Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Kenali Tayar Motosikal Anda

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Ya!… anda mungkin tersenyum membaca tulisan saya pada kali ini…supaya anda kenali tayar motor kesayangan anda.

Tapi awas!!!…..

Pernahkah kita terfikir bencana yang akan menimpa disebabkan oleh tayar!

Ramai di antara kita yang mengabaikan perihal tayar.Cuma yang diambil tahu hanyalah bunga tayar dan angin tayar samada kurang atau terus kempis.

Mari saya bawa anda berbicara perihal tayar :)

Tips #1

Perasan setiap kali kita membeli tayar baru ada terdapat nombor dan apa saja tulisan yang terdapat pada bahagian sisi tayar.

Ya ramai dia antara kita hanya membaca jenama atau saiznya sahaja tapi sesuatu yang penting iaitu kod pembuatan yang memberi maklumat bilakah tayar itu dibuat tidak kita perasan.Sebenarnya terdapat empat angka yang dikurung dengan tanda ‘aterisk’ sebegini *xxyy*.

Huruf ‘xx’ merujuk kepada minggu tayar tersebut dibuat.

Huruf ‘yy’ merujuk kepada tahun tayar tersebut dibuat.

Masih tak faham :) baiklah contohnya begini kod *2507* bermasud tayar tersebut dibuat pada minggu ke-25 iaitu bersamaan dengan bulan julai(lebih kurang) dan pada tahun 2007.

Jadi awas jangan terpedaya dengan tawaran harga murah dari mana kedai yang menjual tayar.Sebagai panduan untuk kita kongsikan bersama tayar kenderaan kebiasaanya cuma dapat bertahan selama tiga tahun sahaja dari tarikh ianya dikeluarkan.

Sebab itulah saya katakan jangan terpedaya dengan tawaran tayar baru berharga murah kerana dikhuatiri tayar tersebut sudah menghampiri atau melebihi had masa tiga tahun.

Begitu juga dengan tayar ’second hand’ sememangnya tidak cukup selamat untuk kita gunakan sekiranya faktor usia tayar kita ambil kira maklumlah motosikal hanya bergantung kepada dua roda.

Tips #2

Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.

Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.

Tips #3

Selalu- selalulah kita membelek tayar motosikal kita terutama ketika mencucinya.Buangkan batu-batu kecil,dawai atau bendansing yang terlekat di celah alur bunga tayar.

Periksa kesan rekahan atau benjolan kerana itu menandakan tayar tersebut telah mengalami kerosakan dalaman yang boleh membahayakan.

Keadaan ini terjadi mungkin akibat melanggar tebing tinggi atau lubang yang kuat ketika menunggang di jalan raya.

Baiklah saya berhenti setakat tips yang ke-3 dulu :) supaya anda tidak jemu membacanya.

Saya akan  sambung tips yang seterusnya pada tulisan yang akan datang.

Sekian.

Popularity: 7% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan beli motor

Emmm…lama juga saya menyepi :) ye la..kebelakangan ni sibuk sikit sampai nak berceloteh pun tak sempat..he..he..Oh ya tak lewat rasanya saya nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-50 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa kaitannya merdeka dengan dunia permotoran?Ye..merdekakan diri kita dengan menjauhi dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Lebih-lebih lagi gejala mat rempit.Apalah nak jadi dengan remaja sekarang..renunglah seketika..

 Oklah tak nak lari tajuk pula.Ramai di antara kita yang nak beli motor,tak kiralah motor baru atau yang second hand.Info permotoran pada kali ini ingin berkongsi tips mengenai beli motor second hand sebab ramai antara kita termasuklah saya sendiri rambang mata bila pergi menjengah ke kedai-kedai menjual motosikal.

Ha..sebabnya kat sana motor second hand pun kalau sekali pandang macam motor baru juga.Logiknya salesman kat situ tidak akan `kondemkan` motosikal yang mereka nak jual tapi anda jangan terus percaya bulat-bulat sebaliknya buat dulu beberapa perkara.

1.Mula-mula periksa dulu casisnya adakah pada pandangan mata kita agak bengkok.Pergi ke bahagian depan,tegakkan motosikal seolah-olah sedang bergerak lurus.Bongkokkan badan anda dan lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak?Begitu juga lakukan perkara yang sama pada bahagian belakang.Kalau tak sejajar ada kemungkinan casis bengkok.Mungkin motor tersebut pernah terlibat dengan kemalangan teruk.

2.Biarkan motosikal berdiri tegak dengan menggunakan tongkat tengah.Perhatikan pada batang fork,adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu.Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork,walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru.Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang forkyang sudah tidak licin.Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar…hati-hati..

3.Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat.Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan.Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus.Ini berlaku ke atas diri saya sendiri apabila ‘koner’ terasa macam nak tergolek.Bila dah periksa baru tahu swing arm telah bergoyang.

4.Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya.Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya.Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya.

5.Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang.Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya.Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik.Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan,bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je….koyak poket nanti he..he…

6.Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.

7.Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru.Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya.

Tips yang saya beri ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc kerana ianya datang dari pengalaman saya sendiri..lebih dari itu mungkin juga boleh dijadikan panduan.

Sekian.

Popularity: 9% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Raja Supersport

Yamaha R-6

Menawan,cute,garang dan macam-macam lagi akan terkeluar dari mulut pencinta-pencinta motosikal bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia memuji `baby` baru dari Yamaha ini.Saya sendiri termimpi-mimpi memikirkan bilakah dapat memiliki `roket` ini.Anda bagaimana?

Sekali lagi dunia permotoran dimeriahkan dengan hasil ciptaan mesin yang cukup menggiurkan.Model baru Yamaha R-6 ini betul-betul menyerupai Yamaha M-1 yang ditunggang oleh `The Doctor` pada perlumbaan MotoGp.Teknologi MotoGp yang membawa kejuaaraan kepada Valentino Rossi telah diserapkan kepada R-6  ini.

Prestasi tak usah ceritalah kaki motor dah boleh agak dia punya `power` yang kita nak cerita bilakah motosikal berkuasa besar akan menjadi munasabah harganya jika dibandingkan dengan negara jiran.Cukai import sekarang teramat tinggi jika nak dibandingkan dengan cukai import kereta.Saya bukan nak mencemuh kerajaan tetapi meminta belas ikhsan agar kurangkanlah cukai ini kepada nilai yang sepatutnya.

Jika kita amati sekarang ni rata-rata pemilik `super bike` adalah dikalangan mereka yang berduit yang betul-betul  sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkannya.Bagi yang berpendapatan sederhana macam saya ni he..he..he.. bila la nak merasa.Saya pasti ada di kalangan anda yang memiliki `super bike` pada masa ini amat bersyukur kerana paling tidak pun sudah `merasa` kehebatan mesin berkuasa tinggi.

InsayaAllah sesuatu yang positif pasti akan berlaku sekiranya kerajaan menurunkan cukai import keatas `super bike`.Kita lihat penunggang-penungang `super bike` lebih berdisiplin jika nak dibandingkan dengan penunggang lain.Walaupun mereka memecut laju di lebuh raya tapi lihat lah cara berpakaian mereka lengkap dengan `sut` keselamatan.Lagi pun motosikal berkuasa tinggi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan `kapcai` yang sedang bermaharjalela di negara kita.

Cukuplah setakat ini untuk saya berceloteh.

Sekian.

 

 

 

Popularity: 6% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mat Rempit Oh Mat Rempit

Saban hari kita asyik membaca dan mendengar kisah `Mat Rempit` yang semakin `mengganas`.Betul ke `Mat rempit ganas?Saya juga telah lama terlibat dalam dunia permotoran ni emm…boleh dikatakan mat rempit jugalah tapi takdelah buat benda-benda yang tidak elok.

Pada saya istilah `Mat Rempit` itu sendiri yang nampak ganas tetapi tidak kepada penunggang motosikal.Wah backup mat rempit nampak!Istilah mat rempit ni kalau tak silap saya lah di gunakan pada sekitar awal tahun 2000 yang pada ketika itu kehadiran model-model motosikal 2 lejang sedang berada di kemuncaknya.Tanyalah anak-anak muda siapa yang tidak kenal Yamaha RX-Z.Yamaha TZM,Yamaha 125Z dan lain-lain model yang popular pasa ketika itu.

Istilah `Mat Rempit` bukanlah ditujukan kepada semua penunggang sebenarnya tetapi segelintir sahaja yang bersikap liar itulah yang menyebabkan rosak susu sebelanga.Apa tidaknya boleh dikatakan masyarakat hari ini memandang serong kepada penunggang-penunggang motosikal seperti saya.Anda juga mungkin tidak terkecuali di `cop` sebagai `Mat Rempit` sekiranya menunggang motosikal di jalanan.

Dulu saya juga berkawan dengan `Mat Rempit`.Tidak ada apa yang mereka mahukan selain dari mencari kepuasan semata-mata.Nyawa tidak penting bagi mereka walaupun menunggang secara berbahaya kerana beranggapan perkara buruk tidak akan menimpa mereka.Duit gaji habis dibelanjakan untuk mengubahsuai motosikal.

Kebiasannya di kalangan `Mat Rempit` terdapat seorang dari mereka yang mahir dalam mengubah suai motosikal.Kalau dia ni yang kena tangkap he..he..pening la yang lain-lain tu.`Pomen` atau mekanik `Mat Rempit` memang boleh dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam megubahsuai motosikal terutama bagi menambah kelajuan sesebuah motosikal.Bayangkan sebuah motosikal Suzuki RG Sport boleh mencapai kelajuan sehingga 190-200km/j tanpa menggunakan komponen racing.

Saya memang `tabik` dengan kepandaiaan keberanian `Mat Rempit` ni tetapi malangnya tidak dijalan yang betul.Tidak ramai di kalangan mereka yang insaf walaupun kesedaran demi kesedaran yang diberikan oleh pihak berwajib.Persoalan hanya tinggal persoalan masalah `Mat Rempit` masih tiada jalan penyelesaiannya sedangkan kelakuan segelintir dari mereka menjadi semakin ganas sehingga sanggup melakukan pembunuhan,ragut dan rogol.

Kita semakin hampir dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tapi…..jika dilihat tingkah laku dan akhlak remaja hari ini ternyata kita lupa yang kita semakin jauh dari menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya,Ya! negara kita aman,kita bebas nak melakukan apa saja tapi cuba renung sejenak remaja-remaja islam di Palestin.Iraq dan Afghanistan mereka tidak ada masa untuk merempit malah sibuk dengan mempertahankan tanah air mereka yang telah dijajah.Fikir-fikirkanlah……

Sekian untuk kali ini untuk renungan bersama.

Popularity: 24% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Cara mudah jimatkan petrol anda.

Pada anggapan sayalah tips nak jimatkan petrol dah biasa sangat kita dengar dan baca.Kalau pergi stesyen petrol Shell kalau tak silap saya pun ada disediakan risalah mengenainya.Tapi tips yang saya bagi mungkin sseetengah dari anda telah tahu dan ramai juga belum tahukan?

Dalam dunia permotoran sekarang ni perkara pokok adalah minyak tiada perkara lain melainkan minyak….minyak..he..he…membebel pula ye.Apa pun kita kena terima kenyataan tersebut tapi tahukah anda ada cara yang tidak menyalahi undang-undang nak menjimatkan petrol.

Oklah pada kebiasaannya anda akan menekan nozzle semaksima yang mungkin untuk cepat memenuhkan tangki motosikal andak betul tak?.Apa kata mulai dari hari ini cuba praktikkan teknik menekan nozzle seminima yang mungkin.Senang je tak susah .cuma memerlukan sedikit masa je ketika nak mengisi minyak.Saya selalu isi minyak sebelah malam orang tak ramai sangat boleh la pam slow-slow.Tapi kalau isi minyak kereta agak lama sedikit sebab tu saya suka sebelah malam he..he..

Secara logiknya,sekiranya kita menekan nozzle ke tahap maksima peratus kandungan gas yang bercampur dengan minyak adalah tinggi.Jadi kalau anda tekan secara minima maka minima jugalah gas yang masuk.Faham tak?Saya dah uji teknik ini ke atas motosikal Yamaha SS110 saya hasilnya mengejutkan.

Biasanya saya isi RM5 dapat buat perjalanan pergi dan balik sebanyak dua kali dari Klang ke Shah Alam.Selepas mencuba teknik ini saya berjaya pergi ke Shah Alam semula,bukan kah itu jimat!Baiklah anda boleh cuba kepada motosikal atau kereta anda.

Oh ya lagi satu perkara saya cadangkan kepada anda,amalkan mengisi minyak pada sebelah malam kerana pada ketika itu molekul-molekul minyak berada dalam keaadan tidak mengembang kerana cuaca agak sejuk berbanding siang.Terdapat perbezaan kuantiti minyak antara siang dan malam.Pada waktu siang molekul minyak akan mengembang kerana cuaca panas terutama pada tengahari.

Selamat mencuba.

Popularity: 23% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bukan mudah nak hasilkan blog!

Ya!..Memang tak mudah kalau kita tak mahu belajar dan mencubanya.Alhamdulillah dapat juga saya memasang blog ni walaupun bermacam dugaan yang saya hadapi.Antara yang mencabar kekuatan mental adalah sedikitnya pengetahuan teknikal komputer..itulah dulu masa sekolah tak mahu ambik tahu…he..he..Terpaksa bersengkang mata boleh dikatakan setiap malam nak belajar punya pasal.Terima kasih tak terhingga kepada isteri tersayang yang banyak membantu dan memberi dorongan untuk terus berusaha mengahasilkan duniamoto.com.ini.Begitu juga blog ini saya dedikasikan kepada dua orang cahaya mata yang turut memberi semangat kepada saya.  

Baiklah mengapa saya pilih tajuk ini walhal begitu ramai seperti yang anda tahu memilih tajuk cara buat duit atau perniagaan internet.Senang je jawapannya tajuk blog permotoran mengenai motosikal amat sedikit sekali dalam berbahasa Melayu.Adalah lebih saya mewujudkannya…betul tak?

Sebagai post yang pertama ini..ingin saya beritahu anda duniamoto adalah blog perbincangan mengenai motosikal.Ia berkaitan dengan pengalaman saya bermotosikal,tips penjagaan termasuk teknikal,isu-isu semasa seperti mat rempit dan apa saja mengenai motosikal.Saya tidak membataskan perbincangan ini kepada motosikal sahaja tetapi tiada salahnya jika anda ingin berkongsi cerita hal-hal berkaitan kenderaan empat roda.

Itulah serba sedikit yang ingin saya kongsikan bersama anda berkenaan blog duniamoto.com.Saya sedar terlalu banyak kekurangan pada blog ini dan InsyaAllah saya akan berusaha untuk memantapkan lagi blog ini supaya ia benar-benar memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

P/S:Terima kasih juga kepada guru saya SmartZul yang banyak memberi bantuan teknikal dan nasihat.

Popularity: 19% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous Page