Konvoi Motosikal Terbuka 2009

Salam bro sekelian,

Pertama sekali saya mohon maaf sebab ramai yang tanya kat mana detail terperinci mengenai konvoi motosikal yang bakal diadakan.

Sebenarnya Maos dah tulis di dalam artikel perjumpaan hari tu. Cuma saya lupa nak paparkan semula dalam bentuk artikel untuk memudahkan bro sekelian membacanya.

Ok di bawah ni saya tulis semula maklumat lanjut berkaitan konvoi tersebut.

  1. Tarikh Konvoi: 1hb-2hb Mei 2009 bersamaan 2 hari 1 malam.
  2. Hari: Jumaat dan Sabtu.
  3. Tempat Tuju: Cherating, Kuantan Pahang.
  4. Penginapan: Akan diberitahu kelak.
  5. Perbelanjaan: Sendiri.
  6. Risiko: Tanggungjawab sendiri.
  7. Pendaftaran: KLIK DI SINI.

Cadangan Perjalanan.

  1. Semua peserta konvoi dari Kuala Lumpur dan Selatan akan berkumpul di Tol Gombak berhampiran dengan UIAM.
  2. Semua peserta konvoi dari Utara boleh terus ke Cherating atau boleh menunggu peserta dari Selatan di checkpoint (akan diberitahu)  yang berada dalam laluan konvoi.
  3. Kemudian konvoi akan terus menuju ke Lebuh Raya Karak menghala ke Kuantan.

Aktiviti Cadangan pada hari Jumaat.

  1. Sampai ke destinasi konvoi akan berehat seketika dan bermalam di salah sebuah chalet di Cherating (akan diberitahu).
  2. Kepada yang berminat makan Satar boleh mengikuti konvoi ke Kemaman, Terengganu sambil ronda-ronda di sana.
  3. Pada sebelah malam semua peserta akan berada di chalet untuk mengadakan aktiviti BBQ sambil bersantai.
  4. Akhir sekali konvoi akan mengadakan sesi taaruf.

Aktiviti cadangan pada hari Sabtu.

  1. Selepas solat Subuh semua peserta akan menyertai sesi senam robik dan sarapan pagi.
  2. Ya badan segar apa lagi mandi lautlah.
  3. Tengahari semua peserta check out dan pulang ke destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tulis diruang komen di bawah atau telefon saudara Maos 019-3145615. Satu lagi perjumpaan akan diadakan antara saudara Maos dan peserta konvoi bagi menetapkan perkara-perkara yang belum diputuskan.

Di harap semua peserta akan memberi kerjasama penuh komitmen bagi menjayakan konvoi kali ke-2 ini. Ini merupakan langkah seterusnya untuk pemilik-pemilik motosikal meluaskan aktiviti bermotosikal tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Semoga apa yang dirancangkan akan diberkati olehNya.

Pengumuman Penting.

  • Kepada peserta konvoi dari Utara (Kuantan dan Kemaman) di harap boleh hubungi saudara Maos dengan segera. Bantuan dan sokongan dari anda amat diperlukan.

Sekian

Wira DuniaMoto

This entry was posted in Aktiviti Bermotosikal and tagged , , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Konvoi Motosikal Terbuka 2009

  1. Update Terkini.

    Peserta yg berdaftar dah ada 15 org. Harap
    Maos dh terima emel yg aku forward.

    Maos boleh kontek diorg utk sebarang
    rundingan.

  2. Dakjaat says:

    aku nak jer ikut g cherating .. tapi motor baru ni aku tak berani plak .. maklumlah first time guna LC .. agak kalut sikit bila nak tukar gear.. kang korang tinggalkan aku kat belakang .. habesss arrr! hahahaha! before this aku naik scooter karisma jer… huhuhu! tu pun dah banyak masalah motor tu sumbangkan kat aku ..

    kalau ada konvoi ke tempat2 yang dekat.. seperti melaka atau yang lain .. aku boleh jer ikut .. ni sampai ke kemaman . .ehheheh! tak berani gue… =)
    pape pun all the bestt!! !

    • alieya says:

      hahahahha dakjaat sama la kita. aku pun dulu pakai karisma juga siap aku custom lagi cantik lak tu. jap lagi aku jual karisma tu aku ambik LC.. aku jual RM2000. dah 6 tahun tu aku pakai… aku bli LC ni pun kat johor dpat harga cash RM6300. pas tu dapt rebat lagi RM150…

    • Dakjaat relak jgn gabra… konvoi bukan tempat race
      kita nk pergi sama2 dan sampai sama2….

  3. bLaNk says:

    yo..aku bru bli lc..
    nk join tp x kompem..dh isik borg..
    jgn mare ek kalo x jadik..

  4. wkl786 says:

    cya la…
    wa mesti ikut…

    • YUS LC bekas mat rempit says:

      as…kum
      mmg dialu-alukan ramai utk pergi konvoi jgn lupe ajak kenkawan skali kalau boleh isi borang pade page yg disediakan,supaya senang arangge tempat penginapan
      wasallam

  5. Update terkini peserta konvoi
    yg berdaftar secara online.

    Jumlah keseluruhan 34 orang.

    Sekian.

  6. wkl786 says:

    dah….
    wa bwk 6 org…..
    bini wa pn join skaki….

  7. bLaNk says:

    agak2 bpe kilo??nk bajet duit minyak a..huhu

    • YUS LC bekas mat rempit says:

      as…kum
      dlm rm60 dah cukup bro tapi bawa spare minyak dlm botol takut nanti sampai tengah jalan tak cukup takde ngelabah sgt
      wasallam

  8. Semua peserta boleh dapatkan stiker dengan bayaran RM5 dari Arnip ditempat permulaan konvoi iaitu perkarangan stesen minyak Shell sebelum masuk ke Tol Gombak.

    Harap Maklum.

    • YUS LC bekas mat rempit says:

      as….kum
      makne nye aku tunggu are nip balik dari konvoi baru boleh dpt
      wasallam

  9. alieya says:

    askum sebab tu aku rasa konvoi kali ni best…. dah mcm family day dah… ape yang penting kerjasama… kita dapat eratkan silaturahim yang tua dan yang muda. banyak nasihat n pandangan dari org lama2 ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>