Ekspedisi Motosikal Ke Air Terjun Chamang

Salam dan selamat sejahtera,

Pertama sekali maaf kerana lama cuti dari menulis artikel dan insyaAllah bermula bulan Ramadhan nanti saya akan online  sepenuh masa. Saya harap semua warga KDMC samada berdaftar atau pun masih menjadi pelawat di sini akan mengikuti perkembangan akriviti terbaru bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Aktiviti Bermotosikal

Satu ekspedisi yang akan diketuai oleh Ketua Konvoi KDMC iaitu saudara Maos akan berkonvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Sila rujuk di bawah:

Tempat:  Air Terjun, Bentong, Pahang

Tarikh: 2hb Ogos 2009

Kategori: Terbuka kepada semua ahli KDMC.

Perbelanjaan: Sendiri

Borang penyertaan: Klik Di sini

Saya sertakan juga peta untuk dijadikan rujukan kepada yang masih tertanya-tanya di mana Air Terjun Chamang yang dikatakan cukup nyaman dan bersih.

Peta Ke Chamang, Bentong Pahang

Peserta boleh merancang perjalanan dari sekarang di mana laluan yang bakal dilalui oleh konvoi nanti dan mungkin ada peserta berada di luar Selangor seperti dari Utara atau Selatan boleh menetapkan samada untuk terus menuju ke Bentong atau sebaliknya.

Baiklah di bawah ni merupakan peta setelah masuk ke Bentong untuk terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu Air Terjun Chamang.

Peta Ke Air Terjun Chamang

Aspek Keselamatan

Memandangkan kita masih mempunyai sekitar empat minggu lagi untuk berekspedisi saya harap semua peserta dapat menyediakan mesin masing-masing sebagai persediaan. Paling penting lengkapkan motosikal dengan ciri-ciri keselamatan dan perbaiki atau ganti segera kalau ada mana-mana komponen yang sudah rosak dan sepatutnya diganti.

Kita harus ingat keselamatan peserta merupakan titik kejayaan sebuah konvoi. Pastikan fizikal dan mental peserta dalam keadaan baik. Ya mungkin ada yang pandang remeh perkara ni tapi tiada siapa yang dapat menjangkakan sesuatu perkara yang bakal berlaku jadi lebih baik kita ambil langkah berwaspada.

Baiklah sebarang pertanyaan atau komen boleh dibuat di sini atau forum KDMC. Harap lebih ramai yang akan menyertai aktiviti bermotosikal pada kali ini. InsyaAllah.

Sekian

Wira DuniaMoto

This entry was posted in Aktiviti Bermotosikal and tagged , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Ekspedisi Motosikal Ke Air Terjun Chamang

  1. joe_pangako says:

    Salam…lau ad leader dr utara best gak!bleh ride same2 dr tol Tapah-tol karak…xde r sorang2 dr utara kan…

  2. sYgmTor says:

    salam…
    biler tarikh tutup pendaftaran???

  3. miroll88 says:

    testing………
    loading………

  4. aniq says:

    assalam aku aniq dari penang da sesapa same mad gak x? klu da leh folow skali……..roger out!

    • Yus LC says:

      as….kum
      mug guard betul ke
      wasallam

      • aniq says:

        wsalam sori salah type `assalam aku aniq dari penang da sesapa “same made“(sama area) gak x? klu da leh folow skali nt……..roger out!

        • Yus LC says:

          as….kum setakat nihh ko kene tunggu d tol behrang atau hentian rawang sebab dari penang lum ade lagimember yg join konvoi
          wasallam

  5. Feeza says:

    Heloo,

    1st skali aku ni minat nak join konvoi camni..tp aku tak pakai LC..pkai honda wave je..kalo leh join, aku ni dr perak, ade tak ssape dr perak nak saing aku utk g kl?

    • alieya says:

      askum

      huhuhu ramai member2 dari perak dlm KDMC ni..
      antaranya yus lc, pamy, joe_pangako, so klo rajin
      masuk la forum sekali, kat sana lebih detail pasal ahli2..ape2 pun selamat datng ke KDMC yeee…

      wassalam

  6. sesumpah LC says:

    salam..

    pren2 yg berada di luar sana..meh tengok aktiviti convoi KDMC baru2 ni dlm website ni..
    silakannnn…

    salam..

    pren2 yg berada di luar sana..meh tengok aktiviti convoi KDMC baru2 ni dlm website ni..
    silakannnn…

    http://www.youtube.com/user/aiecyber#play/all/uploads-all/2/7A0Ikr0rH68

    sekian..wassalam….

    sekian..wassalam….

  7. achik says:

    salam…
    Tak seronok la kalo yus tak turun…..

    wassalam

  8. MrBoB says:

    salam pamie.. try la ajak kawan2 kamo..
    meramaikan lagi konvoi kali nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>