Yamaha 135LC 5 Speed?

Desas-desus model Yamaha 135Lc 5 speed bagaikan tsunami melanda sekitar tahun 2010 lagi. Namun akhirnya suku pertama tahun 2011 telah terjawab. Bukan 5 speed tapi yang masuk Malaysia hanyalah 4 speed seperti model sebelumnya.

Tak pasti mengapa Hong Leeong Yamaha membatalkan hasrat untuk membawa masuk versi 5 speed kerana yang pastinya versi ini memang wujud di negara jiran. Apakan daya kita di Malaysia sering di anak tirikan kalau nak citer bab motosikal.

Tunggu dan terus menunggu melihat keadaan dunia permotoran 2 roda di Malaysia yang tidak serancak negara2 jiran. Mungkin juga sikap sesetengah dari pemilik motosikal di Malaysia yang sering menduduki carta tertinggi kemalangan setiap tahun menjadi punca apa yang berlaku dengan senario kemasukan model baru huhuhuhu……

 

3 Faktor Punca Kemalangan

Suka saya ingatkan kepada semua penunggang tak kira tua atau muda untuk ambil tahu faktor dan punca sesebuah kemalangan di jalan raya.

Musim nak raya tiba lagi dan tiap-tiap tahun isu kontroversi kemalangan tak pernah habis malah makin merunsingkan semua pihak.

Saya tahu ramai yang kurang berminat dan nak komen di ruangan artikel sebegini malah lebih gemar cerita masalah dan kehebatan mesin masing-masing.

Namun panjang atau pendek usia kita bersama kenderaan tersayang inilah 3 faktor yang saya sempat tulis.

1. Faktor manusia.

  • Kelalaian semasa menunggang motosikal samada konvoi atau berseorangan. Terlalu laju tanpa pedulikan kenderaan lain seolah-olah jalan raya ni dah takde orang lain yang guna.
  • Pakaian yang tak sesuai dipakai terutama ketika pulang ke kampung. Paling tidak pun gunakan baju tebak atau jaket, sarung tangan, jeans dan kasut yang menutupi paras buku lali.

2. Faktor kenderaan.

  • Sehebat mana kita di jalan raya atau lebih berhati-hati tapi kenderaaan langsung tidak diambil peduli keadaanya bakal mengundang padah. Penyelenggraan yang tidak betul serta penggunaan aksesori yang melampau tidak akan memberi sebarang faedah kepada diri kita.
  • Contoh tayar botak, mentol lampu dan tak menyala, rantai kering tidak diminyakkan, pad brek dah haus, penggunaan tayar sotong dan banyak lagi. Sebagai pemilik kita wajib memastikan kenderaan kita sempurna dan selamat ditunggang dan bukan hanya sedap mata memandang.

3. Faktor persekitaran.

  • Maksudnya keadaan jalan, suasana kiri dan kanan jalan samada siang atau malam perlu diberi perhatian. Cuaca gelap terutama ketika hujan lebat menghadkan jarak pandangan. Kita perlu peka dengan jalan berlubang, orang melintas jalan, kenderaan lain membrek mengejut, kereta atau lori yang suka hati membuat pusinga ‘U’ dan banyak lagi.
  • Kurangnya papan tanda amaran yang sepatutnya menunjukkan bahaya yang tersembunyi seperti binatang ternakan berkeliaran di jalan-jalan kampung. Ini merupakan faktor yang paling sukar diramalkan ketika di jalan raya.
  • Berdoalah dahulu serta bertawakallah kepada Allah sebelum memulakan perjalanan kerana segala usaha untuk keselamatan diri di jalan raya akan dimakbulkan. Namun bukan bererti kita hanya berserah diri pada takdir. Gunakan akal yang diberikan olehNya untuk menjadi insan yang tidak rugi.

Lebih banyak lagi faktor dan punca kemalangan kalau nak dibincangkan namun walaupun sedikit saya paparkan biarlah kta sedar dan sentiasa berwaspada di jalan raya.

Selamat Ulang Tahun Ke-3 DuniaMoto.com

Sungguh tak kusangka harini dah masuk 3 tahun blog ni ada dipersada maya. Satu tempoh yang saya rasa penuh dengan liku-liku kehidupan sebagai seorang blogger biasa.

Saya tidaklah sehebat sesetengah blogger-blogger lain yang sibuk mengejar ranking di google dengan melakukan berbagai teknik samada baik atau buruk. Cukuplah sekadar ianya dapat dikongsikan dengan pembaca seantero nusantara yang memahami bahasa Melayu.

Sehingga hari ini hampir 3 bulan saya menyepikan diri dengan tidak membuat sebarang posting di blog duniamoto.com. Namun hampir setiap hari saya pantau kemasukan komen-komen yang mencurah di sesetengah topik. Tak kisah apa yang pembaca nak komen tapi biarlah ianya bermanfaat dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kesat.

Syabas diucapkan kepada sahabat-sahabat dari KDMC yang banyak menghantar mesej tentang aduan-aduan dan feedback positif kepada saya. Ramai juga yang bertanya kenapa chatbox di Live DuniaMoto agak lengang.

Rasanya ramai yang tahu dunia sekarang sedang dilanda gelombang tsunami facebook terutama di Malaysia. Begitu juga ahli-ahli KDMC lebih gemar ke facebook untuk berkongsi pengalaman dan sembang apa saja.

Satu perkembangan yang sihat kerana secara tak langsung kita dapat menambah lebih ramai kenalan.

Beberapa minggu yang lepas akaun google dan facebook saya dihack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang pastinya individu tersebut bukanlah datang dari Malaysia. Namun akaun facebook iaitu Wira Duniamoto dapat diselamatkan. Tapi yang sedihnya akaun duniamoto@gmail.com tidak dapat diselamatkan.

Apa boleh buat semua dah berlaku dan saya redha. InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian ni.

Kemana saya pergi selama 3 bulan tak menulis di duniamoto?

Ada! saya tak kemana-mana cuma sibuk menguruskan tugasan mencari rezeki. Kalau dulu saya menjalankan perniagaan konvensional tapi sekarang 100% melakukannya di internet. Alhamdulillah impian saya sudah tercapai.

Ok kita buka balik cerita berkenaan blog duniamoto.

Ada juga yang bertanya kepada saya “apa beza duniamoto dengan KDMC (Kelab DuniaMoto.com)”

Bezanya blog DuniaMoto merupakan asas kepada pembentukan KDMC yang merupakan pengunjung setia blog DuniaMoto.

KDMC diselia oleh saya sendiri dan beberapa orang moderator. Di sana pelbagai perbincangan berkaitan motosikal termasuk perihal kelab.

Manakala blog ini diselia dan diselenggara sepenuhnya oleh saya sendiri tanpa bantuan dari pihak ketiga.

Saya tetap bersyukur kerana dalam tempoh 3 tahun ini blog DuniaMoto telah banyak membantu rakan-rakan yang perlukan informasi berkaitan motosikal. Setidak-tidaknya dapat berkenalan dengan otai-otai motor yang sedia mencurahkan ilmu dan pengalaman jika pandai berbahasa dengan mereka.

Adab dan tatasusila memang menjadi pegangan perinsip saya di blog ini. Tak kisah apa orang nak kata. Jika tak tahu jaga tingkah laku dan suka membuat provikasi silalah ke tempat lain. Maaf!!!

Kepada sahabat-sahabat di forum maafkan saya buat masa ini tidak berpeluang meluangkan sepenuh masa beraktiviti bersama anda samada di forum atau di luar. InsyaAllah kita akan lantik Bro Maos sebagai Ketua KDMC secara rasmi pada mesyuarat akan datang.

Lebih elok rasanya ketua sebuah kelab merupakan orang lama dan mempunyai keupayaan untuk membimbing ahli. Cukuplah saya sebagai penasihat KDMC dan lagipun jarang melibatkan diri dengan aktiviti luar cuma lebih kepada hal-hal berkaitan online.

Baiklah sebelum mengundur diri mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan sepanjang mengendalikan duniamoto selama ini.

Yang buruk jadikan sempadan dan yang elok dijadikan tauladan.

Wira DuniaMoto

Yamaha Lagenda 115Z

Yamaha dari dulu sampai sekarang tak lari dari hasilkan model-model cub yang boleh mencairkan jiwa mat-mat motor.

Dah hampir 2 bulan motor ini dilancarkan dan yang pastinya mendapat sambutan cukup hebat.

Rupa bentuk boleh tengok sendiri tak perlu dipertikaikan rekabentuknya cukup anggun seanggun superbike Yamaha R1.

Kuasa pula bagaimana? Saya tak pernah test tapi lihat spesifikasi pun dah boleh agak sudah tentu lebih kuat dari model 110cc.

Lihat spesifikasi penuh di bawah;

SPESIFIKASI

Jenis Enjin: 4 Lejang sejukan udara, SOHC, 2-valve

Silinder: Tunggal

Isipadu: 113.7 cm3

GerekxLejang:  50×57.9mm

Nisbah Mampatan:  9.3:1

Kuasa Maksimum: 6.0 kW/7500r/min

Tork Maksimum:  8.3 N.m/5500 r/min

Kapasiti Minyak Enjin: 1.0 L

Kapasiti Petrol:  4.2 L

Karburator:  VM 17

Sistem Nyalaan:  C.D.I.

Momos Madass 125

Momos Madass 125

Awal Mac baru2 ni kumpulan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd (Momos) telah melancarkan produk baru mereka iaitu Madass 125. Motosikal yang agak pelik dari kebiasaan yang ada di Malaysia.

Hasil adaptasi teknologi Jerman yang dibawa masuk dari China ini dipasang dan dipasarkan di negara kita. Sejauh mana teknologi inovatif mereka ini boleh memikat jiwa peminat2 motosikal di negara kita belum tahu lagi.

Namun Mofaz mensasarkan 3000 unit penjualan untuk peringkat permulaan pelancaran Madass 125.  Presiden Mofaz En. Mohamed Fauzi abdul Hamid memberitahu Madass 125 sesuai untuk semua peringkat umur.

Betul apa yang diperkatakan namun sesuai dengan jiwa setiap peringkat umur belum tentu lagi beb. Citara rasa dan kesesuaian memang berbeza.

Walauapapun syabas Momos kerana memeriahkan arena permotoran pada masa ini. Madass dibekalkan enjin 125cc 4 lejang dan mampu bergarak sejauh 35km dengan setiap liter petrol. Wow jimat!

Spesifikasi Momos Madass 125
Engine type: Air-cooled Single
Displacement: 124cc
Claimed Power: 11 hp
Claimed Torque: 6 lb-ft @ 7500 rpm
Front suspension: 43mm fork
Rear suspension: Monoshock with adjustable spring preload
Front brake: 260mm disc
Rear brake: 210mm disc
Tires Front: 90/90-16
Tires Rear:120/80-16
Seat Height: 33.7 inch
Length: 72.4 inch
Width: 29.9 inch

Topi Keledar Separuh Muka Wajib DiHaramkan

Helmet kura-kura atau topik keledar separuh muka ni cukup popular di kalangan penunggang motosikal easy rider sebab stail yang sempoi dan ranggi. Bukan setakat tu jer budaya ni menular di kampung2 malah mat2 motor di bandar juga tak ketinggalan.

Dari segi pemakaian memang mudah, semudah memakai kopiah jer. Pastu suka hatilah nak ikat atau tidak. Situasi ni sebenarnya meningkatkan risiko kecederaan dan kematian kemalangan penunggang motosikal.

Ya saya tahu ada yang memandang sinis perkara ni terpulanglah pada u all sebab kepala u all yang dijadikan sandaran. Memang apa2 helmet pun kalau kena lenggek dengan tayar lori kepala memang akan berkecai tapi usaha2 untuk meminimumkan kecedaraan wajib kita patuhi.

Kenyataan di atas masih belum dikuatkuasakan kalau tak silap saya. Sejak dari tahun 2008 Pak Menteri Pengangkutan  Jalan dan buka isu ni tapi beliau hanya nyatakan ianya mungkin diharamkan.

Tahun ni pula sekitar bulan Mac 2009 juga telah dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana tiada ciri2 keselamatan yang menyeluruh. Tapi rasanya sampai hari ni belum ada berita ianya telah dikuatkuasakan. Cuma kedengaran seruan supaya kita memakai topi keledar yang diluluskan olej SIRIM.

Namun bagaimana pula dengan topi keledar separuh yang diimpot adakah ianya berkelulusan sama yang seperti SIRIM inginkan?

Walaua apa pun yang diperdebatkan kita sebagai penunggang motosikal perlu berfikiran positif untuk mengatakan bahawa topi keledar separuh muka memang tidak selamat untuk dipakai.

Tak perlulah sehinggan kita disaman oleh JPJ atau polis baru nak fikir pasal semua tu. Kita berhijrah untuk selamatkan nyawa sendiri lebih baik dari kita mempersoalkan apa yang dicadangkan demi kebaikan kita semua. Anda mampu mengubahnya.

Harga Motosikal Akan Turun!

duti_import

Khabar berita yang dibawa oleh pak menteri pada bulan lalu berkenaan duti impot kenderaan CBU yang bakal dihapuskan pada Januari 2010 memanaskan isu harga motosikal berkuasa tinggi iaitu superbike buat masa ini.

Ini petikannya:

PETALING JAYA 3 Nov. – Duti import bagi motosikal yang dipasang sepenuhnya (CBU) di negara ini akan dihapuskan tahun depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia selari dengan komitmen Malaysia untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

‘‘Industri pembuatan dan pemasangan motosikal tempatan patut mengambil peluang dalam AFTA bagi mengeksport produk mereka di seluruh rantau ini.

‘‘Perusahaan ini perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengutamakan nilai tambah dalam memajukan industri permotoran di negara ini,’’ katanya ketika berucap sempena pelancaran model motosikal baru Kawasaki KLX 150S di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Sdn. Bhd., Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik.

Harga pasaran motosikal tersebut di atas jalan termasuk pendaftaran cukai jalan persendirian tidak termasuk insurans adalah RM8,589.

Mustapa berkata, dalam usaha menambah baik industri automotif di negara ini, kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dan proaktif.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk sektor automotif walaupun berdepan dengan ekonomi semasa tidak menentu.

Rata2 di blog atau forum menggunakan petikan ini sebagai sandaran dan rujukan namun ianya masih kabur dan kita hanya mampu tunggu dan lihat saja akan kebenaran perkara ini.

Kalau kita analisis secara kasar cuba lihat jadual yang saya paparkan di atas berapa peratus sepatutnya penurunan cukai yang akan berlaku.

Mungkin sekitar 30% dan secara loginya memang ada penurunan. Tapi dengan syarat cukai2 lain tu tidak dinaikkan. Kalau tidak semua tu hanya mainan politik sahaja. Harap tak macam tu.

Kalau cukai GST yang dicadangkan terlaksana jua maka tolak lagi 5% tinggallah 25%. Namun banyak atau kurang penurunan harga motosikal juga bergantung pada nilai matawang.

Kita sedia maklum negara Jepun menggunakan mata wang mereka iaitu Yen dalam urusan jual beli dengan negara luar. Buat masa ini Yen sedang mengukuh dan secara logiknya harga untuk sebuah motosikal mereka juga akan dinaikkan.

Situasi ini berbeza dengan kumpulan motosikal CKD kerana ianya dipasangkan di negara ini sekaligus kurang memberi kesan pada harga.

Modenas CT 110

ct-110

Model cub terbaru dari Modenas telah pun dilancarkan baru2 ini dan rekaan grafik serta rupa bentuk yang menarik apakah CT 110 akan menggantikan model Kriss yang masih popular di Malaysia.

InsyaAllah pihak duniamoto.com telah menerima jemputan rasmi dari pihak Modenas sendiri untuk sessi pandu uji pada 22 dan 23 Disember ini.

Saya tidak akan umumkan buat masa ini (cuba teka) siapakah yang telah dilantik untuk menjadi Test Rider pertama dari duniamoto.com dan yang pastinya beliau juga merupakan ahli kelab duniamoto (KDMC) sendiri. Saya akan buat liputan penuh pada tarikh tersebut.

Ok doakan kejayaan kami untuk acara itu nanti.

Selamat Ulang Tahun Ke-2 DuniaMoto.com

Salam dan selamat sejahtera,

hdmMohon maaf kerana saya jarang menjawab soalan dan bersama anda semua samada di blog atau forum motosikal KDMC kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan pada minggu ini.

Sedar tak sedar hari ini merupakan genap blog duniamoto berusia dua tahun. Saya sendiri pun tak sedar sebenarnya kerana masa berlalu begitu pantas.

Namun terasa begitu teruja dengan sambutan yang duniamoto alami pada hari ini saya ingin imbas kembali perjalanan duniamoto dari ia mula diperkenalkan di alam cyber.

Imbas Kembali

Kalau diimbas kembali post pertama saya bertarikh 12 Ogos 2007 sudah terlewat 2 bulan sejak domain duniamoto dibeli. Mengapa? Continue reading

Yamaha YZF-R125

Salam sejahtera pembaca sekelian;

Baru-baru Yamaha telah melancarkan satu model baru kategori 125cc di Eropah. Seperti biasa Yamaha pandu uji R125sekali lagi membuat kejutan dari segi rekaan dan juga teknologi bagi motosikal berkapasiti kecil 125cc dengan enjin 4 lejang. Kalau di negara kita harapkan model kapcai je yang mendominasi kategori 125cc ni.

Apa yang mengejutkan model yang diberi nama Yamaha YZF-R125 atau R125 ini menyerupai rupa bentuk abangnya iaitu YZF-R6. Memang tak tidur malam beb memikirkan ‘buah hati’ baru dari Yamaha ni. Seperti yang dinyatakan oleh Ketua R&D Yamaha berpusat di Milan, Iatali iaitu Hiroshi Komatsubara model ini memang dibina berasaskan abangnya itu(YZF-R6).. perghh…. Model ini direka untuk golongan muda yang baru mula berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar sebelum bealih ke dunia superbike sebenar khususnya kategori super sport seperti mana menunggang Yamaha R6.

Seperti yang peminat-peminat motosikal sedia maklum Yamaha lebih sedekad tidak menghasilkan motosikal sport kategori 125cc. Model sport terakhirnya bagi kategori ini iaitu Continue reading