Lagi-lagi berita Mat Rempit
Salam sejahtera pembaca dunia permotoran selamat Hari Raya Korban saya ucapkan.Ada yang buat korban tak tahun ini.Kalau ada syukur Alhandulillah….
Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis artikel berkaitan Mat Rempit.Tak habis-habis diorang ni buat hal.Apa nak jadi anak bangsa saya sendiri.Sedih dan marah pun ada memabaca keratan akhbar hari ini.
Bukan sahaja terlibat dengan gejala tidak sihat di jalanan tetapi terlibat dengan membunuh,dadah,seks bebas dan merompak.Seolah-olah cukup ‘complete’ kejahatan yang mereka lakukan.Mengapa.?..mengapa? dan mengapa?.
Kemanakah pergi ibu dan bapa mereka tatkala mereka melakukan perbuatan tidak bermoral ini.Saya teringin sekali berjumpa dan berbual dengan ibu-bapa mereka ini sekiranya ada kesempatan.Apakah mereka langsung tiadak ambil ‘port’ perbuatan anak-anak mereka?
Ya! sekiranya anda salah seorang dari mereka ini sila komen di blog permotoran ini.Silakan saya sedia paparkan apakah masalah yang berakar di dalam keluarga anda.
Mari kita semua membantu antara satu sama lain menyelesaikan masalah yang semakin runcing ini.Pihak berkuasa seperti polis telah membuat bermacam operasi tetapi seolah-olah mereka tidak menghiraukan tindakan keras yang bakal diterima.Mungkin hukuman rotan yang diwar-warkan sebelum ini elok dilakukan di khalayak ramai baru mereka sedar.
Apa yang pastinya tidak ada langsung kesedaran dalam diri mereka ini walaupun berbagai tindakan telah diambil.Saya amat mengalukan-alukan bekas-bekas Mat Rempit yang kini telah kembali ke pangkal jalan untuk meluahkan isi hati mereka di blog ini dan bersama-sama saya membantu rakan-rakan kita di luar sana.
Apa salahnya tukarkan aktiviti yang tidak berfaedah itu kepada aktiviti yang befaedah seperti belajar membina blog dan belajar mencari pendapatan di internet.Maaf bukan skim cepat kaya yang saya maksudkan ye.Gunakan kemudahan-kemudahan yang ada di internet sekarang ini untuk mengelak dari melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.
Ayuh saya cabar anda wahai Mat Rempit sekelian.Buktikan kepada masyarakat yang anda sebenarnya boleh berubah menjadi manusia berguna.
Sekali lagi saya menjemput mana-mana Mat Rempit yang ingin meluahkan isi hati memberi komen di blog ini.Mari saya cabar anda.
Sekian

Mat Rempit ni elok sangat dirotan di khalayak ramai betul tak?
Reply this comment
salam,nama saya azlan,sekarang ni berumur 25 tahun la..disini saya nak berkongsi pengalaman saya pernah menceburi bidang mat rempit ni dari sejak umur saya 15 tahun..terus terang saya cakap yang mat rempit sekarang tak sama macam mat rempit dulu..dulu kita dipanggil mat motor bukan mat rempit..dulu cukup berbeza ddengan yang sekarang ni..salah satu faktornya mungkin disebabkan oleh faktor budaya sekarang yang ingin tahu “SIAPA YANG LEBIH HANDAL” ibarat rusa bertempur ingin mendapatkan pasangannye..saya berhenti dari kegiatan ni pun disebabkan saya pernah alami satu kemalangan yang hampir meragut nyawa saya,dari situla saya sedar yang merempit ni tiada faedah nye..kemana lelaki….??????dah tentu jawapanye ke alam barzagh..sebab banyak yang meninggal dunia diatas jalan raya..sampai sini dulu,nanti saya sambung di lain hari..salam hormat dari saya…
Reply this comment
Salam Azlan;
Satu peringatan yg baik dari saudara.
inilah yg bangsa,agama dan negara mahukan.
Syabas buat anda.
Reply this comment
membunuh,dadah,seks bebas dan merompak
yang bukan mat rempit pun buat semua itu? tapi kenapa yang kita nampak golongan itu sahaja?
Reply this comment
DIORANG KURANG DIDIKAN AGAMA LAH TU TERDESAK DGN HAL DUNIAWI…..
Reply this comment
as….kum
Kalau nak race jom kita buat sukan rakyat dtg je tempat aku
wasalam
Reply this comment