Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Hati-hati Bengkel Penipu

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Salam bro semua,

Hari ni saya tak menulis panjang tapi ingin berkongsi semua supaya ‘pulaukan’ bengkel-bengkel baik motosikal mahupun kereta sekiranya bro semua dapat mengesan penipuan atau dengan kata yang lebih panas ‘cekik darah’.

Biasanya bengkel yang dimiliki oleh bangsa lain selain dari Melayu.Saya bukan nak buka isu perkauman ye…Mentang-mentang kita tak faham depa dok berbincang sesama kuli dan tokey..depa nak ’sembelih kita.Silap orang la ekk…

Jadi bro.sedikit sebanyak..mahu tak mahu kena gak ambil tahu pasal perkara-perkara asas berkaitan ‘kuda tunggangan anda’ lainlah kalau bro semua bersedia dan tak kisah kena ’sembelih’ he..he.. jangan mara aaaa….

Kejadian berlaku semasa saya menunggang Yamaha 110ss pergi ke Shah Alam dalam keadaan cuaca nak hujan.Sampai destinasi yang saya tuju enjin motor pun dimatikan.Memang tuhan tu nak uji kita bila saya.bila saya start semula motor engkolnya dah terkulai.Padahal baru empat bulan tukar baru.

“Adis…naya aku kali ni”.detik dalam hati.

 Mana tidaknya satu batang spana pun saya tak ’spare’ pada motor ni.Hah..padan la muka ….

Ni pengajaran ni lain kali bawa la paling ‘bangsat’ pun spana(#10 dan #12),skru driver dan pembuka plug ’stanbay’ pada motor bro semua…

Nak tak nak saya tolak tarik clutch dengan menggunakan gear dua ok lega hidup.Jangan pakai gear satu kalau nak menolak berat…itupun sebab motor saya clutch ‘mati’.Ada sesetengah motor ‘dual clutch’ takleh buat camni.Berbalik cerita tadi,saya pun terus pergi ada sebuah bengkel di seksyen dua kat Shah Alam ni.

Dia pun buka dan saya tahu engkol motor saya ni bukanya ‘lus’ tapi cuma longgar je dan boleh diketatkan.Wahh..dengan bangganya mekanik tu kata,

“ini balang sudah losak”

Saya cuma pandang dan renung muka mekanik tu.Kemudian katanya lagi,

“ini pun sudah losak woo…”

sambil dia menunjukkan batang pemegang engkol tu pula.

Maksudnya tu kalau salah satu dah rosak dua-dua komponen tu mesti ditukar.Ye..saya tahu itu memang boleh berlaku tapi masalahnya engkol saya ni cuma longgar skru je.

Jadi dia fikir kalau tolong ketatkan tak dapat duit agaknya jadi suruh saya tukar dua-dua komponen tu.Bila di tanya berapa kos.

Engkol (RM18.00)+Batang pemegang engkol(RM40.00)+Minyak hitam(Rm10.00)=RM68.00

ini belum termasuk upah pasang.

Saya berkeras tak mahu tukar tapi tak nak gaduh-gaduh punya pasal saya suruh tukar engkol saja.

Tahu apa dia kata,

“wa sudah kasi tau aa..ini balang sudah losak tapi lu mau tukar jugak,kalau apa-apa hal lu sendiri tanggung aa…”

Apa dia ingat kita ni bangang sangat ke nak ’sembelih’ sesuka hati.

Dah selesai saya terus jalan dan tanamkan dalam hati akan memboikot kedai ni sampai bila-bila.Ya saya akan menghebahkan pada member-member yang lain supaya jangan pergi kedai ni lagi.Begitu juga dengan mereka akan menghebahkan kepada teman-teman mereka.

Kita ada kuasa bro…gunakan kuasa beli kita untuk ‘mengajar’ diorang ni.Jangan pandang mat motor sekarang sebelah mata.Sebab itu perkara remeh macam saya ceritakan tadi kena ambil tahu jangan sikit-sikit tolak motor pergi bengkel.Belajar selesaikan masalah sendiri kalau tak boleh tanya kawan dah ta boleh gak baru pergi menghadap diorang ni.

Benda yang kita nampak pun diorang nak tipu inikan pula kalau benda-benda dalam enjin yang kita tak boleh nampak.Tak tahulah nak cakap apa.Jadi pandai-pandailah nak hidup ye tak…..

Sekian                                   

wira duniamoto                                            

 

 

 

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 27% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Comments so far

  1. reez_virus on April 19th, 2008

    perkara ni mmg selalu terjadi,kat bengkel mane2 pun mmg diaorg akan sembelih kita katanya brg ni nk tkrla brg tu la tp padahal brg tu blh pakai lame lg

  2. Wira Duniamoto on April 19th, 2008

    Betul tu reez_virus,sebab tu nasihat penunggang2 baru bawa tools spare utk kecemasan.Begitu dengan perkara2 asas mahu tak mahu kena pelajari serba sedikit.

  3. sangcXL3 on April 30th, 2008

    tak yah cakap kdai cha ya nun alip je…
    kdai sama2 kita pun sama ja~
    ak nak suh grind valve..
    valve tsangkut cket sbb valve seal tak bukak..
    dan2 kata nak kna tukar satu set valve baru..tuh pun nak pau gile2…padahal valve elok lagik~
    gile ae

  4. hondac65 on June 26th, 2008

    aku setuju benar dgn pendapat sangcXL3 (on April 30th, 2008) tuh…semua bangsa pun serupa…biznez ma..ko pergi mana-mana pun kalau ko tak kenal akan kene sembelih. paling tension kat bangsa sendiri..selalu buat kerja lalai…barang tak rosak jd tak rosak…tu aku lebih rela pegi kedai diaorang , biar mahal tapi aku puas hati…bukan kita tak nak tolong bangsa sendiri, tapi bangsa kita sendiri pun tak nak tolong kita…melainkan kalau eksiden jer…pegi bergaduh, bertumbuk pun dia orang sanggup nak tolong kita….

  5. Wira Duniamoto on June 26th, 2008

    Sedih memang sedih kat sapa lagi kita nak mengadu
    kalau sesama bangsa dah menginaya bangsa sendiri.

    Senario macam ni dah menular ke sagala sudut seperti politik,pekerjaan,agama dan lebih malang lagi
    bangsa lain mula mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. :(

Leave a reply