Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Perbezaan palam pencucuh.

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Tulisan pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai palam pencucuh di mana majoriti pemilik motosikal kenal akan salah satu komponen yang amat penting pada sesebuah motosikal.Hah..ada yang tak kenal ke?Nama biasa yang disebut adalah ‘plug‘.Pergi kedai kotor pun orang mesti tanya “plug ada?” jarang sangat sebut “palam pencucuh ada”.

Kebiasaannya kita jarang ambi peduli apa maksud angka pada kod sebiji plug.Kod seperti NGK BP8 dan NGK BP7 mempunyai makna tersendiri di mana angka tersebut merupakan perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji palam pencucuh.

Perlu anda tahu bahawa kod julat suhu atau haba ini berbeza mengikut jenama.Jenama dari jepun menerangkan maksud angka yang lebih tinggi adalah ’sejuk’ mankala yang lebih rendah adalah ‘panas’.Berbeza dengan jenama dari Eropah mereka melabelkan angka yang rendah adalah ’sejuk’ manakalan angka lebih tinggi lebih ‘panas’.Jadi NGK BP8 lebih sejuk dari NGK BP7.Apa yang panas dan apa yang sejuk?

“Awas! hati-hati membeli palam pencucuh jangan membeli jenama yang tidak bersesuaian dengan cuaca di negara kita.”:)

Baik,nombor ini menggambarkan tahap haba yang boleh diterima oleh palam pencucuh berkenaan di mana lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.

Mankala palam pencucuh jenis sejuk sesuai untuk kegunaan jarak dekat terutama pada motosikal 2 lejang.Tahap mendakan karbon juga dapat diminimakan.

Cuba anda bayangkan untuk perjalanan yang sekejap-sekejap anda menggunakan plug jenis sejuk.Mendakan karbon di dalam ekzos akan cepat bertambah kerana pembakaran yang kurang lengkap.Lama-kelamaan jika keadaan ini dibiarkan prestasi motosikal anda juga akan menurun.

Palam pencucuh perlu ditukar pada setiap 10,000 km bagi memastikan percikan api sentiasa di tahap optima.Jadi janganlah lokek untuk membeli sebiji plug sekiranya dah sampai masa kena tukar tukarlah segera.

Sekian

wira duniamoto                                                                          

Popularity: 31% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Lagi-lagi berita Mat Rempit

Salam sejahtera pembaca dunia permotoran selamat Hari Raya Korban saya ucapkan.Ada yang buat korban tak tahun ini.Kalau ada syukur Alhandulillah….

Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis artikel berkaitan Mat Rempit.Tak habis-habis diorang ni buat hal.Apa nak jadi anak bangsa saya sendiri.Sedih dan marah pun ada memabaca keratan akhbar hari ini.

Bukan sahaja terlibat dengan gejala tidak sihat di jalanan tetapi terlibat dengan membunuh,dadah,seks bebas dan merompak.Seolah-olah cukup ‘complete’ kejahatan yang mereka lakukan.Mengapa.?..mengapa? dan mengapa?.

Kemanakah pergi ibu dan bapa mereka tatkala mereka melakukan perbuatan tidak bermoral ini.Saya teringin sekali berjumpa dan berbual dengan ibu-bapa mereka ini sekiranya ada kesempatan.Apakah mereka langsung tiadak ambil ‘port’ perbuatan anak-anak mereka?

Ya! sekiranya anda salah seorang dari mereka ini sila komen di blog permotoran ini.Silakan saya sedia paparkan apakah masalah yang berakar di dalam keluarga anda.

Mari kita semua membantu antara satu sama lain menyelesaikan masalah yang semakin runcing ini.Pihak berkuasa seperti polis telah membuat bermacam operasi tetapi seolah-olah mereka tidak menghiraukan tindakan keras yang bakal diterima.Mungkin hukuman rotan yang diwar-warkan sebelum ini elok dilakukan di khalayak ramai baru mereka sedar.

Apa yang pastinya tidak ada langsung kesedaran dalam diri mereka ini walaupun berbagai tindakan telah diambil.Saya amat mengalukan-alukan bekas-bekas Mat Rempit yang kini telah kembali ke pangkal jalan untuk meluahkan isi hati mereka di blog ini dan bersama-sama saya membantu rakan-rakan kita di luar sana.

Apa salahnya tukarkan aktiviti yang tidak berfaedah itu kepada aktiviti yang befaedah seperti belajar membina blog dan belajar mencari pendapatan di internet.Maaf bukan skim cepat kaya yang saya maksudkan ye.Gunakan kemudahan-kemudahan yang ada di internet sekarang ini untuk mengelak dari melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.

Ayuh saya cabar anda wahai Mat Rempit sekelian.Buktikan kepada masyarakat yang anda sebenarnya boleh berubah menjadi manusia berguna.

Sekali lagi saya menjemput mana-mana Mat Rempit yang ingin meluahkan isi hati memberi komen di blog ini.Mari saya cabar anda.

Sekian

wira duniamoto

                                                                                   

Popularity: 28% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Tips keselamatan di musim perayaan

Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidi Adha.Bagaimana ‘mat-mat motor’ semua adakah anda sudah bersiap untuk pulang ke kampung atau ada yang senasib dengan saya tidak pulang ke kampung pada Aidil Adha tahun ini.Emm..Sebenarnya saya boleh je kalau nak pulang tetapi isteri saya pula yang sudah kehabisan cuti tahunanya jadi terpakslah berhari raya di Klang.Lagi pun Aidil Adha tidak seperti AidilFitri kemeriahannya.

Artikel dunia permotoran pada kali ini akan berkongsi sedikit tips dengan anda mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk pulang ke kampung menggunakan motosikal masing-masing.

Pengalaman saya ketika pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidil Adha pada tahun 1996 di mana saya terlibat dengan kemalangan motosikal di jalan Jengka ,Pahang.Syukurlah pada masa itu saya tidak mengalami kecederaan yang teruk.Hanya luka-luka ringan tapi memberi pengajaran yang besar buat di ri saya.

Pada hari tersebut saya serta tiga orang rakan sepermotoran masing-masing menunggang dua buah Yamaha RXZ termasuk saya dan dua buah Kawasaki Kips.Masa tu memang jiwa tengah muda tak ingat apa-apa melainkan keseronokkan menunggang motosikal untuk pulang ke kampung.Kami bertolak pada sebelah petang dari Shah Alam menuju ke Pahang.Sampai di Temerloh hari pun sudah senja kami berhenti mengisi minyak melakukan apa yang patut sebelum meneruskan baki perjalanan lebih kurang 90km untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Jalan Temerloh-Jengka melalui Bandar Pusat Jengka memang cantik banyak lurusan serta ‘corner’ yang boleh tahan tajamnya.Pada satu ketka melalui satu jalan lurus di mana kami sedang menuruni bukit kelihatan sesuatu yang berkilau di hadapan.Kelajuan pada ketika itu lebih kurang 90km/j,keadaan juga gelap gelita tanpa bantuan lampu-lampu ditepi jalan.Saya mengekori barisan ‘konvoi’ kami di kedudukan ke tiga.

Pada mulanya saya nampak di hadapan ada lembu sedang melintas.Konvoi kami semua dengan tiba-tiba membrek dan salah seorang rakan saya yang menunggang di barisan keempat telah melanggar dengan kuat di bahagian ‘handle’ RXZ saya menyebabkan saya tersungkur di atas jalan.Saya masih ingat pada ketika itu permukan jalan semakin hampir ke muka dan sempat mendongak.Habis dagu disagat oleh jalan.entah macam mana pada hari itu saya tidak memasang ‘visor’ pada ‘helmet’ dan inilah padahnya.Mujurlah saya sempat memperlahankan motor dan ada memakai kain penutup hidung sera mulut iaitu sehelai ‘napkin’ untuk mengelakkan dari menyedut habuk telah menyelamatkan dagu dari terus ‘dimakan’ jalan.Syukur……

Nasib sahabat saya juga seperti saya hanya mengalami luka luaran tetapi kakinya telah terseliuh dan kesannya dia tidak dapat pulang selama beberapa minggu.

Baik,itulah pengalaman yang saya lalui pada satu ketika dahulu untuk anda jadikan pengajaran.Sekarang saya akan berikan tips sebelum anda melakukan perjalanan.

  • Pakaian-mestilah yang tebal lagi bagus kalau pakai ‘jaket’.Begitu juga seluar biarlah seluar ‘jeans’.Sarung tangan dan kasut yang melebihi buku lali kalau boleh.
  • Helmet-mempunyai visor dan tidak gelap untuk menunggang di malam hari.
  • ‘Tools’-sediakan perkakas seperti spana.playar,skru driver,lampu suluh,pump tayar,tiub,baju hujan dan sebagainya.
  • Motosikal-periksa segala-galanya tayar,brek.lampu depan/belakang,signal,rantai,plug,minyak 2T(enjin 2 lejang),minyak brek dan kalau boleh ’service’ dahulu motosikal anda.

Saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan rantai.Ye cuba lihat rantai motosikal anda kering atau berminyak.Bukan apa kalau kita menunggang dalam keadaan hujan rantai tersebut akan menjadi amat kering dan boleh putus di tengah jalan.Pastikan bawa minyak rantai ’spare’ (beli di kedai tak sampai RM10) untuk kegunaan di musim hujan macam sekarang.Berhenti seketika di tempat yang selamat setelah menempuh hujan kemudian minyakkan rantai motosikal anda kerana air hujan dengan cepat menyahkan minyak akibat geseran pada rantai.

Begitu juga dengan helmet kalau pakai versi penuh muka lagi baik.Saya sangat ‘respek’ seorang sahabat berhampiran rumah saya dia memakai ‘full face’ sewaktu ketempat kerja dengan hanya menunggag Yanaha Y80.Dia tak peduli orang nak kata apa yang penting adalah keselamatan dirinya.

Oklah hari pun dah petang dah lewat kiranya ni saya nak publishkan artikel ni tapi tak mengapa ianya boleh dijadikan sumber rujukan pada bila-bila masa dan saya akan sambung lagi jika ada tips-tips yang berkaitan atau anda boleh komen dengan memberikan tips -tips keselamatan yang anda tahu.

PS : Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Penulis

wira duniamoto

                                                           

Popularity: 24% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Seronok mencelah-celah atau ‘cilok’

Apa khabar pembaca budiman.Emm…bagaimana dengan kerja oh ya hari ini Isnin hari kerja dipermulaan minggu.Saya juga bekerja tapi kerja sendiri dan hari ini saya cuti.Apa kerja yang saya buat?Ha ha nanti saya akan beritahu…bukan sekarang ye..

Baiklah artikel kali ini ingin saya sentuh mengenai mat-mat motor seperti saya yang suka mencelah-celah atau ‘mencilok’.Sebenarnya perbuatan ini amat tidak digalakkan.Pihak kementerian pengangkutan pun turut menegah perbuatan ini.

Tapi bagi sayalah,ini pendapat peribadi sahaja ye.Kalau nk mencelah tu boleh tapi kena berhati-hati.

  1. Jangan terlalu laju kalau boleh kelajuan di bawah 10km/j.Pemerhatian saya ada yang membawa sehingga lebih dari 20km/j dan boleh membahayakan diri sendiri serta orang lain.
  2. Tumpukan perhatian di kiri atau kanan kadang-kadang bimbang ada motosikal lain yang tiba-tiba keluar dari celah-celah kereta.
  3. Pastikan pembonceng anda duduk dalam keadaan tetap tidak bergerak k ekiri atau ke kanan.Ini untuk memudahkan anda mengawal motosikal kerana membawa pembonceng biasanya lebih berat dan ‘inersia’ juga tinggi.
  4. Sentiasa ’stanby’ satu atau dua jari di bahagian brek hadapan selain bersedia untuk menggunakan brek belakang.Tindakan yang responsif dapat dilakukan dan ini dapat menambahkan kuasa henti motosikal apabila sesuatu melintas di hadapan.
  5. Tumpukan perhatian kepada penunggangan anda jangan bersembang dengan pembonceng di belakang kerana peratus tumpuan anda akan berkurangan.
  6. Kepitkan sedikit lutut anda bagi mengoptimakan diri anda dan motosikal untuk selesa ketika mencelah-celah.

Ok ada enam langkan-langkah yang perlu diambil ketika anda mencelah-celah.Kebiasaannya ‘teknik’ ini digunakan ketika melalui jalan yang mengalami kesesakan terutama di kawasan bandar .

Bagi saya ianya boleh dilakukan,kalau tk boleh takkanlah kita nak beratur seperti kereta pula ye tak.Setakat ni saya sendiri belum pernah jumpa penunggang motosikal beratur seperti kereta :) Bukan ingin mentertawakan tetapi logiklah kalau dah boleh ‘duduk’ kat depan sekali di trafik light tu apa salahnyakan.Nak tanya ada siapa yang pernah kena saman ketika melakukan celah-mencelah ni?Haa..kalau tak pakai helmet tu memang kena la jawabnya.

Baiklah kalau ada apa-apa cadangan boleh komen di blog saya ni ye.

Penulis

wira duniamoto

                                                      

Popularity: 22% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Benarkah tapak Plaza Tol Jelapang ‘keras’.

Sebelum saya meneruskan tulisan artikel ini marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia akibat kemalangan bas tempoh hari.Al-Fatihah.

Kemalangan yang membabitkan sebuah bas persiaran melanggar sebuah lori tangki membawa muatan susu getah menyebabkan 7 orang terbunuh dan 28 lagi cedera.

Saya tidak mahu mengulas lagi tentang peristiwa ini kerana saya percaya pembaca sekelian telah mengetahuinya melaui media massa ,cetak dan internet.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah khabar angin yang mengatakan tapak Plaza Tol Jelapang sememangnya ‘keras’.

Kita tidak menolak kewujudan elemen-elemen kepercayaan yang sebegini kerana masyarakat kita sering percaya dengan benda-benda tahyul dan khurafat(maaf saya berkasar bahasa).Bukan saya menidakkan kewujudan makhluk kalus di sekeliling kita.Tetapi sebagai penganut beragama Islam wajib dibuang jauh-jauh kepercayaan sebegini.

Pekerjaan syaitan dan sekutunya memang ingin menyesatkan manusia daripada mempercayai bahawa Allah yang berkuasa keatas sesuatu kejadian atau menyesatkan manusia supaya mempercayai bahawa ada kuasa lain selain dari Allah.Astaghfirullah…..

Saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan di atas.Ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri.Yelah saya ni bukanlah guru agama untuk berceloteh pasal hal ehwal agama tetapi ini adalah ‘basic’ bagi setiap orang Islam.

Kemalangan boleh berlaku bukan kerana tempat tersebut ‘keras’ atau ;berhantu’ tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku;

  1. Sikap dan kecuian manusia sendiri yang leka,lalai dan cuai ini termasuklah mengantuk dan mabuk.
  2. Faktor kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya.
  3. Keadaan jalan juga boleh menjadi faktor penyebab contoh seperti di Plaza Tol Jelapang itu sendiri.

Walaubagaimanapun kita sebagai orang Islam digalakkan untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan agar mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kemalangan bas yang berlaku di Plaza Tol Jelapang merupakan lebih kepada faktor kecuaian manusia di mana pemandu berada dalam keadaan letih serta mengantuk dan break bas tersebut tidak berfungsi dengan baik.Kedua-dua faktor ini merupakan penyebab utama kecelakaan yang berlaku.

Menunggang motosikal juga tidak terlepas dari keadaan mengantuk.Saya sendiri pernah mengalaminya ketika pulang dari bekerja,ketika itu hampir terlanggar tebing jalan.Syukur tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi saya harapkan ‘bikers’ semua berhati-hati ketika menungang terutama pada cuti Hari Raya Aidil Adha nanti.Ingat kita hanya beroda dua dilanggar pun susah melanggar pun susah ye…

Popularity: 20% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Perbuatan keji ‘langgar lari’.

Salam ceria buat pembaca setia blog duniamoto.com yang memberikan maklumat serta info percuma buat ‘bikers’ di luar sana teruskan pembacaan anda :) .

Tajuk artikel berkaitan dunia permotoran pada hari ini agak emosional sikit iaitu ‘Perbuatan Keji Langgar Lari’.

Mengapa saya utarakan ungkapan ini?

Ya..tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan rasa marah,benci,geram dan macam-macam lagi yang sukar saya hendak gambarkan dalam bentuk penulisan sebegini.

Perkara ini tidak asing lagi bagi diri anda bukan?Ya selalu kita mendengar tidak kira di radio,televisyen,surat khabar malah diinternet begitu banyak sekali paparan mengenai kejadian malang ini berlaku.

Cuba kita fikirkan betapa terseksanya mangsa langgar lari ini menanggung derita akibat perbuatan yang tidak beradab itu.Kes langgar lari ini saya tujukan khas buat penunggang-penunggang motosikal yang Read more »

Popularity: 16% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Yamaha 135 LC

Yamaha 135 LCPada tahun 2006 Yamaha sekali lagi membuat kejutan dengan melancarkan model 4 lejang jenis ‘kapcai’ sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran negara.Saya lupa tarikh sebenar pelancarannya tetapi kesannya model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan seperti mana model terdahulu iaitu Yamaha 125Z dan Yamaha TZM 150.

Saya mengambil ringkasan namanya sahaja dalam penulisan ini iaitu ‘LC’ yang membawa maksud ‘Liquid Cool’.Seperti mana yang kita ketahui model Yamaha LC135 atau ‘LC’ ini dipenuhi dengan teknologi terkini yang membolehkan kita menungang dengan lebih lancar tanpa ada perasaan risau dengan prestasinya.

Baiklah salah satu teknologi perlumbaan yang diserapkan kepada ‘LC’ ini ialah pada bahagian blog silinder motor ini mengandungi komponen campuran bahan ‘DiAsil’.Bahan ini merupakan campuran di antara keluli dengan silikon aluminium aloi kemudiannya ditempa bagi menghasilkan permukaan dinding silinder yang kuat dan cepat mengnyah haba.

Teknologi berikutnya yang canggih pada ‘LC’ ini ia menggunakan 4 injap dimana 2 injap untuk kemasukan dan 2 injap ekzos.Hasilnya nanti ‘LC’ ini dapat menjimatkan minyak dan memiliki pecutan yang tangkas berbanding model seangkatan dengannya.

Kerangka yang digunakan oleh ‘LC’ ini bukanlah kerangka jenis biasa yang digunakan oleh motosikal cub biasa tetapi ia menggunakan kerangka berbentuk berlian.Seperti yang kita maklumi kerangka jenis berlian banyak digunakan oleh motosikal-motosikal besar di mana ia lebih tegap sesuai jika menungang dengan membawa pembonceng.Ia juga memberi imbangan yang baik bagi menampung berat keseluruhan antara motor dan penunggang.Namun bukanlah bererti anda bebas dari mengalami sebarang insiden tetapi bergantung cara dan skil yang ada pada seseorang penunggang.

Sedikit Pengumuman:Artikel ini bukanlah berkaitan pandu uji tetapi lebih kepada review sesebuah motosikal.Harap Maklum.

Baiklah mari kita lihat sedikit gambaran mengenai bahagian-bahagian yang terdapat pada ‘body’ motosikal ini.

Break DiskSepertimana pada kebanyakan motosikal ‘cub’ sekarang ‘LC’ juga mempunyai break ‘disk’ di hadapan tapi sayangnya tidak untuk brek belakang.Brek belakang hanya jenis ‘gelendong’ mungkin untuk mengurangkan harga motosikal ini kepada lebih kompetetif.

Lampu BrekJika anda perhatikan betul-betul lampu belakang ‘LC’ ini mempunyai lensa berwarna ke biru-biruan.Emm…satu ciri yang menarik minat anak=anak muda zaman sekarang.

Klac ManualOh ya! saya hampir terlupa untuk model ‘LC’ ini telah dileluarkan versi klac manual lihat gambar di sebelah.Pelancarannya telah dibuat pada bulan Julai 2007.Nampaknya tak perlulah lagi kaki-kaki modified melakukan pengubahsuaian pada ‘LC’ masing-masing untuk mendapatkan klac manual.Seperti yang anda tah sistem klac manual memberi kesan kepada ‘pickup’ ssebuah motosikal.

Sisitem GearModel yang mempunyai klac manual ini diberi nama Yamaha 135 LC EXTREAM SPIRIT.Selain itu sistem gear untuk versi terbaru ini juga berbeza dari versi sebelumnya di mana untuk masuk ke gear satu anda perlu menekan ke bawah manakala untuk memasukkan ke gear dua dan seterusnya anda perlu mencungkil ke atas.Kepada yang biasa menunggang RXZ,125 Z,TZM 150 mungkin tidak kekok dengan perubahan ini.

Sehingga ke hari ini kita dapat lihat ‘LC’ ini bermaharaja lela di jalan raya kerana apa?Ya tidak ada model saingan yang setanding dengannya.Lihatlah abangnya 125Z tidak ada model saingan yang dapat menggugat kedudukannya sebagai ’super cub’ masakini.

Mungkinkah perkara yang sama akan di alami oleh model ‘flag ship’ Yamaha ini,kita tunggu dan lihat……

Spesifikasi Yamaha LC 135

  • Jenis enjin : 4 lejang,1 silinder sejukan cecair,4 injap

  • Gerek x lejang : ( 54 mmx 58.7 mm)

  • Isi padu sesaran : 134.4 cc

  • Kuasa maksimum : 8.45 kw/8500 rpm

  • Tork maksimum :11.65 Nm/5500 rpm

  • Nisbah mampatan : 10.9:1

  • Sistem nyalaan : DC CDI

  • Sistem penghidup : Tendang dan elektrik

  • Jenis karburator : VN22*1

  • Sistem klac : Basah,plat berbilang,automatik dan manual

  • Suspensi depan : Fork taleskopik

  • Suspensi belakang : Tunggal/monocross

  • Brek hadapan : Cakera tunggal

  • Brek belakang : Gelendong

  • Jenis kerangka : Berbentuk berlian

  • Saiz tayar depan : 70/90-17 M/C 38P

  • Saiz tayar belakang : 80/90-17 M/C 44P

  • Tinggi pelana : 770 mm

  • Tapak roda : 1245 mm

  • P x L x T : (1945 x 705 x 1065)mm

  • Berat kering : 103.0 kg

  • Muatan tangki : 4.0 liter

  • Muatan pelincir : 1.1 liter

Technorati Tags:

Popularity: 100% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sayang Diri Atau Sayang Motor

Pertama sekali saya mohon maaf kepada pembaca semua kerana selama dua bulan saya tidak mengupdate blog ini.Dunia permotoran tetap meriah seperti biasa cuma sering dihantui dengan berita-berita yang tak sedap didengar dan tak sedap dilihat.

Maksud saya berita mengenai kemalangan setiap hari kita ada saja diwartakan terutama di musim perayaan.Harap kita semua dihindari dengan perkara yang mengerikan ini,

Oppss….:) hampir lari dari tajuk ye. :)

Kenapa saya tanya anda dan juga diri saya sendiri “Sayang motor atau sayang diri“?

Pernah tak lihat mat-mat motor tergolek semasa tengah layan ‘lap’?

Dia bangun terus je dapatkan motornya lihat ada tak bengkok atau calar pada bahagian motornya.Adakah itu tandanya sayang motor?

Sebenarnya sayang motor bukanlah terletak pada penjagaan,cara menunggang,modify atau ‘make up’ sahaja.Semua mat motor jika ditanya soalan begini akan menjawab ya.

Adakah ya jawapannya sekira motosikalnya tidak mempunyai cermin pandang belakang,lampu belakang tidak menyala dan menggunakan tayar sotong?

Sudah tentu tidak sama sekali.

Tidak ada faedahnya kalau motor cantik rantai tidak diminyakkan,alasan taknak sport rim nampak kotor.Bayangkan kalau rantai tu putus di bahagian pin penyambungnya ketika anda sedang memecut di lebuh raya untuk pulang ke kampung.

Sudah tentu sesuatu yang buruk akan berlaku malah amat merugikan diri sendiri.

Apabila kita tidak sayangi motor kita bermakna kita juga tidak sayangkan diri kita sekali.Buktinya kita lihat pada hari ini banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang itu sendiri yang kononya sayangkan motor.

Kalau betul sayangkan motor takkan menunggang menggunakan tayar sotong ye tak.Bila dah tergolek motor pun rosak diri sendiri turut terseksa.

Kita kena ubah mentaliti mat motor pada hari ini.Kalau sayang motor ‘make up’lah cantik-cantik tetapi ciri-ciri keselamatan jangan diabaikan.

Jadi kesimpulannya jangan cakap je sayang motor tapi langsung tidak mengendahkan ciri-ciri keselamatan kerana sayang motor samalah kita syangkan diri kita sendiri

Popularity: 13% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mengapa perlu bertengkar…

Bertengkar bukanlah satu jalan penyelesaian.

Saya terpanggil untuk menulis berkaitan sikap segelintir manusia yang panas baran atau ego berlebihan atau sombong dan sebagainya.

Kejadian berlaku ketika saya datang ke sebuah pasaraya di klang untuk membeli barang.

Setelah selesai parking motor saya berjalan kaki menuju ke pintu masuk dan bersedia untuk melintas jalan.Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah ‘kelisa’ kepada sebuah ‘iswara’ yang mula bergerak setelah berhenti seketika mengambil penumpang.’Kelisa tersebut hampir melanggar belakang ‘iswara’ tersebut.

Saya rasa kejadian seperti ini biasa berlaku di mana-mana pun.Namun apa yang tidak eloknya mereka telah bertengkar di tengah jalan tersebut sedangkan kereta lain menunggu pertengkaran mereka berlangsung.

Wajarkah tindakan mereka tersebut?Tidak beradab!

Namun pertengkaran itu boleh dielakkan sekiranya ‘iswara’ tersebut berlalu begitu sahaja.Ini tidak,pemandu tersebut berhenti di tengah jalan kemudian memarahi pemandu ‘kelisa’ terbabit.Kononnya dia tidak puas hati kerana dihon dari belakang.

Apa punya sikap manusia seperti itu,sudahlah menyusahkan orang yang hampir melanggar keretanya dari belakang,dimarahi pula si tukang ‘hon’.

Sekiranya berlaku perlanggaran pada waktu itu,tak tahulah apa akan berlaku mungkin tercetus pergaduhan.

Ini kerana pemandu ‘kelisa’ tersebut juga tidak mahu mengalah kerana melayan pertengkaran tersebut.Dia juga mahu ‘menang’.

Amat memalukan seandainya terdapat pelancong asing di situ.Situasi tersebut menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia tidak bersopan-santun dan tidak berbudi bahasa langsung.

Namun kita harus mengambil iktibar  dengan kejadian ini.Mengapa kita semakin moden kita semakin kasar,ganas,sombong,bongkak,ego tak tentu pasal,tidak menghormati orang lain…….mengapa? dan mengapa?

Semoga anda tidak tergolong dalam kategori di atas.Biarlah kita beralah dan sabar selagi termampu.Sekiranya tiada apa yang berlaku tak usahlah dipanjangkan cerita sehingga menyusahkan orang lain pula.

Kepada penungang-penunggang motosikal di harap kita sama-sama berhemah di jalan raya.Elakkan dari terlalu pentingkan diri sendiri kerana kita hanyalah beroda dua bukan empat,enam,sepuluh kerana amat mudah ‘tergolek’.

Semoaga kita dapat terus menikmati tunggangan motosikal sampai bila-bila………..

Popularity: 10% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Salam kembali……

Ya kini saya kembali menulis di blog yang dah lama saya tinggalkan…ciannye kan he..he… Bukannnya apa saya ada projek yang sudah pun dijalankan selain dari sibuk berniaga sendiri sekarang ni.

Apa yang menggembiarakan saya adalah…TZM ku kembali……

Hari raya hari tu saya kembali ke klang dengan menunggang TZM yang dah lama saya tinggalkan dan kini kembali merentas highway untuk ‘merempit’.Sorry ye saya bukan ‘mat rempit’ seperti yang hebohkan.

Biasalah kalau dah mula tunggang TZM ni tangan mesti kena selalu hitam he..he..Sebabnya senang nak godek-godek ‘power valve’nya yang selalu bocor tu.Tapi sekarang dah ada bush yang menggunakan 2 alur untuk diletakkan getah pengadang yang berbentuk ‘O’Jadi lama jugalah tahan dari yang pakai satu ‘O’ dulu.Terima kasih Yamaha kerana ambil peduli dengan masalah pemilik-pemilik TZM.

 Dah lama tak bawa TZM kekok juga mula-mula tapi tak sampai sepuluh minit skill lama dah datang balik..oppss…bukan skill berlumba ye…Saya bukan kaki lumba cuma kaki jalan jauh je.Bukan apa seronok menunggang ni susah nak digambarkan…

Orang kata lagi elok naik kereta tapi bagi saya menunggang adalah satu keseronokan jika kita mempunyai minat..betul tak?Biarpun kosnya agak tinggi..eh biar betul?Ye la minyak je dari Melaka ke Klang RM15 pastu minyak 2T guna Shell Advance sekarang satu botol dah mencecah RM20 seliter.Kalau dikirakan lebih kurang je dengan kos naik kereta kancil.

Bagi ‘mat motor’ macam saya tak kisah la tu asalkan dapat menikmati tunggangan TZM.Tapi motor ni cuma keluar pada hujung minggu je.Pada hari biasa pakai la saya punya SS110 tu senang nak jalan dalam town.Lagipun kos maintanance rendah sedikit.

Walau apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi menjengok ke blog saya ni :) Insyaalah ada sedikit pembaharuan yang akan saya lakukan pada blog ni untuk memantapkan lagi segala info permotoran di sini.

Sekian ….

Popularity: 9% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »