Kawasaki KSR 110 Mini Supersport

Tahun 2009 Kawasaki memasarkan produk CKD mereka iaitu sebuah model mini supersport berkapasiti enjin 110cc. Sistem yang dikatakan hebat oleh Kawasaki iaitu KACR (Kawasaki Automatic Compression Release) dapat memudahkan enjin apabila dihidupkan dengan penghidup kaki.

Fork depan “Upside Down” dikatakan beri keseimbangan dan kawalan lebih mantap dan prestasi terbaik.

Enjin mempunyai kuasa yang lebih hebat jika dibandingkan dengan berat motosikal itu sendiri.

Kemantapan suspensi belakang (Uni-Track) yang menjamin pengedalian meyakinkan dalam pelbagai situasi tunggangan.

Teknologi sistem pengudaraan brek depan belakang memberi kuasa efektif pada keberkesanan ketika membrek dan menjamin keselamatan penunggang.

Sistem KCAR untuk kick starter yang memudahkan enjin dihidupkan pada sebarang keadaan samada waktu awal pagi mahupun cuaca sejuk.
KSR110 SPESIFIKASI
ENJIN
Jenis Penyejukan udara, 4-lejang, Silinder
tunggal, SOHC, 2 injap
Isipadu 111 cm³
Gerek & Lejang 53.0 mm x 50.6 mm
Nisbah mampatan 9.5:1
Prestasi a) Kuasa maksima 5.8 kW {7.9 PS} @ 8,000 rpm
b) Tork maksima 8.1 N?m {0.82 kgf?m} @ 6,000 rpm
Sistem bahan api Carburetor: KEIHIN PB18
Sistem penghidup Penghidup kaki
Sistem pencucuh Bateri dan gegelung (dengan transistor)
Pelinciran Pelinciran berpaksa (takungan basah)
PEMACUAN
Transmisi 4-kelajuan, Sambungan sejajar,
Penukaran balik
Nisbah gear Pertama 3.000 (36/12)
Kedua 1.937 (31/16)
Ketiga 1.350 (27/20)
Keempat 1.086 (25/23)
Nisbah pengurangan akhir 2.066 (31/15)
Klac ‘Centrifugal’ dan cakera basah
berbilang
KERANGKA
Jenis Tiub, Kerangka belakang
Lereng (sudut condong) 26°
Tayar a) Depan 100/90-12 49J Tanpa tiub
b) Belakang 100/90-12 49J Tanpa tiub
SUSPENSI
Depan Fork teleskopik ‘upside-down’
Belakang Lengan ayunan
BREK
Depan Cakera tunggal
Belakang Cakera tunggal
DIMENSI
Panjang keseluruhan 1,670 mm
Lebar keseluruhan 705 mm
Tinggi keseluruhan 995 mm
Jarak roda 1,165 mm
Kelegaan jalan 225 mm
Ketinggian tempat duduk 750 mm
Berat tanpa muatan 85 kg
Muatan bahan api 7.3 litres
Sekian
Wira DuniaMoto
bpe rege pasaran ksr minisport ni?agak2 leh trade ke ngn ex5?
Reply this comment
alexander kauchi Reply:
December 13th, 2009 at 10:15 pm
boleh la, aku trade in 2 biji motor aku tau,, motor kris dan ex5 aku aku trade in untuk dapatkan motor kips ninja nie tau,aku dah lenjan 160km takldehal bro
Reply this comment
RiderFz Reply:
December 13th, 2009 at 10:38 pm
Yg ni bukan keluarga Kips bro, mini sport je..bolela top speed dlm 110-120kmj
try survey kat kedai ar…
Reply this comment
salam….
motor ni ada full loan,sila rujuk website sifu di http://www.masterbikers.com.
cuma harga mahal sikit lah,tapi sifu dah bawa motor ni dkt 3 bulan,memang sedap gila lah bila panjat kaki lima jln dan tangga2, lagi2 trafik jam masuk celah… FUYOOOOOOOOOOOOOO…
Reply this comment
hafidz_bob Reply:
April 17th, 2010 at 12:10 am
sifu.. brapa otr moto ni
Reply this comment
moto ni blh x nek 2 org..
sy brat lam 70 bini sy 50 agak2 blh x…
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
December 23rd, 2009 at 6:11 pm
as..kum
boleh je nona , sedangkan kapcai 70 pun leh bawa org yg lebih besar
wasallam
Reply this comment
RiderFz Reply:
January 3rd, 2010 at 8:34 pm
Sit x cukup utk dua bontot..haha
Reply this comment
salam, ada tak picture motor dah makeup?
Reply this comment
baru je trade-in naza gtr aku ngn ksr ni… alasan tukar sbb kaki xbape smpai nek gtr 2…maklumla, tggi aku juz 160cm je…he3. akesesori moto ni byk n leh convert mcm2 woo…
Reply this comment
Saya dah bayar pendahuluan RM 500 di Autocity Juru Penang pada awal Disember utk KSR 110 Putih dan sampai Januari 15 ini masih tak dapat. Review yg adad kat sini tak cukup maklumat, Insya Allah dah dapat nanti saya tulis panjang-panjang dan penuh makna utk tatapan peminat KSR 110. Angan2 saya nak tukar cylinder head upgrade ke 175cc tapi kosnya RM 3k
Reply this comment
salam…sape2 kat sini leh share picture & pendapat utk make up+upgrade performance ksr x?
Reply this comment
best x motor kawasaki KSR mini sports ni?
Reply this comment
Yus LC tidak merempit lagi Reply:
April 8th, 2010 at 6:21 pm
as…kum
Tak sesuai utk org yg tinggi , nanti lengoh kaki
wasallam
Reply this comment
come come lai lai join us !
http://www.myksr.net
untuk info yg lebih dan sebarang soalan boleh kunjungi kami
Reply this comment
Moto ni dah tgok kt kdai engin lbih kurang macam engin kriss 1
Reply this comment