Hari Pertama Sessi Pandu Uji Modenas CT 110

22 Disember 2009, Arghh!!!… jam pukul 7.45 pagi saya tersedar dan kelam kabut untuk ke Wisma DRB-Hicom di Shah Alam. Macam2 belum disiapkan hanya bawa apa yang penting jer.

Call Nomad dah on the way nak ke sana fuh!!! lega ingatkan sorang2 tadi. Sampai jer saya terus disambut oleh Pn. Norizah salah orang kuat Modenas. Terima kasih.

Macam biasa sarapan dulu saya balun nasi lomak tapi takleh banyak sakit perut beb. Saya dah abis makan Nomad baru sampai sekitar pukul 9.30 pagi yelah dari datang dari Gombak semata2 untuk ke acara Modenas ni.

Tak sempat dia makan pun kami dah dipanggil naik bas untuk ke Melaka ha..ha..ha.. kesian Nomad. Kawan kita ni baru balik dari konvoi ke Perlis semalam bersama KDMC memang penat. Tapi sekalung tahniah sebab Nomad boleh beri komitmen untuk ikut saya ke Melaka bersama Modenas.

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami sampai di Restoran Ole Sayang di Badaraya Melaka untuk makan tengahari. Fuhh!!! makanannya memang mantap beb beraneka jenis lauk masakan nyonya. Apalagi saya dan Nomad tala cukup2 memang sendat perut. Alhamdulillah.

Dah kenyang kami dan pihak media lain dibawa ke Hotel Bayview untuk proses check-in. Saya dan Nomad diberi satu bilik penginapan. Kedebum… terus landing atas katil letih wooo….

Lepas tu kami diberi rehat lebih kurang sejam dan pukul 4.30 petang kami dibawa beriadah ke River Cruise dengan menaiki bot menyusur Sungai Melaka sambil menikmati udara nyaman dan pemandangan yang cukup menarik.

Balik bilik Nomad tertidur tapi saya bimbang nak tidur takut terlajak alamatnya terlepas lah majlias makan malam dan taklimat berkaitan teknikal CT 110 pada pukul 8.30 malam.

Acara dimulakan dengan ucapan En. Bastamam Hamzah selaku CEO Modenas/Emos memberi ucapan penerangan berkenaan pelancaran motosikal Modenas CT 110 yang telah dilakukan pada Oktober lalu. Kemudian apa lagi kami dijemput untuk hidangan makan malam di Hotel Bayview dengan makanan yang tak terkira banyaknya. Nomad sendiri tak mampu nak rasa ke semua makanan sebab dah kekenyangan. Terima kasih Modenas kerana sponsor makanan yang cukup sedap. Umphh!!!

Sambil menikmati desert kami diberi penerangan berkaitan bagaimana motosikal ini dicipta dan perkara2 teknikal. InsyaAllah saya akan ulas setelah selesai sessi tunggang uji pada hari esok.

Ok pukul 11 malam kami bersurai dan saya meneruskan penulisan untuk artikel ini manakala Nomad keluar bersama Anas, Hafis_Bob dan Mr Yamada yang datang dari KL semata untuk join bersama.

7 thoughts on “Hari Pertama Sessi Pandu Uji Modenas CT 110

  1. salam….
    perghhhh…memang best program anjuran modenas nih…
    aku betol2 teruja…
    dpt makan free lg tu…
    syok tgk nomad test ride CT110 tu…
    mmg syokkkkkk….

      • hahaha…
        memang syok…
        terima kasih banyak2 kpd bro wira dan nomad
        kerana sanggup terima kehadiran kami yg pada mulanya hanya pompom boy kemudian bertukar menjadi tukang lenjan atau bahasa inggeris nya Test Rider..hehehe
        memang cukup seronok dapat test ct110 ngan cubprix dorang..
        x sangka syarikat tempatan dah melangkah setapak maju ke hadapan..
        terima kasih sekali lagi kdp semua yg terlibat..
        terima kasih jugak kat ajis sbb wt baju kelab..kami pakai time test ride tu org suma tgk jaaa…
        hehehehe…terima kasih KDMC terima kasih kawan2 terima kasih MODENAS!!!

        p/s: wah…macam amik anugerah juara lagu lak aku nih..

  2. as…kum
    Mmg cukup meriah sampai dlm berita TV3 jam 8.00pm pun ade tayang uhh menarik rugi tak pergi, Alhamdullilah Kelab KDMC akan lebih d kenali selepas ini
    wasallam

  3. Salam…
    Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Wira kerana menrima kami secara “spontan”..kami memang suka aktiviti spontan…bagi tumpang tidor dalam bilik..hehe..
    tak lupa juga kepada nomad kerana invite, yamada dan hafiz kerana sudi ride bersama aku padahal moto diorg laju belaka..hahaha..moto aku slow aje..
    Betoi cakap Wira tu, niat di hati hanya ingin melihat acara test ride tapi tersarung pulak sebagai test rider duniamoto..berkat dari t-shirt KDMC…haha..apa pon aku memang happy go lucky..
    Thanks to Modenas..your team very sporting..!!banyak memberi kejutan terutamanya acara menunggang moto cuprix dan go kart..aku memang layan go kart..Kepada En Azizul (modenas) terima kasih bagi aku test GT 128 pada hal test ride CT 110..Aku dah naik “sheikh” layan GT…
    Kepada yang berkenaan THANKS aGAINS….

  4. Incredible to have finally checked out your posting. I sent a reply in your previous piece however I didn’t obtain reply.Is this kind of design a common web template or possibly have you customised your blog Thanks again.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>