DuniaMoto.com - Blog Informasi Motosikal » Pengajaran

Perihatinkah Kita?
Salam pembaca sekelian post kali ni agak pendek je rasanya.Saya ingin berkongsi dengan anda semua pernah tak terdengar bunyi ambulan di dalam perjalanan anda?

Ya! kebanyakan dari kita selalu terserempak dengan ambulan tapi..apa yang menyedihkan ‘siren’ ambulan sudah tidak ‘peka’ lagi oleh pendengaran pemandu-pemandu zaman sekarang.

Sewaktu saya keluar hujung minggu baru-baru ini kejadian ini berlaku di depan mata saya.Ambulan sekarang dah menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri supaya ketepi dan memberi lalulan.

Memang menyedihkan sehinggakan  pada satu ketika ambulan menyuruh kenderaan berhenti ketika ingin melepasi lampu isyarat.

“Kereta di hadapan sila berhenti” inilah suara dari pembesar suara sebuah ambulan.Bunyi ‘siren’nya sudah tidak dipedulikan lagi oleh segelintir dari pemandu-pemandu di Malaysia.Oh tidak bagaimana persaan anda sekiranya nyawa di dalam ambulan tersebut adalah ahli keluarga anda sendiri.

Mungkinkah sudah hilang sifat tanggungjawab kita semua.Lupakah apa yang telah diajar ketika sesi pembelajaran di sekolah memandu dulu.Ya lesen hanya sekadar lesen untuk melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang sahaja.

Tetapi yang hairannya kalau ada kemalangn suka sangat kita memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan apakah yang sedang berlaku sehinggakan jalan raya sesak seketika.Takde otak betul….

Sikap pemandu kita yang lebih suka menyaksikan daripada membantu.Saya puji penunggang-penunggang motosikal yang lebih perihatin dan cepat memberi bantuan sekiranya ada kemalangan.Benar kami mudah nak berhenti kerana kami ‘kecil’ dan mudah nak ‘parking’ tapi janganlah hentam kami dari belakang pulak!…

PS : Mat motor semua hati-hati kalau nak membantu pada sebelah malam kerana mungkin penyangak yang buat-buat rosak kenderaan.

Sekian

Perbuatan keji ‘langgar lari’.
Salam ceria buat pembaca setia blog duniamoto.com yang memberikan maklumat serta info percuma buat ‘bikers’ di luar sana teruskan pembacaan anda   .

Tajuk artikel berkaitan dunia permotoran pada hari ini agak emosional sikit iaitu ‘Perbuatan Keji Langgar Lari’.

Mengapa saya utarakan ungkapan ini?

Ya..tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan rasa marah,benci,geram dan macam-macam lagi yang sukar saya hendak gambarkan dalam bentuk penulisan sebegini.

Perkara ini tidak asing lagi bagi diri anda bukan?Ya selalu kita mendengar tidak kira di radio,televisyen,surat khabar malah diinternet begitu banyak sekali paparan mengenai kejadian malang ini berlaku.

Cuba kita fikirkan betapa terseksanya mangsa langgar lari ini menanggung derita akibat perbuatan yang tidak beradab itu.Kes langgar lari ini saya tujukan khas buat penunggang-penunggang motosikal yang  selalunya menjadi mangsa.Langsung tidak mempunyai tanggungjawab si ‘tukang langgar’ yang kononnya takut akan dikenakan tindakan.

Memang sikap segelintir manusia yang lebih takutkan hukuman dunia daripada hukuman Tuhan.Ya di dunia ini mereka terlepas tetapi tunggu di akhirat kelak kemana mereka nak ‘lari’.

Bayangkan yang dilangar itu adalah seorang bapa yang ingin mencari rezeki di pagi subuh hari.Ketika sedang menunggang motosikal menuju ke tempat kerja(kebun getah) beliau telah dilanggar dari belakang serta meninggal dunia di tempat kejadian.Betapa sedihnya isteri dan anak-anaknya yang kehilangan orang yang tersayang sedangkan orang yang melanggar ketua keluarga mereka itu bebas tanpa rasa bersalah.Sungguh kejam!

Siapakah yang akan menanggung beban kehidupan keluarga tersebut sedangkan anak-anaknya masih kecil serta bersekolah,si isteri mempunyai penyakit dan tidak mempunyai pekerjaan.Pernahkah si ‘tukang langgar’ ini terfikir akan situasi ini.Bukan meminta simpati atau meminta ganti rugi tetapi cukuplah dengan mengaku dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja atau pun tidak.Cukup.

Kita semua tahu yang terjadi telah ditentukan oleh Ilahi dan wajib menerima ‘qadak dan qadar’.Tetapi kita sebagai manusia harus mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara bukan dengan melarikan diri apabila melakukan kesalahan samada sengaja atau tidak.

Berpeganglah kepada pepatah ‘berani kerana benar takut kerana salah’.Semoaga tulisan saya pada kali ini memberi pengajaran kepada kita semua agar berhati-hati ketika di jalan raya agar tidak melanggar pengguna jalan raya lain.Sekiranya perkara ini berlaku jangan melarikan diri tetapi sebaliknya ‘larilah’ ke balai polis untuk membuat laporan.

Saya faham ada sesetengah kejadian berlaku di mana orang yang melanggar tadi dipukul oleh orang ramai yang mungkin berasa marah kerana yang dilanggar itu adalah kanak-kanak atau pun warga tua.Sikap begini juga harus dibuang kerana tidak ada yang untung dalam hal ini.Biarlah pihak yang berkuasa yang menguruskannya kerana negara kita mempunyai undang-undang yang cukup untuk melindungi hak masing-masing.

P.S : Maaf saya emosional sedikit kerana ‘bapa’ yang dimaksudkan adalah ayahanda ku sendiri di mana beliau telah terlibat dalam kes kemalangan ‘langgar lari’ ketika menunggang motosikal seperti mana yang telah saya ceritakan di atas.Kejadian berlaku pada tahun 2000 semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

Mengapa perlu bertengkar…
Bertengkar bukanlah satu jalan penyelesaian.

Saya terpanggil untuk menulis berkaitan sikap segelintir manusia yang panas baran atau ego berlebihan atau sombong dan sebagainya.

Kejadian berlaku ketika saya datang ke sebuah pasaraya di klang untuk membeli barang.

Setelah selesai parking motor saya berjalan kaki menuju ke pintu masuk dan bersedia untuk melintas jalan.Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah ‘kelisa’ kepada sebuah ‘iswara’ yang mula bergerak setelah berhenti seketika mengambil penumpang.’Kelisa tersebut hampir melanggar belakang ‘iswara’ tersebut.

Saya rasa kejadian seperti ini biasa berlaku di mana-mana pun.Namun apa yang tidak eloknya mereka telah bertengkar di tengah jalan tersebut sedangkan kereta lain menunggu pertengkaran mereka berlangsung.

Wajarkah tindakan mereka tersebut?Tidak beradab!

Namun pertengkaran itu boleh dielakkan sekiranya ‘iswara’ tersebut berlalu begitu sahaja.Ini tidak,pemandu tersebut berhenti di tengah jalan kemudian memarahi pemandu ‘kelisa’ terbabit.Kononnya dia tidak puas hati kerana dihon dari belakang.

Apa punya sikap manusia seperti itu,sudahlah menyusahkan orang yang hampir melanggar keretanya dari belakang,dimarahi pula si tukang ‘hon’.

Sekiranya berlaku perlanggaran pada waktu itu,tak tahulah apa akan berlaku mungkin tercetus pergaduhan.

Ini kerana pemandu ‘kelisa’ tersebut juga tidak mahu mengalah kerana melayan pertengkaran tersebut.Dia juga mahu ‘menang’.

Amat memalukan seandainya terdapat pelancong asing di situ.Situasi tersebut menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia tidak bersopan-santun dan tidak berbudi bahasa langsung.

Namun kita harus mengambil iktibar  dengan kejadian ini.Mengapa kita semakin moden kita semakin kasar,ganas,sombong,bongkak,ego tak tentu pasal,tidak menghormati orang lain…….mengapa? dan mengapa?

Semoga anda tidak tergolong dalam kategori di atas.Biarlah kita beralah dan sabar selagi termampu.Sekiranya tiada apa yang berlaku tak usahlah dipanjangkan cerita sehingga menyusahkan orang lain pula.

Kepada penungang-penunggang motosikal di harap kita sama-sama berhemah di jalan raya.Elakkan dari terlalu pentingkan diri sendiri kerana kita hanyalah beroda dua bukan empat,enam,sepuluh kerana amat mudah ‘tergolek’.

Semoaga kita dapat terus menikmati tunggangan motosikal sampai bila-bila………..