Motosikal Sports Bawah 150cc

Salam,

Hari ni sajer nak ajak bro semua tengok motosikal model sports stail bawah atau replika bawah 150cc yang ada dan kebanyakkannya takde dalam Malaysia. Kenapa? Rasanya semua kaki motor tahu.

Suzuki GSX-R125

Model pertama ni dari Suzuki iaitu Suzuki GSX-R125. Mungkin ini jawapan mereka kepada replika Yamaha R-125. Rupanya sama macam GSX-R 600cc cuma kapasitinya kecil iaitu 125cc.
Yamaha YZF R-125Model ke dua iaitu Yamaha YZF R-125. rupa bentuk ikut family R model-model sport Yamaha sebagai contoh Yamaha R1. Model ini dikatakan hanya untuk pasaran Eropah. Tak tahulah bila nak dipasarkan di Malaysia dan yang nyatanya sekarang ni memang takde rancangan nak dimasukkan ke sini :(

Honda CBR-125RModel ke tiga ni CBR 150R dari Honda. Motor ni dah ada dalam pasaran Malaysia cuma rekabentuknya tidaklah menyerupai model-model sports superbike mereka sebagai contoh CBR 1000RR.  Namun begitu tetap mendapat sambutan dari peminat-peminat Honda di negara kita.

Megelli 125R

Model ke empat ni merupakan motosikal dari SLD UK iaitu Megelli 125R. Masih menggunakan enjin 2 lejang keluaran tahun 2008. Walaupun kempen menggunakan enjin empat lejang ke atas motosikal hebat diperkatakan tapi bukanlah bererti enjin dua lejang terus dihentikan.

Peugeot XR7 50

Model ke lima merupakan pengeluar hebat dalam arena automotif iaitu Peugeot. Walaupun motosikal keluaran mereka tidak sehebat jenama-jenama terkenal seperti Ducati atau BMW tapi sekali pandang rekabentuknya terliur jugak he..he..he.. Enjinnya kecik jer iaitu berkapasiti 50cc 2 lejang keluaran tahun 2008. Tapi rekabentuk dah macam superbike.

Ok setakat ni dulu saya siarkan beberapa model bawah 150cc yang takde dan ada di negara kita. Tapi apa yang peliknya pengeluar-pengeluar motor di negara kita lebih tertumpu kepada pasaran moped. Kenapa?

Mungkin juga sebab permintaan atau trend semasa negara-negara Asean sukakan moped. Tapi pada saya semua tu terpaksa sebab dah itu jer model yang ada kat sini. Macam dah takde pilihan. Nak tak nak pakai je lah.

Harap-harap lepas ni semua tu berubah biarlah macam-macam model motor yang masuk ke nagara kita samada moped atau superbike.

This entry was posted in replika sports and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

38 Responses to Motosikal Sports Bawah 150cc

  1. babyboy says:

    moto peugeot tu walaupun tak terkenal dan cc kecik tp dah cukup mengerunkan dari segi bentuk rupa.. klu di up cc kpd 125/150cc lg la ganazzz..

  2. gixxer says:

    malaysia ni lain sikit…
    moto2 tu x masuk malaysia mungkin kerana nak jaga industri moto tempatan kot (mode…) konon2 takut jatuh meredum kalau2 moto diatas ni masuk malaysia huhuuuh..

    • Natalie Wynter says:

      Nampak sangat yg jenama motosikal tempatan ni penakut.Maksud aq takut bersaing kalau macam tu kita takkan maju ke mana kalau tak biarkan model dr luar menjengah pasaran kita.

  3. ag says:

    berapa harga GSX R 125

  4. ABBY says:

    mgkin ble model2 ni dah msuk kt dlm ngara kte,mat rempit smkin maju plk nanti…

    polis mundur,kerajaan bingung..
    kan susah

    • Natalie Wynter says:

      Bagus apa…..polis malaysia kan cakap diorang hebat sangat nak tengok macam mana buat keja nanti

    • RiderFz says:

      mat rempit x layan motor ni bro, dia pkai z/125/ex5 je.. yg boleh cilok2..motor kt atas ni kpd yg berjiwa superbike skit..so lebih beri byk pilihan kpd pengguna..tepuk dada tanya selera..

      sama2 kita semarakkan dunia alam permotoran di tanah air

  5. abby says:

    agak2 model mane yg pling bgus dlam pasaran kite stkat ni dlm kategori 150cc kebwah??

  6. Yus LC tidak merempit lagi says:

    as…kum
    Selalu nye model yg berjenama yamaha , suzuki dan honda adalah yg paling laris d malaysia
    wasallam

  7. c.ma says:

    baru arini tau YAMAHA YZF R-125 xde kt MALAYSIA.2 tahun tunggu,last angkt KR150 je.

    • Yus LC tidak merempit lagi says:

      as…kum
      Ape nk buat bro aku simpati dgn ko? tapi kire ok la tu ko buat pilihan bijak sebab kr paling save minyak dlm senarai 150 2 stroke
      wasallam

  8. c.ma says:

    Salam….
    Semakin ari makcik belek moto2 ni mkin rase sakit ati ni.kecewa sesgt2 x dpt sebijik.lyn KRR je la.tapi ttp x puas ati.KECEWA……………

  9. power ranger says:

    megali tu mcam adik kepada ducati 1198 la kn kwan2?

  10. Gian Moto says:

    Honda Cbr150r yg dlm page nie,, ad ke kt Malaysia?? berapa harganya??

  11. e-cite says:

    Assalam..

    kerajaan sepatutnya turunkan cukai bagi motosikal bekuasa besar specially yg dibawah kapasiti 1000cc.

    kalau nk dikira persaingan dgn model tempatan tentulah tiada kan..lagi satu ramai memiliki superbike juga memiliki supercub utk pergi kekedai..

    aku dh lama menyokong buatan nasional tapi, deorang ne buat motor bukan ikut selesa penunggan tapi ikut syok sendiri.

    patut ke moto x-cite 130 (baru 2th aku pakai)aku kena tapau dgn ex-5 mcm sayur sama2 standard plak tu, service minyak petronas grade mahal punya pun sama saja, masa mula2 ambil pun dah mula meragam motor ne sampai kena tukar mainjet carburator dia, tapia aku sayang sangat motor ne sebab rare susah nak tengok atas jalan (agak2 korang, org pandang motor ne pasai rare ke atau pasai pelik sbab ada org mcm aku tunggang kat jalanraya hahaha..)

    modenas kena keluarkan sebiji superbike berkapasiti at least 500cc dan harga kena lah mesra rakyat..

    dah panas punggung aku dok atas x-cite yg boleh lari takat 120km/j (pulas habis…)

  12. power ranger says:

    harga dalam skitar 40000k tmasik dole

  13. power ranger says:

    998cc arh trus..

  14. YUS LC bekas mat rempit says:

    as…..kum
    kalau aku dok JB aku tak layan 125 baik layan 600cc haraga dia pun dah lebih kurang je
    wasallam

  15. sYgmTor says:

    btul2..bank rakyat xde faedah..hati sng xwt mnde haram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>