Ducati 1198R Corse Special Edition

Ferrari versi dua roda nama jolokan untuk motosikal jenama Ducati semakin garang dan tak pernah takut dengan lawan 4 silinder dari Jepun. Memiliki keistimewaan enjin jenis dwisilinder berbentuk L sentiasa mendapat tempat di podium2 perlumbaan motosikal berprestij World Superbike Championship di bawah Ducati Xerox.

Versi jalanan yang paling hebat kategori motosikal sport setakat ini Ducati 1198R Corse Special Edition memiliki kuasa sekuat 180hp pada 9750rpm. Kehebatan 1198R terletak pada ketangkasan keluar masuk selekoh dan berupaya menandingi lawan2 mereka di jalan lurus. Inilah rahsia sebenar Ducati menguasai litar2 perlumbaan motosikal SBK sekian lama.

Versi 1198 yang dilancarkan pada bulan April lalu kalau tak silap dibuka pada harga RM158K-RM187K sebuah. Bayangkanlah harga sebuah motosikal untuk model superbike 1198R Corse Special Edition ini yang dilengkapi aksesori standard dicedok dari teknologi MotoGp.
Kalau harga setelah dihapuskan cukai CBU sekalipun motosikal ini masih melebehi nilai RM100K kerana Ducati tidak seperti model2 sport ekstrem dari Jepun. Ia seolah2 ada nilai ekslusif tersendiri dan jawapan ini kita boleh tanya kepada pemilik2 fanatik Ducati.
KERANGKA
Rangka – Tubular steel Trellis frame in ALS 450
Tapak Roda – 1430mm
Kecondongan – 24.5°
Suspensi Hadapan – Ohlins 43mm fully adjustable usd forks with TiN
Rim Hadapan – 7 spoke jenis alloy (3.50 x 17)
Saiz Tayar Hadapan – 120/70 ZR17
Suspensi Belakang – Progressive linkage with fully adjustable Ohlins TTXR monoshock with top-out spring. Aluminium single-sided swingarm
Rim Belakang – 7 spoke jenis alloy (6.00 x 17)
Tayar Belakang – 190/55 ZR17
Brek Hadapan – 2 x 330mm semi-floating discs, radially mounted Brembo Monobloc calipers 4-piston, 2-pad
Brek Belakang – 245mm disc, 2-piston calliper
Kapasiti Tangki – 18 Liter
Berat Kering – 164kg
Alatan Standard – Diambil terus dari teknologi MotoGp: Kelajuan, rev counter, masa lap, jam, suhu udara, suhu radiator, caj bateri, A & B trips, fuel reserve trip, kedudukan DTC (jika aktif) scheduled maintenance. Lampu amaran untuk: Neutral, lampu isyarat, high-beam, rev-limit, perantaraan DTC, tekanan pelincir, fuel reserve. Tambahan: Integrated immobilizer system dan pengurusan sistem DDA and DTC.
Warna dan Grafik – Corse (red / black)
Versi – Single seat
Tinggi Plana – 820mm
ENJIN
TYPE L – Silinder berkembarr, 4 titanium valves setiap silinder teknologi Desmodromic, sejukan cecair
Sesaran – 1198.4cc
Gerek x Lejang – 106 x 67.9mm
Nisbah Mampatan – 12.8:1
Kuasa – 180hp (132.4kW) @ 9750rpm
Tork – 99.1lb-ft 134Nm @ 7750rpm
Suntikan Bahan Api – Marelli electronic fuel injection, elliptical throttle bodies
Ekzos – Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel and titanium mufflers.
Transmisi
GearBox – 6 gear
Ratio – 1=37/15 2=30/17 3=27/20 4=24/22 5=23/24 6=22/25
Pemacu Utama – Straight cut gears, Ratio 1.84:1
Pemacu Akhir – Rantaui; Sprocket Depan 15; Sprocket Belakang 38
Sistem Pencengkam (Clutch) – Jenis kering dengan plate berbilang dikawal oleh hydraulic control slipper clutch
Related Posts
No related posts.
assalam.
betul sangat apa yang ditulis oleh wira.
motor buatan italy memang jauh lebih mahal dari jepun.
ducati ni mempunyai standard sendiri.
selain tangkas dalam selekoh dan jalan lurus deruman bunyi enjinnya yang lebih garang dari motor buatan jepun. kerana enjin v-twinnya. dan menggunkan teknologi desmodromic. ducati hebat dalam mengeluarkan motor kategori street bike(naked) seperti monster dan seangkatannya.
saya memang peminat DUCATI.
wassalam.
Reply this comment
as…..kum
Bosan nye enjin v-twin aku tetap setia dgn 4-inline yg mempunyai deruman yg halus
wasallam
Reply this comment
assalam.
tau le yus ni jiwa kelajuan. hehehehe.
wassalam.
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
December 19th, 2009 at 10:12 am
as…kum
Masng2 punye minat kan mmg siapa pun tak boleh halang cume enjoy je dgn minat tu
wasallam
Reply this comment
hargany brp bos?
Reply this comment
Ducati mmang laju nak mampos..teknologi dicedok sepenuhnya dari moto gp..gempak gila,beb..
Reply this comment
KAKICORNER46 Reply:
June 17th, 2010 at 1:48 am
saya sokong!!!
Reply this comment
harap rossi pun akan jadi JUARA MOTOGP BERSAMA DUCATI, gandingan PELUMBA TERPANTAS DI SELEKOH & MOTOSIKAL TERPANTAS DI LALUAN LURUS!!! KEDUA- DUANYA MADE IN ITALY!!!
Reply this comment
Yus LC Reply:
June 17th, 2010 at 9:33 pm
as…kum
Rossi pun gune yamaha keh keh keh
wasallam
Reply this comment
cun gle mto nie….
Reply this comment
Assalamualaikum, sy peminat n fanatik giler2 ngn ducati, dari model ducati supersport 1000ds, sampailah yg terbaru, 1198r, 1198s, dn special edition, klau nk dibandingkan dengan motor2 jepun yg sma kelas dengannya seperti, suzuki gsxr1000, yahama r1, honda cbr 1000rr dan kawasaki zx10r, pastilah ducati 1198 yg terhebat di era ini, dari pada kerangka luaran hinggalah ke daya pecutan..
Reply this comment
Serious ! Mmg ducati ebat ! Reason sy ckp cmni coz sy dh test ducati 999s kwn sy yg bkrja sbg pengetua sekolah.tu baru 999.blom lg yg atas2.. Sy main moto die ni kt awana genting.. Fuh !mmg best dia punya handling..moto ni mmg sng nk baring time slekoh biasa yg sy buat cuma gear 3 je dlm 100kmj lbih..time ni sy baring habis sagat pad lutut sut sy.. Kmudian.keluar2 je dr slekoh.sy tarik kuat pndikit moto ni n tros naik mndadak capai line merah..tp takot jgk tarik moto ni keluar slekoh coz terase goyang sikit.. Fuh! Tp.overall..sy mmg puas gler la mratah smua slekoh dgn ducati 999 ni… Ducati mmg ringan,power n stabil !
Reply this comment