Merdeka ke-53: Merdekakah Jiwa Kita?

Selamat menyambut kemerdekaan ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengunjung duniamoto khasnya.

Apakah erti kemerdekaan dari sudut seorang peminat dan penunggang motosikal. Saya tak nak cerita pasal sejarah atau isu kemerdekaan secara umum tapi nak lihat sejauh mana jiwa kita telah merdeka.

Merdeka dari apa? Bukankah kita dah merdeka!

Ya merdekakah kita jika:

  1. Masih merempit tak tentu hala tuju.
  2. Mempunyai perasaan ego dan pantang dicabar ketika di jalan raya.
  3. Selalu melanggar peraturan jalan raya.
  4. Mengabiskan wang dalam erti kata membazir kononnya motor anda akan lebih hebat dari orang lain.
  5. Mempunyai tabiat menghisap rokok ketika menunggang.
  6. Suka berpuak-puak dan memandang rendah terhadap jenama, komuniti atau kelab yang tidak sehaluan dengan anda.

Kalau 6 perkara yang ciput ini masih ada dah subur dalam diri penunggnag motosikal bererti kita masih belum merdekakan diri kita.

Sifat-sifat mazmumah inilah yang menyebabkan kita akan di ‘cop’ sampai bila-bila oleh pengguna-pengguna lain di jalan raya sebagai mat rempit.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan tapi kalau setiap hari, bulan atau tahun kita menginsafi diri kita dan sedar bahawa kita ini terlalu kerdil ketika di jalan raya. InsyaAllah matlamat memerdekakan jiwa kita akan tercapai.

This entry was posted in Semasa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Merdeka ke-53: Merdekakah Jiwa Kita?

  1. Orang DBP says:

    maksud MERDEKA adalah bebas dari cengkaman PENJAJAH. Harap tidak disalahgunakan makna perkataan ini.

    Sekian terima kasih.

    • Jangan sempitkan u punya fikiran bro. Merdeka dari penjajah semua orang dah tahu.

      Ini bukan dari sudut DBP baca dulu posting saya sampai habis bukan main terjah je. Kalau setakat nak terjemah maksud merdeka ikut kamus budak tadika pun boleh buat.

      Merdeka juga ada ertinya dari sudut Islam.

  2. Orang DBP says:

    Skrg mcm2 perkataan yg org buat tafsiran sendiri, cthnya banyak perkataan melayu diingggeriskan.. sy gtau td sbb mmg penah jd isu masa saya keje ngn Utusan/DBP.. tp bila kami(DBp) tegur, dorang kata zaman dah berubah dan bermacam2 lagi sbb x nak mengalah dan malu. Banyak lagi perkataan lain yang tepat dan sesuai digunakan.

    -Hanya membantu

    STK

    • YUS LC says:

      as…kum
      Zaman dah berubah aku juge benci ayat tu , last2 sekali punah abis pocik
      wasallam

      • YUS LC says:

        as…kum
        Yg best tentang MERDEKA kita cume boleh buat tafsiran je , dan mencipta ayat2 tertentu diri sendiri mmg masih perlu naungan sampai bila2 pun huhuhuhuhuhuhu
        wasallam

      • Orang DBP says:

        contoh penyalahgunaan tafsiran perkataan MERDEKA :

        1) Para pelajar mengisytiharkan diri mereka MERDEKA sejurus tamat peperiksaan SPM

        2) Anak-anak remaja menganggap diri mereka MERDEKA apabila menyambung pelajaran (jauh dari ibubapa) dan BEBAS daripada jagaan ibubapa mereka

        3)Awal pagi keMERDEKAan (31 Ogos), ramai pasangan menjebakkan diri ke kancah ‘kebinasaan’

  3. WPY says:

    pada pendapat aku, harga motor SBK kat malaysia belum merdeka…..

  4. mats cool says:

    wira… bla nk review kuda putih plak?? hehehehe..

  5. mats cool says:

    wira.. bila nk review kuda putih? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>