DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Kenali Tayar Motosikal Anda

Ya!… anda mungkin tersenyum membaca tulisan saya pada kali ini…supaya anda kenali tayar motor kesayangan anda.

Tapi awas!!!…..

Pernahkah kita terfikir bencana yang akan menimpa disebabkan oleh tayar!

Ramai di antara kita yang mengabaikan perihal tayar.Cuma yang diambil tahu hanyalah bunga tayar dan angin tayar samada kurang atau terus kempis.

Mari saya bawa anda berbicara perihal tayar :)

Tips #1

Perasan setiap kali kita membeli tayar baru ada terdapat nombor dan apa saja tulisan yang terdapat pada bahagian sisi tayar.

Ya ramai dia antara kita hanya membaca jenama atau saiznya sahaja tapi sesuatu yang penting iaitu kod pembuatan yang memberi maklumat bilakah tayar itu dibuat tidak kita perasan.Sebenarnya terdapat empat angka yang dikurung dengan tanda ‘aterisk’ sebegini *xxyy*.

Huruf ‘xx’ merujuk kepada minggu tayar tersebut dibuat.

Huruf ‘yy’ merujuk kepada tahun tayar tersebut dibuat.

Masih tak faham :) baiklah contohnya begini kod *2507* bermasud tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 iaitu bersamaan dengan bulan julai(lebih kurang) dan pada tahun 2007.

Jadi awas jangan terpedaya dengan tawaran harga murah dari mana kedai yang menjual tayar.Sebagai panduan untuk kita kongsikan bersama tayar kenderaan kebiasaanya cuma dapat bertahan selama tiga tahun sahaja dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sebab itulah saya katakan jangan terpedaya dengan tawaran tayar baru berharga murah kerana dikhuatiri tayar tersebut sudah menghampiri atau melebihi had masa tiga tahun.

Begitu juga dengan tayar ‘second hand’ sememangnya tidak cukup selamat untuk kita gunakan sekiranya faktor usia tayar kita ambil kira maklumlah motosikal hanya bergantung kepada dua roda.

Tips #2

Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.

Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.

Tips #3

Selalu- selalulah kita membelek tayar motosikal kita terutama ketika mencucinya.Buangkan batu-batu kecil,dawai atau bendansing yang terlekat di celah alur bunga tayar.

Periksa kesan rekahan atau benjolan kerana itu menandakan tayar tersebut telah mengalami kerosakan dalaman yang boleh membahayakan.

Keadaan ini terjadi mungkin akibat melanggar tebing tinggi atau lubang yang kuat ketika menunggang di jalan raya.

Baiklah saya berhenti setakat tips yang ke-3 dulu :) supaya anda tidak jemu membacanya.

Saya akan  sambung tips yang seterusnya pada tulisan yang akan datang.

Sekian.

Related Posts

  1. Kenali Tayar Motosikal Anda #2
  2. Cara mudah jimatkan petrol anda.
  3. Motosikal Satu Tayar?

5 Responses to “Kenali Tayar Motosikal Anda”

  1. zul says:

    situasi : tyre LC original mmg kurang cengkam ke?

    mase tu hujam dlm perjalanan gua balik ke kampus.
    tiba di simpang agak2 kat pantai balok, kuantan. lampu hijau…timing baik gua pun terus meluncur…tiba2…gua senggang(rebah) sbb tyre licin…time tu gua dah slow sikit dlm 70KM/J gitu…slow lah…seingatnya x brek pun…tyre belakang mcm hilang cengkaman pdehal x tukar pun dgn tyre lain…huhu komen anda? mujur time tu gua pakai jaket kulit (RM99), dgn galas beg. x cedera pun. cuma ekzos moto je calar sikit…

    Reply this comment

    aku ni... Reply:

    dah ari ujan..jaln licin la.. pulak tu..kan keadaan permukaan jalan tempat ko berbeza ngan tempat aku (pasal aku lap 80km/j ok je). ha3..jgn marah a..

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    komen aku mujur ko pakai jaket mahal… tu sekurangnya dah selamtkan ko dari kcederaan serius….

    wassalam

    Reply this comment

  2. YUS LC bekas mat rempit says:

    as….kum tayar ape pun kalau dah layan ujan silap2 itu lah juge akibat nyer
    wasallam

    Reply this comment

    alieya Reply:

    askum

    huuhuh btol la… tak nak jatuh pakai motor tayar 3 nak lap maut pun sure boleh

    wassalam

    Reply this comment

Leave a Reply