Cara Sertai KDMC, Blog dan Forum

Salam,

Terima kasih kerana sambutan yang sungguh menggalakkan dari anda sahabat-sahabat lama dan baru. Hampir setiap minggu saya terima emel dari pengunjung-pengunjung baru yang berminat nak sertai blog, forum dan KDMC.

Ok sebelum tu saya terangkan apa itu blog, forum dan KDMC.

1) Blog- Merupakan terhimpun segala macam isi kandungan artikel berkaitan motosikal termasuk pengumuman sebarang aktiviti berkaitan Kelab DuniaMoto.Com (KDMC). Di sini anda boleh memberi pendapat di setiap artikel yang ditulis oleh admin (Wira DuniaMoto) di setiap akhir artikel. Caranya cukup mudah dengan mengisi nick, emel anda dan URL web/blog jika ada anda boleh meninggalkan komen/pendapat di blog ini. Mungkin pertama kali anda menulis komen/pendapat ianya akan diletakkan di senarai menunggu untuk di’approve’kan oleh admin. Namun jangan risau saya setiap hari akan memantau sebarang aktiviti di blog ini termasuk meluluskan pendapat/komen yang ada di senarai menunggu. Ini link untuk blog :)

http://duniamoto.com/permotoran

Di blog KDMC juga anda boleh bertanya untuk sebarang soalan berkaitan dunia permotoran dan terpulang kepada sahabat-sahabat lain untuk memberi jawapan atau pandangan. Apa yang saya tekankan di sini kita lebih kepada tertumpu soal berkaitan motosikal sahaja dan lain-lain pertanya boleh ke forum kami. Selepas ini saya akan terangkan. :)

Blog kami juga terdapat ruang shoutbox atau chating di bahagian sidebar iaitu sebelah kiri yang tertulis di dalam kotak ‘Live DuniaMoto’.  Anda boleh berkomunikasi secara live dengan sesiapa sahaja yang sedang melayari blog ini pada masa tersebut. Memang syok habis sebab boleh sembang apa saja asalkan memberi manfaat untuk diri anda atau oran lain. Cuma yang penting jaga tatasusila dan budi bahasa kita walaupun kita berada di alam siber.

Pihak admin berhak mengambil tindakan seperti ‘ban’ IP address anda dari mengunjungi blog ini sekiranya kami dapati anda sengaja melakukan kesalahan seperti membuat provokasi, berkempen politik, mengeluarkan kata-kata kesat atau lucah dan lain-lain kesalahan yang kami anggap tidak sepatutnya.

2) Forum- Merupakan tempat perbincangan yang lebih advance di mana anda hanya cuma perlu mendaftar secara free jer tanpa sebarang yuran :) . Di forum anda boleh berbincang, bertanya, memberi pendapat dan menulis artikel dengan membuka thread anda sendiri selagi ianya mengikut tajuk-tajuk yang telah pihak kami tetapkan.

http://kelabduniamoto.com

Klik link di bawah untuk pendaftaran

http://kelabduniamoto.com/forum/index.php?action=register

Selain itu anda juga boleh meng’upload’kan gambar sekiranya perlu untuk memberi gambaran lebih jelas berkaitan topik yang dibincangkan. Di sana juga anda boleh berkenalan dengan ahli-ahli yang lain sambil menambah ilmu pengetahuan berkaitan motosikal.

Apa yang penting jangan lakukan SPAM di mana-mana thread bagi mengelakkan dari diambil tindakan oleh pihak kami. Anda boleh meletakkan sebarang link di bahagian signature untuk mempromosikan blog, website, facebook, freindster, myspace dan apa saja termasuk produk anda.

3) KDMC- Merupakan singkatan Kelab DuniaMoto.Com yang merangkumi pelbagai jenis motosikal. Mungkin ada yang terkeliru sebab majoriti ahli-ahli KMDC memiliki motosikal Yamaha 135Lc. Anda tak perlu risau kerana kami tidak peduli apa motosikal yang anda gunakan asalkan kita mempunyai satu matlamat iaitu martabatkan dunia permotoran tanah air.

Cara nak join KMDC hanya cukup anda mendaftar di forum seperti saya terangkan di atas. Buat masa ini tiada syarat lain atau apa-apa  borang yang perlu anda isi. Daftar forum secara automatik anda jadi ahli :)

Ada juga yang bertanya kalau takde motor boleh join ke?

Ya… dah tentu boleh kerana apa yang penting adalah minat. Dari minat tu nanti anda akan berusaha untuk dapatkan sebuah motosikal. Jadi tak perlu rendah diri kerana kami amat mengalu-alukan kedatanga anda.

Ok saya rasa tamat penerangan perihal blog, forum dan KDMC. Mungkin ada lagi masalah boleh bertanya di ruangan komen atau chating. Saya harap dengan adanya keudahan berkomuniti seperti DuniaMoto kita dapat elakkan dari buat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mat rempit lakukan.

Sekian

Wira DuniaMoto

This entry was posted in Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

63 Responses to Cara Sertai KDMC, Blog dan Forum

  1. boss says:

    salam
    cam na nak register ni mat!!!

    • Yus LC says:

      as…kum
      Minta saudara keatas dan penjuru sebelah kiri tu selak helaian dan masuk ke ruang forum
      wasallam

  2. sajen_muar says:

    org johor ley join x?

  3. B'biR says:

    dak kajang leh join ek…

  4. zam says:

    ape cerita konvi ke utara 18/12/2006

  5. lokomolo says:

    salam.
    nak tanya kalau lc pakai karb rxz atau uma 28mm mana yang lagi bagus.
    kalau tukaq moto akan lebih laju tak?
    antara dua karb ni mana yg lagi mkn minyak?
    konklusi mana yang lebih sesuai.
    salam

  6. azis says:

    akum…selamt pagi …dlm kehadiran aku ke cnie nak mintak pertolongn pendpat kau org semua….aku semalam tukar taimingcen time moto aku sejuk cantik bunyi apa bila panas berbunyi pulak..memang mcm tu ker????

  7. bingo bono sin deposito

  8. Mr. K says:

    tnya ckit. korg penah kna tak myk rantai percik smpai baju.
    aku pelik, tiap kali pas bubuh myk rantai asal g kuar je blkg baju aku msti ada tompok2 hitm
    abs bju aku.
    misteri sgguh. ada sape2 penah kna cmni tak?

  9. wan n9 says:

    kat atas blok ade tmpt adjust die…kna pkai screw driver halus…pusing arahkiri kebwh skali pas2 lpaskn..snang je…bnda 2 pun autu adjust…ade bkak2 mto ke bro…

  10. wan n9 says:

    antara kipas coolant pnye connector dgn suis nye conector kna wat wiring,2 helai wire je…wat suis…

  11. n9 lc says:

    bese la 2 kwn2…skru pun mkin lme mkin longgar…piston ring pun mkin haus…kte pun hari2 gune…cam bini gak..hakhak..

  12. owh… ok2.. dah taw nie sng ckit..
    thanks.. nnt pape hal sy tnye g..
    wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>