Apakah Maksud Kuasa (power)?
Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
Salam sejahtera

Baiklah saya nak sambung artikel yang dah saya tulis sebelum ini iaitu berkaitan dengan tork. Pada kali ini saya akan terangkan erti kuasa dan juga kuasa maksimum pada sesebuah motosikal. Kuasa saling bergantung dengan tork pada sesebuah motosikal. Ini dapat diterangkan secara teori iaitu;
Kuasa (power) = k x tork x kadar putaran enjin (RPM)
k = pemalar (constant)
Secara mudahnya kuasa berkadar terus dengan tork dan RPM. Ini bererti semakim tinggi RPM dan tork maka kuasa juga akan bertambah. Namun seperti juga tork ia juga mempunyai satu titik kuasa maksimum akan dicapai pada RPM tertentu.
Namun RPM kuasa maksimum akan sentiasa melebihi RPM tork maksimum. Perkara ini saya terangkan dengan mengambil contoh motosikal Yamaha 135Lc.
- Kuasa Maksimum : 8.45 kw / 8500 rpm
- Tork Maksimum : 11.65 Nm / 5500 rpm
Pada nilai RPM antara 5500 hingga 8500. Kuasa tork sudah mencapai tahap maksimum iaitu 5500 rpm walaupun tork sudah berkurang nilai kuasa tetap bertambah. Situasi ini disebabkan pertambahan nilai RPM itu sendiri (rujuk balik formula).
Tetapi apabila nilai RPM mencecah 8500, kuasa akan mula menurun kerana nilai tork menjadi terlalu rendah walaupun RPM semakin tinggi.
Oleh itu kuasa maksimum bagi motosikal ini pada titik 8500 rpm. Mungkin agak sukar bagi kita pengguna biasa motosikal. Namun dengan penerangan ringkas ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan peminat motosikal sekelian.
Sekian
- Wira DM
Popularity: 9% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!










Wa…..aq rasa klu ko ada ilmu berkenaan permotoran boleh r bwat bengkel cm Irfan Khairi takpun cm team saifulSham. Tapi….ko kn bwat bgkel tuk permotoran r. Amcm???
[Reply this comment]
Cadangan yg bagus tu..kampungboy.
Ilmu berkaitan permotoran nih…takde la
hebat sangat tapi berdasarkan pengalaman
dan juga pembacaan sejak dari bangku sekolah
lagi
Kalau diizinkan tuhan memang nak wat macam
tokoh usahawan yg kampungboy sebutkan tu.
[Reply this comment]