Salam,
Pada anggapan sayalah tips nak jimatkan petrol dah biasa sangat kita dengar dan baca. Kalau pergi stesyen petrol Shell kalau tak silap saya pun ada disediakan risalah mengenainya. Tapi tips yang saya bagi mungkin sseetengah dari anda telah tahu dan ramai juga belum tahukan?
Dalam dunia permotoran sekarang ni perkara pokok adalah minyak tiada perkara lain melainkan minyak…. minyak.. he..he… membebel pula ye. Apa pun kita kena terima kenyataan tersebut tapi tahukah anda ada cara yang tidak menyalahi undang-undang nak menjimatkan petrol.
Oklah pada kebiasaannya anda akan menekan nozzle semaksima yang mungkin untuk cepat memenuhkan tangki motosikal andak betul tak?. Apa kata mulai dari hari ini cuba praktikkan teknik menekan nozzle seminima yang mungkin. Senang je tak susah cuma memerlukan sedikit masa je ketika nak mengisi minyak. Saya selalu isi minyak sebelah malam orang tak ramai sangat boleh la pam slow-slow. Tapi kalau isi minyak kereta agak lama sedikit sebab tu saya suka sebelah malam he..he..
Secara logiknya, sekiranya kita menekan nozzle ke tahap maksima peratus kandungan gas yang bercampur dengan minyak adalah tinggi. Jadi kalau anda tekan secara minima maka minima jugalah gas yang masuk. Faham tak? Saya dah uji teknik ini ke atas motosikal Yamaha SS110 saya hasilnya mengejutkan.
Biasanya saya isi RM5 dapat buat perjalanan pergi dan balik sebanyak dua kali dari Klang ke Shah Alam. Selepas mencuba teknik ini saya berjaya pergi ke Shah Alam semula, bukankah itu jimat! Baiklah anda boleh cuba kepada motosikal atau kereta anda.
Oh ya lagi satu perkara saya cadangkan kepada anda, amalkan mengisi minyak pada sebelah malam kerana pada ketika itu molekul-molekul minyak berada dalam keaadan tidak mengembang kerana cuaca agak sejuk berbanding siang. Terdapat perbezaan kuantiti minyak antara siang dan malam. Pada waktu siang molekul minyak akan mengembang kerana cuaca panas terutama pada tengahari.
Selamat mencuba.
Wira DuniaMoto
sekarang ni macam2 cara orang akan baut untuk jimatkan minyak. cara yang diatas pun boleh jugak.sbb molekul minyak kembang time panas dan sebaliknya.mmg logik cara ini.sbb kalau kita tgk sistem turbo,udara yang masuk ke kebuk pembakaran telah dimampatkan bagi mendapat jumlah udara yang banyak.
cara lain untuk jimat minyak adalah bergantung cara kita membawa kenderaan kita.kalau bawa bawah 100 km/j,minyak memang berbeza berbanding kalau kita bawa lebih daripada 100 km/j.contoh yang paling besar,cuba bawa kenderaan dalam 90 km/j dan 140 km/j dengan jarak yang sama,pasti berbeza dalam penggunaan minyak.
kenderaan juga haruslah dielakkan dibawa dalam rpm yang tinggi.xkira dalam mana2 gear.lain2 seperti bebanan,sistem ekzos,saiz tayar,sport rim dan lain2 lagi.banyak cara kalau dikaji,dapat menjimatkan minyak.
cuma saya berapa pasti ttg penggunaan aksesori yang boleh menjimatkan minyak serta bahan campuran kedalam tangki minyak.adakah alat2 atau bahan2 ini memberi kesan sampingan sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang.sebab saya tidak pernah mencubanya lagi.(risau gak)
kepada kawan2 yang ada pengalaman yang lebih baik,harap dikongsi bersama dalam ruangan ini.
good info =)
Aku pakai automax (cosway). Penjimatan aku xleh komen sebab aku guna moto lebih kurang 13-14kilo sehari,dekat je xleh nak rasakan perbezaan dia. Dari segi kebersihan enjin pun xleeh nak pastikan lagi sebab masa aku mula2 pakai automax ni, aku tak tukar oilfilter,jadi bila cek selepas1000km dari mula pakai automax ni, minyak en
as…..kum betul tu waktu malam dan menurut seorang kawan saya yg juge pemandu teksi (petrol) dia suka isi minyak time subuh sebab dia kata time nih minyak turun byk mungkin pasal gas kurang.
selamat mencuba
Syukurlah pada Allah minyak dah jadi RM2.00 seliter.
Namun sampai bila boleh bertahan dgn harga rendah moga2 berpanjangan.
Namun saya menyeru walaupun dah agak murah sikap berjimat harus diteruskan.
Kurangkanlah main ‘pickup’. Laju takpe asalkan tahu batas2nya sebagai penunggang motosikal.
Sayangilah NYAWA dan MOTOSIKAL anda.
sewa tangki cam kat depot nelayan pastu isi minyak utk 5 thn..gerenti tak payah pikir2 selagi tangki tak kering..hahaha jgn marah ha
kalo taknak bayar duit minyak, naik beskal…
yo… aku gune moto shogun sp… apesal lemau sgt beb moto nie ? nak p 120kph pun ssh gler… test pakau yoshimura pun xder beza… bley bgtaw aku camner care nak menghilangkan ke’lemauan’ moto nie.. email aku k…
as….kum motor tu direka dgn menggunakan cdi cut off yg paling ketat, so kene cari cdi racing dulu baro boleh up grade yg lain buat mase sekarang cdi utk motor nih tk keluar lagi
wasallam