Awas! 7 Terkorban Hari Pertama Ops Sikap ke-20
Salam dan selamat sejahtera,
Sempena dengan suasana gembira nak balik raya ke kampung masing-masing saya akan buat posting lebih sedikit perihal keselamatan di jalan raya. Harap warga KDMC tak jemu untuk mengikuti perkembangan terkini berkenaan statistik Ops Sikap ke-20 yang dilancarkan semalam.

Laporan
Jumlah kemalangan menurun berbanding pada musim perayaan tahun lalu iaitu 1,051 kepada 874. Namun bukan jumlah sebegini yang kita mahukan kalau boleh biarlah zero. InsyaAllah…
Kes melibatkan kematian sebanyak 7 orang berbanding 15 kematian pada hari pertama Ops sikap tahun lalu. Pengguna kereta mendahului senarai iaitu 4 kematian dan 3 pengguna motosikal serta 1 pejalan kaki.
Saranan
Saya sarankan agar kita sebagai pengguna motosikal terutamanya merancang perjalanan sebelum balik ke kampung masing-masing. Jika menonton berita di TV3 ada berita baik kepada yang tinggal di Pahang atau yang melalui Tol gombak serta Tol Karak menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur. Pihak konsesi tol bersetuju untuk memberi laluan PERCUMA pada musim perayaan kali ini. Saya tak pasti tarikhnya bila boleh rujuk surat khabar esok ye.
Begitu juga dengan PLUS yang memberi diskaun 20% bermula pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi selama 6 hari. Jadi manfaatkanlah kemudahan yang dah diberikan untuk kebaikan bersama.
Sebagai pengguna motosikal kita kena peka di mana ramai pengguna kereta akan memulakan perjalanan sebelah malam berbanding siang. Jadi saya sarankan rancang perjalanan sebelah pagi samada selepas solat subuh atau pun sahur. Pada waktu ini badan kita masih lagi fresh dan bertenaga. Lagipun siang hari belum menjadi tumpuan kereta-kereta famili yang akan memenuhi jalan raya.
Pastikan tidur dan rehat secukupnya dan yang paling penting mesin atau motor anda dalam keadaan 100% tip-top. Bawa kelengkapan yang patut seperti tools penting terutama motor-motor yang berfairing. Kalau tak silap cub juga sangat memerlukan tools ini untuk membuka bahagian-bahagian yang perlu ketika dilanda sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Khas Kepada Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

Motor-motor yang menggunakan tiub jangan lupa bawa tiub spare sebab kejadian tayar bocor dalam perjalanan selalu terjadi. Pastikan visor helmet anda di’polish’ dengan protector seperti cermin kereta. Tujuannya untuk memberi pandangan jelas ketika hari hujan. Saya selalu amalkan petua ni Alhamdulillah bila hujan lebat masih terang pandangan kerana air hujan tidak melekat pada visor.
Pakaian juga biarlah tebal sedikit dan pakailah kasut yang menutup buku lali. Sarung tangan penuh kalau boleh pakailah tujuannya mengelakkan kecederaan kalau berlaku kemalangan. Seelok-eloknya pakai seluar jeans dan berjaket untuk perlindungan yang maksimum.
Ingat kita lakukan semua perkara ini atas dasar usaha, doa dan tawakkal. Kalau setakat tawakkal dan doa jer tak jadi juga sebab kita langsung tak berusaha. Namun terpulang kepada empunya diri untuk menentukan.
Semoga selamat tiba ke destinasi saya doakan InsyaAllah saya akan sentiasa update maklumat-maklumat terkini sepanjang musim perayaan ni terutama perihal keselamatan jalan raya. InsyaAllah saya akan sambung lagi.
Sekian
Wira DuniaMoto
selamat hari raya…
moga slamat smpi ke destinasi msg2….
as….kum
Jangan fanatik dan over konfiden semasa ride , aku doakan kalian semua selamat pulang ke kg halaman dan ingat lah org yg tersayang
wasallam