Review Motosikal Yamaha TZR50

Salam dan selamat sejahtera,

TZR50Berikutan permintaan di kalangan pembaca setia blog motosikal duniamoto.com saya ada membuat sedikit kajian berkenaan model hot di Eropah iaitu Yamaha TZR50. Alamak keciknya kapasiti enjinnya? Ye betul bukan anda salah pandang tapi inilah realitinya.

Model ini dipasarkan pada tahun 2009 untuk penunggang-penunggang baru berjinak-jinak dengan sports bike dan sebagai langkah pertama untuk ke dunia sports sebenar.

Mungkin kita di Malaysia memandang sinis saiz enjinnya yang amak kecil tapi di Eropah remaja di sana berebut-rebut untuk dapatkan motosikal sebegini kerana mereka tidak memerlukan lesen memandu untuk menunggangnya. Jadi tak hairanlah kalau di sana lahirnya pelumba-pelumba hebat seperti Valentino Rossi, Daniel Perdrosa, Marco Melandri dan ramai lagi kerana mereka sejak kecil diasah bakat-bakatnya dengan motor-motor replika sebegini.

TZR50 menggunakan kuasa enjin 2 lejang bersaiz 49.7cc satu silinder menggunakan sejukan cecair. Dengan nisbah mampatan 11.5:1 ia boleh menghasilkan kuasa sekuat 2.68HP pada putaran enjin maksimum 6250RPM. Di samping dapat menghasilkan tenaga tork sekuat 2.87Nm pada 5500RPM.

Menggunakan sistem penghidup eletrik dengan nyalaan CDI, motosikal comel ini memiliki 6 gear untuk memacu tubuh replikanya yang seakan-akan abangnya iaitu Yamaha R1. Apa yang menarik perhatian saya sistem Continue reading