Bukan mudah nak hasilkan blog!

Salam

Ya!..Memang tak mudah kalau kita tak mahu belajar dan mencubanya.

Alhamdulillah dapat juga saya memasang blog ni walaupun bermacam dugaan yang saya hadapi. Antara yang mencabar kekuatan mental adalah sedikitnya pengetahuan teknikal komputer. Tulah dulu masa sekolah tak mahu ambik tahu hu..hu..hu..

Terpaksa bersengkang mata boleh dikatakan setiap malam nak belajar punya pasal. Terima kasih tak terhingga kepada isteri tersayang yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk terus berusaha menghasilkan blog duniamoto.com ni. Begitu juga blog ini saya dedikasikan kepada dua orang cahaya mata yang turut memberi semangat kepada saya.

Baiklah mengapa saya pilih tajuk niche berkaitan dunia motosikal walhal begitu ramai seperti yang anda tahu memilih tajuk cara buat duit atau perniagaan internet. Senang je jawapannya tajuk blog berkaitan permotoran amat sedikit sekali dalam berbahasa Melayu. Jadi biarlah saya mewujudkannya…betul tak?

Sebagai post yang pertama ini.. ingin saya beritahu anda duniamoto adalah blog perbincangan mengenai motosikal. Maklumat mengenai motosikal tak pernah habis malah pelbagai isu dan info boleh dikongsikan kerana motosikal tak dapat dipisahkan dari rakyat Malaysia untuk kegunaan harian hinggalah ke ltar lumba.

Isi kandungan yang bakal dicurahkan nanti sentiasa berkaitan dengan pengalaman saya bermotosikal, tips penjagaan termasuk teknikal, isu-isu semasa seperti mat rempit dan apa saja mengenai motosikal. Saya tidak membataskan perbincangan ini kepada motosikal sahaja tetapi tiada salahnya jika anda ingin berkongsi cerita hal-hal berkaitan kenderaan empat roda. Namun motosikal adalah niche utama DuniaMoto.

Itulah serba sedikit yang ingin saya kongsikan bersama anda berkenaan blog duniamoto.com. Saya sedar terlalu banyak kekurangan pada blog ini dan InsyaAllah saya akan berusaha untuk memantapkan lagi blog ini supaya ia benar-benar memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

P/S:Terima kasih juga kepada guru saya SmartZul yang banyak memberi bantuan teknikal dan nasihat.

4 thoughts on “Bukan mudah nak hasilkan blog!

  1. nak hasil kan blog mudah je…bende free…tapi nak hasil kan web….itu ada susah sikit, kene bayar sewa server….kalau yang free lambat update lah, server down lah…etc….

  2. Yup..betul tuh…honda65.Tapi blog ni gunakan
    hosting berbayar.So lebih privasi.

    Boleh gunakan yg percuma seperti blogger.com,wordpress.com dan lain2 blog percuma
    tapi pihak penyedia mudah mengambil tindakan seperti apa yg berlaku dengan blog Tun Dr Mahathir.

    Blog beliau di’suspend’ oleh google kerana disyaki
    blog SPAM.Sayang seribu kali sayang kalau blog kita di’delete’ oleh penyedia hosting sekiranya mempunyai trafik yg tinggi mencecah ratusan ribu pelawat.

    Tepuk dada tanya ‘poket’ nk yg percuma atau
    berbayar. :)

  3. Ya Eazat saya generate income melalui penyewa2 iklan serta menyertai syarikat2 pengiklanan seperti nuffnang. Cth banner iklan di atas sekali.

    Mereka membayar setiap klik dengan harga tertentu. Jadi memang boleh maintain utk support blog ni serta jana penadapatan yg lumayan darinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>