Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Perbezaan Rantai X-ring dan O-ring

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Salam kembali kepada semua pembaca duniamoto.com sekelian. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menulis kembali di blog ni selepas membeli laptop baru beberapa hari yang lepas. Harap tiada lagi kejadian yang tak diingini lepas ni.

Sebelum saya meneruskan perbincangan, mohon maaf sekiranya tak dapat bersama-sama bro semua berbincang masalah berkaitan motosikal terutama di topik Yamaha 135Lc. Banyak ilmu-ilmu permotoran yang dapat dikongsikan bersama di topik ni.

Ok terus ke tajuk yang ingin saya bincangkan. Mungkin ada yang dah tahu namun tak kurang juga yang belum tahu apakah rantai x-ring dan o-ring.

Kebiasaannya motosikal berkuasa rendah di negara kita dilengkapi dengan rantai jenis o-ring bagi alatan standard. Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.

Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.

Saya tak pasti harga yang tepat dipasaran tapi ianya boleh mencecah ratusan ringgit. Apalah gunanya kalau motor bro dah power tapi masih menggunakan rantai o-ring..he..he..he..saje bakar sikit.

Antara kelebihan rantai x-ring dapat mengurangkan geseran dengan tindakan bersimpul di antara plat tepi bunga rantai berbanding jenis o-ring yang agak ‘terpenyek’ ketika kelajuan tinggi. Tindakan tersimpul rantai jenis x-ring yang begitu kenyal ini dapat menambah keupayaan penampanan atau “cushion”. (Rujuk rajah di bawah)

Rekabentuknya juga dapat menghalang kotoran dari menyelinap di celah antara rantai serta berupaya mengekalkan pelincir di dalamnya dengan lebih berkesan berbanding rantai jenis o-ring.

Baiklah saya ingin menjawab beberapa soalan yang sering diajukan berkaitan rantai x-ring yang saya terima melalui blog dan juga emel.

  • Soalan 1: Apakah perbezaan di antara rantai x-ring dan 0-ring?
  • Jawapan: Rantai jenis x-ring mengurangkan 50% kesan geseran dan menghasilkan 50-100% ketahanan jangkahayat rantai. Ia mempunyai pelapik getah di antara bunga rantai yang berbentuk X serta tidak ter’penyek’ ketika suhu tinggi.
  • Soalan 2: Adakah rantai x-ring lebih tahan dari rantai o-ring?
  • Jawapan: Ya sudah tentu. Ketahanannya lebih kurang 1.8 kali ganda daripada rantai o-ring.
  • Soalan 3: Apakah rantai jenis x-ring perlu diminyakkan sepertimana rantai jenis o-ring?
  • Jawapan: Ya sudah semestinya.
  • Soalan 4: Apakah minyak pelincir yang sesuai untuk rantai jenis x-ring?
  • Jawapan: Mana-mana minyak pelincir yang ada dipasaran boleh digunakan sama seperti rantai jenis o-ring.
  • Soalan 5: Berapa kerap rantai x-ring perlu diminyakkan?
  • Jawapan: Sama seperti rantai o-ring iaitu pada setiap 500km perjalanan.
  • Soalan 6: Bagaimanakan cara membersihkan rantai jenis x-ring?
  • Jawapan: Gunakan minyak tanah untuk membersihkan rantai dan jangan menggunakan bahan kimia lain seperti WD-40, petrol, alkohol atau benzine. Segera minyakkan semula rantai setelah dibersihkan.

Seterusnya lihat gambarajah di bawah untuk mempelajari teknik yag betul meminyakkan rantai. Kalau bro perasan teknik yang salah tersebut banyak diaplikasikan dibengkel-bengkel motosikal di kampung mahupun bandar.

Lebih baik buat sendiri dari serahkan pada mereka yang tak tahu teknik yang betul untuk meminyakkan rantai. Kalau kita tegur nanti mereka ingatkan kita nak mengajar pulak.

Sekian harap memberi manfaat pada semua.

-Wira DM

Artikel lain yang menarik!

    Popularity: 6% [?]

    If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

    14 Comments so far

    1. Sesumpah LC on November 6th, 2008

      yang 1 lagi saiz rantainye lebih kecil dari rantai2 biasa tu mcm ne lak?? ok ke gune rantai tu kat moter?? adakah ia ada 2 jenis x-ring dan 0-ring?? yang slalunya saya jumpa warna gold..mcm ne erk???

      [Reply this comment]

    2. antusakit on November 6th, 2008

      Sesumpah LC : rantai warna gold 2 lh jenis x-ring..
      rantai : 415.
      motor track slalu pkai..
      cuma harga mengikut brand..
      kalo nk budgetnye & ok ko bli brand triple S (SSS)..
      tp kene pandai jage gk coz spoket cpt tajam kalo x jage..
      cara2 nk jage die yg paling malas time ko basuh moto 2 ko cuci rantai 2 dgn air sabun smpai bersih pas dh kering ko ltk lh minyak sambil ko adjust2 rantai 2..
      kalo nk lg mls jage rantai 2 ko pkai full set cover rantai..lg senang..
      sbbnye rantai ni terdedah dgn habuk & air hujan 2 yg cepat rosak..
      sblm ni aku dh pkai kt RXZ 2thn bole tahan..
      moto trek 2 laen lh sbb bkn bwk jln2 pun..

      ok..selamat mencuba..

      [Reply this comment]

    3. Wira DuniaMoto on November 6th, 2008

      Antusakit pakai sampai 2 tahun dah kira berbaloi tu. Walau apa pun penjagaan lebih penting.

      Sesumpah…kalau nak beli biasanya kat kotak dah ada tertulis x-ring atau o-ring.

      Aku pernah juga pakai rantai ni pada TZM hampir 2 tahun gak baru tukar.

      kalau kaki lenjan motor macam aku dulu rantai biasa
      6 bulan jer dah k.o .

      [Reply this comment]

    4. ezat LC on November 6th, 2008

      aku rasa ler mengikut pengalaman aku pakai motor.jaga minyak jer sbb rantai ni besi.asal ada minyak pelincir,kurang skit dia punya geseran.pastu jangan bagi dia kendur.sbb bila kendur tu yang makan sproket.xpayah tunggu 500km pun xpe.sbb kita boleh nampak rantai tu berminyak atau x.kalau dah berkarat tu,kompom ler xde minyak.kalau buh minyak pun,xperlu byk2.agak2 jer.nanti merecik kat tayar belakang.pakai rim hitam ok ler xnampak sgt.kalau putih mmg nampak ler.cuma beza rantai yang berharga mahal ni,dia tahan lasak sbb menggunakan keluli yang berkualiti begitu juga teknologi pembuatannya.

      nasihat aku,tgk poket sendiri.tp kalau kedekut sgt pun xblh jugak.

      [Reply this comment]

      Wira Duniamoto Reply:

      kalau rasa nak jimat guna yg biase jer
      tapi lebihkan penjagaan dari segi minyakkan
      rantai. Terutama baru lepas jalan dalam hujan.

      Bawa spare minyak rantai kalau jalan jauh seperti balik kampung. Kemungkinan rantai akan jadi kering dan tegang sebab minyak dah kering disebabkan air hujan.

      Boleh jalan jugak tapi motor akan terasa bergegar dan nasib tak baik boleh putus di tengah jalan.

      [Reply this comment]

    5. Sesumpah LC on November 12th, 2008

      HUH.. aku dah pakai awal dah rantai spoket kecik ni sblm aku bg komen…. tp trase senyap semacam je bunyi ranyai ni, filling la 1st time pakai.. sblm ni aku pakai rantai RKM,kat kotak RKM tu tulis tahan sampai 25000km..tp aku jg cantik punye pun, baru dalam 18000km dah bunyi ketak2 mase bjalan..mungkin sbb aku slalu sgt main pic up dan rembat kot=(

      tq 4 all my prezzs 4 de information….

      [Reply this comment]

      Wira DuniaMoto Reply:

      Kekadang bukan sebab selalu main pick-up je rantai boleh cepat bunyi.

      Kena setting betul2 supaya kiri dan kanan skru penegang rantai pada swing arm tu seimbang.

      Ramai yg perasan. Bila tak seimbang ni yg menyebabkan spoket cepat haus sebab tak center.

      kalau ‘kuli’ tokey woksyop tu biasanya main taram jer sebab nak cepat. Asalkan rantai tegang sudah.

      [Reply this comment]

    6. zaimi on November 21st, 2008

      kalau kita lincirkan rantai pakai minyak gri mcmana?? cepat haus ke?? gris yg spray tu??

      [Reply this comment]

      Wira DuniaMoto Reply:

      Spray rantai yg biasa digunakan tu bukanlah
      gris. Cuma ianya lebih likat dari minyak
      biasa.

      [Reply this comment]

    7. midi on November 26th, 2008

      blh bg tau x apakah jenis minyak yg sll digunakn utk minyakan rantai?
      tlg bg tips utk tegangkan rantai..

      [Reply this comment]

      Wira DuniaMoto Reply:

      Gunakan minyak 4T pun boleh tapi…kalau beli
      yg komersial(dlm tin spray) punya pun ok.

      Sebelum tegangkan rantai cari bahagian yg paling tegang dulu lepas tu baru setting skru dikiri dan kanan utk tegangkan rantai.

      [Reply this comment]

    8. izu on November 29th, 2008

      Salam Bro.Wira..

      Ni nak mintak pandangan ttg sproket skit. Sy mmg tak reti sgt pasal moto ni..pakai moto pun baru stahun lebih. Harap bro. dpat tlg mane yg mampu la.

      -Sy pakai honda wave 100 yg lame.
      -Masa mula2 sy dapat motor ni, sproket die 14-33.(Dah pakai dalam 2 tahun)
      -Masalahnya sy takut kalau2 ade kesan pada enjin sebab sy slalu berdua dgn isteri dan mungkin agak berat. Tambahan pulak ada box.
      -Selalu lalu jalan yg berbukit2, dan selalu guna motor untuk perjalan yg jauh (KL-Kuantan-Rompin-JB-KL).
      -Jd saya tukar kepada sproket 14-38 (standard). Tapi tak best sbb baru sampai 80 enjin dah mengaum dan motor bergegar. Mungkin sbb enjin dah biasa dgn 14-33. Mungkin la..saya tak tahu..
      -Kemudian sy tukar 14-35 dan agak steady walaupun still berat utk naik bukit. (better than 14-33)

      Ok ke padanan yg sy buat? Apa pendapat Bro.Wira? Ada cadangan lain?
      Kalau 15-35 ok tak? (sy ada spare spoket 15)

      Selain tu nak tau jugak sesuai ke kalau sy pakai spoket 420 berbanding 428 yg sy pakai skrg. Selamat ke?

      Maaf sbb lari dr tajuk.

      [Reply this comment]

      Wira DuniaMoto Reply:

      W’salam Izu.

      Pelarasan yg pertama saya rasa lebih sesuai iaitu 14-33 kerana Izu sering buat perjalanan jauh.

      Jangan rsiau pasal enjin terbeban sekiranya Izu tahu teknik2 menunggang yg betul iaitu tidak memaksa motor utk bergerak mendaki dalam gear teratas selain dari membazir minyak.

      Saya memang takdapat nk beri saiz yg tepat namun biasanya Izu cuba sendiri.

      Satu jer tips nak setting spoket dan rantai iaitu tambah satu mata kalau turunkan satu mata dibelakang dan begitulah sebaliknya. Jadikan saiz standard sebagai rujukan naik turun gigi spoket motor Izu.

      Berkenaan saiz spoket 420 atau 428 tu maybe Izu salah tulis. kalau tak silap itu saiz utk rantai.

      Boleh pakai 428 takde masalah.

      Paling penting kalau sebelum jalan jauh lihat ketegangan rantai dan jgn lupa minyakkan rantai.

      Satu lagi tips sentiasa bawa pin penyambung spare utk rantai motor dan juga playar tirus manalah tahu kalau putus rantai ada juga ‘penyelamat’nya.

      Saya pernah alami situasi ini.

      sekian

      [Reply this comment]

      izu Reply:

      Ok bro Wira..tq v/much!

      [Reply this comment]

    Leave a reply