DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Hati-hati Bengkel Penipu

Salam bro semua,

Hari ni saya tak menulis panjang tapi ingin berkongsi semua supaya ‘pulaukan’ bengkel-bengkel baik motosikal mahupun kereta sekiranya bro semua dapat mengesan penipuan atau dengan kata yang lebih panas ‘cekik darah’.

Biasanya bengkel yang dimiliki oleh bangsa lain selain dari Melayu.Saya bukan nak buka isu perkauman ye…Mentang-mentang kita tak faham depa dok berbincang sesama kuli dan tokey..depa nak ‘sembelih kita.Silap orang la ekk…

Jadi bro.sedikit sebanyak..mahu tak mahu kena gak ambil tahu pasal perkara-perkara asas berkaitan ‘kuda tunggangan anda’ lainlah kalau bro semua bersedia dan tak kisah kena ‘sembelih’ he..he.. jangan mara aaaa….

Kejadian berlaku semasa saya menunggang Yamaha 110ss pergi ke Shah Alam dalam keadaan cuaca nak hujan.Sampai destinasi yang saya tuju enjin motor pun dimatikan.Memang tuhan tu nak uji kita bila saya.bila saya start semula motor engkolnya dah terkulai.Padahal baru empat bulan tukar baru.

“Adis…naya aku kali ni”.detik dalam hati.

 Mana tidaknya satu batang spana pun saya tak ‘spare’ pada motor ni.Hah..padan la muka ….

Ni pengajaran ni lain kali bawa la paling ‘bangsat’ pun spana(#10 dan #12),skru driver dan pembuka plug ‘stanbay’ pada motor bro semua…

Nak tak nak saya tolak tarik clutch dengan menggunakan gear dua ok lega hidup.Jangan pakai gear satu kalau nak menolak berat…itupun sebab motor saya clutch ‘mati’.Ada sesetengah motor ‘dual clutch’ takleh buat camni.Berbalik cerita tadi,saya pun terus pergi ada sebuah bengkel di seksyen dua kat Shah Alam ni.

Dia pun buka dan saya tahu engkol motor saya ni bukanya ‘lus’ tapi cuma longgar je dan boleh diketatkan.Wahh..dengan bangganya mekanik tu kata,

“ini balang sudah losak”

Saya cuma pandang dan renung muka mekanik tu.Kemudian katanya lagi,

“ini pun sudah losak woo…”

sambil dia menunjukkan batang pemegang engkol tu pula.

Maksudnya tu kalau salah satu dah rosak dua-dua komponen tu mesti ditukar.Ye..saya tahu itu memang boleh berlaku tapi masalahnya engkol saya ni cuma longgar skru je.

Jadi dia fikir kalau tolong ketatkan tak dapat duit agaknya jadi suruh saya tukar dua-dua komponen tu.Bila di tanya berapa kos.

Engkol (RM18.00)+Batang pemegang engkol(RM40.00)+Minyak hitam(Rm10.00)=RM68.00

ini belum termasuk upah pasang.

Saya berkeras tak mahu tukar tapi tak nak gaduh-gaduh punya pasal saya suruh tukar engkol saja.

Tahu apa dia kata,

“wa sudah kasi tau aa..ini balang sudah losak tapi lu mau tukar jugak,kalau apa-apa hal lu sendiri tanggung aa…”

Apa dia ingat kita ni bangang sangat ke nak ‘sembelih’ sesuka hati.

Dah selesai saya terus jalan dan tanamkan dalam hati akan memboikot kedai ni sampai bila-bila.Ya saya akan menghebahkan pada member-member yang lain supaya jangan pergi kedai ni lagi.Begitu juga dengan mereka akan menghebahkan kepada teman-teman mereka.

Kita ada kuasa bro…gunakan kuasa beli kita untuk ‘mengajar’ diorang ni.Jangan pandang mat motor sekarang sebelah mata.Sebab itu perkara remeh macam saya ceritakan tadi kena ambil tahu jangan sikit-sikit tolak motor pergi bengkel.Belajar selesaikan masalah sendiri kalau tak boleh tanya kawan dah ta boleh gak baru pergi menghadap diorang ni.

Benda yang kita nampak pun diorang nak tipu inikan pula kalau benda-benda dalam enjin yang kita tak boleh nampak.Tak tahulah nak cakap apa.Jadi pandai-pandailah nak hidup ye tak…..

Sekian                                   

wira duniamoto                                            

 

 

 

Related Posts

No related posts.

22 Responses to “Hati-hati Bengkel Penipu”

  1. reez_virus says:

    perkara ni mmg selalu terjadi,kat bengkel mane2 pun mmg diaorg akan sembelih kita katanya brg ni nk tkrla brg tu la tp padahal brg tu blh pakai lame lg

    Reply this comment

  2. Wira Duniamoto says:

    Betul tu reez_virus,sebab tu nasihat penunggang2 baru bawa tools spare utk kecemasan.Begitu dengan perkara2 asas mahu tak mahu kena pelajari serba sedikit.

    Reply this comment

  3. sangcXL3 says:

    tak yah cakap kdai cha ya nun alip je…
    kdai sama2 kita pun sama ja~
    ak nak suh grind valve..
    valve tsangkut cket sbb valve seal tak bukak..
    dan2 kata nak kna tukar satu set valve baru..tuh pun nak pau gile2…padahal valve elok lagik~
    gile ae

    Reply this comment

  4. hondac65 says:

    aku setuju benar dgn pendapat sangcXL3 (on April 30th, 2008) tuh…semua bangsa pun serupa…biznez ma..ko pergi mana-mana pun kalau ko tak kenal akan kene sembelih. paling tension kat bangsa sendiri..selalu buat kerja lalai…barang tak rosak jd tak rosak…tu aku lebih rela pegi kedai diaorang , biar mahal tapi aku puas hati…bukan kita tak nak tolong bangsa sendiri, tapi bangsa kita sendiri pun tak nak tolong kita…melainkan kalau eksiden jer…pegi bergaduh, bertumbuk pun dia orang sanggup nak tolong kita….

    Reply this comment

  5. Sedih memang sedih kat sapa lagi kita nak mengadu
    kalau sesama bangsa dah menginaya bangsa sendiri.

    Senario macam ni dah menular ke sagala sudut seperti politik,pekerjaan,agama dan lebih malang lagi
    bangsa lain mula mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. :(

    Reply this comment

  6. zam says:

    mmg kena tow sikit,aku pernah kena kriss aku kick tak sangkut kat gear,lpas overhaul.cilaka betui.

    Reply this comment

  7. pok nik says:

    ape kate bro kalu ko wujudkan satu topic ygmane geng2 semua boleh share ttg harga spare part atau servis kat tpt msg2.so bleh jgk jd rujukan kat semua member..

    cth nye aku penah tukar kabel minyak LC kena $25 kt area segamboty

    Reply this comment

    Acap Kedah Reply:

    Aku setuju dengan pendapat ko.. sekurang2nya kita ni x membuta tuli main belasah je cari sparepart yg tertipu..

    wassalm

    Reply this comment

  8. LC_Penyu says:

    NI pun aku nak kasi tau..ada byk bengkel camtu kat area KL terutamanya kat sekitar Jln Tun Abdul Rahman dgn sekitar Jln Raja Laut..bkn apa geng2 aku dah kena dgn dorg..ada skali motor aku mati sbb rosak CDI..time tu pkai motor Kriss..ala stkt CDI tkr je la brg tu tapi tauke tu nak kencing aku.. ckp byk rosak sampai nk tkr coil ignition tmsuk dgn mcm2 skli..skali total ada dkt RM 300 lbh..aku dah agak dia msti ckp camtu..dlm hati aku sumpah gak tauke tu dia ingat aku bodoh agaknya tntg motor sampai nak cekik RM aku harga tahap overhaul motor plak..last2 aku ckp tauke u tgk sekejap ahh tgk gua repair..time tu gak gua call member kat TTDI minta tlg beli CDI dgn spana buka cover..tak sampai 1 jam sampai la member bawa brg nk repair..dlm 30 min mengaum Kriss tu..aku ckp kt tauke tu “You mau tipu pun U salah org maa..bengang je tauke tu aku sound..lagi 1 aku dgr dorg berani wat onar kat motor pakai brg murah walau pun kotak ori..ada kes yg teruk kena kat member yg tinggal motor nak cucuk duit..tauke kedai tkr brg sikit je tapi mintak harga tak masuk akal..lagi sial kes ada yg langsung tak tukar apa pun tapi nak gak duit konon dah buat repair atau tkr brg motor..contohnya tkr minyak hitam moto tp dorg tak buat pn..naya2

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    waaaahhh gila la. org cam tu ko sumbat je CDI tu dalam mulut dia, kurang ajar la tu kan….

    wassalam

    Reply this comment

  9. ct_roc says:

    kawan-kawan….
    memang… bengkel kebanyakannya macam tue..
    nak untung lebih…buasenye bengkel cina… suka makap lebih2. kalau yang tau serba sedikit pasal motor tu… slamat la skit. nie bagi yg zero knowledge pasal motor… memang kaw2 kena tekan.
    sorry… saya nak mintak pendapat. hubby saya nak bukak bengkel motor…ok ker? sebab rasenye bengkel motor ni dah banyak ler. ade market ker? kalau kat area Puncak Jalil, ok ker? dekat ngan umah saya. kalau bleh sesape bagi pendapat… tq.

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    ohhhh btol2 aku setuju, aku pun dulu zero juga pasal motor ni sejak dah join blog ni banyak juga ilmu yang berfaedah yang aku dapat. so kiranya diorang nak tipu pun tak leh la pas ni sebab aku dah tauserba cikit pasal motor…

    haaa ok la tu banyakan bengkel org kita kat ats bumi ni. bagi saingan cikit… mula2 memang la kecik tapi klo ikhlas n btol kta berniaga boleh jadi bsar juga kan begkel tu.

    wassalam

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum
    kalau dah minat tu belasah jer,berniaga nih bagus Nabi KIta Muhammad S.A.W pun berniaga gak ,jadi ini jer cara boleh buat org kita senang ,maksud nnye bekerja sambil beramal
    wasallam

    Reply this comment

  10. iko says:

    mm..
    mmg la pon..
    tp sparuh bengkel 2 klo dh baik,baik sangt
    tp kalo dh jahat baiki moto bai..
    benda 1 je yg ro sak..
    nk djadikn cter sngkut plak bnda2 len rosak sme..
    zz..
    tw nk “telor ” je bnyk..

    “telor”-duti

    Reply this comment

  11. serembanLC says:

    betol2..aku sokong pendapat korang..kalau aku ler nak beli sparepart moto aku usha kedai dulu x kire la cine ke melayu ke india ke, pastu compare harge then baru wat pilihan yg tepat.n yg penting original baru moto tahan lama..

    Reply this comment

    mastersifu Reply:

    berhati2 ngan spare parts OEM tapi tipu!
    sifu kali ni comment,kalau kena tau kedai mtr lain MAMPUS DEN!!!

    Chief mekanik sifu baru2 ni tunjuk beberapa jenis spare parts dgn packing OEM YAMAHA,compare ngan ori packing yamaha,mak datuk..SAMA !!!
    Tapi harga datang,ummmmmmmmmmm..2 kali ganda murah!!!
    kedai biasa lah,hantam harga ori lah kat customer!!!

    so,pandai2 lah ye kawan2 semua….

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Tq sifu kongsi ilmu ni sekurang2nya dapat gak pahala dan keberkatan sesama Muslim.

    Ini perkara betul so semua hati2 jgn main taram je beli kalau tengok ada tanda OEM.

    Maybe rakan2 boleh bertandang ke kedai Sifu utk dapatkan barang yg Original dan tak kena tipu.

    Tapi kalau kita sendiri mahu pakai yg tak ori hantam sajalah Labuuuu….

    Yus LC Reply:

    as….kum
    Untung kenal otai kedai moto yg jujur susah payah kita perah otak nak cari brg ori , mujurlah sifu tampil di forum ni kita, patut bersyukur dgn ape yg ada
    wasallam

  12. fiq_lc says:

    btul tu bro..sy beli moto 1 kedai ni..slps 3bulan..gear ketat nk msk..dia tnya sy..ape hg dh buat kat moto hg??sy jwb mna sy tau..dia buat bodo je kt sy..sy kata dlm (hati)..nasib je aku p sorang..klu p 2org skit la..nk tnyer skit..LC mmg gear kadang2 ketat ke?harap bls ye..salam

    Reply this comment

  13. Luzz Kriss says:

    Salam semua..
    3 bulan lepas aku gi beli moto Kriss 100cc kat kedai Sec 16 Shah Alam, nama Kedai MM (korang faham2 la), selepas pakai 1000km aku gi la 1st servis kat Pusat servis Modenas Shah Alam U5, so setiap moto tu ada la coupon free servis untuk 1000 km dan 2500km, tp kedua2 coupon tu owner kedai dah cabut dah.. kalau x de coupon free servis dr modenas tu aku kena bayar RM 8.00 sbg labour charge, so aku kena la bayar Rm sendiri. Bila tanya balik pada tokey kedai kat sec 16 tu apa coupon x da, dia bg alasan orang modenas dah ambil lah dan mcm2 lg alasan. Pada hal mereka sendiri yang ambil supaya kita servis kat kedai dia tu..hemm hampeh punya tokey kedai mau untung jerr..
    so kenkawan yang g beli moto baru kat kedai MM sec 16 Shah Alam tu.. hati2 la yerr.. tengok2 la servis ok ker atau x, spare part ok ker atau x, dan pomen dia pun ok ker atau x.. sekian wasalam..

    Reply this comment

    Yus LC tidak merempit lagi Reply:

    as…kum
    KO iklankan name kedai tu d sini , biar padan muke tokey kedai tu
    wasallam

    Reply this comment

  14. ak says:

    br lepas buat top head overhaul enjin kriss…kena rm 390 (tophead je x turun enjin pun)…pomen kencing cakap bearing rod dah pecah..aku tgk x pecah pun…aku pun pomen gak ..pomen aircond…biasa gak tukar bearing..overhaul compressor 8 piston lagi..cuma kurang ilmu sikit pasal moto…

    piston – rm 55
    ring – rm 45
    pin – rm 12
    rebo – rm 18
    valve – rm 28 x2 ( rm 56 )
    valve seal – rm 9×2 ( rm 18 )
    top set – rm 45
    timing chain – rm 48
    tensioner – rm 38
    4T oil – rm 17
    oil filter – rm 5
    plug – rm 5
    service valve – rm 28

    Reply this comment

Leave a Reply