Harga Motosikal Akan Turun!

Khabar berita yang dibawa oleh pak menteri pada bulan lalu berkenaan duti impot kenderaan CBU yang bakal dihapuskan pada Januari 2010 memanaskan isu harga motosikal berkuasa tinggi iaitu superbike buat masa ini.
Ini petikannya:
PETALING JAYA 3 Nov. – Duti import bagi motosikal yang dipasang sepenuhnya (CBU) di negara ini akan dihapuskan tahun depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia selari dengan komitmen Malaysia untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
‘‘Industri pembuatan dan pemasangan motosikal tempatan patut mengambil peluang dalam AFTA bagi mengeksport produk mereka di seluruh rantau ini.
‘‘Perusahaan ini perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengutamakan nilai tambah dalam memajukan industri permotoran di negara ini,’’ katanya ketika berucap sempena pelancaran model motosikal baru Kawasaki KLX 150S di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Sdn. Bhd., Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik.
Harga pasaran motosikal tersebut di atas jalan termasuk pendaftaran cukai jalan persendirian tidak termasuk insurans adalah RM8,589.
Mustapa berkata, dalam usaha menambah baik industri automotif di negara ini, kerajaan mengambil langkah yang lebih agresif dan proaktif.
Menurutnya, langkah itu perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk sektor automotif walaupun berdepan dengan ekonomi semasa tidak menentu.
Rata2 di blog atau forum menggunakan petikan ini sebagai sandaran dan rujukan namun ianya masih kabur dan kita hanya mampu tunggu dan lihat saja akan kebenaran perkara ini.
Kalau kita analisis secara kasar cuba lihat jadual yang saya paparkan di atas berapa peratus sepatutnya penurunan cukai yang akan berlaku.
Mungkin sekitar 30% dan secara loginya memang ada penurunan. Tapi dengan syarat cukai2 lain tu tidak dinaikkan. Kalau tidak semua tu hanya mainan politik sahaja. Harap tak macam tu.
Kalau cukai GST yang dicadangkan terlaksana jua maka tolak lagi 5% tinggallah 25%. Namun banyak atau kurang penurunan harga motosikal juga bergantung pada nilai matawang.
Kita sedia maklum negara Jepun menggunakan mata wang mereka iaitu Yen dalam urusan jual beli dengan negara luar. Buat masa ini Yen sedang mengukuh dan secara logiknya harga untuk sebuah motosikal mereka juga akan dinaikkan.
Situasi ini berbeza dengan kumpulan motosikal CKD kerana ianya dipasangkan di negara ini sekaligus kurang memberi kesan pada harga.

R6? ER-6F? R1? Kaw Z1000? CBR1000RR? Ninja ZX-10? GSX 1000? Hayabusa 1300? ZX-14? Mungkin impian jadi kenyataan..hehe
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
December 16th, 2009 at 8:59 pm
Kita tunggu perubahan harga pada bulan Januari nanti. Dengar citer cukai GST masih diperbahaskan.
Mungkin dikenakan pada kadar 4% tapi penerangan serta penjelasan yg telus sgt diperlukan kerana impaknya akan dirasai oleh pembeli.
Reply this comment
wira.. ada persoalan.. benarkah motosikal ni murah sebab afta? sebab yang saya faham.. AFTA ni ASEAN FREE TRADE AGREEMENT.. kalu la ada manufacturer SBK ada kilang di negara ASEAN, saya rasa benda ni under AFTA.. tapi rasanya motosikal high end ni.. kalu yang jenis continental.. mesti datang dari europe.. kalu yang JEPUN.. mesti datang dari Jepun.. kemungkinan kerajaan yang baik hati kurangkan duti import tapi bukan disebabkan oleh perlaksanaan AFTA.. atau ada ke SBK CKD kat malaysia?
Reply this comment
Kalau SBK ni diimport dr kalangan negara ASEAN cukai murah sikit jer tapi bukan terus dihapuskan.
SBK CKD cuma dari Kawasaki jer cth macam
ER-6n.
Reply this comment
hafidz Reply:
January 5th, 2010 at 1:31 am
tapi masalahnye.. negara ASEAN takda yang produce SBK… yamaha indo, thai pun buat moped je.. tengok contoh hasil pelaksaan AFTA, toyota filipin bwk masuk Yaris.. harga mahal juga..
Reply this comment
RiderFz Reply:
January 5th, 2010 at 2:34 am
Xpe sabar,kita tunggu kputusan harga SBK nnt
Bukankah superbike adalah cc motosikal melebihi 750 dengan 4 ekzos keluaran dengan kocep full fairing? er-6n/f hanya 650 & 2 lubang keluaran
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
December 31st, 2009 at 8:41 am
Maksud sbk-motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc – 1100 cc. Perwatakannya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW).
Contoh termasuklah Ducati 1098, Honda CBR1000RR, dan Yamaha YZF-R1.
Maybe RiderFz terkeliru dgn istilah sbk kat atas tu sbb belum ada lagi model CKD utk kapasiti 800cc ke atas.
Reply this comment
saya dreamer ZX-10R 1000cc,,tiap hari berangan,,tunggu kerajaan mengotakan janji yang cukai untuk SBK dihapuskan pada 2010,,saya dah lama mengidamkan superbike, tetapi harga dipasaran Malaysia mengerikan,,padahal di luar harga sekitar $5000.00-$10.000.00 kalau di convert ke duit malaysia taklah sampai RM80.000.00-90.000.00.
gua harap karajaan mengotakan janji mereka,,saya dah tak sabar,ne,,hari tuk duduk kejap aja diatas ZX-10R latest model,,kalau harga sekitar RM50.000 kira oklah, itupun kerajaan dah ada untung untuk tax.
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
January 31st, 2010 at 9:22 pm
as…kum
Ape susah hati jom kita beli je moto2 singapore yg 2nd tu aku rasa lebih baik dari tak merasa langsung
wasallam
Reply this comment