Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!

Salam pemabaca yang saya hormati sekelian.
Maaf kerana agak lama tidak melakukan ‘post’ terkini di blog Dunia Permotoran ini. Oh Ya!Sebenarnya saya agak sibuk dengan kerja-kerja off line yang memenatkan. Sehinggakan nak update blog kesayangan saya ni tidak kesampaian. Bukan itu saja forum MBC pun tak sempat saya nak jengok.. hu..hu..hu.. Baiklah pada artikel kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kita sama-sama mengenali dan memahami serba sedikit mengenai pelincir motosikal.

Minyak PelincirPernahkah kita terfikir kegunaan minyak pelincir kepada motosikal anda. Apakah akan berlaku sekiranya pelincir motosikal anda tidak diberi perhatian. Saya pernah mengalami kekejangan enjin dipertengahan lebuh raya utara selatan iaitu dari Melaka ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku pada waktu malam. Memang ‘kacau’ beb… tapi nasib baik telefon bimbit boleh buat panggilan pada ketika itu. Saya terus menghubungi bantuan dari Melaka.Syukur selamat!Motor saya ketika itu kekeringan minyak 2T. Baik kita tinggalkan kisah saya ni dan kita berkongsi info berkaitan pelincir secara asasnya.

Pelincir motosikal atau minyak enjin sangat penting ibarat manusia dan air di dalam badan kalau kurang air maka sakitlah manusia tersebut. Begitu juga dengan motosikal berbagai masalah jangka pendek dan jangka panjang boleh berlaku kepada motosikal anda.

Apakah erti minyak enjin?

Minyak enjin merupakan pelincir yang diperlukan oleh enjin motosikal anda bagi melincirkan semua komponen utama dalam enjin seperti bearing, omboh, silinder, aci sesondol, aci engkol, rod tunjal, gear-gear, valve daripada bergesel dengan kasar. Kesan dari geseran ini akan menghasilkan haba malah menghakis komponen sedikit demi sedikit dan paling teruk enjin terus kaku dan kejang. Sebab itulah pentingnya minyak enjin bagi mengelakkan pekara-perkara seperti ini berlaku.

Fungsi pelincir membolehkan enjin bergerak dengan lancar di mana ianya bertidak seperti lapisan filem minyak menyaluti komponen-komponen berkenaan supaya menjadi pelindung kepada geseran seterusnya mengelakkan darpada kekejangan.

Pelincir juga bertidak sebagai agen mengnyah haba. Apabila haba yang dihasilkan oleh enjin turut memanaskan minyak pelincir tersebut. Minyak pelincir juga menjadi bertambah cair dan pam pelincir akan menggerakkan minyak tersebut keseluruh bahagian enjin motosikal. Pergerakan ini berlaku dari bahagian yang panas ke tangki penakung atau radiator minyak dan dialirkan semula ke dalam enjin.

Enjin Kapasiti BesarTegasnya di sini semakin besar saiz sesuatu enjin maka semakin laju ia berputar dan semakin banyak haba yang dihasilkan. Enjin yang semakin padat turut sukar untuk memindahkan haba dengan lebih efisien.Maka dengan sebab itu keperluan minyak pelincir yang berkualiti tinggi amat diperlukan.

Ciri pelincir yang baik antaranya ialah dapat bertahan pada suhu tinggi, tidak mudah cair dan tidak terlalu likat apabila suhu sejuk.

Seperkara yang amat perlu dititik beratkan iaitu pengguna-pengguna motosikal seharusnya faham akan perbezaan minyak pelincir kereta dan motosikal. Seperti mana yang kita maklum kebanyakan motosikal kapasiti di bawah 150cc di negara kita mempunyai kombinasi enjin dan gearbox ‘disatukan’. Maksudnya enjin dan gearbox menggunakan minyak pelincir yang sama. Tidak seperti kereta atau motosikal berkuasa besar di mana enjin dan gearbox tidak ‘disatukan’ maka sebab itulah enjin jenis ini mempunyai keperluan minyak yang berbeza iaitu minyak enjin hanya untuk enjin dan begitu juga gearbox.

Ramai di antara kita tidak memahami erti sebenar perlindungan yang dimaksudkan lantas tidak mempedulikan perbezaan minyak enjin kereta dan motosikal mereka dengan menganggap penggunaan minyak enjin kereta sama sahaja untuk motosikal. Ya!.. memang kesan jangka pendek tidak nampak tapi awas…. untuk jangka panjang.

Maksudnya minyak enjin motosikal memberikan perlindungan keseluruhan di dalam enjin termasuklah sistem transmisi dan klac. Lihat betapa besarnya tugas minyak enjin motosikal dan sudah tentu pelincir yang berkualiti amat diperlukan. Inilah ciri-ciri tambahan yang sedia ada pada sesebuah pelincir motosikal berbanding dengan pelincir kereta.

Bagi enjin dua lejang pula tugas minyak pelincir menjadi lebih berat dan sukar. Ia diperlukan untuk melindungi komponen yang berada di dalam silinder motosikal termasuklah bearing rod, piston, gelang piston serta komponen lain yang perlu dilindungi bagi mengelakkan berlaku kekejangan pada enjin akibat lebihan panas yang terhasil. Pelincir yang biasa dipanggil minyak 2T ini perlu dicampurkan dengan petrol dan dibakar bersama di dalam kebuk pembakaran. Akibat dari pembakaran yang tidak sempurna ini sisa-sisa mnyak yang tidak terbakar sepenuhnya akan menjadi endapan di dalam silinder dan juga sistem ekzos. Oleh itu motosikal jenis dua lejang amat memerlukan pelincir yang mudah terbakar bagi mengelakkan terlalu banyak endapan yang berlaku.

Berbagai kesan buruk boleh berlaku akibat endapan karbon yang terlalu banyak di dalam enjin. Antaranya kehilangan kuasa pecutan di sebabkan sistem ekzos diselaputi karbon yang tebal. Motosikal menjadi sukar dihidupkan dan juga meningkatkan geseran di dalam silinder. Kesannya motosikal menjadi ‘berat’ haba sukar dipindahkan. Lebih buruk lagi jika blok enjin tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan berlaku kekejangan atau ‘jam’

Baiklah saya rasa setakat ini dulu perbincangan sebagai pengenalan kepada minyak pelincir. Pada post yang akan datang saya akan huraikan serba sedikit mengenai komponen-komponen yang terkandung di dalam minyak 4T dan 2T dan bagaimana ia dihasilkan.

Sekian

Wira Duniamoto

This entry was posted in Bengkel and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

298 Responses to Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!

  1. khairul says:

    minyak pelincir ape yg elok tok moto lc?

  2. loyai says:

    sowie ar nk tnye nie…..
    oil treatment tue pon kna tkar jgk ker…?
    aq pkai moto lc ad pkai oil treatment ker…?

  3. fiq penang.... says:

    salam bro..
    sy nk tnya 2 soaln
    1)..mcm sy sllu tkar mnyk 4T stiap 2000km..sy tggl kt hstel poli…dn xsllu naik moto…sllu 2blan mcm 2 bru ckup 2000km…kt snie sy nk tnya…ad xksan ngtif bla kta xtkar dlm msa yg lma…
    2)..bru2 nie sy tkar CDI YMHA thailnd…tp mknik motor 2 ckap klau nk mto lg rngan dy sruh sy gna blok besar..bleh x bro trangkn smaada pnggnaan blok besar akn bg ksan kt mto…dri segi prjlnan jrak jauh dn dri segi enjin akn leaking atw pwn x… dn pnjgaan moto bla gna blok besar…

  4. leman says:

    mto aku berat la bro….
    pick up x dok….
    lau tkar cdi racing, ok x??

  5. lc KCF says:

    pd pndapat aku la…stakat ni aku guna bl0k bsar kat moto aku xjdi masalah sngat la…pikc up mmang sy0k…rsa ringan ja…tpi mnyak enjin kna la slalu tng0k klau dh guna bl0k bsar ni jngan kasi kurang…klau prjalanan jauh tu klau xslalu melenjan 0key ja…lg 1 guna la gasket yg mhal skit dkat bl0k tu beli la gasket tmbaga p0n 0key… Wassalam…

  6. lc KCF says:

    aku pkai bl0k racing saiz 61mm…tukar cdi racing ni bgi tmbah pickup je…t0p xdpt…klau kau nk ringan skit m0t0 kau…kau tukar manif0ld ekz0s kau…kasi lawas skit… WASSALAM…

  7. lc KCF says:

    aku xpasti sngat t0p speed aku…setting xabis lg…kau pkai m0t0 kau brapa lama dh…bleh jdi bnyak kmungkinan…cab kau mungkin dh k0t0r @ air filter yg dh k0t0r…kau buka filter kau dn tembak ngan angin @ pegi kdai suruh p0men cuci cab kau @pun setting m0t0 kau dh lari…itu ja yg aku tau…

    • bocaboca says:

      salam..lc kcf ko pkai coil plug ape?standard or racing..lau racing jename ape yg bgus?..

    • wan lc says:

      moto ak br stahun…….ari tu da tkar piston…yg lain smua da cuci….x taw la tkt agn krbreter x btol

  8. lc KCF says:

    aku pkai yg stnded…klau yg rcing brand uma 0k k0t…klau p0wer booster pkai racing bee punya…

    • bocaboca says:

      aku da pkai coil uma..lpas tu pkai plug ngk g power..tp cm kureng la..nk msuk gear 4 cm tersenggut jap lpas tu ok da..kne set carb blik ke..ape prob tu ye..

  9. nizam says:

    klu motor jenis lc4v pakai sistem injection,minyak apa yg bagus

  10. Jarah Gurang says:

    Apakah maksud T dalam 2T tu…nak tau yang tu lar…

  11. faizul says:

    nak tanya ckit, aku de belikan bapak aq motor
    demak ex90(nak nelikan ex5 tak mampu,lagipon ex5 panas dipasaran),untok bawak gi surau/kedai/round2 pasal bapak aq punye motor lama dah uzor sangat. tapi bapak aku kate bunyi gear die kuat sangat “ktaak” kalu masok gear, camna nak bagi gear die smooth?..tukar minyak enjin best punye hilang tak bunyi tu?.

  12. hafiz says:

    tayar maxxis dgn michelin la trbaik…. crius xtipu. corner pun lyan hbis.

  13. YUZ LCSS says:

    sy pakai myak castrol 15w-40 part synthetic dh dua x tkar sekali ngan oil filter enjin maintain leh pegi 140kmj kt jln biasa.kt highway kalo pndai main trottle ley blah smpai 160kmj ok x myak nh pd pndapat korg.spoket sy pkai 15-38..

  14. shafiqalias says:

    cmner lk ngn SAE-40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>