DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Isu Mat Rempit

Salam semua warga KDMC,

Ari ni saya cuti dan memang saya selalu cuti :) tak payah la amik tahu nape saya cuti …. yang penting kehidupan sebagai blogger dunia permotoran saya teruskan untuk tempoh genap dua tahun beberapa bulan lagi.

Isu rempit terpaksa saya buka kembali dan sebelum ni saya dah pernah menulis isu ni tapi hati tak boleh nak tahan kecewa dan marah sebab kebelakangan ni banyak sangat isu mat rempit diberitakan.

Mungkin ada yang meenyampah atau bengang sebab saya buka isu rempit. Kalau anda mat rempit silakan baca sampai habis dan komenlah di ruangan yang disediakan selagi ianya memberi manfaat pada pembaca lain. Tapi AWAS kalau komen yang mengarut….. babaaaiii….

Sejak akhir-akhir ni mat rempit telah menambahkan dosa mereka dengan meragut, membunuh, mabuk dan mengambil dadah. Semua perkara ni menyusahkan orang lain. Jangan cakap saya asyik nak salahkan mat rempit saja dalam hal ni… sebab korang semua muda-muda lagi saya terpaksa cakap dan tegur. Kalau dah tua lantaklah korang kalau tak nak insaf.

Menyusahkan orang lain sebab mat rempit menambahkan lagi masalah sosial yang muda-mudi alami sekarang ni. Bukan tu saja nama penunggang-penunggang motosikal yang tak bersalah turut tercemar. Sudah la tak boleh ditegur dan memang payah untuk dinasihat. Silap haribulan kita balik yang dimaki hamun atau dipukul. Sifat manusia jenis apa yang macam ni? Ye sifat yang diwarisi dari syaitan durjana yang sudah bersarang dalam kepala mat rempit.

Ok saya emosi sikit sebab benci dan meluat tengok keganasan yang mat rempit buat harini. Sampai bila nak macam ni? Sampai bila? Mungkin mati saja yang menamatkan kegiatan tak bermoral mat rempit. Tapi berbaloi ke? Jangan kata takdir dah tentukan macam tu. Allah sayangkan semua hamba-hambanya. Sebab tu kita dilahirkan ke dunia ni. Dan Allah beri kita pilihan samada jalan yang baik atau jalan yang buruk.

Tak paham? Ok kita diberi rezeki dan Allah kurniakan kita akal untuk memilih cari rezeki yang halal. Kita juga boleh pilih rezeki yang diberi tadi dengan cara yang haram. Dalam kehidupan kita ni sentiasa ada 2 pilihan. Memang Allah beri kita macam-macam tapi itulah gunanya akal dan fikiran untuk kita fikir mana satu yang baik dan buruk. Bila banyak perkara yang buruk kita buat dah tentu janji Allah ke neraka azab lah jawabnya. Ini lah gunanya akal fikiran pada kita dan Allah nak pilih manusia yang banyak gunakan akal ke arah kebaikan untuk dimasukkan ke SyurgaNya.

Kita tidak disuruh tinggalkan kenikmatan di dunia. Menunggang motor memang seronok tapi gunakanlah akal kita untuk kearah kebaikan. Jalan raya bukan untuk kita berlumba atau menambahkan dosa-dosa kita. Banyak lagi aktiviti lain yang berfaedah. Contoh terbaik mat rempit boleh buang aktviti keluar malam melepak dengan join kelab kami iaitu Kelab DuniaMoto.com (KDMC). Di sini macam-macam aktiviti ada dan boleh bertukar-tukar fikiran secara online. Gunakan kemudahan IT yang ada untuk berhubung atau berbincang.

Saya alu-alukan kedatangan mat rempit yang sanggup berubah tapi bukan yang datang sini nak buat masalah. KDMC juga kerap melakukan konvoi dan akan datang satu lagi konvoi akan bro Maos adakan. Ruang forum percuma juga KDMC sediakan untuk kita berbincang apa jua masalah yang berkaitan. Saya tak minta sebarang yuran pun untuk anda ke sini. Tapi satu pesan saya gunakanlah kemudahan yang KDMC berikan ini dengan sebaik mungkin dan bukan untuk suka-suka mendatangkan masalah.

Menghukum atau mengambil tindakan ke atas pesalah seperti mat rempit bukanlah jalan penyelesaian yang utama. Sebab mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati”. Cuba kita lihat apa jua jenayah di negara kita tidak berkurang malah saban hari ada saja jenayah. Bukan takde hukuman atau undang-undang tapi kurangnya pencegahan dan didikan di peringkat keluarga.

Saya lebih suka isu mat rempit ni dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan. Ya saya berani cakap sebab saya juga seorang bapa. Mana perginya ibu bapa mat-mat rempit bawah umur yang dicekup pada malam-malam minggu? Takde alasan sebenarnya melainkan sikap lepas tangan dan ambil mudah. Mana datangnya duit remaja-remaja rempit untuk beli sebuah motosikal? Dah tentu dari mak bapaknya. Takkanlah diorang ni lahir je terus berumur 16 tahun dan ada sebijik motor.

Kalau pencegahan ni bermula dari rumah dah tentu perkara-perkara macam ni tidak kronik macam hari ni. Ingat para ibu bapa anak-anak kita akan salahkan kita di Padang Mahsyar nanti sebab tidak mendidik mereka ke jalan yang betul. Jangan ambil ringan perkara ni. Saya bukanlah ustaz nak sebut-sebut pasal agama tapi saya wajib sampaikan di blog KDMC ni sebagai teguran kepada anda semua.

Kepada pihak berkuasa pula jalankanlah tugas seadil yang mungkin jangan pula menggadaikan maruah dengan menerima rasuah dari ibu bapa untuk membebaskan anak-anak mereka yang terlibat dengan aktiviti rempit. Kita juga tidak terlepas di akhirat nanti.

Begitu juga kerajaan sediakanlah semula litar yang telah ditutup iaitu Litar Batu Tiga Shah Alam. Litar ni ditutup atas alasan pembangunan dan telah dijadikan kawasan perumahan. Jangan asyik fikirkan keuntungan jer tapi keburukan yang datang kita tak fikir. Sediakan semula litar sebagai ganti litar tersebut. Banyak faedah yang boleh kami perolehi dengan adanya litar seperti di Batu Tiga dulu. Kalau fikirkan nak menghukum jer memang masalah tak selesai. Apa… litar sepang ada… takkan lah orang yang tidak berkemampuan macam kami untuk ke litar hebat menguji mesin. Berpada-padalah dalam memberi cadangan. Bukan semua peminat permotoran banyak duit bro.

Dan ini pesanan akhir saya kepada mat rempit tegar yang tetap mempertahankan diri mereka kononnya merekalah yang betul.

Hari ini, esok atau lusa mungkin anda boleh terlepas. Tapi ingat satu masa nanti… pasti …  pasti… anda terpaksa memilih satu daripada tiga perkara. Pertama : anda akan ke hospital, Kedua : anda akan ke penjara dan yang Ketiga : anda akan ke liang lahad.

Sekian

Wira DuniaMoto

Related Posts

  1. Mat Rempit Oh Mat Rempit
  2. Lagi-lagi berita Mat Rempit

38 Responses to “Isu Mat Rempit”

  1. Leena says:

    Salam
    betul sangat2 kata abang wira
    apalah nak jadi dengan generasi muda
    kita harapkan mereka menjadi tunggak negara pada masa mendatang
    tapi, nampaknya harapan kita makin ke arah kehancuran
    ingatlah wahai generasi muda
    umur kita jangan dipersia-siakan
    muhasabahlah diri, biar kiti pilih jalan yang terbaik
    untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara
    insaf sebelum terlambat
    ikhlas…Leena…shah alam

    Reply this comment

    are_nip Reply:

    salam…masalah nie xakn selesai gak,diorang wat mcm2 untuk kepuasan dri tpi xkn kekal,1mse diorag akn berfikir gak membezakan yang baik dan mne yang bruk,tepuk dada tnye selera….
    anip yakin 1 mse diorang akn berubah gak……
    wasalam…..

    Reply this comment

    Sharp Reply:

    salam…
    takut xsempat berubah jer nip…

    MrBoB Reply:

    betol tu.. takot x sempat dorang nak berubah.. maut dah sampai.. huhuhu..

  2. medicalert08 says:

    “Kepada pihak berkuasa pula jalankanlah tugas seadil yang mungkin” akanku berbakti seikhlas mungkin..!!

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Tahniah Medi kita sama2 gembeling tenaga cuba bawa diorg ke jln yg betul.

    Kita bukan hipokrit tapi buat sekadar yg termampu dan seperti yg kita tahu selemah2 iman seseorang berpadalah hanya menegur di dalam hati apabila kita lihat kemungkaran.

    Ini membuktikan keihlasan kita utk merubah mereka ke arah kebaikan walaupun hanya berdoa sekranya itu yg termampu.

    Reply this comment

  3. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…kum
    semua sahabat2 ku, ini isu yg tak akan berkesudahan.Masalah mat rempit dulu org panggil mat motor tapi semua tu same jer name yg main peranan kebanyakkan budak melayu yg beragama islam.Alasan kesalahan semuanyer berpunca dari rumah ibubapa tak larang,bila keluar rumah cakap ketua kampung tak larang,bila masuk pekan kate polis tak ambil tindakan tapi itu semua salah sepatut nyer masyarakat patut ambil perhatian.Apa yg patut dibuat? itu persoalan nyer…….Kekadang tak boleh nk buat ape pun itu juge jawapan.Polis tangkap masuk lokap ,keluar esok dia buat balik.Kerajaan buat trek lumbe moto tapi bape kawasan yg ade? Kekadang tanah persendirian jadi mangsa tu pun kerajaan kacau juge, abih tu nk main dimane? Main di jalan raya org komplain,main di kawasan perumahan kene baling kayu,main di kawasan hutan skit pun ade org komplain polis dtg tangkap masuk lokap balik? Nampak kan ape jalan penyelesaian mcm takde kan.Polis nih selalu kene teruk dgn masyarakat sebab jika salah tangkap kene anak “Datuk” pulak hah malu alah lepas balik……
    Mak bapak yg tak faham pun 1 hal dtg balai polis serang tak tentu hala konon anak nyer baik ishhkk aku nyampah betul org tua jenis ni.Kalau kita tengok dari segi lumba halal pulak byk sgt karenah birokrasi ini bukan citer kosong ye, aku sendiri alami nk tau ape sebab nyer fon aku dan sembanglah di no ni 0142518806 .Kementrian belia dan sukan konon nye nk satukan kelab permotoran di malaysia dibawah satu name, itu pun belum tentu berjaya sape yg kemaruk dgn susidi boleh lepak bawah kementerian nih nanti korang tau la ape jadi.Sebenarnyer kita masih belum berjaya puaskan hati belia2 kita masih belum.Bukan dari segi masalah rempit je tapi dlm semua aspek.Asyik dgn laungan ingin maju tapi pemikiran masih di takuk lama.Wahai para pemimpin dan masyarakat sedarlah yg kita masih lemah dan byk benda yg harus diperbaiki.Jgn menuding jari sesama sendiri kerana sikap sebegini lah yg menghancurkan masyarakat,sebalik nya jadi lah insan atau masyarakat yg perihatin tentang semua masalah yg dianggap kurang baik didalam diri dan masyarakat .Dalam kehidupan yg serba moden kini kita harus sedar siapa diri kita baru lah boleh bantu masyarakat.Korang takkan faham ape yg aku nyatakan disini ,jadi aku nk korang berfikir ape yg terbaik utk masyarakat.Ingat satu perkara jgn lagi menuding jari kearah yg tak pasti comform masalah tak selesai
    wasallam

    Reply this comment

  4. YaMaHa BEST says:

    aku ikhlas bg cdgn ni.

    ku cadgkn
    PDRM-pasang spy rempit, kenali mat2rempit & tangkap.mase roadblock sape2 yg lari dr sekatan,trus kejar ngn kdaputih & selit kayu kat tayar depan matrempit.

    TDM-tarok sharpshooter kat lokasi strategik. mane2 mat rempit yg sengaja wat aksi bahya, trus tembak tangki minyak motor die bg meletup. memang lumayan kalo moto tu tank die besar mcm RXZ or TZM

    BOMBA-kenali lokasi mat rempit slalu wat race, mase tgh race, sembur air kat bdk2 tu bg jatuh. Lg best lintangkan tangga yang bole expand tu kat tgh jalan mase diorang dh dekat.

    RELA-lepas ni xyah pakai cota lg la nak libas2 mat rempit. guna parang mancah anak kayu yg pnjang sedepa pn dh cukup.

    aku dpt ilham ni mase aku kene fuck(isyaratlucahtgn)
    ngn mamat rempit sbb aku perhatikan moto mamat tu mase kat trafic light.

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    la ye ke tu la pasal, kurang ajar btol kan mat rempit ni… maybe mak bapak dia tak ajar kot. aku tak nak digelar mat rempit, hina gila siut gelaran tu. mak ayah aku tak ajar jadi mat rempit.

    wassalam

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum
    baik tunggu jer di spg nk kuar tmn lagi mudah , 1 hari satu tmn ,1 hari satu kg. lelama aman skit jalanraya
    wasallam

    Reply this comment

  5. MrBoB says:

    salam.. ntah la.. susah kalau nak membendung masalah mat rempit nie.. hanya diri dorang sendiri jew yang bule mengubah diri dorang.. tu pon kalau ade kesedaran diri.. maybe dorang akan berubah dalam usia 25 keatas kot.. maybe lepas kawin.. huhuhuh.. pasal kebiasaannye mat2 rempit nie dalam lingkungan usia 16-25 thn.. umur2 cam nie ‘crisis identity’. this is my opinion..

    PeacE

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    yup aku setuju… biasa nanti bla diorang dah tua diorang akan jadi otai la kan. bagi nasihat untuk generasi akan datang… ala zaman remaja biasa la tu kan.

    wassalam

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum
    Selalu nyer badan dah patah 8 baru nk insaf hu….hu….hu….
    wasallam

    Reply this comment

  6. Isu renpit ni mendedahkan kepincangan pendidikan di peringkat keluarga. Lihat didikan org sekarang dan org zaman dulu bnyk perbezaan.

    Dulu anak kena tempeleng ngan cikgu (aku biasa alami) sekarang tak boleh.

    Sebab tu remaja sekang jadi semakain ‘berhantu’. Namun masih belum terlambat. Utk generasi akan dtg mak bapak perlu sedar akan kepincangan yg berlaku ni.

    Kalau tak sedar …. mat rempit akan jd ‘barah’ dlm era globalisasi macam sekang ni.

    Ingat didikan yg hanya berteraskn duniawi tdk akan menyelamatkn keadaan ini melainkn pengisian spritual serta rohani baarulah keadaan remaja kembali tenteram dan damai.

    PS: Hati yg runsing dan sakit bukan kita lepaskn dgn perasaan tensiom dan marah sbb syaitan dah bersarang dlm diri seseorg insan. Tapi basuhlah dan padamkn api syaitan durjana dgn NUr Al-quran kerana inilah ubat yg paling mujarab yg bukan org tak tahu tapi sengaja di tinggal2kn kerana nafsu syaitan telah menguasai diri.

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as….kum
    cerita bab tempeleng nih aku mmg biasa kene mase sekolah dulu,lepas tu balik umah takut nk citer pade bapa aku sebab mungkin akan kene tempeleng lagi skali, itu citer sedikit sebanyak tentang zaman remaja
    wasallam

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Samalah macam aku dulu… kalau bg tahu alamatnya
    dpt ‘ubat tambahan’ la jawabnya.

    Bg aku org sekarang dh terlebih pandai sbb bila
    anak buat jahat dia ingatkn anak dia dah baik sgt
    smpai tak nak org lain termasuk cikgu merotan anaknya.

    Inilah sikap ‘b_d_h sombong’ yg wujud tanpa kita
    sedari.

    Org sekarang anggap duit boleh beli segala2nya.
    Baik dr segi didikan mahupun kebahagiaan. ‘Pelihara”
    anak tak gunakan akal fikiran tapi guna duit utk
    upah sana sini yg kononnya anak dia akan kd baik.

    Tapi silap. ‘Anakku Sazali’ zaman moden akan
    berulang percayalah….

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…..kum
    Contoh nyer sekarang ni ramai remaja yg tak boleh kene kondem ,tapi bile tak kondem berlagak perpect dah tu tak pasal2 org lain jadi mangsa …………tul tak
    wasallam

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Kt mane lg cth yg dia dpt melainkan org tuanya
    yg tak mendidik didik seperi yg Allah amanahkan kpd
    setiap ibu dab bapa.

    YaMaHa BEST Reply:

    tambah skit

    kdg2, ibu dan bapa pn dah buat mcm yg orang-orang dulu wat, tapi kalau dah “bergudul”(orang jawa kata=degil) so tak dapat la nk bentuk apa yang diharapkan.

    penerimaan org/bdk2 skrg berbnding dulu dlm mncari keseronokan mmg berbeza.

    orang dulu lebih memikirkan mase dpan bila tgk negara yg baru nk membangunan.
    bdk skrg ni plak syok sndiri dgn kemajuan yg dicapai.

    yg merempit tu kebanyakannye bkn ank org senang pn. kdg2 kita yg tgk ni pn kesian dgn diorang.

    org dulu bermotor sbb nak memupuk “semangat setiakawan” & minat. tp skrg bermotor sbb nak memupuk “semangat sedia berlawan”

    Biarlah. kalo adik aku merempit, taula aku nak wat ape

    wslm

    Reply this comment

  7. arm says:

    yup. da lame aq tak on.. but isu mat rempit ni macam sengaje dinaikkkan.. ade propaganda kot.. sebab, sume yg bekaitan moto dikaitkan rempit. hari tu dekat seremban.. 3 kali aq round terminal, 3 kali le aq kne tahan.. polis skang da prejudis ngan sume mat moto.. cume yg da bejanggut n nampak kaki masjed je dye lepas… came on lor.. we are malaysian what.. (yusry kru kate..)

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as…kum
    kalau takde salah ape nak takut dgn polis diorang pun manusia mcm kita gak
    wasallam

    Reply this comment

    LC_Penyu Reply:

    apa kata lain kali kau kuar pakai kain pelikat baju melayu letak kupiah dalam raga..msti polis tak kaco punya..hahaha

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    ala ko buat bodo je jumpa diorang.. klo diorang tahan ko berhenti la….. lagipun ko yak salah kan nak takut ape…. lagopun la ni isu ragut tgh panas sebab tu smua motor dia tahn..

    wassalam

    Reply this comment

  8. Adam says:

    Pihak berwajib boleh main peranan. Jangan terlalu mengharap kepada kempen itu dan ini. Banteras sehabis-habis, laksana undang-undang.

    Reply this comment

    YUS LC bekas mat rempit Reply:

    as……kum
    Aku sokong ko bro ,cuma pade habis-habisan mmg tak boleh he….he…..he……
    wasallam

    Reply this comment

  9. izzat88 says:

    np dulu mat rempit lain ek..dulu gila moto ja..la dah gila ragut lak..huhuh

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    Yg meragut tu mat ponex diorang ni la yg rosakkan name2 bikers dimalaysia kalau jumpe belasah je jgn kasi can
    wasallam

    Reply this comment

  10. kiwi says:

    Mat Rempit…Klo ada kerjasama dari orng sekitar…(Masyarakat prihatin) gejala Mat Rempit ni ble di atasi jika atau jalan yang besar itu di kecilkan…atau timbus semula jalan alang2 biar Rempit itu merempit di hutan atau laut ja…Bab sudah di beri peluang merempit di litar tak mo.

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as..kum
    kalau ade budak2 main motor tipon je polis biar pihak yg berwajib laksana kan tugas itu baru masyarakat perihatin,sebab merempit ni kategori hobi cam memancing gak
    wasallam

    Reply this comment

    kiwi Reply:

    ye betul…

  11. kiwi says:

    Peranan ibu bapa itu adalah yang utama penting apatah lagi guru di sekolah, mereka sepatutnye mempunyai ciri2 yang prihatin, penyayang dan ambil tahu terhadap anak2 atau pelajar kerana semuanye bermula dari situ oleh itu kesempurnaan perhubungan keluarga adalah asas kepada pembentukan anak2 membesar dengan sehat.

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as..kum
    Pandai pun
    wasallam

    Reply this comment

  12. kiwi says:

    Ble gak beratkan lagi dendanye…jika di sabit kesalahan merempit…jika dendanye setakat ikat jamin secara bayaran sahaja bagi mat rempit mungkin wang bukan masaalahnye…bab katakanlah mereka ini dari golongan yang berada tapi keluarga broken yang dia ada cuma wang sahaja family entah ke mana dan di mana dan apabila bayaran sudah di jelaskan semestinye pengalaman pertama merempit akan menjadi yang seterusnye. Ada baiknye diambil penekanan terhadap Ibu dan Bapa atau mereka yang baru ingin melangkah ke alam perkahwinan.

    Menghadkan kelajuan kenderaan iaitu menyediakan perkhidmatan polis Traffic bagi setiap sudut agar jalan raya sentiasa terkawal…dan mat rempit dapat di kesan

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as..kum
    Aku cadangkan satu pulau yg ade trek tangkap je mat2 rempit ni dan humban je kesitu kasi satu motor biar dia race sampai penat ,ok tak?
    wasallam

    Reply this comment

    kiwi Reply:

    Masaalahnye mereka tak suke pulau…pe kate humban dan pakse mereka ke Litar ikut c Alex…

  13. kiwi says:

    Cikgu kami telah bagi tugasan yang bertajuk Mat Rempit….pendapat saya sebagai pelajar Tajuk ini amat baik untuk mana2 pelajar untuk mengenali apa itu Mat Rempit kerana dlm menyediakan tugasan itu saya mendapat banyak maklumat dari kaca telivision, keratan akhbar mahu pun dalam internet ini di mana punca ? kesan ? dan cara untuk mengatasi Mat Rempit ini. Dari sudut maklumat yang saya dapat dan baca mengenai isu ini kebanyakannye pengalaman dari golongan remaja yang terlibat Mat Rempit ini berpunca dari ahli keluarga yang tidak amik peduli tentang mereka.

    Cuba klo ada Movie yang berdasarkan Mat Rempit ini. Katalah Seorang raja/wira bike kat litar di mana dulunye ia seorang anak yatim yang tak punya harta dan tempat tinggal hanya punyai kunci dan motosikal usang yang tercalar2 milik bapanye yg di gunakan untuk berniaga sebelum di langgar oleh Mat Rempit time dia masih bersekolah dan dia pula minat gila dengan motosikal dan bercita2 m’jadi raja bike 1 ari nanti, dan apabila b’jaya mgapai impiannya di litar bike… tiba2 ingin drive sendiri atau merasa sendiri bagaimana perasaan drive motor yang canggih dan smart kat lebuh raya kerana sejak kematian bapanye ia tak pernah memandu di jalan raya ceh wah…tiba2 bertemu plak ngan Mat Rempit ke…dan bermula la cerita…Mat Rempit jadi Mat Cemerlang..

    Reply this comment

    Yus LC Reply:

    as…kum
    buat je lah ape yg ko tahu janji rock
    wasalam

    Reply this comment

    alieya Reply:

    wahhhh ko bercerita ke ape ni panjang gila… ala dulu yuzy pun rempit juga tgk sekarang dia dah berjaya dah boleh bawak team lagi pi racing. nntah2 rossi pun dulu rempit juga la ni dah jadi juara dunia

    Reply this comment

Leave a Reply