Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?

Salam dan selamat sejahtera,

lc135

Sekali baca topik ni mesti ada owner-owner yang ‘panas’. Relaks bro jangan cepat melatah! Saya bukan maksudkannya begitu tapi inilah asam garam bagi pemilik-pemilik motor power macam lc135 ni.

Ok di topik ni merupakan kesinambungan dari ‘Bincang Masalah Yamaha 135LC Di Sini‘ yang dah melangkaui 2400 komen perghhh!!!…. Harap kepada pengunjung baru yang nakkan info lc135 boleh buat kajian di topik tersebut kerana banyak info yang berguna dan bermanfaat. Jadi pandai-pandailah tapis.

Masalah Yamaha 135LC

Kalau kita renungkan kembali mengapa motor ni laris macam goreng pisang sedangkan ada yang kata motor ni banyak masalah setelah dipakai. Betul atau tidak hanya owner yang mengetahui.

Antara komen-komen panas yang dapat saya sertakan di sini:

1. Coolant yang dipasang pada model Yamaha 135Lc hanyalah strategi Yamaha untuk menarik minat kaki-kaki motor dan hanyalah gimik dari Yamaha sedangkan teknologi ini telah digunakan pada Kawasaki Ninja 100cc sejak dari tahun 1992. Begitu juga dengan Honda Nova Sonic sekitar penghujung era 90an.

2. Monoshok atau monocross cepat kondem atau lembik setelah tak sampai setahun digunakan. Lebih-lebih lagi kalau bawa awek dengan kerap.

3. Rantai berbunyi bising walaupun disapu minyak dan apakah kualiti rantai yang tidak begitu baik dipasang pada motor ini?

4. Bunyi sistem clutch agak bising terutama pada model ES. Apakah ianya sifat semula jadi motor-motor keluaran Yamaha?

5. Ada beberapa pomen yang mencadangkan penjagaan jangan mengikut buku panduan manual yang dibekalkan kerana ianya tak sesuai dengan kriteria enjin motosikal ini.

6. Enjinnya manja dan prestasi cepat merosot setelah digunakan beberapa tahun. Bunyinya juga agak bising walaupun pelbagai minyak berspesifikasi tinggi digunakan.

Sejauh mana kebenaran kenyataan di atas terserah kepada anda untuk menilainya. Jadi sama-samalah kita fikir dan kongsikan maklumat sekiranya ia berkaitan dengan masalah di atas.

Sekian

Wira DuniaMoto

2,569 thoughts on “Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?

  1. Salam semua…

    Sy nk tanya apakah perbezaan timing enjin yang tinggi dan timing yang rendah?

    TQ smua…

    • as…kum
      Ko dengar idle moto ko / bunyi enjin moto ko tinggi ke rendah
      wasallam

      • as…kum
        Adjust je skru angin pade carb tu , kalau tak tahu bawa ke kedai setel kes
        wasallam

  2. slam bro yus..skli lg sy na mntak pndpat dan tips2 dri bro,bley bro bg cdangn,camshaft apa yg pling trbaik dri ladang,mskd sy high-cams yg pling sdap topspeed nye..slaen dri high-cams CMS dan FAITO??ag 1 sy nk tnye,apkah perbezaan high-cams yg brbentuk bulat dan prbezaan high-cams yg brbntuk tajam???..wsallm..

  3. ny nak tye meter lc yg biase boleh ke wt mse press mnyk meter dye grak skli mcm meter RPM???

  4. bro yus klau carb uma saiz 28 kacuk gan blok saiz 65mm ok ark…dye ade mkn mnyk ark

    • as…kum
      Bro , kalau blok saiz 65mm + carb uma 32mm mmg sedap bro, kalau nk laju minyak jgn kira , janji power sudah
      wasallam

  5. Salam..
    Antra mnyak itam semi-synthetic dgn fully,slain dri bza bhn aditif mna lbih mmbrikan prlndungan yg lbih baek?
    Bleh tlng trngkn tak?
    Wassalam

    • as…kum
      mesti lah fully bro kerana kandungan bahan2 yg disteril kan adalah yg terbaik , cume kebanyakkan minyak pelincir jenis ini mem punyai kelikatan yg rendah dan agak ringan
      wasallam

  6. Assalamualaikum…di sini da satu prtanyaan kpd br02 0tai…apa prbezaan antara l0w cam dgn cam biasa..trima kaseh

  7. bagaimana kita check nk pastikan sama ada ianya ada kebocoran?
    atau
    apabila parking lama2 kita tgk di lantai ada takungan air dpd bawah enjin? Jika tiada takungan air pd lantai maknanya enjin xde masalah ke?

  8. as…kum
    Mungkin ade kebocoran pade bhg head enjin motosikal tersebut
    wasallam