Isu Mat Rempit

Salam semua warga KDMC,

Ari ni saya cuti dan memang saya selalu cuti :) tak payah la amik tahu nape saya cuti …. yang penting kehidupan sebagai blogger dunia permotoran saya teruskan untuk tempoh genap dua tahun beberapa bulan lagi.

Isu rempit terpaksa saya buka kembali dan sebelum ni saya dah pernah menulis isu ni tapi hati tak boleh nak tahan kecewa dan marah sebab kebelakangan ni banyak sangat isu mat rempit diberitakan.

Mungkin ada yang meenyampah atau bengang sebab saya buka isu rempit. Kalau anda mat rempit silakan baca sampai habis dan komenlah di ruangan yang disediakan selagi ianya memberi manfaat pada pembaca lain. Tapi AWAS Continue reading

Rumah Ku DiPecah Masuk!!!

Salam hormat pengunjung setia duniamoto semua.

Maaf beribu-ribu maaf kerana terpaksa menangguhkan segala artikel berkaitan permotoran. Ini disebabkan laptop kesayangan saya telah dicuri ketika cuti hari raya aidilfitri lalu. Saya pulang ke kampung menaiki motosikal pada ketika itu dan terpaksa meninggalkan laptop tersebut kerana bimbang manalah tahu ditimpa hujan masa dalam perjalanan ketika pulang ke Melaka.

Habis cuti seminggu dan memang hati pun dah tak berapa sedap sebab meninggalkan laptop di rumah. Sebelum ni saya jarang meninggalkannya walaupun pulang ke kampung tapi dah ditakdirkan nak jadi macam tu balik ke rumah lihat pintu depan dah terbuka sedikit. Sah laptop saya dikebas bersama dengan modem streamyx sekali.

Tiada barang lain yang dicuri. Esoknya saya buat report dan polis pun datang sekadar mengambil gambar dan sedikit siasatan. Namun itu je yang termampu saya lakukan. Alhamdulillah saya dah pun mendapat ganti modem baru dari TMnet dan sedang mencari laptop baru. InsyaAllah bila semua dan selesai nanti saya akan menulis semula.

Buat masa ni saya cuma dapat pantau blog ni sekali sekala je di cyber cafe. Terima kasih kepada yang aktif di topik ‘panas’ seperti Yamaha 135 Lc dan Apakah Erti Pelincir Untuk Motosikal. Segala tunjuk ajar dan panduan kepada sahabat-sahabat lain amat dihargai. Saya tak dapat nak tulis nama setiap tukang komen yang aktif tapi anda dapat lihat di bahagian kanan side bar blog ni untuk rujukan.

Ok saya stop dulu kat sini untuk membuat pengumuman masalah yang sedang saya hadapi. Doakan semua berjalan lancar.

Sekian

-Wira DM

Merdeka dalam dilema?

Sebelum meneruskan penulisan ini terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-51kepada semua pengunjung blog permotoran khususnya dan seluruh rakyat Malaysia.

Namun apa yang berlaku pada tahun sedikit kelainan dari tahun sebelumnya. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena dengan situasi sekarang. Saya ingin mengajak pembaca semua merenung sejenak apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Saya ada terbaca sebuah artikel di dalam surat khabar yang menulis berkaitan orang Melayu pada waktu ini dalam keadaan dilema. Apa tidaknya sebuah bangsa yang mempunyai kuasa politik untuk memerintah tanah air tercinta telah Continue reading

Kemalangan Dan Pesalah Trafik

Salam sejahtera pembaca blog duniamoto sekelian.

Selama beberapa minggu ni saya agak sibuk membuat persiapan untuk perniagaan di bazar ramadhan yang bakal menjelma lebih kurang satu bulan dari sekarang.

Kemalangan

Lagi satu sekarang musim demam melanda di Selangor termasuklah anak dan isteri saya yang juga demam pada hari ini. Awas bro semua terutama naik motor di bawah Continue reading

Kamera Pengesan Lalu Lintas

Salam bro semua;

Emm..lama gak saya menyepi ekk…

Biasalah sibuk sikit tapi kat forum MBC saya ada kat sana :)

Hari ini saya nak hebahkan satu perkara kepada pembaca dunia permotoran iaitu berkenanaan kamera pengesan lalu lintas yang bakal dipasang di jalan raya.Alatan ini diberi nama Continue reading

Selamat Tahun Baru 2008

2008 menjelma semua warga dunia menyambut dengan penuh kemeriahan termasuklah negara kita.Tetapi apakah 2008 sama seperti 2007 dan tahun sebelumnya.Inilah persoalannnya yang ingin saya sentuh dari segi sudut dunia permotoran.

Dunia permotoran di Malaysia tidak banyak berubah pada tahun ini.Maaf ini pendapat peribadi saya.Lihat sajalah cukai motosikal berkuasa besar masih di takuk lama.Tidak munasabah dan masih di anak tirikan sedangkan Continue reading

Lagi-lagi berita Mat Rempit

Salam sejahtera pembaca dunia permotoran selamat Hari Raya Korban saya ucapkan.Ada yang buat korban tak tahun ini.Kalau ada syukur Alhandulillah….

Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis artikel berkaitan Mat Rempit.Tak habis-habis diorang ni buat hal.Apa nak jadi anak bangsa saya sendiri.Sedih dan marah pun ada memabaca keratan akhbar hari ini.

Bukan sahaja terlibat dengan gejala tidak sihat di jalanan tetapi terlibat dengan membunuh,dadah,seks bebas dan merompak.Seolah-olah cukup ‘complete’ kejahatan yang mereka lakukan.Mengapa.?..mengapa? dan mengapa?.

Kemanakah pergi ibu dan bapa mereka tatkala mereka melakukan perbuatan tidak bermoral ini.Saya teringin sekali berjumpa dan berbual dengan ibu-bapa mereka ini sekiranya ada kesempatan.Apakah mereka langsung tiadak ambil ‘port’ perbuatan anak-anak mereka?

Ya! sekiranya anda salah seorang dari mereka ini sila komen di blog permotoran ini.Silakan saya sedia paparkan apakah masalah yang berakar di dalam keluarga anda.

Mari kita semua membantu antara satu sama lain menyelesaikan masalah yang semakin runcing ini.Pihak berkuasa seperti polis telah membuat bermacam operasi tetapi seolah-olah mereka tidak menghiraukan tindakan keras yang bakal diterima.Mungkin hukuman rotan yang diwar-warkan sebelum ini elok dilakukan di khalayak ramai baru mereka sedar.

Apa yang pastinya tidak ada langsung kesedaran dalam diri mereka ini walaupun berbagai tindakan telah diambil.Saya amat mengalukan-alukan bekas-bekas Mat Rempit yang kini telah kembali ke pangkal jalan untuk meluahkan isi hati mereka di blog ini dan bersama-sama saya membantu rakan-rakan kita di luar sana.

Apa salahnya tukarkan aktiviti yang tidak berfaedah itu kepada aktiviti yang befaedah seperti belajar membina blog dan belajar mencari pendapatan di internet.Maaf bukan skim cepat kaya yang saya maksudkan ye.Gunakan kemudahan-kemudahan yang ada di internet sekarang ini untuk mengelak dari melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.

Ayuh saya cabar anda wahai Mat Rempit sekelian.Buktikan kepada masyarakat yang anda sebenarnya boleh berubah menjadi manusia berguna.

Sekali lagi saya menjemput mana-mana Mat Rempit yang ingin meluahkan isi hati memberi komen di blog ini.Mari saya cabar anda.

Sekian

wira duniamoto

 

Benarkah tapak Plaza Tol Jelapang ‘keras’.

Sebelum saya meneruskan tulisan artikel ini marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia akibat kemalangan bas tempoh hari.Al-Fatihah.

Kemalangan yang membabitkan sebuah bas persiaran melanggar sebuah lori tangki membawa muatan susu getah menyebabkan 7 orang terbunuh dan 28 lagi cedera.

Saya tidak mahu mengulas lagi tentang peristiwa ini kerana saya percaya pembaca sekelian telah mengetahuinya melaui media massa ,cetak dan internet.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah khabar angin yang mengatakan tapak Plaza Tol Jelapang sememangnya ‘keras’.

Kita tidak menolak kewujudan elemen-elemen kepercayaan yang sebegini kerana masyarakat kita sering percaya dengan benda-benda tahyul dan khurafat(maaf saya berkasar bahasa).Bukan saya menidakkan kewujudan makhluk kalus di sekeliling kita.Tetapi sebagai penganut beragama Islam wajib dibuang jauh-jauh kepercayaan sebegini.

Pekerjaan syaitan dan sekutunya memang ingin menyesatkan manusia daripada mempercayai bahawa Allah yang berkuasa keatas sesuatu kejadian atau menyesatkan manusia supaya mempercayai bahawa ada kuasa lain selain dari Allah.Astaghfirullah…..

Saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan di atas.Ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri.Yelah saya ni bukanlah guru agama untuk berceloteh pasal hal ehwal agama tetapi ini adalah ‘basic’ bagi setiap orang Islam.

Kemalangan boleh berlaku bukan kerana tempat tersebut ‘keras’ atau ;berhantu’ tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku;

  1. Sikap dan kecuian manusia sendiri yang leka,lalai dan cuai ini termasuklah mengantuk dan mabuk.
  2. Faktor kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya.
  3. Keadaan jalan juga boleh menjadi faktor penyebab contoh seperti di Plaza Tol Jelapang itu sendiri.

Walaubagaimanapun kita sebagai orang Islam digalakkan untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan agar mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kemalangan bas yang berlaku di Plaza Tol Jelapang merupakan lebih kepada faktor kecuaian manusia di mana pemandu berada dalam keadaan letih serta mengantuk dan break bas tersebut tidak berfungsi dengan baik.Kedua-dua faktor ini merupakan penyebab utama kecelakaan yang berlaku.

Menunggang motosikal juga tidak terlepas dari keadaan mengantuk.Saya sendiri pernah mengalaminya ketika pulang dari bekerja,ketika itu hampir terlanggar tebing jalan.Syukur tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi saya harapkan ‘bikers’ semua berhati-hati ketika menungang terutama pada cuti Hari Raya Aidil Adha nanti.Ingat kita hanya beroda dua dilanggar pun susah melanggar pun susah ye…

Sayang Diri Atau Sayang Motor

Pertama sekali saya mohon maaf kepada pembaca semua kerana selama dua bulan saya tidak mengupdate blog ini.Dunia permotoran tetap meriah seperti biasa cuma sering dihantui dengan berita-berita yang tak sedap didengar dan tak sedap dilihat.

Maksud saya berita mengenai kemalangan setiap hari kita ada saja diwartakan terutama di musim perayaan.Harap kita semua dihindari dengan perkara yang mengerikan ini,

Oppss….:) hampir lari dari tajuk ye. :)

Kenapa saya tanya anda dan juga diri saya sendiri “Sayang motor atau sayang diri“?

Pernah tak lihat mat-mat motor tergolek semasa tengah layan ‘lap’?

Dia bangun terus je dapatkan motornya lihat ada tak bengkok atau calar pada bahagian motornya.Adakah itu tandanya sayang motor?

Sebenarnya sayang motor bukanlah terletak pada penjagaan,cara menunggang,modify atau ‘make up’ sahaja.Semua mat motor jika ditanya soalan begini akan menjawab ya.

Adakah ya jawapannya sekira motosikalnya tidak mempunyai cermin pandang belakang,lampu belakang tidak menyala dan menggunakan tayar sotong?

Sudah tentu tidak sama sekali.

Tidak ada faedahnya kalau motor cantik rantai tidak diminyakkan,alasan taknak sport rim nampak kotor.Bayangkan kalau rantai tu putus di bahagian pin penyambungnya ketika anda sedang memecut di lebuh raya untuk pulang ke kampung.

Sudah tentu sesuatu yang buruk akan berlaku malah amat merugikan diri sendiri.

Apabila kita tidak sayangi motor kita bermakna kita juga tidak sayangkan diri kita sekali.Buktinya kita lihat pada hari ini banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang itu sendiri yang kononya sayangkan motor.

Kalau betul sayangkan motor takkan menunggang menggunakan tayar sotong ye tak.Bila dah tergolek motor pun rosak diri sendiri turut terseksa.

Kita kena ubah mentaliti mat motor pada hari ini.Kalau sayang motor ‘make up’lah cantik-cantik tetapi ciri-ciri keselamatan jangan diabaikan.

Jadi kesimpulannya jangan cakap je sayang motor tapi langsung tidak mengendahkan ciri-ciri keselamatan kerana sayang motor samalah kita syangkan diri kita sendiri

Salam kembali……

Ya kini saya kembali menulis di blog yang dah lama saya tinggalkan…ciannye kan he..he… Bukannnya apa saya ada projek yang sudah pun dijalankan selain dari sibuk berniaga sendiri sekarang ni.

Apa yang menggembiarakan saya adalah…TZM ku kembali……

Hari raya hari tu saya kembali ke klang dengan menunggang TZM yang dah lama saya tinggalkan dan kini kembali merentas highway untuk ‘merempit’.Sorry ye saya bukan ‘mat rempit’ seperti yang hebohkan.

Biasalah kalau dah mula tunggang TZM ni tangan mesti kena selalu hitam he..he..Sebabnya senang nak godek-godek ‘power valve’nya yang selalu bocor tu.Tapi sekarang dah ada bush yang menggunakan 2 alur untuk diletakkan getah pengadang yang berbentuk ‘O’Jadi lama jugalah tahan dari yang pakai satu ‘O’ dulu.Terima kasih Yamaha kerana ambil peduli dengan masalah pemilik-pemilik TZM.

Dah lama tak bawa TZM kekok juga mula-mula tapi tak sampai sepuluh minit skill lama dah datang balik..oppss…bukan skill berlumba ye…Saya bukan kaki lumba cuma kaki jalan jauh je.Bukan apa seronok menunggang ni susah nak digambarkan…

Orang kata lagi elok naik kereta tapi bagi saya menunggang adalah satu keseronokan jika kita mempunyai minat..betul tak?Biarpun kosnya agak tinggi..eh biar betul?Ye la minyak je dari Melaka ke Klang RM15 pastu minyak 2T guna Shell Advance sekarang satu botol dah mencecah RM20 seliter.Kalau dikirakan lebih kurang je dengan kos naik kereta kancil.

Bagi ‘mat motor’ macam saya tak kisah la tu asalkan dapat menikmati tunggangan TZM.Tapi motor ni cuma keluar pada hujung minggu je.Pada hari biasa pakai la saya punya SS110 tu senang nak jalan dalam town.Lagipun kos maintanance rendah sedikit.

Walau apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menjengok ke blog saya ni :) Insyaalah ada sedikit pembaharuan yang akan saya lakukan pada blog ni untuk memantapkan lagi segala info permotoran di sini.

Sekian ….