Pandang Pertama Honda CBR250R

Kategori 250cc bakal dipanaskan lagi dengan kemunculan mesin dari Honda pada tahun 2011. Ianya bukan lagi khabar-khabar angin tapi pasti akan muncul di pasaran Malaysia pada tahun ini.

1. Apakah Honda sedang mencabar Kawasaki yang sedang bermaharajalela dengan mesinnya Ninja 250R 2 silinder? Sedangkan CBR250 ini hanya memiliki 1 silinder.

Apa yang pasti CBR250R yang muncul dengan single silinder 249.4cc dengan rekabentuk seakan VFR1200 sangat mengujakan saya. Nampak kesungguhan Honda sedang memecah monopoli Kawasaki bagi kategori 250.

2. Namun Honda berikan kelebihan pada suapan bahan apinya dengan menggunakan sistem pancitan bahan api (PGM-FI) manakala Ninja250R menggunakan sistem karburator.

Satu lagi kelebihannya walaupun hanyalah ‘option’ iaitu sistem gabungan brek hadapan dengan belakang dilengkapi ABS. Ada ongkos lebih jangan lupa pilihan ini amat berguna terutama menunggang dalam keadaan hujan.

3. Berapa harganya? saya tak pasti tapi tak mungkin berada di bawah paras RM20k. Tunggu sahaja pengumuman Honda.

Kepada penunggang baru hendak berjinak dengan superbike ini merupakan model permulaan yang baik. Kuasanya agak jinak tapi kita pasti Honda tidak akan kecewakan peminatnya.

Macam tak percaya tempat kelahirannya amat hampir dengan kita iaitu di Thailand. Kepada yang tinggal di Utara ianya satu kelebihan kerana limpahan peralatan aksesori yang canggih dan murah dengan mudah boleh diperolehi :)

Lihat spesifikasi Honda CBR250R

enis Enjin: Sejukan cecair, empat lejang silinder tunggal

Sesaran: 249.4cc

Gerek x Lejang: 76mm x 55mm

Nisbah Mampatan: 10.7:1

Sistem Injap: DOHC; empat injap setiap silinder

Pancitan Petrol: PGM-FI

Pencucuhan: Kawalan komputer digital elektronik

Transmisi: Enam kelajuan

Suspensi Depan: 37mm fork

Suspensi Belakang: Pro-Link single shock dengan lima kedudukan pelarasan prabeban

Brek Hadapan: Tunggal 296mm cakera dengan dua omboh angkup Nissin

Brek Belakang: Tunggal 220mm cakera dengan angkup omboh tunggal

ABS(Pilihan)

Tayar Hadapan: 110 / 70-17 jejari

Tayar Belakang: 140 / 70-17 jejari

Jarak Roda: 1369 mm

Tinggi Pelana: 784.8 mm

Kapasiti Minyak: 13 liter

Pilihan: Hitam Metalik, Merah / Perak

Berat: 163 KG / 170 KG (ABS)

This entry was posted in Honda CBR250R and tagged , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Pandang Pertama Honda CBR250R

  1. Hasmizal says:

    Dengar khabarnya dalam RM18K.. betulkan jika saya tersilap…

    Tapi ini akan menjadi saingan kepada Kawasaki yang sekarang ni memonopoli pasaran 250cc..

    Dan jangan lupa.. KTM juga akan melancarkan Duke 200 nanti.. yang juga LC4 Single Cyclinder…

    • Amei Xiao says:

      harga yg awak mention tu tanpa cukai,kalau harga atas jalan trmasuk cukai adalah dlm rm23k something ….maybe murah skit dr ninja250r.

  2. emy says:

    bro… kawasaki ninja 250 yg baru ni pun fuel injection.. cbr single silinder so klu harga rm15k baru berbaloi

  3. L says:

    dah kuar dalam paper..harge dalam rm18799 untuk standard dan rm21K untuk C-ABS.. Nak beli ke x?tgh pikir2

    • Dari segi harga Ninja 250R dah pun tewas.
      Jalan2 di negara kita akan meriah dengan mesin
      250cc lepas ni :)

      • Amei Xiao says:

        kita asyik ckp psl jentera dr jepun jer..takkan modenas nak biar jer mesin
        ‘Samurai” dr jepun brmaharalela kat mlaysia? dgr2 modenas on da way nak buat Sbk tak tau btul ke tdk.

        • faizul says:

          haha,modenas nak bikin sbk?lawak gak nih,
          pasal satahu aku modenas cuma bikin motor yang biasa2 jer,bukan model2 yang orang teruja nak beli,tengoklah elegan 200 ngan ctric,adoii,boringnyer.cubprix pon dah tak main.

        • Orang Minyak says:

          jgn harapla. modenas tu sape? dari kawasaki jugak.. beli jela kawasaki 250r,650 tu..apo dah

      • DinSeremban says:

        Boleh full loan ker ni?
        Klu ada yg tahu mana2 kedai yg offer full loan ,harap inform.
        area (Seremban /KL)
        By the way,jln jauh ok ker ni?

  4. azirock says:

    Assalamualaikum…..tapi zxr250 1997 blom bleh ditewaskan…..dengan enjin 4 silinder, bunyi ala F1. hahahaha

  5. din88 says:

    salm bro, nk tanya.
    cbr 150r bru yg dilancar di thailand dan india ada masuk malaysia x?
    design dia sebijik mcm cbr250r…
    harap2 masuk pasaran malaysia.

  6. motormianic says:

    honda cbr250 ni,advantageny just ABS….dia dipasang di thailand dan harganya pasti hampir sama dgan ninja 250R FI…..harga honda cbr baru ni bukan on the road 18k++ untk non abs and 21k++ abs dan on the road estimated rm23k++ so rasanya saya lg berminat dengan otot2 pada badan ninja berbanding honda nie…..kerana harganya yang sama jek…..

  7. west says:

    klu nak bnding cbr250 n ninja250.. mmg ninja la laju…,tp law dr segi reka bentuk cbr lahh.. law nak bwa bsiar2 ronda2 konvoi mmg ok la pkai cbr.. tp law org yg speed freak..mybe mrka lg sesuai plih ninja 250..,ikut plihan msing2 laaa.. eheehhe..

  8. Amir says:

    Bro, nk tanye skit, klu tukar front n rear tyre lebih besar untuk cbr250r ni boleh x? Ape maximum size? tq

  9. peminat says:

    sy ni pminat moto2 besar ni. sgt seronok klu dpt tgok diorg konvoi.. hrap2 dpt slalu jmp la.nk beli xmampu.tgok pn jd

  10. YUS LC says:

    Support la company negara yg cube buat sesuatu utk kegunaan dan keperluan negara kita , jika kita kondem tanpa menyumbangkan idea2 yg terbaik utk membangunkan negara kita leh d ketagorikan jenis manusia yg belum cukup matang ape tah lagi utk maju dlm hidup

  11. indobeta says:

    kira kira harganya berapa ya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>