Perbuatan keji ‘langgar lari’.
Dapatkan FireFox untuk paparan lebih menarik untuk blog ini. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel di blog ini teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
Salam ceria buat pembaca setia blog duniamoto.com yang memberikan maklumat serta info percuma buat ‘bikers’ di luar sana teruskan pembacaan anda
.
Tajuk artikel berkaitan dunia permotoran pada hari ini agak emosional sikit iaitu ‘Perbuatan Keji Langgar Lari’.
Mengapa saya utarakan ungkapan ini?
Ya..tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melahirkan rasa marah,benci,geram dan macam-macam lagi yang sukar saya hendak gambarkan dalam bentuk penulisan sebegini.
Perkara ini tidak asing lagi bagi diri anda bukan?Ya selalu kita mendengar tidak kira di radio,televisyen,surat khabar malah diinternet begitu banyak sekali paparan mengenai kejadian malang ini berlaku.
Cuba kita fikirkan betapa terseksanya mangsa langgar lari ini menanggung derita akibat perbuatan yang tidak beradab itu.Kes langgar lari ini saya tujukan khas buat penunggang-penunggang motosikal yang selalunya menjadi mangsa.Langsung tidak mempunyai tanggungjawab si ‘tukang langgar’ yang kononnya takut akan dikenakan tindakan.
Memang sikap segelintir manusia yang lebih takutkan hukuman dunia daripada hukuman Tuhan.Ya di dunia ini mereka terlepas tetapi tunggu di akhirat kelak kemana mereka nak ‘lari’.
Bayangkan yang dilangar itu adalah seorang bapa yang ingin mencari rezeki di pagi subuh hari.Ketika sedang menunggang motosikal menuju ke tempat kerja(kebun getah) beliau telah dilanggar dari belakang serta meninggal dunia di tempat kejadian.Betapa sedihnya isteri dan anak-anaknya yang kehilangan orang yang tersayang sedangkan orang yang melanggar ketua keluarga mereka itu bebas tanpa rasa bersalah.Sungguh kejam!
Siapakah yang akan menanggung beban kehidupan keluarga tersebut sedangkan anak-anaknya masih kecil serta bersekolah,si isteri mempunyai penyakit dan tidak mempunyai pekerjaan.Pernahkah si ‘tukang langgar’ ini terfikir akan situasi ini.Bukan meminta simpati atau meminta ganti rugi tetapi cukuplah dengan mengaku dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja atau pun tidak.Cukup.
Kita semua tahu yang terjadi telah ditentukan oleh Ilahi dan wajib menerima ‘qadak dan qadar’.Tetapi kita sebagai manusia harus mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara bukan dengan melarikan diri apabila melakukan kesalahan samada sengaja atau tidak.
Berpeganglah kepada pepatah ‘berani kerana benar takut kerana salah’.Semoaga tulisan saya pada kali ini memberi pengajaran kepada kita semua agar berhati-hati ketika di jalan raya agar tidak melanggar pengguna jalan raya lain.Sekiranya perkara ini berlaku jangan melarikan diri tetapi sebaliknya ‘larilah’ ke balai polis untuk membuat laporan.
Saya faham ada sesetengah kejadian berlaku di mana orang yang melanggar tadi dipukul oleh orang ramai yang mungkin berasa marah kerana yang dilanggar itu adalah kanak-kanak atau pun warga tua.Sikap begini juga harus dibuang kerana tidak ada yang untung dalam hal ini.Biarlah pihak yang berkuasa yang menguruskannya kerana negara kita mempunyai undang-undang yang cukup untuk melindungi hak masing-masing.
P.S : Maaf saya emosional sedikit kerana ‘bapa’ yang dimaksudkan adalah ayahanda ku sendiri di mana beliau telah terlibat dalam kes kemalangan ‘langgar lari’ ketika menunggang motosikal seperti mana yang telah saya ceritakan di atas.Kejadian berlaku pada tahun 2000 semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.
Popularity: 9% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!












