Apakah Maksud Kuasa (power)?
Salam sejahtera

Baiklah saya nak sambung artikel yang dah saya tulis sebelum ini iaitu berkaitan dengan tork. Pada kali ini saya akan terangkan erti kuasa dan juga kuasa maksimum pada sesebuah motosikal. Kuasa saling bergantung dengan tork pada sesebuah motosikal. Ini dapat diterangkan secara teori iaitu;
Kuasa (power) = k x tork x kadar putaran enjin (RPM)
k = pemalar (constant)
Secara mudahnya kuasa berkadar terus dengan tork dan RPM. Ini bererti semakim tinggi RPM dan tork maka kuasa juga akan bertambah. Namun seperti juga tork ia juga mempunyai satu titik kuasa maksimum akan dicapai pada RPM tertentu.
Namun RPM kuasa maksimum akan sentiasa melebihi RPM tork maksimum. Perkara ini saya terangkan dengan mengambil contoh motosikal Yamaha 135Lc.
- Kuasa Maksimum : 8.45 kw / 8500 rpm
- Tork Maksimum : 11.65 Nm / 5500 rpm
Pada nilai RPM antara 5500 hingga 8500. Kuasa tork sudah mencapai tahap maksimum iaitu 5500 rpm walaupun tork sudah berkurang nilai kuasa tetap bertambah. Situasi ini disebabkan pertambahan nilai RPM itu sendiri (rujuk balik formula).
Tetapi apabila nilai RPM mencecah 8500, kuasa akan mula menurun kerana nilai tork menjadi terlalu rendah walaupun RPM semakin tinggi.
Oleh itu kuasa maksimum bagi motosikal ini pada titik 8500 rpm. Mungkin agak sukar bagi kita pengguna biasa motosikal. Namun dengan penerangan ringkas ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan peminat motosikal sekelian.
Sekian
- Wira DM
Wa…..aq rasa klu ko ada ilmu berkenaan permotoran boleh r bwat bengkel cm Irfan Khairi takpun cm team saifulSham. Tapi….ko kn bwat bgkel tuk permotoran r. Amcm???
Reply this comment
Cadangan yg bagus tu..kampungboy.
Ilmu berkaitan permotoran nih…takde la
hebat sangat tapi berdasarkan pengalaman
dan juga pembacaan sejak dari bangku sekolah
lagi
Kalau diizinkan tuhan memang nak wat macam
tokoh usahawan yg kampungboy sebutkan tu.
Reply this comment
utk tingkatkan kuasa jugak boleh dilakukan dgn mengecilkan kebuk pembakaran, lantas menyebabkan nisbah mampatan meningkat..kuasa & tork akan jadi lebih optimum..
Reply this comment
Thanks Nastro..for the info!
Reply this comment
as….kum cakap tentang kuasa ni,aku rase kecik jer yg aku selalu pakai tiap2 ari iaitu mesin rumput aku
wasallam
Reply this comment
Disini saya postkan sedikit tips2 utk tingkatkan power dan tork. This tips already posted in KOM135 by me also.
-tingkatkan nisbah mampatan, milling block std (upper side/lower side) dgn 0.5~0.9mm..lepas mill guna flatness gauge, utk measure flatness degree
-tukar gasket yg lebih nipis daripada standard (bergatung kpd berapa byk anda milling)
-grove line tgh pada head antara intake masuk dgn intake ekzos.
-tukar camshaft, valve spring, valve seat dan valve [titanium] utk valve std bahagian INTAKE, buat groving kat bahagian belakang, tujuan sama; elakkan petrol cepat meruap dan hasilkan arus gelora
-buat abrassive blast pada head dan carburetor manifold (sand blasting kat intake bagi kasar, utk elakkan petrol meruap dgn cepat dan hasilkan arus gelora & polishing kat intake ekzos)
-nisbah mampatan akan meningkat dari 10.9~12. , masa ni seeloknyer guna petrol RON97 keatas.
-set carburetor balik, berdasarkan spark plug.
kelebihan; fuel efficiency tork up power up pembakaran lebih lengkap.
Keburukan, baca amaran dibawah
AMARAN : SILA PASTIKAN PEMASANGAN SEMULA KOMPONEN DIPASANG OLEH INDIVIDU-INDUVIDU PROFESIONAL DAN BERDASARKAN PROSEDUR-PROSEDUR YG DITETAPKAN OLEH YAMAHA. SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SEBARANG KESILAPAN YG DILAKUKAN OLEH ANDA.
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
February 20th, 2009 at 1:52 pm
Sekiranya dilakukan mengikut cara yg betul. InsyaAllah berhasil.
Reply this comment
as…kum d sini dah masuk bab modi he…he…he….
wasallam
Reply this comment
dayah Reply:
July 26th, 2010 at 2:05 pm
Salam…
dah lame kew xjadi mat rempit nie??
Reply this comment
YUS LC Reply:
July 27th, 2010 at 6:05 pm
as…kum
nk jadi mat rempit tak susah bro , nk jadi sempit pun tak susah, yg paling susah nk jadi baik je
wasallam