Forum KDMC Berpindah Ke Hosting Baru

Salam dan selamat sejahtera,

Petama sekali saya mohon maaf kepada semua ahli kelab KDMC dan pengunjung-pengunjung setia blog duniamoto kerana masalah teknikal yang dialami oleh forum KDMC. Masalah berpunca dari hosting sekarang yang agak bermasalah sejak akhir-akhir ni. Namun saya dah buat keputusan untuk mengasingkan forum dan blog supaya tidak berada dalam satu hosting.

1. Kelebihannya dan faedahnya kita dapat mengakses salah satu dari blog atau forum sekiranya server down dan masih boleh berchating macam biasa. Jadi eloklah kita ‘Bookmark’ URL baru forum KDMC iaitu

http://kelabduniamoto.com atau

http://kelabduniamoto.com/forum/index.php

2. Blog dan forum juga akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk diakses sekiranya keadaan server adalah normal. Tapi biasalah takde server yang ok sepanjang masa kekadang boleh terjadi ‘down’ sampai dua ke tiga hari dan pernah terjadi sampai seminggu. Memang haru dibuatnya. Harap-harap masalah ni tak melanda hosting blog dan forum.

Buat masa ni forum dah pulih macam biasa cuma saya terpaksa ‘disable’ kan ruangan avatar yang belum dapat diselesaikan masalahnya.

Biasalah pindah hosting sama macam pindah rumah juga sebab banyak memerlukan masa. Bezanya semua kerja dilakukan menggunakan internet dan ini pula merupakan pengalaman pertama.

Buat kerja sambil belajar dan harapkan ‘try and error’ je sebab saya bukanlah pakar dalam bidang ni. Tapi berkat doa dari korang semua akhirnya masalah ni dapat jugak diselesaikan.

Jadi saya harap sahabat semua selesa di forum baru yang juga mempunya ruang untuk chating seperti di blog duniamoto. Malah di sana lebih lapang siap bleh wat tido ha.. ha.. ha.. 

Mohon kerjasama dari sahabat semua untuk laporkan sebarang masalah samada di forum atau blog samada melalui emel, PM dan klik pada ruangan ‘Hubungi Kami’ di blog ni. Saya menggunakan tema baru untuk forum sebab ianya lebih lapang dan agak tidak berserabut.

Ok harap korang semua enjoy!!! dan dapat beri manfaat kepada semua peminat-peminat motosikal negara kita :)

Sekian

Wira DuniaMoto

Forum Motosikal DuniaMoto

Salam,

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana begitu ramai yang menyokong kewujudan blog duniamoto sehinggakan trafik begitu mencurah-curah pada setiap bulan.Ucapan setinggi perhargaan pada pemberi-pemberi komen yang begitu banyak membantu sahabat-sahabat baru di blog duniamoto.

Ini merupakan sebahagian nama-nama popular di ruangan komen duniamoto dan terima kasih sekali lagi kerana menyokong.

1. YUS lc bekas mat rempit (401)
2. are_nip (136)
3. MrBoB (81)
4. MAOS (76)
5. breaker84 (66)
6. qay_zrlangat (51)
7. Sesumpah LC (51)
8. achik (50)
9. WRG (48)
10. zaimi (45)
11. ajis_lc_WSD (44)
12. yus LC bekas mat … (44)
13. bedot lc (39)
14. taiko007 (38)
15. topek LC (36)
16. ABU (35)
17. antusakit (35)
18. medicalert08 (25)
19. yus (25)
20. zul (22)

Setelah satu tahun setengah kewujudan blog duniamoto di internet saya telah banyak menerima pelbagai keritikan yang membina serta cadangan yang bernas dari anda semua.

Sesetengah artikel mendapat komen sehingga cecah ribuan komen dan terpaksa ditutup untuk mengelakkan masalah loading yang terlalu lama.

Ok pada hari ini saya umumkan tempat perbincangan yang lebih efisien berbanding di blog kerana semua ahli boleh meng’upload’kan gambar serta pelbagai kemudahan lain kepada ahli yang berdaftar.

Dengan rasminya saya perkenalkan Forum Motosikal DuniaMoto.Com

Terdapat 3 orang moderator yang telah dilantik iaitu saudara Maos, Yus LC dan saya sendiri untuk memantau perjalanan forum.

Walaupun belum siap 100% dan masih dalam proses konfigurasi tapi ianya sudah pun boleh menerima pendaftaran dari anda. Forum juga boleh dijalankan dengan penyenaraian beberapa topik yang telah dimasukkan.

Selain itu saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan yang bernas dari anda untuk memantapkan lagi forum motosikal ini supaya dapat memberi manfaat yang sebaik mungkin kepada ahli-ahlinya.

Bukan sahaja boleh berbincang masalah berkaitan motosikal tapi ahli diberi peluang untuk mencari atau menjual motosikal serta aksesori yang berkaitan. Saya harap ahli-ahli forum dapat mengambil manfaat darinya dan tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

Sekian

Wira DuniaMoto