DuniaMoto.com – Blog Informasi Motosikal

Merdeka, Puasa Dan Raya

Salam dan selamat sejahtera,

Selamat Hari Raya

Sebelum kita cerita pasal raya saya nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan bulan Ramadhan. Walaupun dah sampai ke penghujung tapi kita masih lagi berpuasa untuk beberapa hari lagi. Lebih kurang sebulan tak update… rekod juga ni blog paling lama tak update hu..hu..hu..

Sebetulnya sibuk ngan projek-projek online di bulan Ramadhan ni banyak membuat dan menghantar tempahan kepada customer di seluruh Malayisa. Apa yang saya jual ishk… tak payah la citer kat sini takde kena mengena dengan dunia permotoran.

Selamat Hari Raya

Ok kad raya kat atas tu saya tujukan kepada semua pengunjung tak kira ahli KDMC atau tidak sebagai peringatan ikhlas sempena nak menyambut Syawal ni. Ya! ramai yang naik motor untuk balik ke kampung dan macam biasa kata-kata nasihat dan peringatan sentiasa dilaungkan tak kira di mana pun. Jadi sebagai admin duniamoto.com saya tak terkecuali untuk menyeru agar kita semua pentingkan keselamatan diri masing-masing.

Memang kita dah muak dengar semua tu tapi ingat kecelakaan tak pernah muak dan sentiasa menunggu mangsa-mangsa yang cuai dan leka. Harap dan doa saya pohonkan kita semua dijauhkan dari malapetaka ni. Tahun ni saya sendiri tak balik ke Melaka naik TZM cuma naik kereta satu family. Tahun lepas merasa la jugak konvoi ngan kengkawan balik Melaka sebab wife balik dulu.

Sebenarnya pada saya yang sukakan bermotosikal lebih syok balik kampung naik motor sebab …. entah tak tahu nak terangkan camne maybe korang semua paham sebab korang juga peminat motosikal. Apa pun yang kita naik yang penting doa, selawat dan betulkan niat sebelum memulakan perjalanan. InsyaAllah kita selamat.

Maaf Zahir dan Batin

Kepada seluruh warga KDMC mahupun pembaca dan pengunjung setia blog ni saya mohon ampun dan beribu kemaafan sekiranya sepanjang saya mengendalikan blog dan forum KDMC ada tingkah laku yang menyinggung perasaan. Kadang-kadang terpaksa menggunakan ketegasan dalam buat sesuatu tindakan untuk membetul dan menyelamatkan keadaan.

Jadi kepada yang pernah ditegur samada di blog dan forum atau saya ban anda di ruangan “live duniamoto” saya harap u all tak berkecil hati dan itu semua dilakukan demi menjaga keharmonian KDMC.

Gunakanlah kemudahan yang dah disediakan untuk kepentingan bersama. Saya faham ada antara kita yang berjiwa sensitif dan menarik diri keluar dari forum atas sebab-sebab tertentu. Tapi rata-rata bila ditanya tidak memberikan jawapan yang jelas. Berkomunikasi dengan cara penulisan jauh berbeza dengan percakapan sebenar jadi pandai-pandailah menilai.

Ada yang emel dan sms tak puas hati si polan dengan si polan terpaksa saya campur tangan untuk bantu selesaikan. Namun jika kita fikir secara matang sepatutnya kita tidak perlu bertelagah atau berkecil hati di dunia maya ini kerana sesetangahnya tak pernah bersua pun. Nak buat apa kita bergaduh ye tak?

Sebaik-baiknya kita perlu teliti dan hormati sesuatu pandangan sebelum kita buat sebarang kesimpulan. Gunakan perkataan-perkataan yang sopan dalam memberi pandangan. InsyaAllah kita akan dihormati oleh rakan-rakan yang lain.

OK saya bukan nak berkhutbah atau pandai-pandai nak nasihatkan u all tapi inilah tanggungjawab yang wajib saya pikul untuk meneruskan kewujudan blog ini. Nak buat apa bazirkan wang dan tenaga kalau buat blog sekadar suka-suka dan mencari glamer. Sory saya tak buat semua tu.

Maaf sekali lagi kalau terkasar bahasa dan menyinggung perasaan dan saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

PS: Kepada yang nak ucapkan selamat hari raya boleh tulis di ruangan komen sebab kekadang diemel selalu terlepas pandang.

Sekian

Wira DuniaMoto

Related Posts

  1. Perbetulkan Sikap Sebagai Pengguna Jalan Raya
  2. Merdeka dalam dilema?

8 Responses to “Merdeka, Puasa Dan Raya”

  1. are_nip says:

    salam….balik kampung raider elok2 ingat orang yang tersayang….
    selamat hari raya sumer…!!!!!!

    Reply this comment

  2. nad says:

    salam
    selamat hari raya aidilfitri nad ucapkan kpd sumer warga kdmc n kpd sumer umat islam y myambutnya..
    disini nad mau mmohon maf skiranyer ad silap n slh,tkasar bahasa spjang nad melibatkan diri dalam blog ini…

    Reply this comment

  3. mastersifu says:

    sifu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua member KDMC,maaf zahir batin.

    Peringatan ikhlas dari sifu,
    SERVICE MOTOR ELOK2,RANTAI,TAYAR,4T,LAMPU DPN BLKG,CERMIN,HELMET JGN LUPA IKAT…
    memang lah pasang habis benda ni tak gaya sgt,tapi SELAMAT MA………!!!!!

    Bawa motor balik kg biar elok2 jgn makan sgt corner,nak lipat tunggu konvoi dulu!!!
    INGAT YG TERSAYANG SEDANG MENANTI KITA DI KG HALAMAN..

    wasalam…

    Reply this comment

  4. LC 135 spark says:

    salam semua spark ucapkan kepada semua ahli KDMC. terutama sekali,sudah hampir sebulan kita menjalankan ibadah berpuasa. syabas spark ucapkan pada sesiapa yg tidak pernah ponteng lagi. hehe (; lagi beberape hari lagi kita akan menyambut bulan syawal dan yg terpenting sekali disini spark ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATIN kepada semua ahli KDMC (; bagi yg balik kampung jalan jauh tu, janganlah lupe servis bini no.1 anda dengan khusyuk. takut malang tidak berbau menyesal tidak berguna dikemudian harikan. cek bahagian2 yang kerap sensitif seperti rantai, sparkplug, angin tayar, lampu depan dan belakang dan sebagainya. Bagi brader2 yg konvoi berjalan jauh balik kampung bawaklah spare penampal tayar. Ingat! pandu berkhemah, biar lambat asalkan selamat. Sekian dari spark bagi lembaran comment yg tidak seberape ni. Jemputlah datang rumah bila ada masa nnti ye (;
    Assalamualaikum.

    Reply this comment

    mabuk77 Reply:

    adoi…
    cam ajk2 ayam je…..
    umah mne bro?

    Reply this comment

  5. mabuk77 says:

    i sugguest kdmc wat wallpaper khas to k raye…
    br gempak beb…

    Reply this comment

  6. Pamiy Lc says:

    salam..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin saya ucapkan kpd sumer warga kdmc..pulanglah ke kampung dgn selamat..ingat..jgn ‘kecewakan’ ahli keluarga anda di hari raya..wasalam..

    Reply this comment

  7. Yus LC says:

    as….kum

    Selamat Hariraya Aidilfitri , saya Yus LC menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang penglibatan dlm KDMC ni ada salah dan silap nye

    wasallam

    Reply this comment

Leave a Reply