Laporan Konvoi Yamaha 135LC
Salam sejahtera semua sahabat sekalian.
Akhirnya kesemua foto konvoi yang telah saudara Maos kirimkan telah berjaya diupload kesemuanya di blog ni.
http://duniamoto.com/permotoran/koleksi-foto-konvoi-yamaha-135lc
Selain tu bro semua boleh klik bahagian bawah header perkataan “Gambar Konvoi Terkini” untuk melihat koleksi foto konvoi yang berlangsung pada 25 Jan 2009.
Jadi di bawah ni saya sertakan laporan yang telah Maos kirimkan kepada saya.

Laporan dari Maos,
Salam semua bro LC,
Ni sedikit laporan konvoi LC kita ke cameron hari tu.
Pegi 21 motosikal 22 peserta termasuk satu RXZ, satu 125Z dan 1 FX125.
Dari Melaka, 6 orang, Sungai Besi (abang askar) 5 orang, 1 Banting, 1 Kelang, 2 Perak, 1 KL dan 6 dari Rawang (geng MAOS). 7.30 pagi, kumpul di Tol Rawang, gerak dan singgah di R&R Rawang. Isi minyak dan gerak sampai R&R Tapah.
Isi perut dan isi minyak LC. Gerak lagi menuju tol Simpang Pulai. Dalam perjalanan hujan turun, singgah di Petronas 5km lagi ke Tol Simpang Pulai. Kumpulan konvoi kita jadi perhatian juga kat situ. Agak lama berhenti dan kemudian gerak lagi ke Tol Simpang Pulai.
Bergabung dengan peserta dari Perak. Isi penuh minyak LC dan gerak ke Cameron. Jalan ni lebih kurang 105km ke Camerom Highland. Cabarannya, mendaki, jalan licin, kabuss tebal, hujan dan minyak cepat habis kerana pendakian berterusan sedangkan setesen minyak hanya ada di Cameron Highland sahaja. Risau juga sket, dan kami semua kesejukan yang boleh tahan juga rasanya.
Sampai di Cameron, jalan jem, ramai orang bercuti di sana. Polis trafik buat kawalan jalan, ada bro kita yang tak ada side mirror buat U turn sebab seriau tengok trafik kat tengah jalan tu, yang lain stedy je. Setelah semua lepas, kami isi minyak dan makan tengahari.
Kumpulan konvoi terpaksa jogging nak panaskan badan. Masa kami makan, LC dijaga oleh seorang lelaki India yang bisu, tapi ada HP, boleh jawab HP pulak. Tu yang bro Yunus pening, bagi limau 2 biji, kuih sseketul, dia pun puas hati dan bla. Kami gelak je kerana awalnya dia minta RM4.
Terus ke masjik Abu Bakar, bersih diri, solat dan relex jap. Terus ke Tanah Rata, shooping dan bergambar kat jam besar Selamat Datang Ke Cameron Highland tu. Terus ke Lembah Teh, shooping dan bergambar sakan.
Terus ke Habu, shooping dan bergambar. 125Z kantoi plug, ganti di Ringlet, ok balik. Semua gerak balik, hujan dan jalan licin, satu LC kantoi di selekoh maut. Cedera sket, lagi menyayat hati LC baru tu…cedera gak sket.
Semua membantu dan selesai, gerak semula. Sampai si Tol Tapah, 2 bro perak berpisah ngan konvoi, sedih gak berpisah, dah seharian bersama-sama. Gerak dan singgah di R&R Tapak, makan dan relex jap. Terus ke R&R Ulu Bernam dan kumpul akhir kat sana.
Salam-salam dalam suasana gembira dan sedih skit, tapi semua berjalan lancar. Semua berdisiplin dan sangat berkerjasama. Moto bor2 kita, power2 sungguh. MAOS kagum. TQ banyak2 kepada semua yang terlibat. MAOS rancang nak adakan konvoi LC yang lagi hebat kelak.
Harap dapat sokongan. TQ WIRA.
Ok terima kasih kembali kepada Maos.
Semoga konvoi yang lebih hebat akan diadakan lagi nanti. InsyaAllah.
Sekian
Wira DuniaMoto
Tahniah pada korang! bila la agaknya aku bleh join. Tp motor dah tarak..naik keta bole?
Reply this comment
Takkan dah jual Din kenape?
Reply this comment
ntah din…
angkat baru la…bru leh join konvoi..heheh
ko kan bnyk duit..heheh
kalu bwk keta kne bwk spare tayer, spnar, ptrol backup..dll..
ala..wira pun same gak…angkat LC 1 la..heheh
Reply this comment
as…kum itu ari lagi aku dah suruh wira beli tapi tk nk dia kata seronok naik tzm
wasallam
Reply this comment
Kalau angkat satu memang boleh tapi aku tak sedap hati sebab aku dok cuma kt apartment biasa.
Risiko kehilangan adalah 90% mengikut kajian aku sendiri.
Majoriti kenalan yg dh aku jumpa kt area tmpat tinggal aku semua merasa hilang motor (jenis baru pelbagai model) kt sini.
Kunci tambahaan, pasang alarm pun kena sebat.
So aku tangguh niat dulu.
Motor yg aku pakai sekarang cuma ss dan TZM dah tak uptodate he..he..he.
Permintaaan barang panas dh slow. Syukurlah kan.
Tapi tetap waspada.
Tak yah risau tak pakai lc pun aku sayang kt korang cewaahh….:)
Reply this comment
YUS LC bekas mat rempit Reply:
March 9th, 2009 at 11:08 pm
as…..kum ape sayang2 ni geli ahhh geleman aku dengar
wasallam
Reply this comment
kongsikan blog di Direktori Blog Bahasa Melayu
Reply this comment
Wira DuniaMoto Reply:
April 23rd, 2009 at 11:38 am
Sannin kalau ye pun jgn SPAM.
Etika kena jaga, kalau tdk
rosak kredibeliti ko bro.
Reply this comment
kum aku dah check bilik tu.
bilik harga 180 boleh duduk 5 orang. lebih pun boleh.kalau nak tilam tambahan satu tilam harga rm10. kalau tgk pada bilik tu boleh tambah 3 tilam lagilah.jimat-jimat.swimming pool pun ada.nak buat bbq pun boleh.memang tepi laut.kira murah lah. hang nak bleh tempah la.harga boleh runding lagi dia kata tapi kena bincang dngan bos dia.
ni detail tentang bilik.gambar akau ada bg tu.
MUARA BEACH RESORT KUANTAN
NO TEL: 09-5834544
NO FAX: 09-5834144
HARGA BILIK:
1. STANDARD – 90 (2 ORG)
2. DELUXE: 130 (2 ORG)
3. SUPER DELUXE: 150 (3 ORG)
4. FAMILY DELUXE : 180 (5 ORG)
5. SUITE MELOR: 350 (YG NI RAMAI.SIAP ADA DAPUR LAGI)
TAMBAHAN TILAM CHARGE RM 10 PER TILAM.
KEMUDAHAN:
1.SWIMING POOL
2. BBQ
3. PAINT BALL
4.TELEMATCH PROGRAM
5. DKAT PANTAI
6. RESTAURANT
Hang tel sendiri lah.aku ada kat kuantan sampai 17 ni je.kalau nak minta tlg pe22 bg tau.lepas tu aku dah kat kuching.
SDC12460.JPG
SDC12461.JPG
Reply this comment