Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal!

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Salam pemabaca yang saya hormati sekelian.
Maaf kerana agak lama tidak melakukan ‘post’ terkini di blog Dunia Permotoran ini.Oh Ya!Sebenarnya saya agak sibuk dengan kerja-kerja off line yang memenatkan.Sehinggakan nak update blog kesayangan saya ni tidak kesampaian.Bukan itu saja forum MBC pun tak sempat saya nak jengok..hu..hu..hu..Baiklah pada artikel kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kita sama-sama mengenali dan memahami serba sedikit mengenai pelincir motosikal.

Minyak PelincirPernahkah kita terfikir kegunaan minyak pelincir kepada motosikal anda.Apakah akan berlaku sekiranya pelincir motosikal anda tidak diberi perhatian.Saya pernah mengalami kekejangan enjin dipertengahan lebuh raya utara selatan iaitu dari Melaka ke Kuala Lumpur.Kejadian berlaku pada waktu malam.Memang ‘kacau’ beb…tapi nasib baik telefon bimbit boleh buat panggilan pada ketika itu.Saya terus menghubungi bantuan dari Melaka.Syukur selamat!Motor saya ketika itu kekeringan minyak 2T.Baik kita tinggalkan kisah saya ni dan kita berkongsi info berkaitan pelincir secara asasnya.

Pelincir motosikal atau minyak enjin sangat penting ibarat manusia dan air di dalam badan kalau kurang air maka sakitlah manusia tersebut.Begitu juga dengan motosikal berbagai masalah jangka pendek dan jangka panjang boleh berlaku kepada motosikal anda.

Apakah erti minyak enjin?

Minyak enjin merupakan pelincir yang diperlukan oleh enjin motosikal anda bagi melincirkan semua komponen utama dalam enjin seperti bearing,omboh,silinder,aci sesondol,aci engkol,rod tunjal,gear-gear,valve daripada bergesel dengan kasar.Kesan dari geseran ini akan menghasilkan haba malah menghakis komponen sedikit demi sedikit dan paling teruk enjin terus kaku dan kejang.Sebab itulah pentingnya minyak enjin bagi mengelakkan pekara-perkara seperti ini berlaku.

Fungsi pelincir membolehkan enjin bergerak dengan lancar di mana ianya bertidak seperti lapisan filem minyak menyaluti komponen-komponen berkenaan supaya menjadi pelindung kepada geseran seterusnya mengelakkan darpada kekejangan.

Pelincir juga bertidak sebagai agen mengnyah haba.Apabila haba yang dihasilkan oleh enjin turut memanaskan minyak pelincir tersebut,Minyak pelincir juga menjadi bertambah cair dan pam pelincir akan menggerakkan minyak tersebut keseluruh bahagian enjin motosikal.Pergerakan ini berlaku dari bahagian yang panas ke tangki penakung atau radiator minyak dan dialirkan semula ke dalam enjin.

Enjin Kapasiti BesarTegasnya di sini semakin besar saiz sesuatu enjin maka semakin laju ia berputar dan semakin banyak haba yang dihasilkan.Enjin yang semakin padat turut sukar untuk memindahkan haba dengan lebih efisien.Maka dengan sebab itu keperluan minyak pelincir yang berkualiti tinggi amat diperlukan.

Ciri pelincir yang baik antaranya ialah dapat bertahan pada suhu tinggi,tidak mudah cair dan tidak terlalu likat apabila suhu sejuk.

Seperkara yang amat perlu dititik beratkan iaitu pengguna-pengguna motosikal seharusnya faham akan perbezaan minyak pelincir kereta dan motosikal.Seperti mana yang kita maklum kebanyakan motosikal kapasiti di bawah 150cc di negara kita mempunyai kombinasi enjin dan gearbox ‘disatukan’.Maksudnya enjin dan gearbox menggunakan minyak pelincir yang sama.Tidak seperti kereta atau motosikal berkuasa besar di mana enjin dan gearbox tidak ‘disatukan’ maka sebab itulah enjin jenis ini mempunyai keperluan minyak yang berbeza iaitu minyak enjin hanya untuk enjin dan begitu juga gearbox.

Ramai di antara kita tidak memahami erti sebenar perlindungan yang dimaksudkan lantas tidak mempedulikan perbezaan minyak enjin kereta dan motosikal mereka dengan menganggap penggunaan minyak enjin kereta sama sahaja untuk motosikal.Ya!..memang kesan jangka pendek tidak nampak tapi awas….untuk jangka panjang.

Maksudnya minyak enjin motosikal memberikan perlindungan keseluruhan di dalam enjin termasuklah sistem transmisi dan klac.Lihat betapa besarnya tugas minyak enjin motosikal dan sudah tentu pelincir yang berkualiti amat diperlukan.Inilah ciri-ciri tambahan yang sedia ada pada sesebuah pelincir motosikal berbanding dengan pelincir kereta.

Bagi enjin dua lejang pula tugas minyak pelincir menjadi lebih berat dan sukar.Ia diperlukan untuk melindungi komponen yang berada di dalam silinder motosikal termasuklah bearing rod,piston,gelang piston serta komponen lain yang perlu dilindungi bagi mengelakkan berlaku kekejangan pada enjin akibat lebihan panas yang terhasil.Pelincir yang biasa dipanggil minyak 2T ini perlu dicampurkan dengan petrol dan dibakar bersama di dalam kebuk pembakaran.Akibat dari pembakaran yang tidak sempurna ini sisa-sisa mnyak yang tidak terbakar sepenuhnya akan menjadi endapan di dalam silinder dan juga sistem ekzos.Oleh itu motosikal jenis dua lejang amat memerlukan pelincir yang mudah terbakar bagi mengelakkan terlalu banyak endapan yang berlaku.

Berbagai kesan buruk boleh berlaku akibat endapan karbon yang terlalu banyak di dalam enjin.Antaranya kehilangan kuasa pecutan di sebabkan sistem ekzos diselaputi karbon yang tebal.Motosikal menjadi sukar dihidupkan dan juga meningkatkan geseran di dalam silinder,Kesannya motosikal menjadi ‘berat’ haba sukar dipindahkan.Lebih buruk lagi jika blok enjin tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan berlaku kekejangan atau ‘jam’

Baiklah saya rasa setakat ini dulu perbincangan sebagai pengenalan kepada minyak pelincir.Pada post yang akan datang saya akan huraikan serba sedikit mengenai komponen-komponen yang terkandung di dalam minyak 4T dan 2T dan bagaimana ia dihasilkan.

Sekian

Wira Duniamoto

Artikel lain yang berkaitan.

    Technorati Tags: , , ,

    Popularity: 25% [?]

    If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

    24 Comments so far

    1. sesumpah on July 9th, 2008

      so wira.. suggestion untuk LC (dalam keadaan pelajalanan jauh) minyak pelincir ape yang sesuai?? tq =)

    2. Wira DuniaMoto on July 9th, 2008

      Saya suggestkan sesumpah guna shell semi sintetik pun sudah memadai kerana perlindungan yg menyeluruh untuk enjin.

      Kalau bajet kecik pakai shell adv sx pun boleh yelah minyak dah mahal sekarang nih…

      Bagus sesumpah setiap kali buat perjalanan memanaskan enjin dulu. :)

    3. zaimi on July 14th, 2008

      saya menggunakn motosikal LC. Yamaha mencadangkan pertukaran minyak enjin
      setiap 6000km. Tetapi perjalanan saya untuk setiap bulan hanya 500km,
      bermakna untuk sampai 6000km mengambil masa setahun. Saya terbaca, jika
      motosikal jarang digunakan atau perjalanan pendek menyebabkan asid terbentuk
      yang akan merosakkan enjin. Jadi berapa lama harus saya menukar minyak
      enjin?? Cadangan??
      Minyak enjin jenama apa yang bagus??

    4. Wira DuniaMoto on July 14th, 2008

      Salam sejahtera zaimi,

      Terima kasih atas soalan anda.Baiklah terus kepada soalan.
      Betul kenyataan seperti yg Zaimi perolehi dari pembacaan tu.

      Seelok2nya minyak enjin mineral(jenis biasa) digantikan pada
      setiap 4000km, 6000km(semi sintetik) dan 8000km(fully sintetik).

      Sekiranya Zaimi kurang membuat perjalanan minyak enjin mestilah
      ditukar pada setaip 6 bulan sekali.

      Senang je formulanya, yang mana sampai dulu 6000km atau 6 bulan
      minyak enjin mestilah ditukar.

      Ok untuk jenama minyak pula kebanyakkannya yang ada dipasaran
      adalah baik. Namun cadangan saya ialah minyak Shell Advance kerana
      Yamaha sendiri yang mengesyorkannya.

      Saya sendiri secara peribadi menggunakan minyak enjin
      Shell Advance VSX untuk motosikal saya :) .

      Alhamdulillah motor saya tak pernah meragam dan enjin sentiasa
      smooth.

      Sekian

    5. zaimi on July 16th, 2008

      1. ok. kalau minyak hitam kita tukar 4000km atau 6 bulan, yang mana dulu.
      Oil filter??
      Manual kata 2 kali tukar minyak hitam baru tukar oil filter. Tapi kalau
      kita tukar minyak hitam 6 bulan skali,maknanya oil filter setahun sekali.
      Tak rosak ke oil filter walaupun yang ori??

      2. Minyak hitam 20w-50 lebih likat dari 15w50. Dia memang lebih likat? ke
      mengikut suhu?? Kalau suhu sama ,kelikatan pun sama??

      3. Apa lagi yang perlu saya buat untuk menjaga enjin motosikal??

      TQ kerana menjawab soalan-soalan sebelum ini

    6. Wira DuniaMoto on July 16th, 2008

      Salam sejahtera Zaimi;

      Jawapan 1: Saya cadangkan selok-eloknya setiap kali tukar minyak hitam
      tukarlah sekali oil filter.Ini menjamin kebersihan enjin yang maksimum.
      Lagipun harga oil filter masih tidak membebankan pengguna motosikal.

      Jawapan 2: Betul tu minyak 20w-50 lebih likat sedikit dari minyak 15w50.
      Semakin kurang nombor yang mempunyai kod [w] maka semakin nipislah
      minyak tersebut.[w] bermaksud winter.

      Jawapan 3: Selain dari penjagaan minyak. Cara penunggangan juga memainkan
      peranan dari sudut penjagaan enjin.Contohnya memanaskan enjin selepas
      semalaman tidak digunakan.Jangan memerah pendikit ketika enjin masih sejuk.
      Jangan sentiasa bermain ‘pick up’ terutama dalam gear rendah.

      Sekian

      PS: InsyaAllah saya akan tulis artikel berkaitan penjagaan enjin pula pada masa akan datang.

    7. zaimi on July 19th, 2008

      Kalau minyak hitam 15w-50 lebih nipis dari 20w-50,kenapa kita masih boleh
      menggunakannya?? Yamaha mencadangkan 20w-50. Tidakkah ia akan merosakkan
      enjin?

      Tetapi ada orang mengatakan minyak multigred ni berubah mengikut suhu.
      Salahkah pendapat ini??

      Kalau pengeluar motor mencadangkan 20w-40, bolehkah kita menggunakan julat
      kelikatan yang lebih tinggi seperti 10w-50??
      Bagaimana pula kalau kita menggunakan julay yang lebih rendah???

    8. Wira DuniaMoto on July 19th, 2008

      Salam sejahtera Zaimi;

      Persoalannya di sini Zaimi mesti faham maksud
      minyak multi gred. Secara amnya minyak multi gred
      bermaksud minyak yang dapat menyesuaikan kelikatannya
      dalam pelbagai suhu.

      Ianya tidak terlalu pekat ketika suhu sejuk dan tidak
      terlalu cair pada suhu panas.

      Contoh minyak multi gred (SAE 10W-40).
      Manakala minyak gred tunggal (SAE 10W) atau (SAE 40).

      Minyak untuk musim sejuk menggunakan minyak gred tunggal
      seperti (SAE 0W, 5W, 10W hingga 25W).

      Minyak untuk musim panas pula menggunakan minyak gred
      tunggal seperti (SAE 40).

      Kedua-dua jenis minyak gred tunggal ini banyak digunakan
      di negara bermusim seperti Jepun dan negara2 Eropah.

      Sebab itulah di negara kita hanya menjumpai minyak
      multi gred sahaja kerana negara kita mempunyai suhu yang
      pelbagai iaitu sejuk dan panas.

      Baiklah saya terangkan soalan Zaimi perbezaan minyak
      multi gred antara (SAE 10W 50) dan (SAE 20W 50).

      Angka 10W dan 20W menerangkan kebolehupayaan minyak
      ini untuk mengekalkan kecairan apabila suhu sejuk contohnya
      waktu pagi. Jadi tiada masalah bagi kegunaan motosikal
      negara kita. Kebanyakkan minyak multigred di negara ini
      telah disesuaikan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu
      seperti panas lampau dan kadangkala sejuk.

      Kesimpulan.
      Zaimi boleh gunakan mana-mana minyak enjin yang ada
      di pasaran kerana kebanyakkan pengeluar minyak telah
      mengambil kira keadaan cuaca semulajadi di negara kita.

      Sekian.

    9. hafiizd on August 4th, 2008

      Salam, saya memiliki moto fz150i..

      minyak 4t yang digunakan sekarang ialah motul 3100 gold 10w40. Motul ada juga mengeluarkan 3100gold 15w50…soalan saya, 4t manakah yang lebih sesuai digunakan untuk motosikal fz150i ni?adakah 10w40 @ 15w50? saya selalu maintain speed dalam 110-130kmj…

    10. Wira DuniaMoto on August 4th, 2008

      Hafidz kedua2 minyak ni sesuai untuk
      motosikal di negara kita.

      Untukjawapan Hafidz baca penerangan yg saya beri
      sebelum komen hafidz diatas.

      Sekiranya minyak tersebut(15w50) dari jenis
      sintetik maka ianya lebih baik.

    11. hazli on August 9th, 2008

      salam…saya tukar minyak itam lc135..tapi saya waswas ler….kedudukan spring kat penutup lubang minyak itam….yg ada ring getah sblh atas ke bwh…tlgler…

    12. Wira DuniaMoto on August 9th, 2008

      Hazli pada saya masalah tu tak beri sebarang
      kesan yg boleh memudaratkan motor.

      Tapi…kalau was2 lagi tukar je penutup tu
      tak mahal. Kalau bahagian penutup ada yg rosak
      bimbang air hujan atau basuhan motor masuk
      ke dalam enjin.

    13. zaimi on August 10th, 2008

      betul ke orang kata, pomen petronas kata, team petronacs cub prix pun tak menggunakan minyak hitam petronas??

    14. Wira DuniaMoto on August 11th, 2008

      Zaimi tu cuma khabar angin jer sedangkan semasa
      Shahrul Yuzy join perlumbaan GP menggunakan minyak
      petronas.

      inikan pula perlumbaan cubprix. Lagipun petronas
      jadi penaja tak mungkin mengenepikan produk sendiri.

    15. zaimi on August 14th, 2008

      Kalau yang diorang cakap tu khabar angin, macamn pula yang saudara duniamoto cakapkan ni. Saudara dengar sendiri drpd shahrul Yuzy sendiri ke? Atau dari paper?

      Sudah brapa lama saudara pakai shell vsx??
      Guna untuk jalan jauh?

    16. Wira DuniaMoto on August 14th, 2008

      Bukan saja dari paper malah majalah seperti Duniamoto keluaran bulan agos tahun 2000.

      Saya guna shell vsx utk motor TZM dah masuk 6 tahun.
      Setakat tiada ni tak pernah mengalami masalah utk
      jalan jauh dan dekat.

      Tapi sape2 yg dah pakai minyak dari Yamaha iaitu
      Yamalube boleh kongsi kat sini.

    17. sesumpah LC on August 15th, 2008

      salam..

      nak kongsi pengalaman cikit la.. start dari mei tahun lepas aku guna VSX utk LC ijau aku sampaila skrg, aku rajin merembat 120km/h - 150km/h dari rawng ke Ampang(110KM), kadng2 ampang ke nilai (125km) - pergi balik.. stakat ni enjin smooff lg.. aku comper dgn Lc baru pun same je bunye enjin aku.. bile smpi tahap kene servis, servis la smua skali (air filter,oil filter,plug, enjin oil)- RM 30 ke RM 50 skali servis.. bkn nk bangga kan tahap pencapaian ni, tp keberkesanan sesuatu barangn perlu dipercayai tanpa ragu dan yakin blh memelihara sesuatu jentera utk jgka masa yang lama..

      kalau ada salah, minta tegur ye.. tq =)

    18. Otai Motor on August 15th, 2008

      Betul apa yg sesumpah dah buat.

      jaga motor kesayangan korang semua.
      jangan kedekut nk keluarkan duit
      utk menunaikan tanggungjawab pada motor
      u all.

      Ingat sekali dia sakit kita yg merana :)

    19. hariz on August 16th, 2008

      salam..

      saya pakai moto yamaha 125z.
      ada x suggest minyak 4t dan 2t yg manakah baik utk moto sy?

      shell?
      motorex?
      silkolene?
      motul?
      max oil?
      pennzoil?

    20. zaimi on August 21st, 2008

      Tapi kan shell vsx yang baru ni,api SL. kalau api SL maknanya krg zink n fosforus yang penting untuk clutc, gear n anti wear. Yang dulu pakai api sh saja. Jaso MA pn ada kod dia. Tapi yang skarang ni tak ada. Dia tulis api SL dan cakap memenuhi jaso ma saja. Maknanya dia tak dapatkan sijil jaso. Kalau tak silap saya motul ada,sebab tu dia mahal kot. Vsx yang baru dia tulis dengan formula baru kat botol. Saja nak berkongsi

    21. zaimi on August 21st, 2008

      sesumpah, hang tkr minyak hitam brp km??

    22. sesumpah LC on August 21st, 2008

      Zaimi..
      aku gune VSX.. aku slalu tukar bile sampai 3500km.. tapi bergantung pada penggunaan aku. kalau aku slalu lenjan dalam jarak jauh, aku akn tukar lebih awal dari jarak tersebut..tapi kalau cara bawak menten je, aku tukar ikut sampai 3500km.. extually yang aku baca, VSX ni sampai 4000km, tapi bagi aku, xnak tunggu 4000km.. sayaaaaaggg enjin =)

      kalau de salah, tegor.. =)

    23. zaimi on August 29th, 2008

      sesumpah,
      hang jumpa kat mana dia cakap tukar vsx sampai 3000km?

      duniamoto,
      apa beza kalau org selalu bawa 1ookm/j dengan orang yang guna untuk berlumba??

    24. zaimi on August 29th, 2008

      kenapa kalau kita masukkan gear n bunyi maca “ketak”. Sebab gear ke sebab minyak hitam.

      komen sikit, sesumpah ke duniamoto ke duniaketa ke

    Leave a reply