
23 Disember 2009, Seawal pukul 7.45 pagi saya dan Nomad dah bersiap untuk turun sarapan bersama2 dengan krew2 Modenas serta lain2 pihak media di Hotel Bayview. Lepas tu kami semua bertolak dengan bas untuk pergi ke litar Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) Ayer Keroh.


Sampai di MIMC kami diberi taklimat ringkas tentang keadaan litar. Seperti yang diberitahu litar ini merupakan litar cubprix dan go-kart. Jadi agak pendek lurusannya dan panjang keseluruhan sekitar 1.555km sahaja. Nomad dah tak sabar nak test rider dan menjamah CT110 ha..ha..ha.. .Tapi tak sangka ada 3 orang lagi yang merasa lenjan CT110 di atas litar iaitu Anas, Hafiz dan Yamada. Diorang jalan dulu semasa kami bertolak pada pagi tu.

Lepas taklimat sekitar jam 11.00 pagi pihak media dibawa ke litar dan kami dapat melihat 6 buah Modenas CT110 siap sedia untuk diuji. Tapi kami diberi kejutan terlebih dahulu dengan 3 buah motosikal ditutup dengan selimut. Satu yang tak dijangka rupa2nya pihak media dibenarkan juga untuk menguji motosikal cubprix mereka di bawah naungan Modenas Yuzi Pachi Racing Team mendapat bimbingan sepenuhnya dari Otai cubprix iaitu saudara Shahrul Yuzi. Cayalah Modenas
Yeahh!!!… Modenas menjadi pasukan pertama di Malaysia membenarkan mesin2 lumba mereka diuji dan kamilah anatara yang bertuah hu..hu..hu..

2 buah motor yang ditunggang oleh Mohd. Farid Ahmad (Kecik) dan Zulfahmi Khairuddin akan kami uji selepas membuat pandu uji CT110 nanti.

Sambil tu pihak media diberi peluang melihat motosikal prototaip perlumbaan yang bakal digunakan pada musim cubprix 2010. Enjin berkapasiti 120cc digunakan untuk kategori novis menggunakan bodykit CT110. Harap tahun depan mereka lebih sukses.

Selesai mengambil gambar sakan dengan mesin2 lumba Modenas kami terus ke litar dan 6 buah Modenas CT110 telah siap sedia untuk ditunggang uji. DuniaMoto menurunkan 4 orang test rider iaitu Nomad, Anas, Yamada dan HafizBob. Ok saya harap anda bersabar untuk mengikuti artikel seterusnya iaitu Pandu Uji Modenas CT110. Kami mendapat pelbagai feedback dari test rider kita yang memiliki saiz dan berat badan berbeza. So sabar…..

Sehingga pukul 1.00 tengahari kami selesai menguji CT110 kemudian berpeluang pula menguji mesin perlumbaan mereka yang hanya diberikan kepada 10 orang wakil media. Namun DuniaMoto berpeluang menguji kedua2 buah motosikal tersebut iaitu Nomad (uji mesin Kecik) dan Yamada (uji mesin Fahmi). Artikel ini juga saya akan tulis berasingan ok.

Memang penat berjemur tengah panas sampai kami terlupa untuk makan tengahari. Pukul 3.oo petang baru makan dan berehat di Dewan Makan MIMC (VVIP). Rasa malas dah nak keluar sebab badan masing2 dah kena aircond hu..hu..hu..

Tetiba Pn. Norizah mengumumkan satu lagi kejutan… macam AF la pulak ha..ha..ha.. Ada acara layan Go-Kart yahoooo….. Tapi takleh tahan sakit tangan dan bahu beb. Anas layan 2 round saya dan yang lain seround jer lagipun dah letih beb. Habis layan Go-Kart hujan turun bukan main lebat dan kami berkumpul ke Dewan VVIP untuk acara penutup.

Pukul 5.30 petang akhirnya kami bersalaman dengan semua yang hadir. Semoga Modenas sudi menjemput kami lagi pada program2 yang berkaitan dunia permotoran. Dalam masa 2 jam dalam keadaan hujan saya dan Nomad sampai ke Wisma DRB di Shah Alam. Alhamdulillah.
Terima kasih Modenas…
salam…
memang best………heheh
teringat sampai ke hari ni…
hehehe..
terima kasih kpd semua yg terlibat…
as…kum
Wira yg pakai baju oren tu rasa mcm kenal ape name dia ye
wasallam
W’salam, sape tu Yus org kampung
ke? Tapi rasanya ni semua org utara.
as,,,kum Aku rasa mcm member aku sekolah dulu mase tingkatan 4-5
wasallam
Masa test motor cubprix diorang…
Fahmi dan kecik cukup risau bimbang
motor kesayangan diorg tereksiden ha..ha..ha..
alhamdulillah takde sebarang kejadian yg
tak diingini terjadi.
InsyaAllah kalau ada masa terluang malam ni saya alan siapkan laporan yg ditunggu2 iaitu Pandu Uji Modenas CT110.
Ramai yg dah emel komplen mana laporan pandu uji
hu..hu..hu.. sori geng …
Salam….
Aku pun nak tumpang komplen gak ni…….
Tiap ari bukak web ni asek benda yg sm je…
Ni yg nak marah ni….hehehhe…. Peace abg wira
W’salam,
Ha..ha..ha.. bukan DInlc je
yg tensen ramai lg dok emel nih.
Ok aku siapkan. InsyaAllah hari ni.
hehe…boleh tahan jugak modenas…
bagus untuk marketing…sebab pengeluar motorsikal di malaysia yang lain xpernah buat macam ni..siap bagi moto cubprix utk wakil-wakil media test ride…
-memang berbeza bwk motor full cubprix spec. kalau nak banding moto trek yg bikin sendiri dgn low budget…tahun 2010 hope modenas menuju ke arah yang lebih baik…
as…kum
Bro ni lepak d malaysian biker ke , sebab cam kenal je nama nihh
wasllam
komen x habis la wira. Kasi hbis la.kita org nak dgr.
salam,sy nak tanye bolleh x ekzos ct 110 ditukarkan kepad aekzos laen,cz bunyi dia kuat r
Salam sejahtera wahai pemilik2 modenas ct110. Tumpang tanya, setakat ini ct110 ada apa2 problem tak? Dari semua segi…
John saya tak pakai tapi dari feed back jiran saya yg gunakannya ulang alik pergi kerja memang takde masalah. Minyak sungguh menjimatkan.