Mat Motor Masih Penyumbang Utama Kemalangan
Salam dan selamat sejahtera,

Hari ke empat Ops Sikap ke-20 menunjukkan angka kematian mat motor cukup menakutkan. Sejak Ops Sikap dilancarkan sejumlah 28 daripada 44 kematian keseluruhannya merupakan penunggang motosikal. Golongan kita masih jadi penyumbang utama.
Dah tak tahu nak kata apa cuma saya harapkan kita lebih berhati-hati terutama sekarang ni cuaca agak mendung dan kemungkinan akan hujan. Jadi risiko kemalangan akan menjadi lebih tinggi. Moga Allah panjangkan usia kita semua untuk bersua lagi selepas raya nanti.
Mungkin ada yang kata takde posting lain ke sekarang ni? Ya! memang takde sebab kita sama-sama fokus kepada isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya yang sentiasa hot terutama musim raya. Ada yang baca tajuk pun dah malas nak baca isi artikel namun biar kita ambil tahu setidak-tidaknya mengingatkan kita akan keselamatan di jalan raya umpama nyawa kita berada di hujung tanduk.
P/S: Saya akan pulang ke Melaka pada hari ini bersama keluarga pada sebelah malam nanti.
Sekian
Wira DuniaMoto

as…kum
Itu lah nasib penunggang motosikal di jalanraya jadi berhati-hatilah semasa menunggang balik ke kg , sebab byk vtec,vr4,mivec,sr20,4G63,RB20,blacktop,4E,4AGE,dan EJ10 merayap-rayap dgn pantas dari hadapan dan belakang anda, ingat lah diorang ni juge dulu penunggang motor laju dan berwaspadalah
wasllam
Reply this comment
sma2 la kta beringat…..
pandu cermat jiwa selamat…..
smoga slamt pulang dan slamt kembali….
Reply this comment