Forum KDMC Berpindah Ke Hosting Baru
Salam dan selamat sejahtera,
Petama sekali saya mohon maaf kepada semua ahli kelab KDMC dan pengunjung-pengunjung setia blog duniamoto kerana masalah teknikal yang dialami oleh forum KDMC. Masalah berpunca dari hosting sekarang yang agak bermasalah sejak akhir-akhir ni. Namun saya dah buat keputusan untuk mengasingkan forum dan blog supaya tidak berada dalam satu hosting.
1. Kelebihannya dan faedahnya kita dapat mengakses salah satu dari blog atau forum sekiranya server down dan masih boleh berchating macam biasa. Jadi eloklah kita ‘Bookmark’ URL baru forum KDMC iaitu
http://kelabduniamoto.com atau
http://kelabduniamoto.com/forum/index.php
2. Blog dan forum juga akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk diakses sekiranya keadaan server adalah normal. Tapi biasalah takde server yang ok sepanjang masa kekadang boleh terjadi ‘down’ sampai dua ke tiga hari dan pernah terjadi sampai seminggu. Memang haru dibuatnya. Harap-harap masalah ni tak melanda hosting blog dan forum.
Buat masa ni forum dah pulih macam biasa cuma saya terpaksa ‘disable’ kan ruangan avatar yang belum dapat diselesaikan masalahnya.
Biasalah pindah hosting sama macam pindah rumah juga sebab banyak memerlukan masa. Bezanya semua kerja dilakukan menggunakan internet dan ini pula merupakan pengalaman pertama.
Buat kerja sambil belajar dan harapkan ‘try and error’ je sebab saya bukanlah pakar dalam bidang ni. Tapi berkat doa dari korang semua akhirnya masalah ni dapat jugak diselesaikan.
Jadi saya harap sahabat semua selesa di forum baru yang juga mempunya ruang untuk chating seperti di blog duniamoto. Malah di sana lebih lapang siap bleh wat tido ha.. ha.. ha..
Mohon kerjasama dari sahabat semua untuk laporkan sebarang masalah samada di forum atau blog samada melalui emel, PM dan klik pada ruangan ‘Hubungi Kami’ di blog ni. Saya menggunakan tema baru untuk forum sebab ianya lebih lapang dan agak tidak berserabut.
Ok harap korang semua enjoy!!! dan dapat beri manfaat kepada semua peminat-peminat motosikal negara kita
Sekian
Wira DuniaMoto

as….kum
sape lah yg tak nak tengok kawan barjaya harap semua nyer ok
wasallam
Reply this comment
Tahniah kerana berjaya berpindah rumah. Hehe.
Reply this comment
TQ semua bagi semangat.
Masalah avatar di forum dah
selesai.
Masalah setting masa juga
dah selesai
Reply this comment
Roy BEKAS SUPERBIKER Reply:
September 9th, 2009 at 1:16 am
tahniah..teruska usaha murni
Reply this comment
kenape aku tak boleh masuk forom ?
haihh -,-
Reply this comment