Ekspedisi Motosikal Ke Air Terjun Chamang

Salam dan selamat sejahtera,

Pertama sekali maaf kerana lama cuti dari menulis artikel dan insyaAllah bermula bulan Ramadhan nanti saya akan online  sepenuh masa. Saya harap semua warga KDMC samada berdaftar atau pun masih menjadi pelawat di sini akan mengikuti perkembangan akriviti terbaru bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Aktiviti Bermotosikal

Satu ekspedisi yang akan diketuai oleh Ketua Konvoi KDMC iaitu saudara Maos akan berkonvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Sila rujuk di bawah:

Tempat:  Air Terjun, Bentong, Pahang

Tarikh: 2hb Ogos 2009

Kategori: Terbuka kepada semua ahli KDMC.

Perbelanjaan: Sendiri

Borang penyertaan: Klik Di sini

Saya sertakan juga peta untuk dijadikan rujukan kepada yang masih tertanya-tanya di mana Air Terjun Chamang yang dikatakan cukup nyaman dan bersih.

Peta Ke Chamang, Bentong Pahang

Peserta boleh merancang perjalanan dari sekarang di mana laluan yang bakal dilalui oleh konvoi nanti dan mungkin ada peserta berada di luar Selangor seperti dari Utara atau Selatan boleh menetapkan samada untuk terus menuju ke Bentong atau sebaliknya. Continue reading

Catatan Dari Ketua Konvoi Motosikal KDMC – Bro Maos

Salam,

Akhirnya konvoi ke-dua dari Kelab DuniaMoto.Com (KDMC) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan :)

Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan konvoi pada kali ini. Di bawah merupakan catatan ringkas dari ketua konvoi iaitu Bro Maos.

Submitted On 03/05/2009 at 12:37 AM

assalamualaikum
alhamdulillah, konvoi duniamoto.com dah selamat pergi dan kembali. 21 peserta dengan 20 buah moto telah menyertai konvoi kali ini. terima kasih medi dan cicak yang datang untuk meraikan kengkawan nak berkonvoi di tempat permulaan.
1hb. jam 0900hrs, konvoi bergerak ke cherating. alhamdulillah, semua peserta mengikut arahan marshall dan kelajuan juga terkawal. kebanyakan masa, kelajuan dalam 110km. semua sangat2 berdisiplin. berhenti isi minyak dan rehatkan moto di beberapa stesen minyak. moto sesumpah kena sumpah jalan, pamcet. maos dah sediakan penampal dan pam. semua ok kembali. konvoi bergerak semula sampailah ke penginapan di tg gelang resort, cherating. rumah dengan 5 bilik (rasanya berhantu sket)hehe. sembahyang, rehat dan bergerak ke kemaman, terengganu makan satar. semua makan dengan sedapnya. balik ke cherating, main takraw yang di bawa oleh anuar. berpeluh2. beberapa peserta tertonggeng tidur kepenatan. ada yang kilatkan moto dan ada yang berbincang dan bertanya kepada yunus tentang moto. malamnya, kami ride ke kedai tomyam makan sup belut dan ada yang makan tomyam, nasi goreng dan ada yang mengorat watres kat c tu..tapi tak jalan gak nampaknya..hehehe…balik ke penginapan, borak2 sampai jam 0130hrs. maos dan ustaz razey dan tak bleh bukak mata jam 00hrs. tidur dulu. yang lain terus berborak..tanya ajis, dia kata sampai 0130hrs. bergelimpangan tidur…penattttt…..pagi lepas subuh, cau cari roti canai dan nasi lemak..perhhh nasi lemak ayam… 6 hingget sepinggan…balun jugak…ramai yang bersihkan moto dan kemudian apa lagi…terjun laut…mandi manda sampai tak ingat dunia nampaknya…sesumpah akhirnya dijadikan maskod duniamoto (nanti tengok gambo kat forum)…macam-macam aksi keluar…kami memang mesra dan sporting…tengahari, mandi air tawar dan bersedia untum explore bandar kuantan…macam2 cadangan…akhirnya makan kat teluk cempedak…wuyooo ramai orang…bedot sempat snap gambar awek2 yang lalu..perhhhhh…siapa pegi je tau camne skill bedot tackle awekss kat sana. oder nasi gorang ayam, bob oder nasi goreng cendawan, nasi padprik, nasi goreng padprik, pisang, dan macam2 air…anuar dan bedot beli survenear untuk orang umah masing2…sape tak sayang bini ouiiii…ride pulak ke tempat jual keropok lekor…lagi hebat..ada yang beli 10 hingget, 20 hingget, 30 hingget…yunus pulak menggendeng satu aweksss cute..nanti gambo di upload…wah..terengganu dan pahang,,aweksss dmand tuu…dah selesai menyoping, pegi petronas, lambat tol servis pekerja kat c tu, yunus naik angin, maos masuk campur untuk redakan keadaan, maos ajak semua bor lc cau…yusri, bob dan yunus serta hafiz..yang ada nob1 exos, rem kuat2..tunjuk perasaan…semua bengang tengok kami…terus ke petronas lain, bob sket tergelincir..tapi ok..terer kawal noto..ensem dengan cermin gelapnya si bob ni…maos dah kirim jenis dan bentuk yang sama…nanti tengok gambar key…semua isi botol2 kosong untuk minyak spare…ride balik…semua berdisiplin…banyak geng konvoi lain ada kat kuantan masa tu..anip ajak konvoi kita tapau geng konvoi lain…aduiii..maos cemas sebab moto maos paling standard dan paling slow sekali…gerak balik jam 4 dari kuantan, ada roadbock JPJ, semumpah terus tukar kami sama macam jalan raya, JPJ tak nampak kami lalu…selamat…hehehe..berhenti kerana moto black tercabut brake…bro yunus sattlekan..sampai di tempat permulaan konvoi kira2 jam 1830hra…maos rasa seronok, semua geng konvoi sangat2 bedisiplin masa balik juga….kelajuan dalam 110km..semua bersopan santun gitu..ada dalam video bob..nanti boleh tengok…sesumpah jadi juru kameranya…ALHAMDULILLAH SEMUA SELESAI DENGAN BAIK DAN MENCAPAI MATLAMATNYA…KITA SEMAKIN AKRAB MELALUI KONVOI DAN BLOG DUNIAMOTO.COM.

Submitted On 03/05/09 at 4:08 PM

salam
sedikit tambahan info konvoi kita
arnip telah dilantik sebagai ‘ketua tingkatan’ kumpul duit dan jaga disiplin, oleh sebab kerja arnip cemerlang, dinakkan pangkat jadi ‘penyelia tingkatan’..tahniah arnip. sesumpah laks sebagai wartawan video, sebab sesumpah boleh berada jauh di hadapan konvoi dulu dengan kuasa lc hijaunya itu dan ambil gambar video atas devider highway, kemudian sesumpah berkeupayaan ambil video semasa lc bergerak dalam kelajuan 160km/jam. bedot pula telah maos keluarkan 3 kad, iaitu kad kuning kerana menunggang, kaki kat handle, kad merah kerana ambil koner macam grand prix, kad orange karana marah-marah sebab jalan lurus je, tak ada lap nak tarik kona 60 darjah. sesumpah juga dah dijadikan maskod KDMC di tepi pantai balok. yunus standart lah, dilantik sebagai bomoh lc dengan adiknya yusri sebagai asistan, anuar sebagai peneraju permainan timbang bola takraw, bob sebagai tukang test makanan, termasuk sata dan otak2 yang perhhhh sedap tu, bob boleh ngap 6 ke 7 gelas air semasa makan sata dan otak2 tu, hafiz tukang gempak geng lain dengan bunyi exzosnya yang garang tu, black jadi nyah yang menghiburkan, tapi mahal beb..tak sanggup nak bayo..hehe..yang lain termasuk maos sebagai pemerhati dan folower kerana kami moto standart je…paling corot…huhuhu…

Ok harap dengan catatan dari Bro Maos ni dapat memberi gambaran keadaan konvoi terutama pada yang tak dapat pegi. Dan juga boleh dijadikan kenangan kepada warga KDMC :)

Sekian

Wira DuniaMoto

Maklumat Terkini Konvoi KDMC Ke Cherating

Salam,

Cuma tinggal 2 hari sahaja lagi konvoi KDMC ke Cherating akan bermula. Apa yang saya harapkan konvoi kali ini lebih bermakna dan berjaya. Semoga selamat pergi dan pulang semua para peserta.

Saya ada terima beberapa emel pertanyaan berkaitan konvoi mungkin disebabkan ada antara peserta yang tidak berkesempatan meluangkan masa untuk dapatkan maklumat terkini di blog KDMC.

Saya sertakan juga update dari ketua konvoi KDMC iaitu Bro Maos seperti di bawah;

MAOS
Salam semua
alhamdulillah maos dah dapat surat balasan dari bukit aman, dah dapat green light, tapi kena ikut peraturan
nanti jumaat sebelum bergerak maos akan beri taklimat
semoga konvoi kita akan berjalan lancar dan selamat
aminnnnn….

Salam semua
PENGUMUMAN PASAL KONVOI 1HB MEI
TEMPAT BERKUMPUL : PERKARANGAN SHELL PUMP SEBELUM MASUK TOL GOMBAK (YANG ADA MC-D DAN BURGER KING TU)
MASA : 0800HRS
MARSHALL SILA PAKAI FLOROSENT VEST (HIJAU KEKUNINGAN)
DOA, TAKLIMAT DAN GERAK
SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN CUACA OK
INSAALLAH JUMPA DI SANA
(BAWA APA YANG DIRASAKAN PERLU)

Rasanya ini update terakhir berkaitan konvoi yang dapat saya umumkan. Apa yang penting dalam konvoi adalah kesabaran, bekerjasama, berdisiplin dan berhemah di jalan raya kunci kejayaan sesebuah konvoi.

Konvoi ke dua ini merupakan perintis kepada konvoi-konvoi yang akan datang. Jadi saya dan seluruh warga KDMC mengucapkan selamat berkonvoi…. Yoshhh!!!

Sekian

Wira DuniaMoto

Konvoi Motosikal Terbuka 2009

Salam bro sekelian,

Pertama sekali saya mohon maaf sebab ramai yang tanya kat mana detail terperinci mengenai konvoi motosikal yang bakal diadakan.

Sebenarnya Maos dah tulis di dalam artikel perjumpaan hari tu. Cuma saya lupa nak paparkan semula dalam bentuk artikel untuk memudahkan bro sekelian membacanya.

Ok di bawah ni saya tulis semula maklumat lanjut berkaitan konvoi tersebut.

  1. Tarikh Konvoi: 1hb-2hb Mei 2009 bersamaan 2 hari 1 malam.
  2. Hari: Jumaat dan Sabtu.
  3. Tempat Tuju: Cherating, Kuantan Pahang.
  4. Penginapan: Akan diberitahu kelak.
  5. Perbelanjaan: Sendiri.
  6. Risiko: Tanggungjawab sendiri.
  7. Pendaftaran: KLIK DI SINI.

Cadangan Perjalanan.

  1. Semua peserta konvoi dari Kuala Lumpur dan Selatan akan berkumpul di Tol Gombak berhampiran dengan UIAM.
  2. Semua peserta konvoi dari Utara boleh terus ke Cherating atau boleh menunggu peserta dari Selatan di checkpoint (akan diberitahu)  yang berada dalam laluan konvoi.
  3. Kemudian konvoi akan terus menuju ke Lebuh Raya Karak menghala ke Kuantan.

Aktiviti Cadangan pada hari Jumaat.

  1. Sampai ke destinasi konvoi akan berehat seketika dan bermalam di salah sebuah chalet di Cherating (akan diberitahu).
  2. Kepada yang berminat makan Satar boleh mengikuti konvoi ke Kemaman, Terengganu sambil ronda-ronda di sana.
  3. Pada sebelah malam semua peserta akan berada di chalet untuk mengadakan aktiviti BBQ sambil bersantai.
  4. Akhir sekali konvoi akan mengadakan sesi taaruf.

Aktiviti cadangan pada hari Sabtu.

  1. Selepas solat Subuh semua peserta akan menyertai sesi senam robik dan sarapan pagi.
  2. Ya badan segar apa lagi mandi lautlah.
  3. Tengahari semua peserta check out dan pulang ke destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tulis diruang komen di bawah atau telefon saudara Maos 019-3145615. Satu lagi perjumpaan akan diadakan antara saudara Maos dan peserta konvoi bagi menetapkan perkara-perkara yang belum diputuskan.

Di harap semua peserta akan memberi kerjasama penuh komitmen bagi menjayakan konvoi kali ke-2 ini. Ini merupakan langkah seterusnya untuk pemilik-pemilik motosikal meluaskan aktiviti bermotosikal tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Semoga apa yang dirancangkan akan diberkati olehNya.

Pengumuman Penting.

  • Kepada peserta konvoi dari Utara (Kuantan dan Kemaman) di harap boleh hubungi saudara Maos dengan segera. Bantuan dan sokongan dari anda amat diperlukan.

Sekian

Wira DuniaMoto

Perjumpaan Pemilik Yamaha 135LC

Salam sejahtera semua,

Di bawah ni saya cuma nak sampaikan sedikit pengumuman penting dari saudara Maos.

Assalamualaikum bro2 dan otai2 LC semua.

MAOS bercadang nak mengadakan perjumpaan bro2 LC yang ingin bersama-sama merancang aktiviti konvoi kita untuk tahun 2009 ini. Butiran perjumpaan seperti di bawah:

Tarikh dicadangkan : 8hb Mac 2009 (Ahad)
Tempat perjumpaan : Hentian PLUS Restoran Jejantas Sungai Buloh,Selangor (dalam KFC)
Masa : 11 pagi
Hp MAOS – 019-3145615

MAOS harap ada respon. Kalau boleh setiap negeri yang berdekatan ada wakil. Hari Isnin tu kita cuti Maulidurrasul.

Agendanya, sama-sama berbincang untuk mengadakan aktiviti konvoi bagi tahun ini.

Mohon jasa baik Wira dan bor2 semua menghebahkan makluman ini. MAOS tunggu otai2 dan bro2 semua pada hari dan masa yang berkenaan.

JIKA ADA PERUBAHAN, MAOS AKAN MAKLUM SEMULA DALAM BLOG INI. HIDUP 135LC.

TqTqTq.

Baiklah siapa yang berminat boleh terus hubungi Maos atau untuk pertanyaan sila ke ruangan komen.

Pada 8 Mac lalu perjumpaan telah pun diadakan dengan jayanya dan di bawah adalah laporan dari saudara Maos:

Salam Wira dan semua Otai dan Bro LC yang dihormati. Alhamdulillah, 8hb yang lepas, jam 11am sampai lebih kurang 1.30 tengahari, telah selamat diadakan perjumpaan dan perbincangan bro2 LC untuk perancangan aktiviti konvoi kita nanti. MAOS lapor sket.

Hadir seramai 13 orang campur seorang awek (dah ada yang punya bro)
MAOS,Yunus,Yusri,Tuan Zamunir(ontok),Faizal,Zaidi,Aziz,Khairul Azmi(Han2-Lc) dan awek,Fakrulrazey,Hanis(Are-nip),Hafif Khan(Amy),Faizul dan Saiful Lizam (bedot).Perbincangan telah dijalankan dan keputusan telah dicapai.Butiran keputusan perbincangan adalah seperti berikut:

Tarikh konvoi : 1hb dan 2 hb Mei 2009 (Jumaat dan Sabtu) 2hari 1 malam.
Tempat tuju : Cherating, Kuantan, Pahang.
Cadangan perjalanan : Bro LC KL dan ke selatan berkumpul di Tol Gombak (Berdekatan UIAM) dan Bro2 LC utara boleh terus ke cherating atau tunggi di lokasi sesuai dalam laluan konvoi. Masuk highway Karak ke Kuantan.
Aktiviti : Konvoi akan check-in di chalet Cherating, kemudian berkonvoi ke Kemaman, Terenggganu untuk makan SATA segar di sana. Round kawasan sekitar Kemaman dan balik ke chalet. Malam, kita BBQ dan sesi taaruf. Esok paginya, kita mandi laut, teengahari check-out dan konvoi akan bergerak balik ke KL dan lokasi masing-masing. INSAALLAH kita sama-sama usaha dan doa agar aktiviti ini MENJADI dengan selamatnya.
PERLU BANTUAN BRO@ LC DI KUANTAN DAN KEMAMAN. Jika ada, sila hubungi MAOS 019-3145615 untuk urusan tempahan chalet, makan sata, bbq dan lain-lain yang dirasakan perlu dan sesuai.
Kepada WIRA, minta jasa baik macam dulu, buatkan promosi dan pengesahan penyertaan.
Satu lagi perjumpaan akan diadakan sebelum kita jalankan konvoi ini kelak, tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian. Ada satu bulan setengah untuk semua bro LC buat perancangan dan ajak member2 LC lain untuk join.
Macam konvoi dulu, semua perbelanjaan dan risiko adalah ATAS TANGGUNGAN SENDIRI.
Terima kasih kepada semua Bro LC yang datang hari tu…Dalam perbincang hari itu juga, MAOS ada cadangkan satu aktiviti perjumpaan ringkas bro2 LC di lokasi2 yang ditentukan oleh mana2 bro yang nak anjurkan pertemuan tersebut, kita namakan aktiviti KOPITIAN LC (KTLC)…contohnya, bedot nak ajak bro2 lc KTLC pada malam minggu, bedot catat je dalam blog ini masa dan lokasi, sesiapa yang nak join, jumpa kat sana. Dalam perjumpaan itu, bolehlah bincang dan bertukar2 pendapat tentang LC dan blog kita ni.
Pasal stiker LC tu, bagus sangat2…INSAALLAH kalau WIRA jadi anjurkan pertandingan mencipta logo ini, MAOS akan sediakan hadiah berupa barangan moto LC seperti Minyak Injin Hi-Tec Motuil bernilai RM42, Oil Filter ore dan Spugplug Ore…pendek kata 3 barang power untuk servis LC akan MAOS hadiahkan kepada yang berjaya. INSAALLAH.
Moga Konvoi kita dapat sembutan dan kerjasama semua. Nak seramai2 yang boleh…kita penuhkan jalan ke Cherating dengan LC…Tqtqtq

Seakian

Wira DuniaMoto

Laporan Konvoi Yamaha 135LC

Salam sejahtera semua sahabat sekalian.

Akhirnya kesemua foto konvoi yang telah saudara Maos kirimkan telah berjaya diupload kesemuanya di blog ni.

http://duniamoto.com/permotoran/koleksi-foto-konvoi-yamaha-135lc

Selain tu bro semua boleh klik bahagian bawah header perkataan “Gambar Konvoi Terkini” untuk melihat koleksi foto konvoi yang berlangsung pada 25 Jan 2009.

Jadi di bawah ni saya sertakan laporan yang telah Maos kirimkan kepada saya.

Peserta Konvoi

Laporan dari Maos, Continue reading

Update Terkini Konvoi Yamaha 135LC

Salam semua,

Mohon maaf server down baru-baru ni. Saya ingin sampaikan update dari saudara Maos terutama kepada peserta-peserta konvoi. Bagi yang belum register boleh berbuat demikian di sini.

Update Dari Maos:

SALAM OTAI2 LC. DAH 3 HARI SUSAH NAK LOG IN PERMOTORAN NI. PAGI NI BARU DAPAT MASUK.
UNTUK YANG AKAN MENYERTAI KONVOI KE CAMERON HIGHLAND 25HB INI (AHAD), HARAP JAM 7.30AM DAN SAMPAI DI TOL RAWANG, SELANGOR. KALAU ADA YANG MEMILIKI PENAMPAL TAYAR BOCOR DAN PAM, BLEHLAH BAWA. MANA TAU EMERGENCY, TAHUN BARU CINA TAKUT KEDAI TAK BUKAK. DI SINI SAYA SENARAIKAN KENGKAWAN YANG DAN MENDAFTAR DENGAN HP NO. COLING2LAH
MOHD FARID – 0126215414
MOHD HASNOL – 0133100976
SHANMUGAM – 0126395589
FIRDAUS – 0126591414
MOHD HAFIF – 0172430457
MOHD HANIF – 0124796402
NOR AZMAN – 0193636428
MUHAMMAD FAQIH – 0197746532
MOHD HAFIZI – 0195466322
SAYA MOHD AZMAN (MAOS) – 019-3145615
SAYA AKAN BAWA 4 ANAK BEKAS ANAK MURID YANG ADA LC DAN Z125.
SESIAPA YANG BELUM MENDAFTAR DAN INGIN TURUT SERTA, DIALU-ALUKAN. YANG AKAN MENUNGGU DI TOL SIMPANG PULAI, KONVOI DI JANGKA SAMPI DI SANA INSAALLAH JAM 10.30 KE 11.00 PAGI.
SAMA-SAMA BERDOA KONVOI KITA MENJADI KALI INI SEBAGAI PERMULAAN UNTUK PROGRAM YANG LEBIH BESAR.
LC BOLEH!

Senarai peserta tak termasuk yang berdaftar pada hari ini. InsayaAllah saya akan masukkan nanti.

Sekian harap maklum.

Wira DM