Suzuki Belang R150

Suzuki Belang R150

Salam,

Satu cerita panas dari pihak Suzuki di mana mereka telancarkan mesin 150cc yang mengejutkan kaki-kaki moped iaitu Suzuki Belang R150.

Wow!!! Dasat woo… enjin DOHC 150cc dengan 6 gear memang gempak habis. Amacam ada yang terkedu ha…ha..ha…

Saya tak nak cerita panjang sebab mesin ni masih baru kat Malaysia cuma nak kan pendapat dari warga duniamoto tentang Belang 150R ni.

Suzuki dah mula tunjuk belang semula selepas senyap dengan model-model yang agak kurang menyengat.

Disk Break Belang R150 Enjin Suzuki Belang R150 Lampu Depan Belang R150 Panel Meter Belang  R150 Ekzos Suzuki R150 Belang Monoshock Suzuki Belang Panel Belakang Suzuki Belang Handle Clip On Belang R150

Nah nak apalagi. Panel meter Belang memang cun habis banyak gunakan LCD cuma takometer jer analog. Ala… macam superbike sekang semua pakai macam ni. Pendek kata semua yang kita nak dah ada, siap pasang disk brek depan dan belakang lagi. Monoshock canggih cuma enjinnya tak dilengkapi dengan sejukan udara jer.

Tapi ni bukanlah faktor kekurangan kerana pandang jer Suzuki Belang ni boleh jatuh cinta beb. Harga yang ditawarkan buat masa ini sekitar RM7,570. Ok jom kita tengok spesifikasinya.

SPECIFICATIONS

Engine type :                                   4-stroke, air-cooled, DOHC

Bore (mm) :                                      62.0

Stroke (mm):                                   48.8

Piston displacement (cm³);      147

Compression ratio:                       10.2 : 1

Carburetor:                                      MIKUNI BS26SS

Starter system:                               Electric & kick starter

Lubrication system:                     Wet sump

Clutch:                                                Wet, multi-plate type

Transmission:                                 6-speed

Drive system :                                 RK428HSB, 120 links

Front suspension :                        Telescopic, coil spring, oil-damped

Rear suspension :                          Swingarm type, coil spring, oil-damped

Front brake:                                     Disc brake

Rear brake:                                       Disc brake

Front tire size:                                 70/90- 17 M/C 38P tube type

Rear tire size:                                   80/90- 17 M/C 44P tube type

Ignition type:                                   Electronics ignition (CDI)

Spark Plug:                                        CR8E or DENSO U24ESR-N

Battery:                                              12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR

Headlight:                                          12V 32/32W + 18/18W

Fuel tank:                                           4.9 litres

Engine oil:                                          Without filter change – 1,000ml

With filter change:                          1,100ml

Overall length:                                 1,960 mm

Overall width:                                   650 mm

Overall height:                                  980 mm

Wheel base:                                        1,280 mm

Kerb Weight:                                      108 kg


Review Motosikal Modenas GT 128

Salam sejahter,

Terima kasih kerana setia dengan duniamoto.

Modenas GT 128 Hari ni saya akan review sedikit tentang model terbaru yang dikeluarkan oleh Modenas syarikat permotoran tunggal negara kita.

Pada 23 Mac 2009 Modenas telah melancarkan model cub terbaru mereka iaitu Modenas GT128.  Rekabentuk serba baru yang ringkas serta grafik yang mengancam membuatkan model ini cepat mendapat perhatian pengguna-pengguna motosikal terutama golongan muda.

Apa yang menarik model kali ini Modenas menampilkan brek disk pada tayar belakang yang sememangnya dinantikan oleh kaki-kaki rempit moped tanah air. Begitu juga dengan penambahan meter RPM pada papan muka meter GT128 ini. Selain itu lampu depan kini dipecahkan dua seperti mata alien memang menyerlahkan sifat sporty GT128.

Namun jika diselidiki spesifikasi enjinnya ia telah meminjam dari model terdahulu iaitu Modenas X-Cite 130. Mengapa tidak dilahirkan enjin baru dengan kapasiti baru?

Persoalan ini akan sering dibahaskan Continue reading

Forum Motosikal DuniaMoto

Salam,

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana begitu ramai yang menyokong kewujudan blog duniamoto sehinggakan trafik begitu mencurah-curah pada setiap bulan.Ucapan setinggi perhargaan pada pemberi-pemberi komen yang begitu banyak membantu sahabat-sahabat baru di blog duniamoto.

Ini merupakan sebahagian nama-nama popular di ruangan komen duniamoto dan terima kasih sekali lagi kerana menyokong.

1. YUS lc bekas mat rempit (401)
2. are_nip (136)
3. MrBoB (81)
4. MAOS (76)
5. breaker84 (66)
6. qay_zrlangat (51)
7. Sesumpah LC (51)
8. achik (50)
9. WRG (48)
10. zaimi (45)
11. ajis_lc_WSD (44)
12. yus LC bekas mat … (44)
13. bedot lc (39)
14. taiko007 (38)
15. topek LC (36)
16. ABU (35)
17. antusakit (35)
18. medicalert08 (25)
19. yus (25)
20. zul (22)

Setelah satu tahun setengah kewujudan blog duniamoto di internet saya telah banyak menerima pelbagai keritikan yang membina serta cadangan yang bernas dari anda semua.

Sesetengah artikel mendapat komen sehingga cecah ribuan komen dan terpaksa ditutup untuk mengelakkan masalah loading yang terlalu lama.

Ok pada hari ini saya umumkan tempat perbincangan yang lebih efisien berbanding di blog kerana semua ahli boleh meng’upload’kan gambar serta pelbagai kemudahan lain kepada ahli yang berdaftar.

Dengan rasminya saya perkenalkan Forum Motosikal DuniaMoto.Com

Terdapat 3 orang moderator yang telah dilantik iaitu saudara Maos, Yus LC dan saya sendiri untuk memantau perjalanan forum.

Walaupun belum siap 100% dan masih dalam proses konfigurasi tapi ianya sudah pun boleh menerima pendaftaran dari anda. Forum juga boleh dijalankan dengan penyenaraian beberapa topik yang telah dimasukkan.

Selain itu saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan yang bernas dari anda untuk memantapkan lagi forum motosikal ini supaya dapat memberi manfaat yang sebaik mungkin kepada ahli-ahlinya.

Bukan sahaja boleh berbincang masalah berkaitan motosikal tapi ahli diberi peluang untuk mencari atau menjual motosikal serta aksesori yang berkaitan. Saya harap ahli-ahli forum dapat mengambil manfaat darinya dan tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

Sekian

Wira DuniaMoto

Review Motosikal Yamaha FZ16

Salam semua,

Saya nak ajak bro semua ke luar negara jengok-jengok model yang masih panas di pasaran sekarang ni. Kalau di Malaysia Yamaha perkenalkan FZ150i tapi di India ada sebuah model berkapasiti enjin 150cc juga. 4 lejang dikenali sebagai Yamaha FZ16.

Yamaha FZ16

Kalau sekali pandang macam Yamaha XJR6 yang baru atau model kawasaki ER-6n yang sememangnya jadi kegilaan kaki-kaki naked bike. Saya bukanlah peminat motosikal kategori naked ni tapi Continue reading

Konvoi Motosikal Terbuka 2009

Salam bro sekelian,

Pertama sekali saya mohon maaf sebab ramai yang tanya kat mana detail terperinci mengenai konvoi motosikal yang bakal diadakan.

Sebenarnya Maos dah tulis di dalam artikel perjumpaan hari tu. Cuma saya lupa nak paparkan semula dalam bentuk artikel untuk memudahkan bro sekelian membacanya.

Ok di bawah ni saya tulis semula maklumat lanjut berkaitan konvoi tersebut.

  1. Tarikh Konvoi: 1hb-2hb Mei 2009 bersamaan 2 hari 1 malam.
  2. Hari: Jumaat dan Sabtu.
  3. Tempat Tuju: Cherating, Kuantan Pahang.
  4. Penginapan: Akan diberitahu kelak.
  5. Perbelanjaan: Sendiri.
  6. Risiko: Tanggungjawab sendiri.
  7. Pendaftaran: KLIK DI SINI.

Cadangan Perjalanan.

  1. Semua peserta konvoi dari Kuala Lumpur dan Selatan akan berkumpul di Tol Gombak berhampiran dengan UIAM.
  2. Semua peserta konvoi dari Utara boleh terus ke Cherating atau boleh menunggu peserta dari Selatan di checkpoint (akan diberitahu)  yang berada dalam laluan konvoi.
  3. Kemudian konvoi akan terus menuju ke Lebuh Raya Karak menghala ke Kuantan.

Aktiviti Cadangan pada hari Jumaat.

  1. Sampai ke destinasi konvoi akan berehat seketika dan bermalam di salah sebuah chalet di Cherating (akan diberitahu).
  2. Kepada yang berminat makan Satar boleh mengikuti konvoi ke Kemaman, Terengganu sambil ronda-ronda di sana.
  3. Pada sebelah malam semua peserta akan berada di chalet untuk mengadakan aktiviti BBQ sambil bersantai.
  4. Akhir sekali konvoi akan mengadakan sesi taaruf.

Aktiviti cadangan pada hari Sabtu.

  1. Selepas solat Subuh semua peserta akan menyertai sesi senam robik dan sarapan pagi.
  2. Ya badan segar apa lagi mandi lautlah.
  3. Tengahari semua peserta check out dan pulang ke destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh tulis diruang komen di bawah atau telefon saudara Maos 019-3145615. Satu lagi perjumpaan akan diadakan antara saudara Maos dan peserta konvoi bagi menetapkan perkara-perkara yang belum diputuskan.

Di harap semua peserta akan memberi kerjasama penuh komitmen bagi menjayakan konvoi kali ke-2 ini. Ini merupakan langkah seterusnya untuk pemilik-pemilik motosikal meluaskan aktiviti bermotosikal tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Semoga apa yang dirancangkan akan diberkati olehNya.

Pengumuman Penting.

  • Kepada peserta konvoi dari Utara (Kuantan dan Kemaman) di harap boleh hubungi saudara Maos dengan segera. Bantuan dan sokongan dari anda amat diperlukan.

Sekian

Wira DuniaMoto

Review Aprilia RS125 Baru

Salam hormat sahabat sekelian.

Majalah Roda-Roda bulan Mac dah keluar ada sape-sape yg perasan tak iklan kat dalam tu dari Moto Millia.

Aprilia RS125 Baru

Oh tidak model RS125 dikeluarkan lagi dengan rekabentuk serba baru. Tambah pulak grafik yang mengancam.

Kalau tak silap dalam majalah tersebut Aprilia RS125 yang bakal dijual menggunakan grafik Continue reading