Mat Rempit Oh Mat Rempit

, , 19 Comments

Salam dan selamat sejahtera,

Saban hari kita asyik membaca dan mendengar kisah `Mat Rempit` yang semakin `mengganas`. Betul ke `Mat rempit ganas? Saya juga telah lama terlibat dalam dunia permotoran ni emm… boleh dikatakan mat rempit jugalah tapi takdelah buat benda-benda yang tidak elok.

Pada saya istilah `Mat Rempit` itu sendiri yang nampak ganas tetapi tidak kepada penunggang motosikal. Wah backup mat rempit nampak! Istilah mat rempit ni kalau tak silap saya lah di gunakan pada sekitar awal tahun 2000 yang pada ketika itu kehadiran model-model motosikal 2 lejang sedang berada di kemuncaknya. Tanyalah anak-anak muda siapa yang tidak kenal Yamaha RX-Z, Yamaha TZM, Yamaha 125Z dan lain-lain model yang popular pada ketika itu.

Istilah `Mat Rempit` bukanlah ditujukan kepada semua penunggang sebenarnya tetapi segelintir sahaja yang bersikap liar itulah yang menyebabkan rosak susu sebelanga. Apa tidaknya boleh dikatakan masyarakat hari ini memandang serong kepada penunggang-penunggang motosikal seperti saya. Anda juga mungkin tidak terkecuali di `cop` sebagai `Mat Rempit` sekiranya menunggang motosikal di jalanan.

Dulu saya juga berkawan dengan `Mat Rempit`. Tidak ada apa yang mereka mahukan selain dari mencari kepuasan semata-mata. Nyawa tidak penting bagi mereka walaupun menunggang secara berbahaya kerana beranggapan perkara buruk tidak akan menimpa mereka. Duit gaji habis dibelanjakan untuk mengubahsuai motosikal.

Kebiasannya di kalangan `Mat Rempit` terdapat seorang dari mereka yang mahir dalam mengubah suai motosikal. Kalau dia ni yang kena tangkap he..he.. pening la yang lain-lain tu. ` Pomen` atau mekanik `Mat Rempit` memang boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam megubahsuai motosikal terutama bagi menambah kelajuan sesebuah motosikal. Bayangkan sebuah motosikal Suzuki RG Sport boleh mencapai kelajuan sehingga 190-200km/j tanpa menggunakan komponen racing.

Saya memang `tabik` dengan kepandaiaan keberanian `Mat Rempit` ni tetapi malangnya tidak dijalan yang betul. Tidak ramai di kalangan mereka yang insaf walaupun kesedaran demi kesedaran yang diberikan oleh pihak berwajib. Persoalan hanya tinggal persoalan masalah `Mat Rempit` masih tiada jalan penyelesaiannya sedangkan kelakuan segelintir dari mereka menjadi semakin ganas sehingga sanggup melakukan pembunuhan, ragut dan rogol.

Kita semakin hampir dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tapi….. jika dilihat tingkah laku dan akhlak remaja hari ini ternyata kita lupa yang kita semakin jauh dari menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Ya! negara kita aman, kita bebas nak melakukan apa saja tapi cuba renung sejenak remaja-remaja islam di Palestin. Iraq dan Afghanistan mereka tidak ada masa untuk merempit malah sibuk dengan mempertahankan tanah air mereka yang telah dijajah. Fikir-fikirkanlah……

Sekian untuk kali ini untuk renungan bersama.

Wira DuniaMoto

 

19 Responses

    • acha

      24/01/2009 5:39 pm

      ntah le..kite pun dh nek penin paler nk pk..wat jth martabat generaC baru je dorang nie..

      Reply
  1. gonjol wak lu.....

    31/03/2009 7:12 pm

    apsal mat rempit?????
    npe x panggil rmaja yg menunggang tidak mengikut peraturan……
    kn lg tepat…..
    rempit tiada mekna pon….

    Reply
    • Zul

      31/03/2009 9:52 pm

      mat rempit…si Ketua Pemuda UMNO yang men”famous”kan mat rempit tu…
      Brovo KJ !!!!!

      Reply
  2. Zul

    31/03/2009 9:55 pm

    nak main motor mainlah…asal selamat…nie dah bawak bohsia, hisap ganja, seks bebas, langgar peraturan lalu lintas..tu dah mencemarkan golongan remaja yang lain…dan orang MELAYU umumnya..!!!

    Reply
    • qay_zrlangat

      01/04/2009 10:17 am

      salam…btol 2 zul…mat rmpit ni pnce gk ni.rmje mkin smseng…smpai nk rgut owg la,srang blai la…klo kowg(mat rempit) ssah sok t,polis gak kowg crik mtk tlong.

      Reply
      • ANN

        01/04/2009 2:49 pm

        haiii,jgn lebelkan semua mat rempet 2 teruk x semua mereka 2 telibat dgn ragut,dadah@ yang berkaitan.so kenali diir mereka dulu sebelum membuat tafsiran negatif mengenai met rempet @ minah rempet kkkkkkk

        Reply
        • qay_zrlangat

          02/04/2009 10:12 am

          salam…klo da blumbe atau bwk moto smpai mnyusah kn owg kn da x sdp mte mmndang…klo mati scare blumbe hram d kre bnoh dri,x cium bau syurge taw…mgkin x sme bdk rmpit jht…tp jgn la smpai mnggu ktentraman owg len…kte nk idop hrmoni….

          Reply
        • Zul

          01/04/2009 9:20 pm

          so apa makna mat rempit dan minah rempit sebenarnya ?
          Setakat ini Dewan Bahasa & Pustaka belum lagi keluarkan definasi secara linguastik. Jadi, pendefinasian minah rempit atau mat rempit pada pandangan umum, satu golongan yang berpeleseran, menunggang motosikal secara melulu dan cuai serta menyebabkan hazard kepada orang lain. Mat rempit dan minah rempit juga tergunapakai untuk golongan yang berbiasanya terlibat dengan aktiviti tidak sihat. So tepuk dada tanya niat.

          Rebranding lah korang punya mat dgn minah rempit. Tampilkan imej sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini dengan sebaiknya. Layan motor, layan lah jugak. Tapi ingat, Jauhi diri anda dari AZAB API NERAKA !!!

          Reply
  3. Wira DuniaMoto

    01/04/2009 8:53 am

    Topik ni makin panas nampaknya…
    Tapi di harap semua bersabar
    dan beri pendapat yg bermanfaat.

    Ramai bekas2 mat rempit yg cool
    tapi skang berusaha mengajak rider2
    baru ke arah jalan yg benar.

    Reply
    • ANN

      01/04/2009 2:44 pm

      hai….xsemua mat rempet 2 mempunyai bermasalah hanya sesetengahnya shj.mereka sebenarnya ingin kepuasan diri jeee….sbb 2 mereka sting moto bagi laju tapi jgn slh anggap x semua pg berlumba kat jln raya ada anto p litar utk berlumbe tauuuuu…& korng2 semua jgn lebelkn semua mat2 rempet @ minah rempet 2 teruk..so korang2 nak tunjuk bakat2 tependam 2 p r tunjuk kat litar2 yang halal lagi selamt..huhuhu

      Reply
      • qay_zrlangat

        02/04/2009 10:13 am

        salam…elok la klo g lumbe kt litar….mmg da lumrah bdk mude nk yg mncbar…smoge ko champion ann kt trak yg halal…

        Reply
      • Zul

        01/04/2009 9:25 pm

        Baguslah macam tu..Ann jangan keliru dengan mat rempit dgn minah rempit….Rebranding lah siapa yang terlibat dgn aktiviti pemotoran dengan satu nama yang tiada kaitan dgn mat rempit..

        Reply
    • Yus LC

      10/03/2010 10:09 am

      as…kum
      Ramai yg menggunakan moto bro kalau berpendapatan kecil jgn kerana pengguna tegar yg buat kacau yg lain pulak terkena , gunakan ayat yg tidak umum d sini
      wasallam

      Reply
  4. geng 9015

    12/04/2010 11:28 am

    rempi di jalan raya amat menyeronokkan….rempitlah time tengah malam di high way…tidak ganggu orang punya….masuk longkang masalah sendiri….

    Reply

Leave a Reply

(*) Required, Your email will not be published