DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Maklumat Terkini Konvoi KDMC Ke Cherating

Salam,

Cuma tinggal 2 hari sahaja lagi konvoi KDMC ke Cherating akan bermula. Apa yang saya harapkan konvoi kali ini lebih bermakna dan berjaya. Semoga selamat pergi dan pulang semua para peserta.

Saya ada terima beberapa emel pertanyaan berkaitan konvoi mungkin disebabkan ada antara peserta yang tidak berkesempatan meluangkan masa untuk dapatkan maklumat terkini di blog KDMC.

Saya sertakan juga update dari ketua konvoi KDMC iaitu Bro Maos seperti di bawah;

MAOS
Salam semua
alhamdulillah maos dah dapat surat balasan dari bukit aman, dah dapat green light, tapi kena ikut peraturan
nanti jumaat sebelum bergerak maos akan beri taklimat
semoga konvoi kita akan berjalan lancar dan selamat
aminnnnn….

Salam semua
PENGUMUMAN PASAL KONVOI 1HB MEI
TEMPAT BERKUMPUL : PERKARANGAN SHELL PUMP SEBELUM MASUK TOL GOMBAK (YANG ADA MC-D DAN BURGER KING TU)
MASA : 0800HRS
MARSHALL SILA PAKAI FLOROSENT VEST (HIJAU KEKUNINGAN)
DOA, TAKLIMAT DAN GERAK
SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA BERJALAN LANCAR DAN CUACA OK
INSAALLAH JUMPA DI SANA
(BAWA APA YANG DIRASAKAN PERLU)

Rasanya ini update terakhir berkaitan konvoi yang dapat saya umumkan. Apa yang penting dalam konvoi adalah kesabaran, bekerjasama, berdisiplin dan berhemah di jalan raya kunci kejayaan sesebuah konvoi.

Konvoi ke dua ini merupakan perintis kepada konvoi-konvoi yang akan datang. Jadi saya dan seluruh warga KDMC mengucapkan selamat berkonvoi…. Yoshhh!!!

Sekian

Wira DuniaMoto

Related Posts

  1. Update Terkini Konvoi Yamaha 135LC
  2. Foto Konvoi KDMC Ke Cherating
  3. Catatan Dari Ketua Konvoi Motosikal KDMC – Bro Maos
  4. Konvoi Motosikal Terbuka 2009
  5. Laporan Konvoi Yamaha 135LC

3 Responses to “Maklumat Terkini Konvoi KDMC Ke Cherating”

  1. wkl786 says:

    alhamdulillah…
    moga sume berjln lancar…..

    Reply this comment

  2. wkl786 says:

    maos….
    stkt la ni…
    bpe org da register?

    Reply this comment

    Wira DuniaMoto Reply:

    Bro boleh tengok kat sini
    http://duniamoto.com/forum/aktiviti-konvoi/peserta-terkini-konvoi-ke-cherating!!!/msg494/#msg494

    Reply this comment

Leave a Reply