Harga Motosikal Akan Turun!

duti_import

Khabar berita yang dibawa oleh pak menteri pada bulan lalu berkenaan duti impot kenderaan CBU yang bakal dihapuskan pada Januari 2010 memanaskan isu harga motosikal berkuasa tinggi iaitu superbike buat masa ini.

Ini petikannya:

PETALING JAYA 3 Nov. – Duti import bagi motosikal yang dipasang sepenuhnya (CBU) di negara ini akan dihapuskan tahun depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia selari dengan komitmen Malaysia untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

‘‘Industri pembuatan dan pemasangan motosikal tempatan patut mengambil peluang dalam AFTA bagi mengeksport produk mereka di seluruh rantau ini.

‘‘Perusahaan ini perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengutamakan nilai tambah dalam memajukan industri permotoran di negara ini,’’ katanya ketika berucap sempena pelancaran model motosikal baru Kawasaki KLX 150S di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Sdn. Bhd., Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik.

Harga pasaran motosikal tersebut di atas jalan termasuk pendaftaran cukai jalan persendirian tidak termasuk insurans adalah RM8,589.

Mustapa berkata, dalam usaha menambah baik industri automotif di negara ini, kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dan proaktif.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk sektor automotif walaupun berdepan dengan ekonomi semasa tidak menentu.

Rata2 di blog atau forum menggunakan petikan ini sebagai sandaran dan rujukan namun ianya masih kabur dan kita hanya mampu tunggu dan lihat saja akan kebenaran perkara ini.

Kalau kita analisis secara kasar cuba lihat jadual yang saya paparkan di atas berapa peratus sepatutnya penurunan cukai yang akan berlaku.

Mungkin sekitar 30% dan secara loginya memang ada penurunan. Tapi dengan syarat cukai2 lain tu tidak dinaikkan. Kalau tidak semua tu hanya mainan politik sahaja. Harap tak macam tu.

Kalau cukai GST yang dicadangkan terlaksana jua maka tolak lagi 5% tinggallah 25%. Namun banyak atau kurang penurunan harga motosikal juga bergantung pada nilai matawang.

Kita sedia maklum negara Jepun menggunakan mata wang mereka iaitu Yen dalam urusan jual beli dengan negara luar. Buat masa ini Yen sedang mengukuh dan secara logiknya harga untuk sebuah motosikal mereka juga akan dinaikkan.

Situasi ini berbeza dengan kumpulan motosikal CKD kerana ianya dipasangkan di negara ini sekaligus kurang memberi kesan pada harga.

Ducati 1198R Corse Special Edition

ducati_1198_R_corse

Ferrari versi dua roda nama jolokan untuk motosikal jenama Ducati semakin garang dan tak pernah takut dengan lawan 4 silinder dari Jepun. Memiliki keistimewaan enjin jenis dwisilinder berbentuk L sentiasa mendapat tempat di podium2 perlumbaan motosikal berprestij World Superbike Championship di bawah Ducati Xerox.

panel_ducati

Versi jalanan yang paling hebat kategori motosikal sport setakat ini Ducati 1198R Corse Special Edition memiliki kuasa sekuat 180hp pada 9750rpm. Kehebatan 1198R terletak pada ketangkasan keluar masuk selekoh dan berupaya menandingi lawan2 mereka di jalan lurus. Inilah rahsia sebenar Ducati menguasai litar2 perlumbaan motosikal SBK sekian lama.

ducati_1198R

Versi 1198 yang dilancarkan pada bulan April lalu kalau tak silap dibuka pada harga RM158K-RM187K sebuah. Bayangkanlah harga sebuah motosikal untuk model superbike 1198R Corse Special Edition ini yang dilengkapi aksesori standard dicedok dari teknologi MotoGp.

Kalau harga setelah dihapuskan cukai CBU sekalipun motosikal ini masih melebehi nilai RM100K kerana Ducati tidak seperti model2 sport ekstrem dari Jepun. Ia seolah2 ada nilai ekslusif tersendiri dan jawapan ini kita boleh tanya kepada pemilik2 fanatik Ducati.

KERANGKA

Rangka – Tubular steel Trellis frame in ALS 450

Tapak Roda – 1430mm

Kecondongan –  24.5°

Suspensi Hadapan –  Ohlins 43mm fully adjustable usd forks with TiN

Rim Hadapan – 7 spoke jenis alloy (3.50 x 17)

Saiz Tayar Hadapan – 120/70 ZR17

Suspensi Belakang – Progressive linkage with fully adjustable Ohlins TTXR monoshock with top-out spring. Aluminium single-sided swingarm

Rim Belakang – 7 spoke jenis alloy (6.00 x 17)

Tayar Belakang – 190/55 ZR17

Brek Hadapan –  2 x 330mm semi-floating discs, radially mounted Brembo Monobloc calipers 4-piston, 2-pad

Brek Belakang –  245mm disc, 2-piston calliper

Kapasiti Tangki – 18 Liter

Berat Kering – 164kg

Alatan Standard – Diambil terus dari teknologi MotoGp: Kelajuan, rev counter, masa lap, jam, suhu udara, suhu radiator, caj bateri, A & B trips, fuel reserve trip, kedudukan DTC (jika aktif) scheduled maintenance. Lampu amaran untuk: Neutral, lampu isyarat, high-beam, rev-limit, perantaraan DTC, tekanan pelincir, fuel reserve. Tambahan: Integrated immobilizer system dan pengurusan sistem DDA and DTC.

Warna dan Grafik –  Corse (red / black)

Versi – Single seat

Tinggi Plana – 820mm

ENJIN

TYPE L – Silinder berkembarr, 4 titanium valves setiap silinder teknologi Desmodromic, sejukan cecair

Sesaran – 1198.4cc

Gerek x Lejang – 106 x 67.9mm

Nisbah Mampatan – 12.8:1

Kuasa – 180hp (132.4kW) @ 9750rpm

Tork –  99.1lb-ft 134Nm @ 7750rpm

Suntikan Bahan Api –  Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies

Ekzos – Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel and titanium mufflers.

Transmisi

GearBox – 6 gear

Ratio – 1=37/15 2=30/17 3=27/20 4=24/22 5=23/24 6=22/25

Pemacu Utama – Straight cut gears, Ratio 1.84:1

Pemacu Akhir – Rantaui; Sprocket Depan 15; Sprocket Belakang 38

Sistem Pencengkam (Clutch) – Jenis kering dengan plate berbilang dikawal oleh hydraulic control slipper clutch

Modenas CT 110

ct-110

Model cub terbaru dari Modenas telah pun dilancarkan baru2 ini dan rekaan grafik serta rupa bentuk yang menarik apakah CT 110 akan menggantikan model Kriss yang masih popular di Malaysia.

InsyaAllah pihak duniamoto.com telah menerima jemputan rasmi dari pihak Modenas sendiri untuk sessi pandu uji pada 22 dan 23 Disember ini.

Saya tidak akan umumkan buat masa ini (cuba teka) siapakah yang telah dilantik untuk menjadi Test Rider pertama dari duniamoto.com dan yang pastinya beliau juga merupakan ahli kelab duniamoto (KDMC) sendiri. Saya akan buat liputan penuh pada tarikh tersebut.

Ok doakan kejayaan kami untuk acara itu nanti.

Kawasaki KSR 110 Mini Supersport

ksr-110

Tahun 2009 Kawasaki memasarkan produk CKD mereka iaitu sebuah model mini supersport berkapasiti enjin 110cc. Sistem yang dikatakan hebat oleh Kawasaki iaitu KACR (Kawasaki Automatic Compression Release) dapat memudahkan enjin apabila dihidupkan dengan penghidup kaki.

fork-hadapan

Fork depan “Upside Down” dikatakan beri keseimbangan dan kawalan lebih mantap dan prestasi terbaik.

enjin-ksr-110

Enjin mempunyai kuasa yang lebih hebat jika dibandingkan dengan berat motosikal itu sendiri.

suspensi-belakang

Kemantapan suspensi belakang (Uni-Track) yang menjamin pengedalian meyakinkan dalam pelbagai situasi tunggangan.

brek-belakang

Teknologi sistem pengudaraan brek depan belakang memberi kuasa efektif pada keberkesanan ketika membrek dan menjamin keselamatan penunggang.

kick-start

Sistem KCAR untuk kick starter yang memudahkan enjin dihidupkan pada sebarang keadaan samada waktu awal pagi mahupun cuaca sejuk.

KSR110 SPESIFIKASI
ENJIN
Jenis Penyejukan udara, 4-lejang, Silinder
tunggal, SOHC, 2 injap
Isipadu 111 cm³
Gerek & Lejang 53.0 mm x 50.6 mm
Nisbah mampatan 9.5:1
Prestasi a) Kuasa maksima 5.8 kW {7.9 PS} @ 8,000 rpm
b) Tork maksima 8.1 N?m {0.82 kgf?m} @ 6,000 rpm
Sistem bahan api Carburetor: KEIHIN PB18
Sistem penghidup Penghidup kaki
Sistem pencucuh Bateri dan gegelung (dengan transistor)
Pelinciran Pelinciran berpaksa (takungan basah)
PEMACUAN
Transmisi 4-kelajuan, Sambungan sejajar,
Penukaran balik
Nisbah gear Pertama 3.000 (36/12)
Kedua 1.937 (31/16)
Ketiga 1.350 (27/20)
Keempat 1.086 (25/23)
Kelima -
Keenam -
Nisbah pengurangan akhir 2.066 (31/15)
Klac ‘Centrifugal’ dan cakera basah
berbilang
KERANGKA
Jenis Tiub, Kerangka belakang
Lereng (sudut condong) 26°
Tayar a) Depan 100/90-12 49J Tanpa tiub
b) Belakang 100/90-12 49J Tanpa tiub
SUSPENSI
Depan Fork teleskopik ‘upside-down’
Belakang Lengan ayunan
BREK
Depan Cakera tunggal
Belakang Cakera tunggal
DIMENSI
Panjang keseluruhan 1,670 mm
Lebar keseluruhan 705 mm
Tinggi keseluruhan 995 mm
Jarak roda 1,165 mm
Kelegaan jalan 225 mm
Ketinggian tempat duduk 750 mm
Berat tanpa muatan 85 kg
Muatan bahan api 7.3 litres

KSR110 SPESIFIKASI

ENJIN

Jenis Penyejukan udara, 4-lejang, Silinder

tunggal, SOHC, 2 injap

Isipadu 111 cm³

Gerek & Lejang 53.0 mm x 50.6 mm

Nisbah mampatan 9.5:1

Prestasi a) Kuasa maksima 5.8 kW {7.9 PS} @ 8,000 rpm

b) Tork maksima 8.1 N?m {0.82 kgf?m} @ 6,000 rpm

Sistem bahan api Carburetor: KEIHIN PB18

Sistem penghidup Penghidup kaki

Sistem pencucuh Bateri dan gegelung (dengan transistor)

Pelinciran Pelinciran berpaksa (takungan basah)

PEMACUAN

Transmisi 4-kelajuan, Sambungan sejajar,

Penukaran balik

Nisbah gear Pertama 3.000 (36/12)

Kedua 1.937 (31/16)

Ketiga 1.350 (27/20)

Keempat 1.086 (25/23)

Nisbah pengurangan akhir 2.066 (31/15)

Klac ‘Centrifugal’ dan cakera basah

berbilang

KERANGKA

Jenis Tiub, Kerangka belakang

Lereng (sudut condong) 26°

Tayar a) Depan 100/90-12 49J Tanpa tiub

b) Belakang 100/90-12 49J Tanpa tiub

SUSPENSI

Depan Fork teleskopik ‘upside-down’

Belakang Lengan ayunan

BREK

Depan Cakera tunggal

Belakang Cakera tunggal

DIMENSI

Panjang keseluruhan 1,670 mm

Lebar keseluruhan 705 mm

Tinggi keseluruhan 995 mm

Jarak roda 1,165 mm

Kelegaan jalan 225 mm

Ketinggian tempat duduk 750 mm

Berat tanpa muatan 85 kg

Muatan bahan api 7.3 litres

Sekian

Wira DuniaMoto

Kawasaki Er-6n

Liquid-cooled, 4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves
Displacement 649 cm³
Bore and Stroke 83.0 mm x 60.0 mm
Compression ratio 11.3:1
Performance:
a) Maximum power 53.0 kW {72.0 PS} @ 8,500 rpm
b) Maximum torque 66.0 kW {6.7 kgf·m} @ 7,000 rpm
Fuel system Fuel injection: ø38 mm x 2 (KEIHIN)
Starting Electric
Ignition Battery and coil (transistorized)
Lubrication Forced lubrication (semi-dry sump)
DRIVETRAIN
Transmission 6-speed, Constant mesh, Return shift
Gear ratios:
1st 2.438 (39/16)
2nd 1.714 (36/21)
3rd 1.333 (32/24)
4th 1.111 (30/27)
5th 0.966 (28/29)
6th 0.852 (23/27)
Final reduction ratio 3.067 (46/15)
Clutch Wet multi disc
FRAME
Type Tubular, Diamond
Caster (rake) 24.5º
Tyre:
a) front 120/70-ZR17M/C (58W) Tubeless
b) rear 160/60-ZR17M/C (69W) Tubeless
SUSPENSION
Front: Type Telescopic fork
Rear: Type Swingarm
BRAKES
Front: Type Dual disc
Rear: Type Single disc
DIMENSIONS
Overall length 2,100 mm
Overall width 760 mm
Overall height 1,100 mm
Wheelbase 1,405 mm
Ground clearance 140 mm
Seat height 785 mm
Curb mass 200 kg
kawasaki-er6n

Model naked sedang dapat perhatian di tanah air Kawasaki Er-6n. Reka bentuk cukup macho dan seksi. Kalau berminat boleh kunjungi pengedar berdekatan. Harga sekitar RM27,000++. Down payment 30% RM8,000++ dan interest sekitar 5% setahun. Bulanan RM400++ selama 5 tahun.

Kalau mampu silakan hu..hu..hu.. Apa pun kecoh-kecoh berkenaan AFTA tapi harga superbike masih jadi tanda tanya. Lepas ni nak tunggu apa lagi entahlaaaaa…..

Spec:

Liquid-cooled, 4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves

Displacement 649 cm³

Bore and Stroke 83.0 mm x 60.0 mm

Compression ratio 11.3:1

Performance:

a) Maximum power 53.0 kW {72.0 PS} @ 8,500 rpm

b) Maximum torque 66.0 kW {6.7 kgf·m} @ 7,000 rpm

Fuel system Fuel injection: ø38 mm x 2 (KEIHIN)

Starting Electric

Ignition Battery and coil (transistorized)

Lubrication Forced lubrication (semi-dry sump)

DRIVETRAIN

Transmission 6-speed, Constant mesh, Return shift

Gear ratios:

1st 2.438 (39/16)

2nd 1.714 (36/21)

3rd 1.333 (32/24)

4th 1.111 (30/27)

5th 0.966 (28/29)

6th 0.852 (23/27)

Final reduction ratio 3.067 (46/15)

Clutch Wet multi disc

FRAME

Type Tubular, Diamond

Caster (rake) 24.5º

Tyre:

a) front 120/70-ZR17M/C (58W) Tubeless

b) rear 160/60-ZR17M/C (69W) Tubeless

SUSPENSION

Front: Type Telescopic fork

Rear: Type Swingarm

BRAKES

Front: Type Dual disc

Rear: Type Single disc

DIMENSIONS

Overall length 2,100 mm

Overall width 760 mm

Overall height 1,100 mm

Wheelbase 1,405 mm

Ground clearance 140 mm

Seat height 785 mm

Curb mass 200 kg

Perbetulkan Sikap Sebagai Pengguna Jalan Raya

Salam dan selamat hari raya semua.

Saya ucapkan selamat pulang semula ke rumah masing-masing dan meneruskan rutin kehidupan harian seperti biasa. Nak mula balik tu yang agak liat betul tak? Tapi tetap kena teruskan hu..hu..hu..

Malas rasanya nak update pasal Ops sikap Ke-20 yang tamat hari ini dan seolah-olah telah diduga jumlah maut yang meningkat begitu mendadak. Rekod Ops Sikap ke-19 telah pun dipecahkan oleh rakyat Malaysia pada Aidil Fitri tahun ni iaitu 170 kepada 238 orang.

Takde apa yang nak dibanggakan atau dipersalahkan. Siapa yang gagal Ops Sikap atau kita sebagai pengguna jalan raya yang gagal…. macam kata Nabil “Lu pikir la sendiri…”.

Macam biasa pengguna motosikal menerajui carta kematian musim perayaan pada setiap tahun dan yang menyedihkan golongan motosikal berkuasa tinggi atau superbike turut terlibat. Sebuah konvoi melanggar seorang warga emas berjalan kaki di Pahang semalam.

Ke dua mangsa maut dtempat kejadian. Tak payah nak salahkan sape2 kita sepatutnya sentiasa berwaspada tak kiralah sedang konvoi atau sorang diri. Padah akan menimpa bila kita berlaku kemalangan.

Peringatan keras ini saya tujukan khas kepada seluruh mat motor terutama warga KDMC yang sering merancang untuk aktiviti konvoi. Konvoi tu tak salah tapi kita sebagai manusia yang selalu alpa bila mula memegang trottle di jalan raya. Harap semua peka dan saya tak akan jemu untuk terus memberi nasihat dan teguran.

Namun segala macam aktiviti kehidupan tetap diteruskan dan kepada warga KDMC selamat pulang ke rumah dan jangan lupa update sekiranya ada rumah terbuka he..he..he..

Sekian

Wira DuniaMoto

Mat Motor Masih Penyumbang Utama Kemalangan

Salam dan selamat sejahtera,

kemalangan-ngeri

Hari ke empat Ops Sikap ke-20 menunjukkan angka kematian mat motor cukup menakutkan. Sejak Ops Sikap dilancarkan sejumlah 28 daripada 44 kematian keseluruhannya merupakan penunggang motosikal. Golongan kita masih jadi penyumbang utama.

Dah tak tahu nak kata apa cuma saya harapkan kita lebih berhati-hati terutama sekarang ni cuaca agak mendung dan kemungkinan akan hujan. Jadi risiko kemalangan akan menjadi lebih tinggi. Moga Allah panjangkan usia kita semua untuk bersua lagi selepas raya nanti.

Mungkin ada yang kata takde posting lain ke sekarang ni? Ya! memang takde sebab kita sama-sama fokus kepada isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya yang sentiasa hot terutama musim raya. Ada yang baca tajuk pun dah malas nak baca isi artikel namun biar kita ambil tahu setidak-tidaknya mengingatkan kita akan keselamatan di jalan raya umpama nyawa kita berada di hujung tanduk.

P/S: Saya akan pulang ke Melaka pada hari ini bersama keluarga pada sebelah malam nanti.

Sekian

Wira DuniaMoto

9 Maut Penunggang Motosikal Hari ke-2 Ops Sikap

Salam dan selamat sejahtera,

Ops-SikapSedih betul tengok angka di sebelah ni. Semalam cuma 3 orang tapi hari ni melonjak kepada 9 orang penunggang motosikal maut di jalan raya pada musim perayaan. Entahlah saya tak tahu nak kata apa lagi. Memang ajal maut ditangan Tuhan tapi sebagai manusia kita wajib berusaha untuk menyelamatkan diri masing-masing dari segala jenis malapetaka.

Rujuklah pecahan satistik ops sikap yang saya paparkan ni dan renungkanlah seketika supaya kita bukanlah sebahagian dari statistik pada hari-hari yang akan datang. Amin…

Nasihat Dari JKJR

Semalam Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR menyarankan agar penunggang-penunggang motosikal menggunakan kenderaan alternatif seperti bas untuk balik ke kampung masing-masing kecuali terdesak. Memandangkan keadaan situasi yang kurang baik ni eloklah kita sahut seruan ni demi nyawa kita sendiri.

Namun yang berkereta juga jangan rasa terlepas dari bahaya tapi berwaspadalah selalu perhati-perhatikanlah rakan-rakan yang menunggang motosikal di lebuh raya sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan.

Jangan kita hanya jadi pemerhati dan sekadar menggelengkan kepala tapi cubalah bantu sedaya mungkin. Biar kita hidup penuh keperihatinan dari hidup hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini mungkin hari dia tapi esok… lusa entah-entah hari kita pula.

Sekian

Wira DuniaMoto

Awas! 7 Terkorban Hari Pertama Ops Sikap ke-20

Salam dan selamat sejahtera,

Sempena dengan suasana gembira nak balik raya ke kampung masing-masing saya akan buat posting lebih sedikit perihal keselamatan di jalan raya. Harap warga KDMC tak jemu untuk mengikuti perkembangan terkini berkenaan statistik Ops Sikap ke-20 yang dilancarkan semalam.

Balik-Kampung

Laporan

Jumlah kemalangan menurun berbanding pada musim perayaan tahun lalu iaitu 1,051 kepada 874. Namun bukan jumlah sebegini yang kita mahukan kalau boleh biarlah zero. InsyaAllah…

Kes melibatkan kematian sebanyak 7 orang berbanding 15 kematian pada hari pertama Ops sikap tahun lalu. Pengguna kereta mendahului senarai iaitu 4 kematian dan 3 pengguna motosikal serta 1 pejalan kaki.

Saranan

Saya sarankan agar kita sebagai pengguna motosikal terutamanya merancang perjalanan sebelum balik ke kampung masing-masing. Jika menonton berita di TV3 ada berita baik kepada yang tinggal di Pahang atau yang melalui Tol gombak serta Tol Karak menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur. Pihak konsesi tol bersetuju untuk memberi laluan PERCUMA pada musim perayaan kali ini. Saya tak pasti tarikhnya bila boleh rujuk surat khabar esok ye.

Begitu juga dengan PLUS yang memberi diskaun 20% bermula pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi selama 6 hari. Jadi manfaatkanlah kemudahan yang dah diberikan untuk kebaikan bersama.

Sebagai pengguna motosikal kita kena peka di mana ramai pengguna kereta akan memulakan perjalanan sebelah malam berbanding siang. Jadi saya sarankan rancang perjalanan sebelah pagi samada selepas solat subuh atau pun sahur. Pada waktu ini badan kita masih lagi fresh dan bertenaga. Lagipun siang hari belum menjadi tumpuan kereta-kereta famili yang akan memenuhi jalan raya.

Pastikan tidur dan rehat secukupnya dan yang paling penting mesin atau motor anda dalam keadaan 100% tip-top. Bawa kelengkapan yang patut seperti tools penting terutama motor-motor yang berfairing. Kalau tak silap cub juga sangat memerlukan tools ini untuk membuka bahagian-bahagian yang perlu ketika dilanda sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Khas Kepada Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

Ingat-Yang-Tersayang

Motor-motor yang menggunakan tiub jangan lupa bawa tiub spare sebab kejadian tayar bocor dalam perjalanan selalu terjadi. Pastikan visor helmet anda di’polish’ dengan protector seperti cermin kereta. Tujuannya untuk memberi pandangan jelas ketika hari hujan. Saya selalu amalkan petua ni Alhamdulillah bila hujan lebat masih terang pandangan kerana air hujan tidak melekat pada visor.

Pakaian juga biarlah tebal sedikit dan pakailah kasut yang menutup buku lali. Sarung tangan penuh kalau boleh pakailah tujuannya mengelakkan kecederaan kalau berlaku kemalangan. Seelok-eloknya pakai seluar jeans dan berjaket untuk perlindungan yang maksimum.

Ingat kita lakukan semua perkara ini atas dasar usaha, doa dan tawakkal. Kalau setakat tawakkal dan doa jer tak jadi juga sebab kita langsung tak berusaha. Namun terpulang kepada empunya diri untuk menentukan.

Semoga selamat tiba ke destinasi saya doakan InsyaAllah saya akan sentiasa update maklumat-maklumat terkini sepanjang musim perayaan ni terutama perihal keselamatan jalan raya. InsyaAllah saya akan sambung lagi.

Sekian

Wira DuniaMoto

Merdeka, Puasa Dan Raya

Salam dan selamat sejahtera,

Selamat Hari Raya

Sebelum kita cerita pasal raya saya nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan bulan Ramadhan. Walaupun dah sampai ke penghujung tapi kita masih lagi berpuasa untuk beberapa hari lagi. Lebih kurang sebulan tak update… rekod juga ni blog paling lama tak update hu..hu..hu..

Sebetulnya sibuk ngan projek-projek online di bulan Ramadhan ni banyak membuat dan menghantar tempahan kepada customer di seluruh Malayisa. Apa yang saya jual ishk… tak payah la citer kat sini takde kena mengena dengan dunia permotoran.

Selamat Hari Raya

Ok kad raya kat atas tu saya tujukan kepada semua pengunjung tak kira ahli KDMC atau tidak sebagai peringatan ikhlas sempena nak menyambut Syawal ni. Ya! ramai yang naik motor untuk balik ke kampung dan macam biasa kata-kata nasihat dan peringatan sentiasa dilaungkan tak kira di mana pun. Jadi sebagai admin duniamoto.com saya tak terkecuali untuk menyeru agar kita semua pentingkan keselamatan diri masing-masing.

Memang kita dah muak dengar semua tu tapi ingat kecelakaan tak pernah muak dan sentiasa menunggu mangsa-mangsa yang cuai dan leka. Harap dan doa saya pohonkan kita semua dijauhkan dari malapetaka ni. Tahun ni saya sendiri tak balik ke Melaka naik TZM cuma naik kereta satu family. Tahun lepas merasa la jugak konvoi ngan kengkawan balik Melaka sebab wife balik dulu.

Sebenarnya pada saya yang sukakan bermotosikal lebih syok balik kampung naik motor sebab …. entah tak tahu nak terangkan camne maybe korang semua paham sebab korang juga peminat motosikal. Apa pun yang kita naik yang penting doa, selawat dan betulkan niat sebelum memulakan perjalanan. InsyaAllah kita selamat.

Maaf Zahir dan Batin

Kepada seluruh warga KDMC mahupun pembaca dan pengunjung setia blog ni saya mohon ampun dan beribu kemaafan sekiranya sepanjang saya mengendalikan blog dan forum KDMC ada tingkah laku yang menyinggung perasaan. Kadang-kadang terpaksa menggunakan ketegasan dalam buat sesuatu tindakan untuk membetul dan menyelamatkan keadaan.

Jadi kepada yang pernah ditegur samada di blog dan forum atau saya ban anda di ruangan “live duniamoto” saya harap u all tak berkecil hati dan itu semua dilakukan demi menjaga keharmonian KDMC.

Gunakanlah kemudahan yang dah disediakan untuk kepentingan bersama. Saya faham ada antara kita yang berjiwa sensitif dan menarik diri keluar dari forum atas sebab-sebab tertentu. Tapi rata-rata bila ditanya tidak memberikan jawapan yang jelas. Berkomunikasi dengan cara penulisan jauh berbeza dengan percakapan sebenar jadi pandai-pandailah menilai.

Ada yang emel dan sms tak puas hati si polan dengan si polan terpaksa saya campur tangan untuk bantu selesaikan. Namun jika kita fikir secara matang sepatutnya kita tidak perlu bertelagah atau berkecil hati di dunia maya ini kerana sesetangahnya tak pernah bersua pun. Nak buat apa kita bergaduh ye tak?

Sebaik-baiknya kita perlu teliti dan hormati sesuatu pandangan sebelum kita buat sebarang kesimpulan. Gunakan perkataan-perkataan yang sopan dalam memberi pandangan. InsyaAllah kita akan dihormati oleh rakan-rakan yang lain.

OK saya bukan nak berkhutbah atau pandai-pandai nak nasihatkan u all tapi inilah tanggungjawab yang wajib saya pikul untuk meneruskan kewujudan blog ini. Nak buat apa bazirkan wang dan tenaga kalau buat blog sekadar suka-suka dan mencari glamer. Sory saya tak buat semua tu.

Maaf sekali lagi kalau terkasar bahasa dan menyinggung perasaan dan saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

PS: Kepada yang nak ucapkan selamat hari raya boleh tulis di ruangan komen sebab kekadang diemel selalu terlepas pandang.

Sekian

Wira DuniaMoto