Benarkah tapak Plaza Tol Jelapang ‘keras’.

Sebelum saya meneruskan tulisan artikel ini marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia akibat kemalangan bas tempoh hari.Al-Fatihah.

Kemalangan yang membabitkan sebuah bas persiaran melanggar sebuah lori tangki membawa muatan susu getah menyebabkan 7 orang terbunuh dan 28 lagi cedera.

Saya tidak mahu mengulas lagi tentang peristiwa ini kerana saya percaya pembaca sekelian telah mengetahuinya melaui media massa ,cetak dan internet.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah khabar angin yang mengatakan tapak Plaza Tol Jelapang sememangnya ‘keras’.

Kita tidak menolak kewujudan elemen-elemen kepercayaan yang sebegini kerana masyarakat kita sering percaya dengan benda-benda tahyul dan khurafat(maaf saya berkasar bahasa).Bukan saya menidakkan kewujudan makhluk kalus di sekeliling kita.Tetapi sebagai penganut beragama Islam wajib dibuang jauh-jauh kepercayaan sebegini.

Pekerjaan syaitan dan sekutunya memang ingin menyesatkan manusia daripada mempercayai bahawa Allah yang berkuasa keatas sesuatu kejadian atau menyesatkan manusia supaya mempercayai bahawa ada kuasa lain selain dari Allah.Astaghfirullah…..

Saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan di atas.Ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri.Yelah saya ni bukanlah guru agama untuk berceloteh pasal hal ehwal agama tetapi ini adalah ‘basic’ bagi setiap orang Islam.

Kemalangan boleh berlaku bukan kerana tempat tersebut ‘keras’ atau ;berhantu’ tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku;

  1. Sikap dan kecuian manusia sendiri yang leka,lalai dan cuai ini termasuklah mengantuk dan mabuk.
  2. Faktor kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya.
  3. Keadaan jalan juga boleh menjadi faktor penyebab contoh seperti di Plaza Tol Jelapang itu sendiri.

Walaubagaimanapun kita sebagai orang Islam digalakkan untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan agar mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kemalangan bas yang berlaku di Plaza Tol Jelapang merupakan lebih kepada faktor kecuaian manusia di mana pemandu berada dalam keadaan letih serta mengantuk dan break bas tersebut tidak berfungsi dengan baik.Kedua-dua faktor ini merupakan penyebab utama kecelakaan yang berlaku.

Menunggang motosikal juga tidak terlepas dari keadaan mengantuk.Saya sendiri pernah mengalaminya ketika pulang dari bekerja,ketika itu hampir terlanggar tebing jalan.Syukur tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi saya harapkan ‘bikers’ semua berhati-hati ketika menungang terutama pada cuti Hari Raya Aidil Adha nanti.Ingat kita hanya beroda dua dilanggar pun susah melanggar pun susah ye…

13 thoughts on “Benarkah tapak Plaza Tol Jelapang ‘keras’.

  1. Salam wira,

    memang keras ler plaza Tol Jelapang tue..
    Kalau tak caya cuba gi hentak kepala kat situ. Sakit tak? kalau sakit memang keras..

    Gurau jer…

  2. Mat-mat motor mesti dah ada yang cuba kot…
    Tapi saya sokong sangat ianya dipindahkan dengan segera ketempat lain.

    Kecuaian manusia memang susah nak dibendung.Sebab lalai adalah satu ujian bagi insan bernama manusia.

    Apa saja perkara kalau kita lalai memang mendatangkan kerugian….

  3. Salam,

    Saya tinggal di Jelapang dan hari2 lalu dekat situ. Menarik juga untuk saya rakam dlm blog saya tentang perkembangan projek mengubah lokasi plaza tol Jelapang.

  4. Salam semua..
    Dia orng yang bawak laju sangat samapi dekat dgn tol x sempat brek so apa lg gi hentamlah kenderaan kat depan.. so x timbul tol jelapang keras atau tidak tetapi pemandu yang memandu laju tu jer keras kepala degil huhu..
    sekian.

  5. Kewujudan jin/bunian memang wujud dan pernah mengganggu saya apabila menyamar sebagai seorang rider menunggang motor Lc di Genting. Memang kita tidak tunduk kepada syaitan tetapi syaitan akan cuba menakutkan kita dan mengganggu umat manusia sehingga akhirat. Kadang ‘hantu’ suka ‘mengusik’ rider2/pemandu kenderaan di jalan raya di waktu malam. Klu saudara2 tanya pemandu2 lori semasa zaman bukan highway baru seperti sekarang, memang dorang boleh hafal dan tau jalan lama yang mana adalah ‘KERAS’..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>