Rantai Bising Apa Puncanya?

Salam dan selamat sejahtera,

rantaiPersoalan rantai bising ramai yang menganggap merimaskan terutama pada kelajuan tinggi. Saya sering menerima emel agak bertubi-tubi hu..hu..hu.. terutama secara personal menggunakan ruangan “Hubungi Kami”. Terima kasih kerana memberi kepercayaan DuniaMoto untuk menjawab sebarang pertanyaan.

Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya:

a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berdebu, kotor danrantai-motorberkarat. Debu yang mengandungi pasir akan melekat dan masuk dicelah-celah rantai dan menyebabkan ia menjadi tegang dan mengeluarkan bunyi bising. Lagi satu spoket juga akan cepat haus dan poket pun haus juga. Jadi kenalah rajin cuci rantai motosikal kita dengan menggunakan apa-apa berus tapi saya lebih suka gunakan berus gigi terpakai. Gunakan minyak tanah jangan minyak petrol atau sabun sebab O-ring akan cepat rosak. Lepas tu minyakkan semula rantai dan selesai masalah bising.

b) Masalah ke dua punca rantai bising disebabkan rantai terlalu tegang atau kendur. Kadang-kadang kita tak perasan semasa menegangkan rantai kedudukan tayar tidak sejajar. Pomen sendiri pun tak ambil kisah perkara-perkara remeh macam ni. Sebab kita sebagai pengguna perlu ambil tahu. Pastikan garis penanda sebelah kiri dan kanan lengan ayun sama. Lepas tu cuba meniarap (kalau boleh) di belakang motor dan perhatikan apakah tayar belakang sejajar dengan tayar depan dalam keadaan lurus.

spray-rantaiOk itu dua punca yang biasa dialami oleh kita sebagai pengguna motosikal. Gunakan minyak SAE80 atau 90 untuk menyapu pada rantai motor pada setiap 500km perjalanan. Boleh guna berus gigi terpakai untuk tujuan itu. Atau ada duit lebih beli dalam bentuk spray dalam tin mudah nak dibawa berjalan jauh. Pantang! jangan gris atau WD-40 kerana gris akan menyebabkan debu mudah terlekat dan WD-40 cepat merosakkan O-ring rantai.

Sekian tips ringkas berkaitan penjagaan rantai motor u all :)

Wira DuniaMoto

Vectrix rMoto Superbike Elektrik Pertama Tapi…

Salam dan selamat sejahtera,

Saya cuma nak ajak bro2 semua teliti keindahan teknologi yang ada pada superbike pertama yang cukup hebat iaitu vectrix rMoto tapi gagal berada dipasaran bukan kerana tiada sambutan. Malah mendapat tempahan yang cukup hebat di serata dunia.

Untuk tahu kisah sadis superbike ni bro kena beli majalah roda-roda bulan ini. Sedih beb susah payah pereka bentuknya iaitu RobBrady menyiapkan motor ni dengan bantuan 2, 3 orang pembantu namun ia gagal memenuhi permintaan. Kenapa? Jom support majalah roda-roda kita beli dan baca sama-sama.

Vectrix-rMoto

Vectrix

vectrix2

vectrix3

Motosikal-Elektirk

Sekian

Wira DuniaMoto

Kawasaki Ninja KRR ZX150

Salaam dan selamat sejahtera,

Kawasaki Ninja KRR ZX150

Beberapa emel dan komen di blog duniamoto meminta saya membuat sedikit review model hot kategori sports 2 lejang. Walaupun tiada lagi pengeluar lain di Malaysia yang masih memasarkan model 150cc 2 lejang namun Kawasaki bijak memilih peluang kerana belum sampai masanya teknologi 2 lejang akan berkubur.

Panel ZX150Cuma gesaan pertubuhan motor-motor antarabangsa yang hangat-hangat tahi ayam kononnya nak menjaga alam sekitar pada hal lori, bas, treller dan lain-lain kenderaan menggunakan diesel telah berkurun lamanya mengeluarkan asap hitam. Ini semua bisnes…….

Secara peribadi saya sendiri meminati model ini walaupun masih menggunakan Yamaha TZM150 kerana kuasa dan ketahanan enjinnya yang memang terbukti bagus sejak first model KRR150 dulu. Kalau jumpa group yang fanatik KRR korang akan terpegun dengan kehebatan mesin-mesin yang menggunakan KIPS ini.

Kawasaki mengeluarkan versi special edition pada tahun 2008 yang mana mempunyai single seat serta warna grafik yang lebih garang.

Prestasi

Kalau ditanya mana-mana pemilik motor ni rata-rata mengatakan top speed boleh Continue reading

Review Kawasaki Athlete 125

Salam dan selamat sejahtera,

athlete125

Baru-baru ni saya ada review Honda CS1 yang cukup hebat di Indonesia dan selang beberapa bulan ia dilancarkan di Indonesia Kawasaki juga memperkenalkan senjata hebatnya bagi kategori itu.

Kawasaki Athlete 125 merupakan saingan sengit mesin Honda itu dengan mempunyai reka bentuk sangat ekstrem dan futuristik. Jika di Malaysia rupanya boleh dikatakan seakan Continue reading

Review Honda City Sport 1 (CS1)

Salam dan selamat sejahtera,

Honda Sport City 1Pertama kali saya bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana akhirnya masalah server blog duniamoto dah pun dapat diatasi setelah enam bulan menderita. Bukan saya nak mengeji hosting sebelum ni (nama dirahsiakan) sebab dah dua tahun melanggan hosting mereka tapi apa gunanya kalau blog ini tenggelam timbul dan menyusahkan para sahabat semua betul tak?

Kalau server down sekali sekala tu adatlah tapi ini dah melampaui tahap yang sepatutnya sebab tu saya terpaksa berpindah ke server lain. Jadi harapan saya semoga semua bergembira dan berpuas hati dengan apa yang ada di blog sekarang.

Honda City Sport 1 atau Honda CS1

Baiklah kita kembali ke tajuk asal, iaitu Honda CS1 yang telah pun dilancarkan di Indonesia pada awal tahun 2008. Di sana mungkin dah tak heran dengan model ni. Tapi kita tak rasa pun di Malaysia. Namun elok lah kita ambil tahu sebagai peminat setia dunia permotoran tanahair.

Ada sorang sahabat kita iaitu Continue reading

Review Honda CBR150R

Salam dan selamat sejahtera,

Honda CBR150R

Walaupun agak lewat saya review Honda CBR150R tapi rasanya masih ramai yang belum tahu asal usul motor ni sebab kita lihat Honda cuma promosi ‘main-main’ jer. Kenapa macam tu? Diorang lebih utamakan pemasaran kategori moped. Kita lihat pelbagai kategori ada lebih kurang macan HLY jugak.

Namun apakah nasib CBR akan sama seperti yang dialami oleh Continue reading

Review Yamaha FZ-S

Salam dan selamat sejahtera,

Bro semua masih ingat Yamaha FZ16 yang pernah saya tulis dulu? Ya! motor ni dah diberi pembaharuan dari segi rupa oleh Yamaha India.

Malah penampilannya pada kali ini lebih mantap dan ‘meleleh air luir’ dibuatnya. FZ-S cukup macho seolah-olah mempunyai muscle. Tak hairanlah kalau ia diberi nama jolokan “Stylish Macho Street Fighter” di tempat ia dipasarkan. Cuba bandingkan FZ-S dan FZ16 memang bro rasa mana yang lebih solid dan ganas!

yamaha-fz-sYamaha FZ16

Spesifikasinya masih sama dengan FZ16 model asal cuma grafik dan beberapa aksesori tambahan yang membezakannya. Model baru dari Yamaha India ini telah mendapat anugerah “Bike Of  The Year Award” pada tahun 2009 daripada UTVi/Autocar Zigwheels dan Business Standard Motoring (India).

Kalau dipasarkan kat Malaysia agaknya boleh dapat tak anugerah macam ni. Apakah Hong Leong Yamaha hanya pandang dan tersenyum jer. Ye la you all boleh dapat untung besar tanpa jual produk canggih macam FZ-S nih.

Berita terbaru saya dapat tahu HLY memperbaiki grafik Yamaha RXZ dan Yamaha 135LC. Ini saja yang mampu dilakukan oleh mereka. Cukup mengecewakan peminat2 motor tanah air. Ubah lah sikit cara pemasaran you all yang ketinggalan zaman tu.

Setidak-tidaknya malulah dengan Yamaha India yang nyata lebih hebat dan agresif dalam memberikan teknologi motosikal kepada rakyat India walaupun kekadang nampak mereka lebih susah untuk hidup berbanding kita di Malaysia.

Ok lah untuk tidak lari dari tajuk asal saya berhenti di sini dulu mungkin lain kali kita boleh cerita dan kritik Hong Leong Yamaha di segmen lain.

Sekian

Wira DuniaMoto

Review Motosikal Yamaha Fazer 150

Salam dan selamat sejahtera,

Yamaha Fazer 150

Belum pun sempat reda kehebatan Yamaha FZ16 yang dikeluarkan oleh Yamaha India diorang dah pun mengorak langkah dengan perkenalkan Yamaha Fazer 150.

Reka bentuk mirip FZ16  cuma berfairing. Adui… kenapa la Hong Leong Yamaha tak sekencang Yamaha India yang begitu agresif memperbaharui barisan model-model baru motosikal kat sana.

Kalau tak silap bulan Mei hari tu Fazer 150 dipasarkan di sana. Spesifikasi masih menyamai FZ16 dan harganya pun lebih mahal sedikit dari FZ16.

Untuk baca spesifikasi motor ni boleh rujuk di artikel Review Yamaha FZ16

Bila agaknya Malaysia akan menikmati apa yang rakyat India rasakan. Bila? Entahla…..

PS: FZ150i pun sampai sekarang Yamaha tak keluarkan versi berfairing.

Sekian

Wira DuniaMoto

Ekspedisi Motosikal Ke Air Terjun Chamang

Salam dan selamat sejahtera,

Pertama sekali maaf kerana lama cuti dari menulis artikel dan insyaAllah bermula bulan Ramadhan nanti saya akan online  sepenuh masa. Saya harap semua warga KDMC samada berdaftar atau pun masih menjadi pelawat di sini akan mengikuti perkembangan akriviti terbaru bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Aktiviti Bermotosikal

Satu ekspedisi yang akan diketuai oleh Ketua Konvoi KDMC iaitu saudara Maos akan berkonvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Sila rujuk di bawah:

Tempat:  Air Terjun, Bentong, Pahang

Tarikh: 2hb Ogos 2009

Kategori: Terbuka kepada semua ahli KDMC.

Perbelanjaan: Sendiri

Borang penyertaan: Klik Di sini

Saya sertakan juga peta untuk dijadikan rujukan kepada yang masih tertanya-tanya di mana Air Terjun Chamang yang dikatakan cukup nyaman dan bersih.

Peta Ke Chamang, Bentong Pahang

Peserta boleh merancang perjalanan dari sekarang di mana laluan yang bakal dilalui oleh konvoi nanti dan mungkin ada peserta berada di luar Selangor seperti dari Utara atau Selatan boleh menetapkan samada untuk terus menuju ke Bentong atau sebaliknya. Continue reading

Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?

Salam dan selamat sejahtera,

lc135

Sekali baca topik ni mesti ada owner-owner yang ‘panas’. Relaks bro jangan cepat melatah! Saya bukan maksudkannya begitu tapi inilah asam garam bagi pemilik-pemilik motor power macam lc135 ni.

Ok di topik ni merupakan kesinambungan dari ‘Bincang Masalah Yamaha 135LC Di Sini‘ yang dah melangkaui 2400 komen perghhh!!!…. Harap kepada pengunjung baru yang nakkan info lc135 boleh buat kajian di topik tersebut kerana banyak info yang berguna dan bermanfaat. Jadi pandai-pandailah tapis.

Masalah Yamaha 135LC

Kalau kita renungkan kembali mengapa motor ni laris macam goreng pisang sedangkan ada yang kata motor ni banyak masalah setelah dipakai. Betul atau tidak hanya owner yang mengetahui.

Antara komen-komen panas yang dapat saya sertakan di sini:

1. Coolant yang dipasang pada model Yamaha 135Lc hanyalah strategi Yamaha untuk menarik minat kaki-kaki motor dan hanyalah gimik dari Yamaha sedangkan teknologi ini telah digunakan pada Kawasaki Ninja 100cc sejak dari tahun 1992. Begitu juga dengan Honda Nova Sonic sekitar penghujung era 90an.

2. Monoshok atau monocross cepat kondem atau lembik setelah tak sampai setahun digunakan. Lebih-lebih lagi kalau bawa awek dengan kerap.

3. Rantai berbunyi bising walaupun disapu minyak dan apakah kualiti rantai yang tidak begitu baik dipasang pada motor ini?

4. Bunyi sistem clutch agak bising terutama pada model ES. Apakah ianya sifat semula jadi motor-motor keluaran Yamaha?

5. Ada beberapa pomen yang mencadangkan penjagaan jangan mengikut buku panduan manual yang dibekalkan kerana ianya tak sesuai dengan kriteria enjin motosikal ini.

6. Enjinnya manja dan prestasi cepat merosot setelah digunakan beberapa tahun. Bunyinya juga agak bising walaupun pelbagai minyak berspesifikasi tinggi digunakan.

Sejauh mana kebenaran kenyataan di atas terserah kepada anda untuk menilainya. Jadi sama-samalah kita fikir dan kongsikan maklumat sekiranya ia berkaitan dengan masalah di atas.

Sekian

Wira DuniaMoto