Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Motosikal | Dunia Permotoran | Penjagaan Motosikal

Mengapa perlu bertengkar…

Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!

Bertengkar bukanlah satu jalan penyelesaian.

Saya terpanggil untuk menulis berkaitan sikap segelintir manusia yang panas baran atau ego berlebihan atau sombong dan sebagainya.

Kejadian berlaku ketika saya datang ke sebuah pasaraya di klang untuk membeli barang.

Setelah selesai parking motor saya berjalan kaki menuju ke pintu masuk dan bersedia untuk melintas jalan.Tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah ‘kelisa’ kepada sebuah ‘iswara’ yang mula bergerak setelah berhenti seketika mengambil penumpang.’Kelisa tersebut hampir melanggar belakang ‘iswara’ tersebut.

Saya rasa kejadian seperti ini biasa berlaku di mana-mana pun.Namun apa yang tidak eloknya mereka telah bertengkar di tengah jalan tersebut sedangkan kereta lain menunggu pertengkaran mereka berlangsung.

Wajarkah tindakan mereka tersebut?Tidak beradab!

NamunĀ pertengkaran itu boleh dielakkan sekiranya ‘iswara’ tersebut berlalu begitu sahaja.Ini tidak,pemandu tersebut berhenti di tengah jalan kemudian memarahi pemandu ‘kelisa’ terbabit.Kononnya dia tidak puas hati kerana dihon dari belakang.

Apa punya sikap manusia seperti itu,sudahlah menyusahkan orang yang hampir melanggar keretanya dari belakang,dimarahi pula si tukang ‘hon’.

Sekiranya berlaku perlanggaran pada waktu itu,tak tahulah apa akan berlaku mungkin tercetus pergaduhan.

Ini kerana pemandu ‘kelisa’ tersebut juga tidak mahu mengalah kerana melayan pertengkaran tersebut.Dia juga mahu ‘menang’.

Amat memalukan seandainya terdapat pelancong asing di situ.Situasi tersebut menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia tidak bersopan-santun dan tidak berbudi bahasa langsung.

Namun kita harus mengambil iktibarĀ  dengan kejadian ini.Mengapa kita semakin moden kita semakin kasar,ganas,sombong,bongkak,ego tak tentu pasal,tidak menghormati orang lain…….mengapa? dan mengapa?

Semoga anda tidak tergolong dalam kategori di atas.Biarlah kita beralah dan sabar selagi termampu.Sekiranya tiada apa yang berlaku tak usahlah dipanjangkan cerita sehingga menyusahkan orang lain pula.

Kepada penungang-penunggang motosikal di harap kita sama-sama berhemah di jalan raya.Elakkan dari terlalu pentingkan diri sendiri kerana kita hanyalah beroda dua bukan empat,enam,sepuluh kerana amat mudah ‘tergolek’.

Semoaga kita dapat terus menikmati tunggangan motosikal sampai bila-bila………..

Artikel lain yang berkaitan.

Popularity: 6% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply