai tt900 dah cukup sebab dia ade grip dan cukup bajet
    wasallam

    Reply this comment

  6. chean says:

    salam bro,
    nak nanya kekawan sume,ada efek ke dari segi prestasi,ride,condition motor kalu trunkan fok depan.
    aku pkai LC135 n mhal tak budget untuk upah?

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    Lebih konfiden ketika mengambil selekoh, bajet nak turun fork ikut tempat bro
    wasallam

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    yup tengok pada keselesaan penunggang..
    efek dia syok ar.. turon kan fork ikot nak potong or kerja, dlm rm35 harga pasaran if potong rm20 leh dpat

    Reply this comment

  7. Yus LC says:

    as…kum
    Kantoi aku bab base inggeris tu la pasal jgn tiru mcm aku mak suruh belajar dulu memain jer
    wasallam

    Reply this comment

  8. abby says:

    ade x bhagian pakaian moto kt cni sprti helmet,sut or anything??

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    x ada, ni cuma blog je

    Reply this comment

  9. abby says:

    kt cni x de bhgian pakaian moto sprti helmet,sut ke..??

    lenguh aq mncrik…

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    InsyaAllah saya akan masukkan
    utk artikel akan datang.

    Reply this comment

  10. Osman Awang says:

    Aku pn terror speaking & penulisan english, tp bab2 forum camni tulis bahasa melayu pn x pe.. aku bangga jadi rakyat malaysia yg berbahasa melayu..tengok jepun? diorang bngga bahasa dia

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Terima kasih Osman Awang. Bahasa Inggeris merupakan bahasa utk kita berkomunikasi dan mencari ilmu.
    Namun bahasa ibunda tetap jd kebanggaan kita.

    Reply this comment

  11. zack87 says:

    agak2 brape harga damper utk belang r?

    Reply this comment

  12. cipen says:

    Saiz spoket ape ek yg seswai utk moto honda wave 100.. skang nie aku guna yg standard..

    Berat aku ada la dlm 70kg..

    mintak pendapat..

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    gne la spoket 35 stngh

    Reply this comment

  13. karim3377 says:

    berapa saiz tayar yang biase n cantik geng2 lc pkai… 80/90 @ 90/90.. klo pkai cover coolen yamaha 2 ejen ade problem x nnti…

    Reply this comment

  14. asrap lc manjung says:

    salam sumer budak motor…nak tanya…lc best bawak guna spoket brapa…bagi le pendapatskit..la ni aku pkai spoket standard..je

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    wassalam bro,
    erm ikot spoket nak pikap or long?
    rekomen spoket racing saiz 36stngh or 37.
    ikot pada berat bdn yer

    Reply this comment

  15. Zuridan says:

    Nak tanya tayar apa yang elok untuk long distance dan kuat cengkaman pada jalan kering dan basah. linkungan harga bawah RM200…ada tak?

    Reply this comment

    zero kom135 Reply:

    rekomen skang ni gne la tayar maxxis diamond..
    bajet bwh 200 lei dapat

    Reply this comment

Leave a Reply