Salam hormat pembaca semua.
Sebelum ke perkara yang nak dibincangkan. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada sahabat-sahabat yang beragama Islam.
Hari ni saya nak minta jasa baik pembaca sekelian untuk memberi cadangan berkenaan dengan design logo duniamoto yang akan kita lancarkan tak lama lagi.
Apa yang penting kita mahukan duniamoto merupakan satu komuniti yang tak mengira umur, pangkat atau jenama motosikal samada cub hinggalah ke superbike. Tujuannya kita mahu satukan hati dan pemikiran setiap ahli untuk bersatu dalam apa jua situasi.
Syarat-syarat logo;
- Terpulang samada bulat, empat segi, tiga segi dan lain-lain.
- Mestilah mempunyai tag line DuniaMoto.Com.
- Takperlu tulis tahun sebab nanti tiap-tiap tahun kena tukar. Sekarang masa berlalu terlalu pantas.
- Kalau boleh tak lebih dari tiga kombinasi warna.
- Tarikh tutup 23 Mac 2009. Selepas tu saya akan buka peluang untuk mengundi logo mana yang jadi dipilih.
Semua hasil ciptaan boleh di emelkan ke duniamoto@gmail.com . Selepas tarikh tutup saya akan paparkan semua hasil ciptaan anda di blog ini untuk diundi. Caranya cukup mudah saya adakan poll disebelah kanan side bar blog ini.
Untuk pertanyaan lanjut sila tulis diruang komen di bawah dan segala pandangan serta pendapat dari anda amatlah dihargai.
Sekian.
Wira DuniaMoto
wira… aku de cadangan tuk blog ni… pe kata ko wat 1 bahagian untuk chat… kalau dapat buat dapat la kurangkan space untuk komen ni. yg mane online leh borak terus je… kalau kat komen kita wat tuk pertanyaan je. amcam ok tak?
Ye…cadangan yg bagus.
So kita gunakan ruangan komen untuk perbincangan berilmiah jer.
Ok akan aku usahakan.
Thanks Ajis dan Yus.
as….kum aku ade terfikir gak benda tu,kita wat blog utk public dan personal chat semua tu kene bayar ke atau susah skit nk buat aku kong skit bab it ni ,tapi aku rase cadangan ajis tu bagus kalu boleh tengok muka lagi bagus pakai webcam yg mane agak berbaur lucah tu kita bend cepat2 takut jadi isu tk baik pulak
wasallam
alah… wat yg simpel2 dah je… takyah nak wat samapi leh view muka pun takpe. aku rasa kalau buat bahagian chat tak memerlukan storage untuk menyimpan mesej. kalau komen ni ye lah… cuma ko tgk contoh web http://www.mysahabat.org dia de bhgn chat wat simpel2 je… kalau aku tau leh la gitau nak wat camne.. masalahnye ku kurang sikit tentang web ni.
yus, nak copy post ko letak kat blog aku leh…??
Boleh breaker asalkan ada creadit utk penulis asal.
Etika blogger kena jaga beb.
Tapu Yus tulis artikel kat mana?
wei, tersilap nama, bukan yus, wira la…
erm, nanti aku letak credit artikel ko..
ala, artikel pasal peraduan wat logo nih…
as…kum jgn tanya soalan tu pade aku lagi setengah mampus aku memikirkanya buta betul it aku ni
wasallam
Ok la tu. Artikel lain yg rasa berfaedah pun boleh gak.
wira, nak hantar design banyak2 leh???
Ikut suka ko. Nanti yg menag satu jer.
Aku lupa plak buatkan ruang nak tulis id.
nanti senang kalu jumpa.
wei, bila masa plak ader “.com” tu…
aduh, aku dah siap dah…
erm, kene la design balik…
Ye la .com tu menandakan kita semua kenal
melalui alam cyber.
Breaker wat lawa2 ni ada 2 logo yg submit kt aku
cun woo….he..he..he.. kasi panas sket.
wira, ader dapat email aku ka???/
Sori breaker sbb 2 hari tak online, A famosa hampeh takde wifi.
Aku dah terima logo penertaan ko.
as…kum breaker, wira tengah bercuti d kg,memang lambat jawab soalan
wasallam
hok aloh…
aku ingat dia kene wat satu part bgtau status dia la..
blk kg ker, kuar ker, bru kita tau…
canggih betol zaman sekarang ni kan mcm2 ada
Itulah breaker ko kan ada twitter. Kalau ko rajin tengok twitter ko tu maybe dah tahu apa yg aku buat skang nih.
Twitter tu pasang kt firefox memang marveles beb tak payah login dia ade je kat penjuru kanan bhg bawah.
Senang nk tahu sesama kita apa yg kita tengah buat sekang nih.
Jd pasanglah twitter fox. Caranya ko search twitterfox addons.
oh…
ok ok…
aku tak perasan plak…
aku dah jarang pakai firefox, ni pakai google chrome jer…
nantu aku try install…